Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~

Nyny.A by Nyny.A
February 28, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~
Share on FacebookShare on Twitter

Saitama sebagai pratagonis utama dalam manga dan versi anime terkenal iaitu One Punch Man merupakan hero yang sentiasa tiada masalah untuk mendapat kemenangan. Dunia yang dia tinggal ibarat tiada masalah selagi ada Saitama. Tidak kiralah monster, musuh atau hero lain sekali pun, Saitama sentiasa mencapai kemenangan. Disebabkan kekuatannya yang melampau, dia boleh menewaskan satu musuh hanya dengan~ dan semua orang tahu~ Satu Tumbukan!

Hanya satu masalah yang menimpa Saitama dalam sepanjang hidupnya adalah menjadi Botak dalam umur yang muda! Sebab itulah Saitama menjadi tertekan dan bosan sebab tiada yang lebih kuatnya dan kepalanya yang botak.

Menghasilkan sebuah permainan dari siri manga dan anime nyata menjadi sesuatu yang mustahil untuk Saitama, bila disebut sahaja mengenai permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows oleh Bandai Namco, ramai peminat jadi tertanya-tanya bagaimana nak menang jika Saitama terlalu kuat? Bagaimana nak stabilkan permainan jika begitu? Satu per satu kemaskini permainan sebelum hadir secara rasmi di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC hari ini (28 Februari 2020), dan Bandai Namco menceritakan satu persatu apa yang ada dalam permainan ini, dan yang terakhir sebuah MV yang menyyaksikan perlawanan Saitama yang sentiasa meng-K.O kan musuh. Jadi kali ini, kami sendiri mendapat peluang untuk mencuba sendiri permainan ini dan teringin sangat nak melihat Saitama yang kalah dan siapa sangka ianya terjadi!!

Tanpa lengahkan masa, jom usha review kami untuk permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows!

Pengenalan~

One Punch Man: A Hero Nobody Knows adalah sebuah permainan yang dihasilkan oleh Spike Chunsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Merupakan sebuah permainan 3D arena ‘Fighting Game’ dimana pemain akan mendapat 3 watak dalam satu pasukan untuk berlawan dengan musuh tidak kira dari segi PvP atau pun misi dalam dunia One Punch Man.

Permainan ini memberi ciri yang unik disebabkan semua peminat tahu Saitama merupakan watak yang terlalu kuat sehingga tiada siapa yang dapat menewaskannya. Dengan keunikkan mekanik “Hero Arrival” untuk Saitama, Saitama terpilih menjadi hero yang paling lambat untuk sampai ke tempat perlawanan! Disebabkan itu pemain perlu bertahan untuk hidup hingga Saitama hadir. Tapi banyak yang istimewa lagi dengan Saitama ini~ Kita teruskan dengan cerita utama permainan ini dahulu…

Nak cari gaduh? Mainlah permainan ini! 

Awal-awal buka permainan kita boleh memilih watak lelaki ataupun perempuan, masukkan nama dalam permainan dan kemudian boleh mencipta watak sendiri. Terdapat beberapa pilihan untuk dijadikan topeng, topi, pakaian atau kostum yang boleh dipakai, cuma beberapa yang diberi dalam awal permainan, selebihnya akan dibuka selepas menyelesaikan misi-misi.

Kemudian, kita akan berada didunia One Punch Man, disitu peta akan diberikan dan dimana ang ada tag bendera merah merupakan misi-misi utama yang harus diselesaikan, bendera kuning hanya akan muncul jika kita menerima sebarang misi yang mudah dari watak NPC yang ada dalam permainan. Contoh misi NPC seperti mengutip hutang orang yang tak bayar duit UDON pada pemilik kedai!

Misi utama boleh dibuka di Association HQ atau di Branch HQ. Kebanyakkan misi utama dapat dipilih antara 3 kesukaran. Setiap misi mempunyai 3 jenis kekuatan (yang ditunjukkan emoji penumbuk saitama) jika 3 emoji bermaksud misi yang sangat sukar, 2 serdehana dan 1 mudah. Pilih misi tersebut dan anda akan berlawan dengan pelbagai musuh.

Dari membuat misi-misi inilah yang akan membuka watak-watak One Punch Man yang kemudian dapat dimainkan secara PvP di HQ juga membuka barangan yang boleh kita pakaikan ke watak kita. Setiap misi juga akan menaikkan tahap kita kelebih tinggi serta mendapat ganjaran. Dari mata yang kami menerima, kita dapat menaikkan kekuatan kita.

