Sonic Origins telah pun dilancarkan pada tahun lepas. Memandangkan telah setahun berlalu, SEGA akhirnya akan menambah kandungan baharu bagi game ini dengan memperkenalkan Sonic Origins Plus yang merupakan sebuah DLC.
DLC ini akan mengandungi 2 watak baharu yang boleh dimainkan bersama-sama 12 game yang pernah dilancarkan di SEGA Game Gear. Mari kita lihat apa secara terperinci di dalam review Sonic Origins Plus ini.
2 Penambahan Watak

Akhirnya watak yang dinantikan ramai peminat Sonic kini tiba di dalam Sonic Origins. Amy kini boleh dimainkan di dalam semua game termasuk Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2, Sonic CD dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles.

Manakala Knuckles pula, ia telah pun tersedia di dalam 3 game Sonic Origins tetapi masih tidak tersedia di dalam Sonic CD semasa game ini dilancarkan pada tahun lepas. Jadi, di dalam Sonic Origins Plus, mereka akan membawa Knuckles masuk ke dalam Sonic CD dan anda boleh memainkan watak ini.
Anda kini mempunyai lebih banyak pilihan watak termasuk Sonic, Tails, Knuckles dan Amy.
12 Game dari Game Gear
Kesemua game menampilkan gameplay yang berbeza dan kebanyakannya hanya boleh dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Tetapi, terdapat 3 game yang anda boleh bermain bersama pemain lain tetapi ia hanya untuk 2 orang sahaja secara local.
- Sonic Drift
- Sonic Drift 2
- Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine
#1 – Sonic the Hedgehog

Sonic the Hedgehog adalah game platform 2D dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan oleh Ancient dengan kerjasama beberapa ahli Pasukan Sonic, dan dikeluarkan pada akhir tahun 1991 di konsol Sega Master System dan Sega Game Gear. Ia berfungsi sebagai versi 8-bit Sonic the Hedgehog asal yang telah dikeluarkan pada Sega Mega Drive awal tahun itu, dengan tetapan yang sama dan elemen lain yang sama.
#2 – Sonic the Hedgehog 2

Sonic the Hedgehog 2 adalah game platform 2D dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan oleh Aspect dan dikeluarkan oleh Sega. Game ini mula-mula dikeluarkan pada 16 Oktober 1992 untuk Sega Master System dan kemudiannya dipindahkan ke Game Gear pada tahun tersebut juga. Game ini merupakan game pertama yang menjadi eksklusif untuk negara PAL (Phase Alternating Line) sahaja.
#3 – Sonic Chaos

Sonic Chaos juga dikenali sebagai Sonic the Hedgehog Chaos adalah game platform dalam siri Sonic the Hedgehog yang telah dilancarkan keluar dari Sistem Induk SEGA secara eksklusif buat kali pertama di Eropah. Game ini juga dilancarkan pada SEGA Game Gear pada tahun 1993.
#4 – Sonic the Hedgehog Triple Trouble

Sonic the Hedgehog Triple Trouble atau sering dipanggil nama pendeknya iaitu Sonic Triple Trouble merupakan sebuah game platform dalam siri Sonic the Hedgehog yang dilancarkan buat pertama kali pada November 1994 di SEGA Game Gear.
Game ini telah dibangunkan oleh Aspect dan diterbitkan oleh Sega. Tidak seperti kebanyakan game Sonic yang lain, game ini dilancarkan secara eksklusif di Game Gear. Ia bertindak sebagai sekuel standalone kepada Sonic Chaos dan menampilkan beberapa mekanik gameplay dan power-up daripada game itu.
#5 – Sonic Drift

Sonic Drift merupakan game racing kart dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sega untuk Sega Game Gear. Pada mulanya dikeluarkan pada 18 Mac 1994, game ini kekal sebagai tajuk eksklusif Jepun sehingga ia dimasukkan dalam keluaran kompilasi beberapa tahun kemudian. Di dalam game ini, anda boleh bermain sebagai Sonic, Tails, Amy, dan Dr. Robotnik.
#6 – Sonic Drift 2

Sonic Drift 2 adalah game racing kart dalam siri Sonic the Hedgehog untuk Sega Game Gear dan dibangunkan dan dikeluarkan oleh SEGA. Game ini adalah sekuel kepada Sonic Drift dan telah dikeluarkan pada tahun 1995 di seluruh dunia. Game ini menampilkan lebih banyak watak, item tambahan dan litar perlumbaan untuk dimainkan.
#7 – Sonic Spinball

