Deathadder boleh dikatakan antara gaming mouse paling popular oleh Razer, dan telah menerima banyak variasi sejak diperkenalkan. Dalam barisan V2, kami telah review Deathadder V2, V2 Mini, V2 Pro, dan kini, kami mempunyai Deathadder V2 X Hyperspeed. Sebagai varian budget, gaming mouse ini masih mengekalkan sambungan wireless dan sistem bateri boleh diganti yang sepatutnya memberi jangka hayat lebih 200 jam.
Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk Razer Deathadder V2 X HyperSpeed.
Reka bentuk
Sebelum teruskan review, apa yang ada dalam kotak?

- Razer DeathAdder V2 X HyperSpeed
- USB receiver
- Bateri 1x 1.5V AA
- Pelekat Razer
- Buku manual
Pertama sekali saya lihat, Razer tidak banyak berubah dengan segi ergonomik atau reka bentuk bagi V2 X Hyperspeed. Ia menampilkan faktor bentuk yang hampir sama dengan Deathadder lain dalam barisan V2. Cuma, satu-satunya perbezaan tentang V2 X Hyperspeed ialah butang DPI kini beralih ke tepi LMB (left mouse button) dan mouse ini tidak ada sebarang pencahayaan RGB.

Ia mempunyai cover plastik hitam matte dengan garis berkilat di sisi dan di tengah LMB/RMB. Selain itu, terdapat logo hitam di tengah yang juga tidak boleh menyala. Kita boleh membuka cover atas untuk menukar bateri (sama ada AA atau AAA) dan menyimpan USB receiver. Semasa pegang di tangan, saya boleh merasakan DeathAdder V2 X HyperSpeed agak berat dengan ukuran purata 77g. Jenis bateri yang kita gunakan juga akan mempengaruhi berat, jadi korang kena ingat fakta itu. Mengikut taste, saya sebenarnya tidak kisah jika mouse lebih berat, tetapi sesetengah orang mempunyai citarasa berbeza.

Mouse ini mempunyai total tujuh programmable button iaitu – butang LMB, RMB, 2x DPI yang saya sebutkan tadi, 1x butang tengah, dan 2x butang di sebelah kiri – di mana semuanya mempunyai optical switch dari Razer untuk memaksimumkan kelajuan. Mouse ini juga mempunyai tapak Virgin Grade PTFE yang membolehkannya bergerak dengan lancar di atas mousepad atau meja yang licin. Walau bagaimanapun, hati-hati ketika menggunakan mouse ini di atas permukaan yang tidak sesuai kerana ia boleh tercalar.

Bagi aspek keselesaan, mouse ini mempunyai reka bentuk yang selesa untuk mereka yang bertangan kanan. Cuma, saya rasa ia “kurang selesa” berbanding model DeathAdder lain kerana lokasi baru butang DPI. Ia agak jauh untuk mereka yang mempunyai tangan kecil. Sesetengah gamer mempunyai stail sendiri semasa memegang mouse seperti claw style atau fingertip style. Jika korang guna stail yang saya sebutkan tadi, memang tidak selesa. Jelas sekali, saya tidak akan recommend mouse ini kepada kawan-kawan yang tangan kecil.
Satu lagi aspek yang annoying tentang lokasi baru butang DPI ialah saya kadangkala akan tertekan butang ini secara tidak sengaja. Saya ialah insan yang lahir dengan tangan besar, jadi semasa menembak pistol, saya kerap tertekan butang DPI secara tidak sengaja semasa awal-awal membuat review Razer V2 X HyperSpeed. Untuk kawan-kawan dengan nasib yang sama, ini memang menyusahkan orang. Pendek kata, korang perlu membiasakan diri untuk tekan semua butang dengan tepat.

Bagi aspek lain, bahan memang cukup kukuh, boleh menyerap peluh untuk kurangkan kelicinan dan mempunyai “rasa/sentuhan” yang memuaskan. Reka bentuk pun sangat minimalis untuk mereka yang sukakan gaya simple.
Prestasi

Memandangkan ini adalah model DeathAdder yang lebih berharga budget, korang mungkin berfikir bahawa DeathAdder V2 X HyperSpeed lebih lemah berbanding dengan model lain. Korang salah!
Ia mempunyai optical sensor 5G Advanced 14,000 DPI yang menawarkan sensitiviti cukup bagus, sesuai untuk mana-mana gamer. Walaupun bukan yang tertinggi (maksimum dalam pasaran boleh mencapai sehingga 20,000) tetapi ternyata, DPI ini cukup bagus. Dengan hanya satu klik, pilihan DPI yang tersedia pada mouse ialah 400, 800, 1600 (default), 3200 dan 6400. Anda boleh mengubah secara lebih terperinci menggunakan software Razer Synapse yang akan saya jelaskan kemudian di bawah.

Terdapat suis di bahagian bawah untuk bertukar antara Off, mode wireless HyperSpeed (2.4Ghz) dan mode Bluetooth. Bagi mereka yang kurang tahu, HyperSpeed bermaksud “dual-connectivity” yang menyambung melalui HyperSpeed receiver untuk menawarkan latency hampir sifar.

Saya menggunakan mouse ini selama kira-kira hampir sebulan, dan juga menggunakannya untuk review ROG Flow X13. Diuji di Valorant, mouse ini terasa sangat responsif dengan aiming cukup tepat walaupun tanpa wayar. Memandangkan ia agak berat, saya terpaksa bergerak dengan lebih luas dan ini boleh menjadi masalah untuk mereka yang mempunyai meja kecil. Itu pun terpulang kepada game apa yang korang main. Jika korang pemain kasual, itu tidak menjadi masalah. Cuma game kompetitif seperti Valorant atau Apex Legends akan menjadi isu. Suis mechanical pun sedap disentuh, dan memberikan respon sangat baik untuk setiap tembakan dan tindakan dalam game yang saya cuba.

Untuk jangka hayat bateri, bahagian ini menerima upgrade yang paling ketara. Bersama bateri AA yang disertakan sekali dalam kotak, ia boleh bertahan selama 235 jam dengan sambungan HyperSpeed, dan 615 jam dengan Bluetooth menurut Razer. Saya sudah guna hampir sebulan (8 jam sehari/5 hari seminggu) dan sehingga hari ini, ia masih bertahan. Saya sendiri boleh jamin, baterinya memang kaw-kaw hebat. Satu lagi faktor yang mempengaruhi faktor tahan lama adalah kerana mouse ini tidak mempunyai RGB yang sebenarnya banyak makan kuasa.
Razer Synapse

Razer’s Synapse adalah satu-satunya software yang saya rasa user friendly walaupun mengandungi beratus-ratus setting untuk menukar sensitivity, key binding, pencahayaan dan sebagainya. Berita buruk ialah V2 HyperSpeed tidak mempunyai RGB, jadi hampir separuh daripada apa yang boleh korang lakukan dalam Synapse kini tidak berguna. Jangan risau kerana masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan.

Sebahagian daripadanya adalah memprogram semula fungsi bagi semua butang di mouse, menukar tahap DPI, melaraskan polling rate, menukar option wireless power saving dan mengubah sensitiviti bergantung pada permukaan yang korang guna. Memandangkan kita juga perlu log masuk untuk menukar setting ini, korang masih akan mempunyai tetapan yang sama walaupun menggunakan produk tersebut di komputer lain. Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan, sekurang-kurangnya kita masih boleh melaraskan bahagian penting untun “tuning” mouse ini hingga sempurna di tangan pengguna masing-masing.
Pendapat

Secara keseluruhan, Razer DeathAdder V2 X HyperSpeed merupakan gaming mouse FPS/MMO hebat yang korang boleh dapatkan pada harga mampu milik RM269.00 di laman web rasmi Razer. Ia mempunyai sensor 14,000 DPI boleh tahan hebat, pilihan sambungan yang mudah secara HyperSpeed atau Bluetooth dan jangka hayat bateri yang sangat-sangat lama. Walaupun tiada RGB dan lokasi baru bagi butang DPI agak janggal untuk sesetengah pengguna, kelebihannya jelas mengatasi segala kelemahan. Ini adalah pilihan yang bagus jika korang sedang mencari gaming mouse wireless yang murah tetapi bagus dengan prestasi A+.
Maka, tamatlah review saya untuk Seperti Faker (pemain profesional League of Legends ) pernah berkata, “The DeathAdder is the best performing mouse that I have ever used.”
@gamersantaimy
Discussion about this post