Sebelum ini, Razer pernah mengeluarkan siri headset gaming wireless iaitu Barracuda X pada tahun 2021 dan mengeluarkan versi baharu yang diberi nama Razer Barracuda Pro pada tahun ini. Sebagai headset gaming wireless pada tahun 2022, adakah ia menepati cita rasa peminat yang tidak menginginkan latency semasa bermain game? Untuk mengetahui jawapannya, jom baca review ini.
Reka bentuk bungkusan

Tidak seperti adik beradiknya yang lain, Razer Barracuda Pro didatangkan dengan hard casing. Ia mempunyai logo yang berwarna hitam pada bahagian tengah. Apabila membuka casing tersebut, anda akan lihat headset, dua wayar USB, converter type-A kepada type-c, wayar dari type-A kepada type-c dan dongle USB-C. Semua bahagian wayar ini berada di bahagian tengah kotak dengan lapisan magnetik.
Reka bentuk headset

Razer Barracuda Pro mempunyai penampilan yang diperkemas, terutamanya permukaan hitam matte yang tidak akan meninggalkan cap jari padanya. Tidak seperti gaming headset yang lain, Barracuda mengekalkan penampilannya yang minimalist tanpa RGB untuk digunakan semasa bermain game dan masa lapan. Jika anda ingin membeli headset RGB, anda perlu memikirkannya semula.
Jika nak dibandingkan dengan versi X, Pro mempunyai berat lebih sedikit dan menjadikan berat 340g. Hal ini kerana mungkin dari penambahan ciri-ciri dan perkakasan baharu yang ditambah. Jika anda memakainya dalam jangka masa yang lama, ia akan berasa berat menolak ke bawah. Berbanding dengan versi sebelumnya, headband pada versi Pro adalah lebih pendek dan menjadinya keras serta tidak selesa untuk digunakan pada tempoh yang lama.

Ear Cup boleh dipusingkan dengan ketara yang membolehkan anda membuat pelarasan mengikut bentuk kepala dan saiznya sangat tepat untuk menutup telinga anda sepenuhnya. Selepas menggunakan untuk beberapa ketika, saya perlu menanggalkannya tetapi tidak mengetahui punca adakah sebab ianya berat atau reka bentuk ataupun cuaca.
Tidak lengkap jika dah sampai bahagian ear cup tapi tidak sentuh pasal kusyen kan. Ia diperbuatkan daripada memory foam yang melegakan tekanan dan juga membantu dalam noise cancellation.
Pada bahagian kiri Razer Barracuda Pro, ia mempunyai port pengecasan, LED untuk isyarat, butang kuasa, pelarasan kelantangan dan butang bisu mikrofon. Manakala bahagian kanan pula, terdapat satu butang SmartSwitch. Terdapat juga logo Razer pada sebelah kiri dan kanan di bahagian tengah.
Platform yang pelbagai
Razer Barracuda Pro boleh digunakan pada pelbagai platform seperti PlayStation, Nintendo Switch, PC dan mobile. Selain menggunakan Bluetooth, anda boleh menggunakan Razer HyperSpeed Wireless 2.4GHz untuk menyambung. Transceiver ini tidak mempunyai latency dan membolehkan anda mempunyai sambungan yang lancar.

Anda hanya perlu memasangkan dongle ke peranti, selepas menghidupkan headset, ia akan disambungkan terus dan tidak memerlukan sebarang pemasangan perisian. Ianya pasang dan main. Selepas sambungan berjaya, LED akan memancarkan cahaya biru.
Selain itu, Razer membenarkan anda menukar mode secara pantas antara Razer HyperSpeed Wireless dan Bluetooth dengan menekan butang dua kali. Jika anda menerima panggilan di peranti yang disambungkan, ianya akan terus masuk secara automatik melalui headset. Tanpa menanggalkan headset, anda boleh menjawab telefon dan kembali semula kepada audio game. Ianya sangat mudah.

Jika peranti anda tidak mempunyai port USB type-C, anda boleh menggunakan penukar USB type-A kepada Type-C yang disediakan dan pasangkan.
Noise Cancellation

Semasa saya menggunakan Razer Barracuda Pro untuk bermain game, saya mendapat pengalaman sangat baik kerana keseluruhan telinga telah ditutup dengan sempurna oleh ear cup dan sudah semestinya ciri unik hybrid ANC yang mempunyai mikrofon di dalam dan di luar ear cup. Dengan noise cancellation yang memberikan kesan maksimum, saya langsung tidak mendengar sebarang background noise semasa saya bermain.

Dengan adanya fungsi SmartSwitch, anda boleh menghidupkan noise cancellation dengan mudah. Terdapat tiga mode yang boleh digunakan iaitu Mode Ambient, Mode ANC hidup dan Mode ANC mati. Apabila Mode ANC dihidupkan, anda akan berasa seperti dalam persekitaran vakum dan mempunyai penebat bunyi yang lebih baik.
Selain itu, saya dapat mendengar lagu yang dimainkan itu lebih jelas dan mempunyai bass yang banyak. Lama-kelamaan, saya rasa tekanan yang diberikan memaksa saya untuk menukar mode.

Apabila anda memakai headset, ia terasa seperti di dunia luar di mana anda tidak akan mendengar persekitaran dan suara sendiri. Apabila anda ingin bersembang dengan orang lain, sama ada anda pause lagu itu atau menanggalkan headset tersebut.
Disebabkan itulah headset ini didatangkan dengan mode Ambient. Ianya akan menguatkan bunyi sekeliling anda secara automatik supaya anda boleh mendengar dengan jelas apa yang sedang dibualkan. Saya rasa mode ini lebih memudahkan urusan lagi-lagi nak berbual dalam masa yang singkat.

Sudah pasti mikrofon yang diberi turut mempunyai ciri noise cancellation. Apa yang lagi menarik mengenai mikrofon ini adalah saya cuba menggunakan pengering rambut di sebelah saya ketika saya menelefon tetapi orang yang saya telefon langsung tidak dengar bunyi pengering rambut tersebut sebaliknya mendengar apa yang saya cakap dengan jelas.
Bagi saya ciri ini sangat sesuai dan berguna untuk mereka yang mempunyai mesyuarat atau stream. Malangnya, ciri ini tidak dapat menapis suara manusia.
Prestasi

Saya secara peribadi rasa berpuas hati dalam setiap bahagian pada headset ini, tidak kira sama ada volume, bass ataupun kualiti bunyi, semuanya setanding. Headset ini dilengkapi dengan THX AAA, ia boleh mensimulasikan saluran 7.1 dan juga mempunyai tuning eksklusifnya sendiri. Jadi, anda boleh bermain game atau menonton filem atau mendengar muzik untuk mendapatkan bunyi yang lebih jelas.
Dengan driver Razer baharu TriForce Bio-selulosa 50mm, anda boleh mendengar bunyi yang lebih tepat sama ada ianya tinggi ataupun rendah. Jadi, anda boleh mencapai rasa immersion yang lebih baik semasa bermain game. Ketika bermain Apex Legends, saya dapat mendengar bunyi tapak kaki musuh dengan sangat jelas dan mengetahui kedudukan tepat musuh yang membolehkan saya menyediakan senjata saya untuk mengalahkan musuh.
Aplikasi Razer

Memandangkan Razer barracuda Pro ini boleh digunakan pada pelbagai platform, anda boleh menyediakan aplikasi ini pada telefon dan PC dan ianya membenarkan anda untuk ubah suai dengan lebih mendalam. Dalam perisian Razer Audio, anda boleh memilih tahap pengurangan noise cancellation pada mikrofon atau menghidupkan pelbagai mode. Untuk pengguna telefon yang tidak mahu diganggu semasa bermain game, anda bleh menetapkan mode “Do Not Disturb”.

Untuk pengguna PC, anda juga boleh memilih untuk mengubah suai Audio Spatial THX dalam kes tertentu. Di sini, saya mencadangkan anda yang tahu bagaimana untuk menyesuaikan EQ, cuba menyesuaikan diri dengan EQ yang lebih selesa. Bukan sahaja meningkatkan kualiti muzik tetapi juga bunyi dalam game seperti sound effect, dialog dan sebagainya. Di samping itu, anda boleh menghidupkan mode penjimatan kuasa yang membenarkan anda untuk menetapkan beberapa lama headset akan mati apabila ianya tidak digunakan.
Hayat bateri

Razer Barracuda Pro boleh dikatakan sangat bagus. Saya telah menggunakan headset dalam 30 jam dan pengecasan menggunakan kabel pengecas type-C menjadikan ia sangat pantas dan penuh dalam masa 2 jam sahaja. Jika bateri tidak mencukupi semasa bermain game, anda boleh mengecas semasa bermain.
Jika anda seorang pemain yang banyak menggunakan headset, anda boleh menggunakannya kira-kira 3 hari. Apabila bateri headset berkurangan, headset akan mengingatkan anda, jadi jangan risau headset ini akan mati secara tiba-tiba.
Pendapat saya

Selepas menggunakan Razer Barracuda Pro, saya cukup berpuas hati dengan produk ini kerana ia boleh bertukar platform dengan cepat, di mana ianya sangat sesuai untuk pemain yang memakai headset sepanjang masa. Di samping itu, teknologi THX AAA ditambah dengan teknologi ANC, saya boleh mendengar sound effect dengan sangat jelas dan bagus.
Jika anda ingin menikmati muzik atau mesyuarat, ianya tidak ada masalah sama sekali kerana ia mempunyai noise cancellation yang sangat baik.

Penampilan reka bentuk tidak begitu baik, sebabnya adalah berat dan reka bentuk bingkai. Headset ini adalah gabungan antara kasual dan game, tetapi reka bentuk bingkainya tebal. Reka bentuk ini sukar untuk pemain yang ingin menggantung di leher dengan selesa. Saya rasa perlu menggunakan bingkai yang lebih nipis, keselesaan keseluruhan mungkin boleh dipertingkatkan.
Tamatlah review ini dan buat sesiapa berminat dengan Razer Barracuda Pro, ia kini boleh didapatkan pada harga RM 1,399 di Malaysia. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post