Di perjalanan dalam peta One Punch Man ini juga kita tiba-tiba akan terjumpa watak NPC yang suka-suka mencari pasal untuk memulakan perlawanan. Selain itu, kami juga akan bertemu ramai pemain online yang lain didalam bandar dan kita boleh mengajak mereka ‘sparing’! Tetapi sila pastikan anda cukup level dan kuat sebelum menentang, kerana anda tidak boleh mengajak mereka yang level lebih rendah dari anda untuk berlawan.

Di sini juga pemain harus kerap membaca mesej yang diterima dalam permainan yang anda boleh mendapat notifikasinya. Dalam mesej-mesej tersebut ada antara Hero dalam permainan yang memerlukan bantuan kita untuk menyelesaikan sesebuah misi. Seperti Metal Bat yang turut memerlukan bantuan kami dalam permaianan. Lepas terima mesej itu, pemain boleh mencari hero dikawasan bandar untuk misi tersebut.

Nak menang memang payahlah! 

Berlawan dengan musuh ada tehap kesukaran masing-masing. Ada yang melampau senang dan ada yang terlalu sukar untuk menewaskan. Sebab ada diantara misi yang kita hanya mendapat bantuan hero di bawah dari kelas-S. Jadi mereka punya kekuatan hanya biasa-biasa sahaja. Kita harus sering meningkatkan level kita.

Seperti dinyatakan tadi, setiap hero yang akan membantu kita didalam misi-misi yang harus diselesaikan,  kita tidak dapat sangkalkan siapa yang akan membantu. Hero adalah rawak, ada yang dari kelas-S dan ada di kelas bawahan yang membantu. Bagi kehadiran mereka sekurang-kurangnya untuk hadir membantu dalam 20 saat. Untuk yang berkelas tinggi memakan masa sedikit seperti dalam 40saat. Tetapi bukan untuk SAITAMA! Kerana dia akan datang membantu kita dalam waktu 120 saat! Ya memang lama nak tunggu Saitama datang, jadi pertahankanlah diri anda jangan kalah sebelum Saitama sampai. Sekali Saitama sampai, K.O terus pihak lawan!

Misi dan mengajak sparing dengan pemain lain atau PvP dalam Hero Training Pogram di Association HQ pula berbeza. Seperti yang disebut diatas tadi, kita boleh mengajak pemain online untuk sparing tetapi pastikan mereka di level yang tinggi dari kita. Manakala Hero Training Pogram di Association HQ boleh membuat kita memilih 3 hero untuk kita mainkan! Kerani yang ada di HQ itu akan membantu kita selepas kita memilih hero untuk Matchmaking dengan pemain online yang sesuai. Dan disinilah anda boleh melihat versi Dream Saitama yang telah dibiasakan kekuatanya bersama hero lain dan SAITAMA AKAN KALAH! Betul, inilah peluang anda untuk melihat Saitama tewas, jika ada pemain yang lebih skill senang cerita Pro Player dari kita untuk fighting games. Yang lawaknya~ Lepas kekalahan tersebut, semua ini sebenarnya hanya mimpi bagi Saitama selepas tamat dalam perlawanan PvP itu.

Pengawalan permainan? Ada yang Mudah ada yang Menyusahkan! 

Jujur cakap untuk berjalan berlari memang mudah. Untuk berlawan hanya perlu menekan antara butang petak dan tigasegi atau sekali gus menekan butang tigasegi dan bulat. Pemain juga dapat memberi serangan jauh dengan menekan lama butang tigasegi. Nak dapat kuasa hebat sedikit, bila bar anda mencapai tahap, pemain bolehlah menekan L2 + Petak, Tigasegi, Bulat atau X. Butang Bulat sahaja sebenarnya untuk menghalang dari terkena serangan, tetapi disini agak lagging sedikit kerana halangan itu kadang-kadang tidak menjadi. X pula untuk melompat, dan berlari laju ‘dashing’ adalah kawal butang L3 sambil menekanya. Itu agak sukar sediit dan membuat jari terkehel. Tips, lebih kan mengelah dengan lari dash dari terus membuat serangan, kerana jika terlalu dekat potensi dipukul bertubi-tubi dari pihak musuh adalah tinggi! Jadi, contohnya kalau anda nak tunggu Saitama datang membantu tu lebih banyakkan lah mengelak dari serangan musuh.

Berhati-hati dengan notis berita siaran lansung yang dipaparkan dibelah bawah skrin. Perhatikan notis berita tersebut, kerana halangan besar akan datang! Contoh seperti ada sesuatu yang akan hadir dari bawah tanah, atau meteor jatuh atau serangan kilat! hati-hati sebab diantaranya akan membuatkan anda terus K.O!

Pilih dan tingkatkan kemahiran Watak Anda tu! 

Yang pertama, bukan pada mula-mula permainan sahaja kita boleh memilih pakaian, topeng, topi tu semua lah! Tetapi anda boleh menukar bila-bila masa, anda cari sahak tanda ‘hanger baju’ dalam map, anda akan pergi kesebuah kedai yang sebenarnya ‘closet’ anda untuk menukar watak anda. Terdapat lebih lagi pilihan selepas menyelesaikan lebih banyak misi.

Kedua, didalam bandar anda Central, terdapat papan notis, disitu anda boleh menekanya dan mendapatkan ganjaran duit dalam permainan. Dan dari duit itu anda boleh membeli pelbagai barang termasuk beli air di kedai jual air yang ada dalam mainan! Termasuk segala penggerakan skil yang kita ingin beli!

Buka data watak atau lebih senang tekan ‘Town Menu’ untuk menaikkan level HP, Attack, Killer Move, Technique dan Appeal. Jika makin tinggi tahap kekuatan pemain, maka lebih mudah sedikit untuk menentang musuh yang sukar ditewaskan. Kita juga dapat menggunakan senjata jika mencapai tahap yang lebih tinggi, seperti yang kini kami gunakan adalah pedang (yang juga boleh ditukarkan dengan kayu atau besi pemukul besbol).

Dalam ‘Town Menu’ juga terdapat segala interaksi yang termasuk data keseluruhan hero kita, Hero lain yang telah kita temui dan didaftarkan dalam log kita.

Kesimpulanya~

Kekurangan dalam permainan ini dia tidak mempunyai sebarang cutscene yang menarik. Hanya terdapat sebelum berlawan didalam misi. Contohnya seperti misi membantu orang, hanya perlu menekan butang O sahaja untuk berinteraksi dengan NPC. Sama juga ketika sebelum perlawanan, memilih butang O sahaja untuk tugas yang kita perlu untuk teruskan interaksi bersama musuh.

Tetapi dari segi berlawan, memang menyeronokkan terutama bila menunggu kehadiran hero lain yang datang membantu kita. Setiap hero yang membantu mempunyai skil yang menarik kecuali Saitama kerana satu tumbukan dah K.O kan~ Tapi andai kata anda memang suka permainan yang misinya penuh dengan berlawan, inilah permainan yang sesuai untuk anda. Cuma, bagi pihak pencipta permainan mungkin lebih baik untuk melebihkan cutscene menarik dalam interaksi agar lebih terasa seronok.

Jadi anda boleh dapatkan permainan ini di PlayStation Store, Xbox One dan PC via Steam harga bermula RM239.00 untuk konsol dan harga bermula RM139.00 untuk PC.

Beli di STEAM!
Beli di PlayStation Store!
One Punch Man: A Hero Nobody Knows
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer:  Spike Chunsoft
Release Date: 2020-02-28
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
One-Punch Man: A Hero Nobody Knows merupakan sebuah permainan yang dibangunkan oleh Spike Chunsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Berdasarkan siri manga One-Punch Man, ia akan dikeluarkan untuk palatform Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

One Punch Man: A Hero Nobody Knows

7 Score

Menyoronokan dengan pelbagai watak dari One Punch Man, dan reaksi muka Saitama menjadi hiburan. Cuma memerlukan cutscene agar permainan lebih menarik serta misi sampingan yang bukan hanya berinteraksi biasa.

PROS

  • Pelbagai watak yang membantu!
  • Senang mengawal untuk sesetengah kawalan
  • Seronok dengan perlawanan yang banyak cabaran!

CONS

  • Ada kawalan yang sukar ditekan
  • Kekurangan Cutscene
  • Memerlukan lebih banyak misi sampingan yang lebih menarik

Review Breakdown

  • Masih so-so~ Tapi masih memuaskan hati 0
Tags: Bandai NamcoOne Punch Man: A Hero Nobody KnowsOne Punch Man: A Hero Nobody Knows ReviewreviewSpike Chunsoft
Previous Post

Ulasan Shadow Arena – Pengalaman bermain game MOBA BATTLE ARENA!

Next Post

Vivo APEX 2020 diumumkan bersama kamera paling INOVATIF & 60W “WIRELESS CHARGING”!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Vivo APEX 2020 diumumkan bersama kamera paling INOVATIF & 60W “WIRELESS CHARGING”!

Vivo APEX 2020 diumumkan bersama kamera paling INOVATIF & 60W "WIRELESS CHARGING"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd