Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Returnal: “Mati, hidup, dan cuba lagi!” Game mantap untuk PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, PS5, Review, Seram, Shooter
0 0
0
Review Returnal: “Mati, hidup, dan cuba lagi!” Game mantap untuk PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada tahun lepas, pemaju Housemarque telah menjelaskan banyak kepada kita tentang PS5 eksklusif mereka, Returnal. Game ini menampilkan banyak ciri-ciri yang peminat boleh harapkan dari sebuah permainan PlayStation moden seperti visual yang menakjubkan, elemen naratif yang kuat dan fokus pada single-player. Setelah menghabiskan beberapa hari dengan game ini, saya mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana sistem permainan dan mekanik-mekanik lain. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami review Returnal ini!

Latar belakang & naratif

Satu isyarat pelik yang tidak diketahui telah menarik perhatian Selene, seorang angkasawan ASTRA, ke planet asing yang belum pernah ditemui. Ketibaannya ke Atropos memang tidak berjalan lancar, di mana kapal angkasa nya Helios, mengalami kemalangan lalu meletup di tengah-tengah orbit. Letupan ini menyebabkan kapal Helios terhempas ke planet Atropos.

Memandangkan kapal angkasa nya sudah hancur teruk tetapi sistem pakaiannya masih aktif dan boleh menjejaki isyarat pelik tersebut, Selene memulakan perjalanan, dengan hanya bersenjatakan pistol. Yang menghalang nya untuk maju adalah beberapa biom, masing-masing seperti sebuah labirin yang saling berkaitan.

Di setiap lokasi, Selene akan melihat sisa-sisa sebuah peradaban kuno dan pelbagai jenis makhluk yang sangat agresif. Di sini, dia akan menggunakan beberapa artifak dari tamadun kuno itu untuk bertahan hidup semasa melawan raksasa yang datang menyerang. Jika Selene gagal dan terbunuh, dua perkara akan terjadi.. Pertama, Selene akan hidup semula di lokasi kemalangan kapal angkasa, dan kedua, dunia bahaya ini akan berubah di sekitar anda.

Gameplay & mekanik asas

Seperti yang saya kata di atas, apabila kita mati dan hidup semula, dunia akan berubah. Setiap biom (mempunyai enam) terdiri daripada ‘bilik‘ seperti “dungeon“. Apabila kitaran ini “reset“, semula urutan bilik akan berubah di mana bilik yang kita pernah lawat mungkin tidak wujud dalam kitaran kali ini. Selain itu, musuh di bilik itu juga akan berubah, untuk memastikan pemain sentiasa berjaga-jaga kerana tidak tahu musuh apa yang sedang menghuni setiap bilik.

Memandangkan kita akan mati banyak kali di Returnal, ia adalah langkah yang bijak untuk memastikan permainan sentiasa rasa “fresh” dalam setiap kitaran. Satu perkara kecil lagi saya nak tambah ialah apabila kita mengulang semula kitaran, ini memberi peluang kepada Selene untuk mendapat maklumat tambahan tentang jalan cerita jika pemain ada terlepas apa-apa perkara penting. Sebagai contoh, pemain mungkin akan terlepas beberapa “Scout log” yang direkodkan oleh Selene dan penting kerana memberi sedikit petunjuk tentang jalan ceritanya yang menarik tetapi pelik.

Disebabkan kita akan banyak meneroka persekitaran, sebuah peta akan membantu kita mengawasi “bilik” mana yang pernah dikunjungi, dan membezakan jalan sampingan lain. Harus diperhatikan adalah jalan sampingan selalunya mempunyai banyak “loot” menarik untuk pemain kutip. Kembali ke jalan utama, ia akan menunjukkan kita ke arah objektif yang ditandakan oleh warna jingga di peta.

Ini adalah ciri yang berguna, terutamanya selepas kita membuka lebih banyak kawasan biom. Seperti yang saya kata awal tadi, setiap kitaran baru tidak akan bermula di kawasan biom yang paling baru. Pemain akan “respawn” di lokasi kemalangan dan harus melalui setiap kawasan biom tadi sebelum sampai ke titik kematian. Sebagai contoh, jika saya berjaya sampai ke kawasan biom kedua dan mati, saya akan hidup semula di lokasi kapal terhempas dan harus melalui kawasan biom pertama untuk masuk ke kawasan biom dua.

