ASUS ROG Malaysia baru sahaja melancarkan dua laptop ROG Flow baharu yang menggunakan NVIDIA RTX 4060 6GB iaitu X13 dan juga F13. Untuk hari ini, kami akan review ROG Flow X13 terlebih dahulu di mana ia menggunakan gabungan AMD Ryzen 9 7940HS dan NVIDIA GeForce 4050 6GB. Jom kita lihat apa yang baru dalam ROG Flow X13 ini.
Reka Bentuk

ROG Flow X13 tahun ini masih menampilkan reka bentuk yang sama dengan mengekalkan profil rendah, warna hitam pada keseluruhan laptop dan bahan “frosted” yang digunakan bagi mengelakkan kesan cap jari pada laptop ini.
Namun, sedikit perbezaan yang ditampilkan pada versi tahun ini adalah di mana logo ROG yang kecil pada sudut kiri bawah dan perkataan ROG yang tersembunyi di sebalik reka bentuk jalur. Saya sememangnya suka dengan reka bentuk laptop yang menampilkan tema minimalist dan berprofil rendah.
Tambah pula dengan berat laptop ini hanya 1.3kg dan tebalnya pula adalah 18.7mm, mudah untuk saya membawa laptop ini kemana-mana sahaja. Walaupun laptop gaming ini nipis dan ringan, kualitinya masih tetap dijaga dengan sangat baik kerana chassis laptop ini diperbuat daripada aluminium dan aloi magnetik untuk bahagian keyboard.
Perubahan terbesar untuk versi yang baharu ini, mereka menampilkan lebih banyak I/O port dan terutama sekali dengan penambahan slot MicroSD, USB Type-C 4.0 dan HDMI 2.1. Berikut adalah senarai I/O port yang disediakan pada laptop ini:
1x XG Mobile Connector PCIe 3.0, 1 x USB3.2 Gen2 Type-C bersama Display Port 1.4 (dGPU) & 130W PD Charge, 1 x HDMI 2.1 (dGPU), 1 x Audio combo jack, 1 x microSD (UHS-II) slot, 1 x USB4.0 (40Gbps) with Display Port 1.4 (iGPU) & 130W PD Charge dan 1 x USB3.2 Gen2 Type-A.
Skrin

Laptop ini dilengkapi dengan touchscreen QHD 13-inci dengan nisbah 16:10 dan resolusi sehingga 2560×1600. Ia juga hadir dengan 165Hz refresh rate dan response rate 3ms bagi memberikan pengalaman yang lancar kepada pemain. Skrin ini juga menyokong pelbagai ciri-ciri lain seperti 100% DCI-P3, kecerahan 500 nits, PANTONE, G-Sync dan Dolby Vision.
Uniknya skrin ROG Flow X13 ini disebabkan skrin yang boleh dipusingkan sehingga 360o untuk dijadikan tablet. Jadi, kalau anda adalah seorang pelajar yang ingin menggunakan tablet dan juga laptop, ROG Flow X13 ini adalah model yang sangat sesuai. Tambah pula, anda adalah seorang gamer tegar, memang sesuai sangat laptop ini dengan kegunaan anda.

Pembelian laptop ini akan memberikan anda sebuah ASUS Pen 2.0 yang boleh disambungkan melalui Bluetooth. Ia sangat sensitif dan boleh menggunakan butang untuk memadam apabila tersalah tulis atau lukis. Jika anda merupakan seorang artis pelukis, sudah semestinya pen ini sangat berguna untuk anda.
Keyboard & Touchpad

Memandangkan ROG Flow X13 hanya bersaiz 13-inci, laptop ini hadir dengan keyboard tanpa numpad supaya dapat memuatkan setiap kekunci itu pada saiz standard dan tidak terlalu kecil. Pengguna juga tidak perlu menghabiskan masa yang banyak untuk membiasakan diri semasa menggunakan laptop ini. Ingat, keyboard laptop ini tidak hadir dengan lampu RGB tetapi hanya ada lampu LED berwarna putih sahaja.
Touchpad laptop ini agak besar sebenarnya untuk laptop yang bersaiz 13-inci. Ia sangat responsif dan boleh digunakan dengan sangat baik. Tetapi terdapat beberapa masalah yang saya hadapi dimana tangan saya sentiasa terklik pada touchpad dan sentiasa mengganggu saya semasa membuat kerja.
Bateri

