Skyrim sememangnya sebuah game masterpiece dan saya masih lagi bermainnya sehingga sekarang. Sudah tentu versi yang kini saya mainkan penuh dengan mod yang ditambah. Saya rasa salah satu sebab kenapa saya sangat sukakan game ini kerana ianya sangat luas dan membuatkan pengembaraan yang terbaik untuk game open world. Anda boleh bermain bahagian pertama terus selepas melepaskan diri dari hukuman General Tullius dan mulakan pengembaraan anda sendiri. Terdapat banyak kandungan, tempat untuk diterokai dan yang paling penting detik hebat yang tidak dapat dilupakan.
Tetapi walaupun saya suka game ini, ia agak memenatkan untuk melihat bagaimana terdapat begitu banyak “re-release” game ini selama bertahun-tahun. Skyrim Anniversary Edition hanyalah tambahan baru untuk game tersebut. Sejujurnya saya rasa tidak ada benda penting sangat untuk diceritakan. Walaupun begitu ia masih versi terbaik game yang tersedia dalam pasaran sekarang, jadi sebarang penambahbaikan dan kandungan yang akan datang merupakan tambahan yang baik untuk sebuah game yang sudah hebat.

Sebelum kita mulakan sesi review untuk Skyrim Anniversary Edition, anda perlu tahu bahawa versi ini masih lagi sebahagian daripada Special Edition yang sudah lama tersedia. Jadi kalau anda sudah mempunyai edisi tersebut, anda hanya perlu membeli upgradenya sahaja. Kalau nak tahu berbaloi atau tidak membeli upgrade ini, mari saya ceritakan.

Apa yang baru dalam Anniversary Edition
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Skyrim Anniversary Edition ini adalah sebahagian daripada Special Edition. Jadi anda boleh mengakses andungan Creation Club yang sedia ada dan tiga pengembangan utama iaitu Dawnguard, Hearthfir dan Dragonborn. Semua ini memang hebat terutama pengembangannya memberikan cerita dan kandungan yang baru di luar Skyrim. Bukan itu sahaja, terdapat pulau baru untuk anda lawati. Ia mempunyai iklim yang berbeza dan bagaimana anda boleh mulakan kehidupan baru di situ dengan rumah percuma setelah menyelesaikan quest tertentu. Skyrim merupakan permainan yang besar dan pengembangannya menambah lebih banyak lagi pengalaman baru.

Selain itu, mereka juga menambah baik grafik keseluruhan permainan dengan remastered art, texture dan penambahan ciri baru seperti volumetric god ray, depth of field yang lebih dinamik, pantulan screen-space dan banyak lagi. Walaupun penambahan ini bagus, tetapi anda boleh mendapatkan penambahbaikan yang lebih baik menggunakan mod.
Perkara lain yang saya ingin cerita mengenai Edisi baru ini ialah kandungan Creation Club yang baru. Apa kandungannya yang sebenar? Ia hanyalah tambahan quest, armor dan mod gameplay. Beberapa quest baru memang agak hebat contohnya “Ghosts of the Tribunal” di mana anda mendapat senjata dan armor baru yang sebelum ini terdapat The Elder Scrolls III: Morrowind.

Anda juga boleh mendapatkan peningkatan generasi seterusnya secara percuma apabila bermain permainan di PlayStation 5 atau Xbox Series. Jadi anda boleh mendapatkan grafik yang dipertingkatkan dan juga masa loading yang lebih pantas. Tetapi kemas kini ini juga tersedia untuk pemilik Special Edition.
Berbaloi atau tidak
Senang cerita, versi ini hanyalah Special Edition yang mempunyai kandungan tambahan di Creation Club. Kalau anda sudah mempunyai Special Edition dan ingin membeli kemas kini ini, dipersilakan. Ia sememangnya tambahan yang bagus tetapi harganya yang lebih mahal dari pelepasan sebelum ini agak mengecewakan. Tetapi, jika anda mempunyai wang lebih atau baru sahaja ingin membeli permainan, ia sememangnya berbaloi untuk anda beli Skyrim Anniversary Edition ini.

Kesimpulan
Skyrim Anniversary Edition antara “re-release” yang biasa-biasa sahaja bagi saya. Sejujurnya, saya rasa lebih baik jika anda hanya kekal dengan Special Edition kerana majoriti kandungan yang anda boleh dapatkan masih sama. Terima kasih kepada Bethesda kerana menyokong modding scene. Ianya lebih menyeronokkan daripada bergantung pada Creation Club dan inilah perkara terbaik yang boleh dilakukan dengan permainan ini.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai edisi ini, anda boleh lawati laman rasmi permainan. Untuk segala liputan mengenai permainan, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post