Ratchet and Clank: Rift Apart oleh Insomniac Games, yang keluar untuk PlayStation 5 pada tahun 2021, menampilkan maskot popular eksklusif PlayStation ketika mereka memulakan perjalanan yang memerlukan protagonis untuk meneroka antara pelbagai dimensi selari untuk menyelamatkan dunia. Di sini, saya akan review game yang sama, cuma kali ini, Ratchet and Clank: Rift Apart dikeluarkan untuk PC.

Langkah ke tahun 2023, gameplay-nya seolah-olah nafas baru untuk saya dan past pengalaman kali pertama untuk mereka yang tidak bermain versi PS5. Agak menarik untuk tengok prestasi sebuah game flagship PlayStation di platform PC, lagi-lagi kerana ia dibangunkan oleh Nixxes, yang merupakan pakar dalam urusan “game porting”.
Jika dilihat keperluan sistem, game ini mungkin nampak “ringan”, tapi untuk benar-benar menikmati game Ratchet and Clank: Rift Apart, ia memerlukan segala tenaga daripada sistem anda. Ingin tahu lebih lanjut? Baca review saya di bawah.
Specs:
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 4090 Laptop GPU 16GB GDDR6
- CPU: Intel Core i9-13980HX processor
- Storage 4TB (2TB*2) NVMe PCIe Gen4x4 SSD
- Display: 17″ 16:10 QHD+ (2560 x 1600), 240Hz
- RAM: DDR5 32GB*2 (5600 MHz)
Imbas jalan cerita
Saya pernah review Ratchet and Clank: Rift Apart di PlayStation 5, jadi saya tidak akan jelaskan secara terperinci tentang gameplay third-person shooter dalam artikel ini. Sebaliknya, saya akan menjelaskan tentang prestasi game ini di PC. Tapi jika anda tidak pernah bermain Ratchet and Clank sebelum ini, Rift Apart merupakan entri ke-9 dalam siri Ratchet and Clank.
RIft Apart mengisahkan tentang Ratchet and Clank ketika mereka mengembara ke seluruh galaksi, untuk cuba menghalang Emperor Nefarious, antagonis utama yang telah memerintah alam semesta (dan merupakan versi alternatif kepada Dr. Nefarious).

Gameplay bagi mekanik “Rift”, di mana Ratchet dan Clank lompat melalui dimensi untuk pergi ke dimensi lain, adalah fokus besar dalam game ini. “Rift” kadang-kadang akan membawa kita ke dunia lain atau pada masa lain di dunia alternatif.
Peristiwa tertentu juga berlaku di sini, seperti kemunculan pelbagai musuh baru, kawasan yang sepatutnya aman tetapi hancur di dunia alternatif, dan kadang-kadang, laluan yang dihalang oleh teka-teki.
Akibat krisis ini, Rivet dan Kit diperkenalkan dan mereka berdua merupakan versi wanita kepada watak utama – Ratchet dan Clank. Apabila plot berkembang, kami tukar antara mengawal Ratchet dan Rivet, yang ada kemahiran dan alatan yang sama tapi perspektif yang sangat berbeza tentang dunia.

Daripada pengalaman saya di PS5, game ini boleh disifatkan sebagai naratif pengembaraan aksi ala-ala filem Disney Pixar. Kami terpaksa menyelesaikan teka-teki unik, dan mengharungi pertarungan bos epik dalam pelbagai campuran gameplay.Kami ini akan banyak beralih antara aksi third person shooter dan platforming ringan, serta penerokaan tetapi semuanya boleh dibuat pada tempo dan rentak pemain.
Prestasi

Seterusnya, jom kita bincangkan tentang “prestasi”. Semasa menguji game ini, PC saya dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 4090 Laptop GPU 16GB GDDR6, pemproses Intel Core i9-13980HX, DDR5 32GB*2 (5600Mhz) dan 4TB (2TB*2) NVMe PCIe Gen4x4 SSD.
Saya bermain Ratchet and Clank: Rift Apart pada pelbagai setting – saya mengujinya dengan/tanpa DLSS 3 dan ray tracing didayakan, dan segala-galanya daripada resolusi maksimum 2K hingga ke bawah. Berikut adalah hasil ujian yang saya dapat.
Max settings – DLSS Off (2K) – 90 FPS Avg

Pada mulanya, saya bermain game ini pada setting tertinggi. Ini bermaksud resolusi dan grafik diletakkan pada maksimum, tanpa DLSS 3 dan mendayakan ray tracing ke tahap maksimum. Hal ini sama juga untuk setting tambahan seperti ambient occlusion dan shadows.
Max settings – DLSS On + RT Maxed (2K)

Sudah tentu, purata 60 FPS sudah cukup sesuai untuk gaming,tapi bagaimana jika saya melebihi had itu? Inilah sebabnya DLSS 3 berguna. Berikut adalah frame rate yang saya peroleh sepanjang sesi permainan di pelbagai setting:
- DLSS Quality – 120 FPS Avg.
- DLSS Balanced – 130 FPS Avg.
- DLSS Performance – 140 FPS Avg.
- DLSS Ultra Performance – 160 FPS Avg.
Prestasi meningkat dengan ketara kerana DLSS 3. Ia meningkatkan frame rate serta-merta kepada 100 FPS, yang menjadikan pengalaman FPS lebih baik. Bagi saya, setting terbaik ialah Quality dan Balanced.
Setting Performance ada beberapa kelemahan grafik yang menjejaskan objek bergerak dan juga bayang-bayang. Objek yang lebih kecil juga sering berkelip. Bagaimanapun Quality dan Balanced menambah baik kualiti imej. Sekali lagi, 60FPS adalah frame rate yang cukup baik untuk game seperti ini.
Maxed – DLSS Off + RT Off (2K) – 60 FPS Avg.

Saya juga menguji game ini tanpa sebarang ray tracing. Ia berfungsi dengan baik pada kira-kira 90 FPS dalam 2K tanpa DLSS. Pada saat ini, saya mengalami tahap visual tertinggi. Setiap aset tampil dalam resolusi terbaik dan kelihatan sangat tajam.
Mode ini sangat sesuai untuk mereka, yang tidak begitu ambil berat tentang ray tracing. Tetapi jika menghadapi masalah, anda boleh mendayakan DLSS 3 untuk dapatkan semula FPS. Sudah tentu, jika anda ingin meningkatkan prestasi, anda juga boleh mengurangkan resolusi.
Untuk NVIDIA GeForce RTX 4090 Laptop GPU 16GB GDDR6, saya dapati bahawa main game pada maksimum 2K sambil lumpuhkan DLSS 3 menghasilkan imej pada 50–60 bingkai sesaat, dan secara jujur, itu sudah cukup bagus untuk saya. Saya dapat tengok dengan jelas semua pantulan ray tracing dan bayang-bayang berkat visual keseluruhan yang sangat baik.

Ratchet and Clank: Rift Apart tidak terlalu mencabar untuk dilancarkan. Ia ada pilihan setting grafik yang banyak dan semuanya boleh diubah suai mengikut perkakasan. Cuma, anda mungkin memerlukan GPU yang cukup kuat jika anda ingin maksimumkan visual game, terutamanya untuk mengelak gangguan grafik yang boleh mengganggu pengalaman.
Rift Apart masih adalah game bagus untuk menguji prestasi perkakasan anda, walaupun hakikatnya ia tidak berjalan selancar seperti di PS5. Apa yang saya boleh puji sebagai kekuatan terbesar game ini ialah visualnya, yang menggabungkan aspek teknikal dengan visual seni yang cantik untuk menghasilkan adegan yang masih mengagumkan walaupun game ini sudah berusia dua tahun.
Efek melampau sentiasa muncul dengan kerap, latar belakang sentiasa sibuk dengan aktiviti, portal dimensi membawa kita pergi dari suatu tempat ke tempat berbeza dalam sekelip mata, dan setiap cutscene memiliki kualiti setaraf kebanyakan filem animasi budget besar.

Masalah yang saya hadapi?

Sepanjang bermain Ratchet & Clank: Rift Apart, saya jumpa beberapa bug yang juga menyebabkan PC saya crash. Selain itu, ada beberapa isu grafik yang menganggu, seperti efek yang tidak jelas, sinar cahaya yang terlalu terang (dan entah keluar daripada mana) dan tekstur yang hilang.
Walau bagaimanapun, update terkini telah membetulkan majoriti isu grafik yang saya temui.

Seterusnya, apabila menggunakan mekanik paling penting dalam game ini, iaitu menembus Rift (portal ke lokasi lain),saya terjumpa satu lagi kelemahan pada port PC. Apabila kita menembus melalui Rift, saya tidak menghadapi apa-apa isu di PlayStation 5.
Malangnya, pengalaman itu tidak sama di PC. Walaupun saya install game ini di SSD, melompat melalui Rift akan membuatkan game ini berhenti seketika apabila dimensi seterusnya dimuatkan. Ini hanyalah masalah kecil tetapi mungkin akan mengganggu keasyikan sedangkan semuanya lancar.
Banyak variasi customization untuk memudahkan pemain

Kami boleh ubah suai pelbagai pilihan visual dan grafik, seperti FOV slider, kesan cuaca, dan juga game scaling.
Bukan itu sahaja, ada banyak pilihan yang boleh diubah untuk mempengaruhi tindakan dalam game, dan ada juga setting yang direka khusus untuk pemain jenis speedrunner yang membolehkan membuang adegan tertentu dan elemen slow-mo untuk menjimatkan masa.
Kami juga boleh menggunakan ciri accessibility tambahan, termasuk Simplified Traversal, Auto Glide, Hoverboot Auto-Pump, Flight Assist, Grind Assist, High Contrast Background dan lain-lain.

Di samping itu, setiap tindakan berfungsi dengan baik pada mouse dan keyboard, dan menekan setiap butang terasa sangat natural sedangkan ini game eksklusif untuk PC. Satu-satunya kelemahan ialah anda tidak dapat mengalami haptic feedback dan adaptive trigger yang dibuat khas pengawal DualSense. Tetapi jika anda sambungkan controller DualSense ke PC, game ini akan berfungsi sama seperti di PlayStation 5.
Sama seperti game Insomniac dan Nixxes yang lain, Ratchet & Clank: Rift Apart menawarkan setting dan pilihan customization yang membolehkan pemain sesuaikan pengalaman game berdasarkan perkakasan yang mereka gunakan atau jika mereka ada sebarang kecacatan yang mengehadkan pengalaman mereka.
Secara ringkas, game PC ini penuh dengan fungsi kebolehaksesan, dan itu yang saya harapkan dari salah satu penerbit game terbesar di dunia.

Pendapat

Apabila anda mengoptimumkan visual dalam Ratchet and Clank: Rift Apart pada PC anda, anda pasti tidak akan berhenti bermain. Grafik dalam game ini adalah antara yang terbaik pernah saya lihat. Setiap persekitaran amat berwarna-warni dan menyampaikan kualiti dan keseronokan yang sama seperti yang saya alami pada PS5 walaupun tanpa ray tracing.
Sama ada kamera secara dekat pada watak atau anda sedang meneroka dunia yang luas, game ini sentiasa bagi gambaran bahawa kami sedang menonton filem animasi yang cantik.

Walaupun tidak dapat dinafikan Rift Apar memberi satu pengalaman yang indah, ada beberapa perkara yang perlu diingat. Walaupun situasi setiap orang berbeza-beza, game ini pernah crash sewaktu saya bermain sedangkan PC saya cukup kuat. Ini bukanlah satu alasan untuk kata game ini teruk, tetapi amat membimbangkan.
Jika pengalaman ala PS5 adalah apa yang anda cari tapi tidak memerlukan perkakasan yang seeloknya, saya sarankan supaya dapatkan komponen tersebut dahulu. Jika PC anda mampu memikul tugas itu, Ratchet and Clank: Rift Apart sangat cemerlang dengan grafik yang cantik dan gameplay lancar yang pasti akan menghiburkan pemain dari awal hingga tamat.
Bagi mereka yang berminat, Ratchet & Clank: Rift Apart kini tersedia di PC melalui Steam dan Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post