Ia didatangkan dengan bateri 75Whrs dan pengecas Type-C 130W. Saya sempat menguji untuk membuat kerja harian dengan kecerahan 80% dan ia boleh bertahan sehingga 5 jam dan apabila saya cuba bermain game dalam satu jam, bateri yang tinggal adalah bawah 30%.
Memandangkan ia boleh bertahan sehingga 5 jam, anda boleh membawa laptop ini kemana-mana dengan mudah tanpa pengecas. Walau bagaimanapun, saya sarankan anda untuk membawa pengecas bersama-sama dengan laptop. Pengecas yang diberikan juga bersaiz kecil dan tidak berat seperti laptop gaming yang lain. Masa mengecas dari 30% sehingga 100% adalah hanya lebih kurang 1 jam sahaja.
Sistem Penyejukan

Berkaitan dengan sistem penyejukan ROG Flow X13, ia hadir dengan ROG Intelligent Cooling Ecosystem di mana ia direka bentuk semula dengan menggunakan Liquid Metal untuk menyejukkan sistem CPU. Jika digunakan dalam masa yang lama, laptop ini akan menjadi lebih hangat daripada biasa.
Seperti biasa, apabila anda menggunakan laptop ini dalam Mode Turbo, laptop akan kekal dalam suhu bilik tetapi bunyi yang dihasilkan oleh kipas adalah kuat tetapi tidak mengganggu.
Benchmark
ROG Flow dilengkapi dengan AMD Ryzen 9 7940HS bersama dengan NVIDIA GeForce RTX 4050 dan 16GB RAM. Berikut adalah markah benchmark yang saya dapat semasa melakukan ujian.
- 3DMark – 7610
- PCMark 10 – 7590
- Cinebench (Single-Core) – 1811
- Cinebench (Multi-Core) – 14299
Pengalaman Bermain

Untuk mencuba prestasi semasa bermain game, saya telah memilih 4 game termasuk Apex Legends, Atelier Ryza 3, Hogwarts Legacy dan juga Horizon Zero Dawn. Semua game ini dimainkan pada resolusi 2560 x 1440 dengan menghidupkan Mode Turbo.
Apex Legends

High Setting:
- Average framerate: 73.3 FPS
- Minimum framerate: 57.3 FPS
- Maximum framerate: 107.8 FPS
- 1% low framerate: 46.4 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 91.0 FPS
- Minimum framerate: 51.6 FPS
- Maximum framerate: 130.3 FPS
- 1% low framerate: 46.0 FPS
Atelier Ryza 3

High Setting:
- Average framerate: 49.1 FPS
- Minimum framerate: 44.2 FPS
- Maximum framerate: 58.6 FPS
- 1% low framerate: 43.1 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 77.8 FPS
- Minimum framerate: 67.3 FPS
- Maximum framerate: 93.4 FPS
- 1% low framerate: 65.9 FPS
Hogwarts Legacy

High Setting:
- Average framerate: 30.9 FPS
- Minimum framerate: 23.3 FPS
- Maximum framerate: 39.4 FPS
- 1% low framerate: 17.2 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 39.3 FPS
- Minimum framerate: 35.6 FPS
- Maximum framerate: 48.2 FPS
- 1% low framerate: 20.6 FPS
Horizon Zero Dawn

High Setting:
- Average framerate: 55.5 FPS
- Minimum framerate: 43.8 FPS
- Maximum framerate: 61.7 FPS
- 1% low framerate: 39.9 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 59.8 FPS
- Minimum framerate: 52.3 FPS
- Maximum framerate: 62.7 FPS
- 1% low framerate: 39.1 FPS
Kesimpulan

ROG Flow X13 adalah sebuah laptop yang nipis, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Walaupun ia nipis, prestasi yang dapat dihasilkan adalah sangat mengagumkan. Dengan spesifikasi yang tinggi dan reka bentuk low-profile, ia sangat sesuai sama ada anda ingin bermain game di rumah atau membawanya keluar pergi kerja atau lepak di kafe.
Memandangkan ia didatangkan dengan XG Mobile Port, anda sudah semestinya boleh menggunakan External GPU (XG Mobile ROG) untuk menggandakan lagi prestasi laptop ini dengan serta-merta.

ROG Flow X13 kini tersedia di Malaysia dengan berharga RM 7,999. Spesifikasi penuh untuk ASUS ROG Flow X13 boleh didapatkan di sini.
Untuk dapatkan review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post