Walaupun ini menambah sedikit cabaran, saya merasa ia sangat leceh, kerana peraturan ini membuatkan permainan menjadi lebih sukar untuk maju apabila kita capai kawasan di hujung permainan. Ia sukar bukan kerana mencabar, tetapi sukar kerana mengambil masa yang terlalu lama.

Sistem pertempuran, senjata & aksesori

Sistem pertempuran berfungsi dengan mudah. Kita akan bermula dengan sebuah pistol standard, di mana pemain boleh berlari, melompat, “dash” dan menembak. Untuk menyerang balas, musuh-musuh akan menembakkan satu gelombang ke arah kita. Kita boleh menembak atau mengelak gelombang tersebut serta mencari perlindungan di sebalik persekitaran permainan seperti di belakang pokok atau batu besar.

Bagi saya, perkara yang menarik dalam Returnal, bukanlah sistem pertempuran, tetapi adalah struktur permainan. Semasa kita menjelajah setiap kawasan biom, pemain akan menemui pistol yang lebih baik, serta pelbagai jenis senapang dan senjata lain yang lebih eksotik.

Housemarque mengesahkan bahawa terdapat 10 senjata asas, dan lebih dari 90 ciri-ciri (masing-masing dengan tiga tahap) dan 10 “alt-fire” (serangan tambahan yang terdiri dari tembakan ala-ala peluru berpandu, pelancar bom, dll). Setiap senjata asas mempunyai ciri berbeza yang boleh disesuaikan dengan pelbagai “playstyle” dan corak pergerakan musuh.

Sebagai contoh, kita boleh menggunakan dua Spitmaw Blaster yang berbeza, salah satu menghasilkan kolam asid manakala satu lagi melancarkan tembakan meletup. Ketika kita maju dalam permainan, pemain akan membuka ciri-ciri baru untuk senjata, dan kemudian dapat menaik taraf senjata ke versi yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, saya dapat rasa betapa bagusnya Returnal memanfaatkan fitur “adaptif trigger” di DualSense. Permainan membolehkan kita menahan trigger kiri hingga separuh untuk serangan yang “berfokus“, atau tahan trigger sepenuhnya untuk “alt-fire” yang lebih kuat. Perkara ini menambahkan beberapa lapisan baru semasa kita bertarung, dan membuatkan pemain berfikir tentang pergerakan jari, serta membolehkan kita untuk segera merasakan maklum balas dari tembakan. Walaupun fitur ini adalah bonus, pemain yang tidak selesa boleh mematikan ciri ini jika mereka mahu.

Sebagai tambahan kepada senjata, beberapa item utama lain dalam permainan adalah adalah “Artefact“. Artefact memberikan upgrade kepada Selene, seperti meningkatkan damage pada serangan jarak dekat atau meningkatkan perlindungan. Seeloknya, kita ambil seberapa banyak yang mungkin dalam satu kitaran, di mana beberapa artefact boleh dihasilkan menggunakan “fabricator“. Fabricator mengubah “Obolite“, sejenis sumber bercahaya kuning yang kita akan jumpa dalam permainan, lalu menjadikan sebuah artefact tertentu (fabricator yang rosak akan membuat artefact rawak).

Anda juga boleh menggunakan sumber yang lebih “rare” bernama Ether untuk mendapatkan artefact dari peranti pelik di lokasi kemalangan Selene. Carannya adalah dengan melaburkan sejumlah Ether ke dalam peranti tersebut dan menerima artefact rawak sebagai ganjaran. Ether sangat berguna, dan juga dapat digunakan untuk mengambil barangan “Scout” yang mati (jika mod dalam talian diaktifkan).

Sebagai alternatif, anda juga boleh “avenge” Scout yang mati untuk mencuba mendapatkan Ether – tetapi itu lebih berisiko. “Avenge” bermaksud sejenis musuh yang kuat akan muncul, dan perlu dibunuh agar anda  boleh mendapat ganjaran Ether. Dalam beberapa percubaan saya, Scout yang mati itu lah yang akan berubah menjadi makhluk parasit yang perlu dibunuh. Maaf ya, kawan.

Satu cara yang lebih berisiko adalah mengambil “Parasite“, yang memberi buff dan debuff kepada Selene. Sebagai contoh, senjata anda mungkin lebih kuat , tetapi hanya jika kita menembak sambil berdiri diam. Akhir sekali kita boleh mengambil barang “Malignant“, atau membuka peti Malignant, yang mampu membuatkan pakaian kita tidak berfungsi, walaupun dapat memberi kita barangan yang bagus. Tidak seperti Parasite, kerosakan pada pakaian boleh diperbaiki jika kita menyelesaikan tugas-tugas tertentu. Walaupun artefact sangat berguna, ia tidak akan kekal pada setiap kitaran. Oleh itu, jika kita mati, kita kehilangan semua artefact dan senjata yang dikumpulkan dalam kitaran itu.

Pengalaman di PS5

Returnal hanya eksklusif pada PS5 sahaja. Andai kata suatu hari nanti, ia akan keluar di PS4, saya rasa ia tidak cukup seronok untuk bermain di perkakasan generasi sebelum. Memandangkan permainan ini memfokuskan pada aspek “mati, hidup, dan cuba lagi” yang berterusan, SSD di PS5 menjadikan sistem lebih mudah untuk menampung mekanik berbanding di PS4. “Load time” memang sangat pantas dan peralihan kepada kawasan-kawasan baru dalam permainan terasa sangat lancar.

Seterusnya, Returnal adalah contoh yang cemerlang untuk teknologi PS5. Maklum balas haptik di DualSense cukup teliti, di mana ia bertindak balas mengikut peristiwa semasa di paparan dalam cara yang tidak menganggu pemain tetapi menghebatkan lagi pengalaman. Semua ciri-ciri ini membuatkan pengalaman lebih imersif tetapi hati-hati. Pemain yang mudah mual mungkin tidak beberapa selesa, jadi Housemarque menawarkan pilihan kebolehaksesan termasuk pilihan untuk membuang motion blur, penyesuaian untuk mereka yang buta warna dan banyak lagi.

Pendapat

Returnal adalah permainan yang bagus untuk mereka yang suka cabaran dengan sedikit tambahan aksi “roguelike“. Bagi pendapat saya, Housemarque telah berjaya membuat satu permainan eksklusif PS5 yang memenuhi standard untuk apa yang saya nantikan di konsol next-gen, di mana Returnal merupakan contoh yang hebat untuk prestasi sebenar perkakasan baru.

Sebagai “action shooter platformer” yang bersifat eksploratif, dengan unsur seram psikologi, Returnal menunjukkan ia mampu menggabung pelbagai elemen menjadi tanpa apa-apa isu besar dari segi gameplay. Ada banyak lagi yang perlu dibincangkan tetapi rasanya saya akan tamat ulasan Returnal saya di sini. Untuk mereka yang berminat, anda tidak perlu tunggu lama lagi kerana permainan akan keluar esok secara eksklusif hanya di PS5. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Video gameplay

Lihat di sini
Returnal
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Housemarque
Release Date: 2021-03-19
PlayStation 5
Returnal adalah permainan "third-person shooter" yang menampilkan elemen "roguelike". Berlangsung pada zaman futuristik, pemain akan mengawal Selene, seorang juruterbang angkasa yang dilengkapi dengan senjata berteknologi tinggi. Dia terdampar di planet asing dan terperangkap dalam lingkaran waktu. Selepas mati, dia akan dihidupkan semula, lalu harus teroka persekitaran asing dan memerangi entiti luar di dunia yang sentiasa berubah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Returnal

7 Score

Returnal adalah permainan yang bagus untuk mereka yang suka cabaran dengan sedikit tambahan aksi "roguelike". Bagi pendapat saya, Housemarque telah berjaya membuat satu permainan eksklusif PS5 yang memenuhi standard untuk apa yang saya nantikan di konsol next-gen, di mana Returnal merupakan contoh yang hebat untuk prestasi sebenar perkakasan baru.

Review Breakdown

  • Sebagai "action shooter platformer" yang bersifat eksploratif, dengan unsur seram psikologi, Returnal menunjukkan ia mampu menggabung pelbagai elemen menjadi tanpa apa-apa isu besar dari segi gameplay. 0
Tags: Housemarqueplaystation 5ps5ReturnalreviewSeleneulasan
Previous Post

“Ramadan Deals” kini bermula, Diskaun besar dengan barangan PlayStation dan Game!

Next Post

Siapa yang akan menang di Arena? Ini Review kami untuk Apex Legends Legacy!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siapa yang akan menang di Arena? Ini Review kami untuk Apex Legends Legacy!

Siapa yang akan menang di Arena? Ini Review kami untuk Apex Legends Legacy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd