Razer kini kembali dengan mengeluarkan keyboard low-profile terbaru mereka iaitu Razer Deathstalker V2 Pro. Kini, ia telah tersedia di Malaysia dengan berharga RM 879. Namun, adakah ianya berbaloi untuk digunakan semasa membuat kerja atau bermain game?
Untuk menjawab persoalan tersebut, Razer telah memberikan kami peluang untuk mencuba keyboard low-profile ini. Oleh itu, ini adalah review kami berkenaan Razer Deathstalker V2 Pro.
Reka bentuk premium

Razer Deathstalker V2 Pro ialah low-profile keyboard. Jadi, ketinggian papan kekunci adalah lebih pendek dan switch yang didatangkan juga mempunyai masa perjalanan yang singkat jika nak dibandingkan dengan keyboard lain. Reka bentuknya sangat ringkas dengan logo Razer pada bawah “Space”. Tambah pula dengan warna hitam aluminium, memang nampak lagi premium.

Pada bahagian bawah, ia disertakan dengan dua kaki yang boleh laras iaitu 6o dan 9o. Ciri-ciri seperti ini, wajib ada pada setiap keyboard kerana tidak ramai orang yang sukakan keyboard yang rata. Seperti saya sendiri, saya memang tidak suka keyboard yang rata dan perlu dinaikkan sehingga 9o untuk mendapatkan keselesaan semasa menggunakannya.
Sebelum saya terlupa, keyboard ini tidak didatangkan dengan “arm rest”. Namun, dengan ketinggian yang didatangkan agak rendah, saya masih rasa selesa semasa bermain game dan membuat kerja menaip.

Ia didatangkan dengan “layout” penuh bersama “numpad” pada bahagian kanan. Dengan sedikit ruang yang berada di atas “numpad”, mereka tambahkan ciri-ciri yang jarang dijumpai pada keyboard lain iaitu “Media Key”. Dengan adanya “media key”, korang boleh gunakannya untuk menukar lagi, rendah dan tinggikan “volume” dan sudah pasti “play” dan “pause”.
Daripada pengalaman semasa menaip membuat kerja, saya boleh katakan yang ianya sangat mudah dan tidak banyak kesilapan “typo” yang saya buat. Jarak antara setiap “key” memang sangat kecil dan sekali gus memberikan saya keselesaan semasa membuat kerja.

Manakala untuk pengalaman semasa bermain game, saya rasa agak pelik pada awalnya kerana telah terbiasa dengan menekan key dengan kuat pada keyboard mechanical lain. Selepas bermain lebih kurang 5 round Valorant, saya telah mendapat rentak kembali dan sekali gus memberikan prestasi yang lebih daripada yang dijangka.
Bukan gaming namanya kalau tidak didatangkan dengan lampu RGB. Razer Deathstalker V2 Pro didatangkan dengan lampu RGB yang boleh diubah mengikut kesesuaian korang. Ia boleh diubah dengan menggunakan Razer Synapse dan terdapat banyak effect yang korang boleh gunakan termasuk Static, Wave, Fire dan banyak lagi.
3 sambungan unik

Didatangkan dengan wireless tetapi apa yang menarik adalah terdapat 3 cara untuk korang sambungkan dengan PC atau laptop iaitu HyperSpeed, Bluetooth dan wayar.
Untuk sambungan HyperSpeed, mereka ada sediakan satu “receiver” atau “dongle” di bawah keyboard. Cucuk “receiver” tersebut pada PC atau laptop dan tukar mode keyboard di bahagian hadapan kepada 2.4GHz.

Manakala untuk sambungan wireless yang biasa digunakan adalah Bluetooth. Kali ini, ubah mode kepada Bluetooth di bahagian hadapan keyboard, lalu cari Keyboard Razer di tetapan Bluetooth PC atau Laptop. Setelah berjaya disambungkan, korang boleh gunakannya seperti biasa.

Selain daripada menggunakan sambungan wireless, Razer Deathstalker V2 Pro juga boleh digunakan dengan sambungan wayar dan sekali gus mengecas keyboard tersebut. Sambungan wayar adalah cara paling mudah bagi saya, korang hanya perlu cucuk wayar Type-C pada keyboard dan wayar Type-A pada PC atau laptop. Selepas selesai cucuk di kedua-duanya, korang dah boleh gunakannya seperti biasa.
Bateri

Untuk panjang hayat bateri, saya rasa ia tidak didatangkan masalah kerana ia boleh bertahan selama 40 jam dengan 50% kecerahan lampu RGB. Jika anda menukar pencahayaan lampu RGB kepada 100%, keyboard boleh bertahan lebih kurang 24 jam sahaja. Ini bermakna anda mempunyai 3 hari dalam 8 jam sesi bermain atau membuat kerja.
Untuk mengetahui peratus bateri, terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan Razer Synapse dan “shortcut key” pada keyboard. “Shortcut key” tersebut adalah Fn + End. Ia akan menunjukkan dengan lampu indicator pada atas “arrow key.” Untuk mengetahui dengan lebih tepat, boleh saja buka Razer Synapse dan ia akan ditunjukkan di sana.
Razer Synapse

Software ini adalah hub kepada semua produk Razer termasuk Deathstalker V2 Pro. Dengan menggunakan software ini, korang boleh ubah mengikut tab yang disediakan iaitu “Customize, Lighting” dan “Power.”
Untuk tab “Customize”, terdapat 3 bahagian yang korang boleh ubah suai. Yang pertama adalah mode gaming di mana ia akan mematikan fungsi Windows Key, Menu Key, Alt+ Tab dan Alt + F4 jika dihidupkan. Bagi saya ia sangat-sangat berguna kerana banyak tertekan Windows Key. Bagi yang menghadapi masalah sama, saya sarankan untuk korang hidupkan mode gaming.

Yang kedua adalah Hyperspeed multi-device pairing. Untuk fungsi ini, korang perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua produk Razer untuk disambungkan. Senang cerita, 1 “receiver” untuk 2 produk Razer. Contohnya, anda nak gunakan mouse dan keyboard dalam masa yang sama tetapi laptop anda mempunyai port USB yang sangat terhad. Jadi, anda boleh gunakan ciri-ciri ini dengan menggunakan 1 “receiver” sahaja.

Kini, tab yang dinantikan iaitu Lighting. Dalam tab ini, korang boleh mengubah pencahayaan lampu RGB daripada 0 sehingga 100. Jika nak jimat bateri, korang pun boleh hidupkan mode sleep dan idle.
Manakala untuk efek lampu RGB, terdapat dua cara iaitu “Quick Effect” atau “Advance Effect”. Jika menggunakan “Quick Effect”, korang boleh tukar lampu RGB dengan sangat mudah iaitu pilih sahaja efek yang mahu digunakan.

Kalau gunakan “Advance Effect”, mereka akan bawa korang ke bahagian lain yang dipanggil Chroma Studio. Di sini, korang boleh ubah suai segala lampu RGB yang ada pada keyboard ni. Jika nak gabung-gabung efek pun boleh.
Contohnya, saya gunakan efek “Static” pada bawah sekali, atasnya adalah efek “Starlight” dan satu lagi adalah efek “Reactive.” Jadi, efek dia jadi sangat menarik dan memuaskan hati saya. Sebelum saya terlupa, korang pun boleh set lampu RGB pada setiap key tau. Memang sangat seronok.
Kesimpulan

Dengan harga yang ditawarkan, Razer Deathstalker V2 Pro adalah low-profile keyboard premium yang dihasilkan oleh Razer. Tambah pula dengan reka bentuk minimalist yang menampilkan warna aluminium hitam, memang bertambah premium jadinya. Ia juga didatangkan dengan efek RGB yang sangat banyak dan korang boleh ubah suai dengan menggunakan Chroma Studio.
Bagi saya, ia adalah pakej yang boleh dimiliki jika korang adalah peminat besar bagi produk Razer kerana ia boleh disambungkan dengan produk lain dengan menggunakan satu “receiver” sahaja. Jika nak bercakap tentang prestasi keyboard, saya rasa ia adalah keyboard yang sangat bagus bagi saya kerana saya tidak memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri semasa menggunakannya.

Lagi-lagi dapat tekan key dengan menggunakan tenaga yang sedikit, saya boleh rasa yang jari saya tidak penat untuk membuat kerja menaip atau bermain game dengan sangat lama.
Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati semasa menggunakan Razer Deathstalker V2 Pro tidak kira sama ada semasa membuat kerja atau bermain game. Kedua-duanya memberikan pengalaman yang sangat seronok. Bagi sesiapa yang sedang mencari Keyboard low-profile yang premium, korang boleh tengok-tengok Razer Deathstalker V2 Pro. Kini telah tersedia di kedai rasmi Razer Shopee.
Untuk spesifikasi penuh Razer Deathstalker V2 Pro, sila klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak review daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post