Sonic Spinball adalah game pinball yang dikeluarkan untuk siri Sonic the Hedgehog. Ia adalah port 8-bit game dari Sega Mega Drive Sonic Spinball, dan dikeluarkan untuk Sistem Induk Sega dan Game Gear pada tahun 1994.
#8 – Tail Adventure

Tails Adventure adalah game action adventure dalam siri Sonic the Hedgehog yang dikeluarkan untuk Sega Game Gear pada tahun 1995. Seperti kebanyakan tajuk Game Gear, game ini telah dibangunkan oleh Aspect. Ia merupakan game spin-off Sonic ketiga yang membintangi Miles “Tails” Prower sebagai watak utama tanpa Sonic.
#9 – Sonic Labyrinth

Sonic Labyrinth adalah game puzzle isometrik dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan oleh Minato Giken dan diterbitkan oleh SEGA untuk SEGA Game Gear. Ia dikeluarkan pada November 1995 di seluruh dunia.
#10 – Sonic Blast

Sonic Blast adalah game dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan oleh Aspect dan diterbitkan oleh SEGA untuk SEGA Game Gear. Ia dikeluarkan pada 12 Disember 1996 di Amerika Utara dan sehari kemudian di Jepun, bersama-sama dengan dialihkan ke Sistem Induk Sega di Brazil setahun kemudian. Sonic Blast ialah game Sonic terakhir untuk Game Gear.
#11 – Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine

Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine adalah game puzzle dalam siri Sonic the Hedgehog yang dibangunkan oleh Compile dan diterbitkan oleh SEGA, sebagai adaptasi longgar dari Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine untuk SEGA Mega Drive, yang seterusnya adalah berdasarkan pertunjukan kartun, Adventures of Sonic the Hedgehog. Ia dikeluarkan untuk SEGA Game Gear dan Master System pada akhir 1993 dan 1994.
#12 – Tails’ Skypatrol

Tails’ Skypatrol adalah game spin-off siri Sonic the Hedgehog, dibangunkan oleh JSH dan diterbitkan oleh SEGA untuk SEGA Game Gear. Ia adalah salah satu daripada dua game handheld di Game Gear untuk menampilkan rakan kongsi Sonic iaitu Miles “Tails” Prower sebagai watak utama.
Game ini mengikuti pengembaraan Tails ketika dia cuba menyelamatkan sebuah pulau daripada Witchcart, yang mendakwa dapat mengubah penentang menjadi kristal dengan sihirnya.
Grafik

Semua 12 game yang dibawa oleh SEGA masuk ke dalam Sonic Origins Plus adalah remastered kepada versi Game Gear. Memandangkan ianya remastered, grafiknya nampak lebih kemas dan sharp. Warna yang dihasilkan juga adalah sama seperti game asal. Ia sangat terang dan berwarna-warni.

Walaupun ianya adalah remastered, anda akan bermain dalam resolution yang sama seperti di Game Gear iaitu 4:3. Mereka cuma menambah background di belakang daripada membiarkannya berwarna hitam. Tetapi mungkin ada sedikit masalah terhadap beberapa HUD di mana ia terduduk di belakang terrain. Memandangkan maklumat yang ada di HUD tidak beberapa penting, saya rasa itu tidak akan menjadi masalah yang sangat besar.
Audio

Mengenai audio, saya sedar terdapat beberapa peminat yang sedang kecewa tentang kualiti audio di dalam Sonic Origins Plus. Semasa sedang bermain, saya tidak menafikan yang audio yang dimainkan terdapat filter yang menghasilkan bunyi echo. Apabila cuba mendengar audio original, bunyinya lagi lunak dan sedap didengar.
Kesimpulan

Sonic Origins Plus adalah sebuah DLC yang sangat sesuai untuk para peminat Sonic. Anda bukan sahaja dapat 12 game klasik yang pernah dikeluarkan ke SEGA Game Gear tetapi anda juga boleh bermain sebagai Amy di dalam Sonic Origins.
Saya langsung tidak mempunyai Ketepikan kualiti audio yang diperkatakan, saya rasa ia adalah sebuah koleksi yang sangat menarik untuk didapatkan. Jika anda merupakan salah seorang peminat atau pernah memainkan game klasik Sonic di dalam Game Gear, anda pasti akan menyukai version kali ini.
Sonic Origins Plus bakal dilancarkan pada 23 Jun 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai game, filem dan teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post