Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review PS5 Hades: Game roguelite hebat bertemakan dewa Olympus!

Maira by Maira
September 13, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Platform, Review
0 0
0
Review PS5 Hades: Game roguelite hebat bertemakan dewa Olympus!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sedia tahu game Hades ini memang sudah lama keluar di PC, tetapi game ini juga telah dilancarkan ke konsol PS5. Jadi, saya cuba permainan ini di PS5 dengan idea yang sesuatu baru mungkin akan ada untuk versi konsol ini. Saya juga gemar bermain game ini di PC. Tetapi secara jujurnya, game ini hanyalah game yang sama seperti versi-versi lain yang terlah dilancarkan . Hanya sedikit sahaja benda yang berbeza untuk versi PS ini. Sebelum saya teruskan dengan review ini, mari saya perkenalkan dahulu tentang game Hades ini.

Hades merupakan rougelite dungeon crawler di mana kita menentang dewa kematian, kita akan hack dan slash jalan keluar untuk dari dunia mitos Yunani. Game ini telah dibangunkan oleh Supergiant Games yang menggabungkan kesemua idea game mereka yang terdahulu seperti Bastion, Transistor dan Pyre. Hades telah dilancarkan pada 6 Disember 2018 melalui Epic Games Store sebagai akses awal kepada pemain. Game ini kemudian dilancarkan ke Steam dan konsol termasuklah PS5.

Kisah Hades

Kita bermain sebagai putera Zagreus, anak lelaki Hades, dewa alam kematian. Zagreus cuba melarikan diri dari alam itu dan berjumpa dengan dewa-dewa lain di Olympus. Namun, alam kematian sangat dalam dan selalu berubah, dan tidak ada benda atau sesiapa yang dapat melepaskan diri dari tempat itu.

Hades sendiri tahu bahawa anaknya cuba untuk melepaskan diri, dan tidak suka dia melakukannya tetapi tidak pernah berusaha untuk menghentikan Zagreus.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Sementara itu, dewa-dewa di Olympus tidak tahu bahawa Zagreus wujud sehingga awal permainan, mereka kan menghantar hadiah dalam bentuk upgrade setiap kali kita memulakan larian baru. Disebabkan alam kematian sangat jauh, tidak banyak yang dapat kita lakukan sesuatu mengenainya.

Gameplay Hades

Seperti Returnal, Hades merupakan Roguelite di mana teras permainannya mempunyai penjara bawah tanah secara rawak, dengan peralatan rawak yang disetkan semula setiap kali anda mati. Rougelite dan roguelike perkataan yang hampir sama tetapi mereka sangat berbeza. Permainan rougelike akan membuatkan anda mula permainan baru setiap kali mati. Dalam game rougelite pula, kita akan mendapat beberapa item atau benda setiap kali mati, jadi ada faedahnya untuk terus mencuba game itu.

Sebagai seorang yang suka bermain game Dark Souls, saya mempunyai sedikit masalah dengan game roguelite dan roguelike. Saya sangat tidak suka elemen RNG. Kadang-kadang kita akan dapat stage yang “sempurna” dan bila mati, buatkan perasaan untuk main lagi itu hilang. Seperti sebilangan game besar seperti Dead Cells dan Returnal, kita akan bermula dengan senjata yang teruk dan senjata itu berbeza penggunaannya sehinggakan game itu tidak menyeronokkan dari awal.

Hades mempunyai banyak perkara yang menjadikannya kurang menakutkan untuk dimain dengan kewujudan Darkness. Darkness adalah mata wang yang kita simpan setiap kitaran, dan dapat digunakan untuk meningkatkan Zagreus secara kekal dengan perkara seperti dash kedua, atau revive secara percuma apabila mati. Kita hanya dapat revive secara percuma pada awal permainan sahaja dan terdapat upgrade lain yang akan menyembuhkan kita setiap kali membersihkan bilik.

Korang tau tak benda terbaik yang ada dalam Hades ni? Korang boleh pilih senjata pada awal permainan. Senjata semuanya mempunyai gaya permainan yang sangat berbeza, seperti greatsword yang mempunyai damage yang baik tetapi mempunyai beberapa pilihan, atau perisai jarak dekat yang juga dapat dilemparkan untuk memukul banyak musuh, atau spear, senjata jarak jauh yang hanya memukul satu musuh sahaja. Oh lupa nak cakap. Hades juga ada mesingan yang memang seronok digunakan dalam larian untuk keluar dari alam kematian itu.

Dengan memberikan saya untuk memilih gaya permainan sendiri pada awal permainan membuatkan game ini terasa kurang bergantung pada RNG. Walaupun, power ups masih bergantung kepada RNG, tetapi sekurang-kurangnya saya mendapat set pergerakan yang saya suka pada awal permainan dan tidak perlu risau untuk tukar dengan sesuatu yang mempunyai damage yang lebih tinggi.

Permainan ini mendorong kita untuk menukar senjata antara larian, dengan memiliki beberapa senjata yang menawarkan peningkatan Darkness jika anda menggunakannya untuk larian seterusnya. Ini membuat saya farming Darkness di mana plan saya adalah untuk tidak terlalu jauh dengan permainan, sebaliknya memilih setiap laluan yang memberikan saya lebih banyak Darkness sehingga saya dapat membelanjakannya untuk upgrade yang lebih baik untuk Zagreus.

Routes Hades

Apa yang mengejutkan tentang Hades ialah setiap bilik akan tunjukkan boon yang akan kita dapat sebelum memilih bilik tersebut. Boon seperti duit yang digunakan untuk membeli item sementara, symbol of gods yang akan berikan upgrade, nectar, upgrade senjata dan banyak lagi.

Walaupun masih RNG, dengan dapat mengetahui apa yang kita akan dapat membuatkan kita plan jalan terbaik untuk larian seterusnya. Jadi, game ini tidak akan membuatkan kita rasa hilang harapan seperti Returnal, yang tidak menjaminkan benda-benda berguna untuk bilik yang akan kita pergi seterusnya.

Pertarungan

Pertarungan dalam Hades sungguh hebat dan serangannya sangat responsif. Terdapat beberapa serangan untuk dipilih seperti serangan biasa dan serangan khas. Serangan ini juga akan berubah mengikut pilihan senjata yang kita pilih. Dash dalam game ini juga sangat responsif dan kita dapat lakukan double dash dengan membelinya menggunakan Darkness.

Serangan khas yang tersedia hanyalah Cast dan Call. Cast membolehkan kita untuk menembak satu peluru yang akan terperangkap di dalam badan musuh. Jumlah peluru untuk menggunakan Cast hanyalah satu, jadi kita perlu mengutipnya balik daripada musuh yang mempunyai peluru tersebut atau tunggu peluru itu untuk jatuh. Kita perlu membunuh musuh tersebut untuk lebih mudah mengutip peluru tersebut itu.

Call pula agak terhad untuk digunakan. Ini kerana kebolehan ini hanya boleh digunakan jika kita mempunyai kebolehan “Call” yang diberikan oleh dewa. “God meter” yang tersedia akan digunakan untuk serangan yang bergantung kepada “Call” dewa yang dibuka.

Permainan ini banyak mengingatkan saya kepada Hyper Light Drifter, tetapi Hades tidak bergantung kepada serangan tembakan sahaja. Jadi game ini memberikan peluang untuk pemain menggubah taktik permainan semasa melakukan larian untuk keluar dari alam kematian.

Boons

Boon yang korang akan dapat dalam Hades akan jadi benda terpenting bila bermain game ini. Setiap boon yang diberikan oleh dewa-dewa adalah berbeza dalam setiap larian dan akan bertambah jika korang dapat menyelesaikan lebih banyak bilik. Setiap kali mendapat boon, korang boleh pilih salah satu efek khas yang ditawarkan oleh dewa. Setiap dari mereka akan memberikan kita tiga pilihan boon untuk dipilih. Kesemua boon mempunyai nilai yang berbeza dan bergantung kepada dewa yang menawarkannya.

Contohnya boon yang ditawarkan oleh Aphrodite. Efek boon Aphrodite semuanya berkait dengan status kelemahan, yang akan menurunkan serangan musuh sebanyak 30%. Antara boon Aphrodite juga menawarkan efek yang mampu membuatkan musuh menjadi lemah untuk beberapa saat setiap kali kita diserang.

Boon dewa-dewa ini juga mampu mengubah serangan biasa, serangan khas, dash atau cast semasa efeknya aktif. Jadi dengan menggunakan boon tersebut, ia mampu mengubah sedikir sebanyak corak permainan kita menjadi lebih sempurna ketika larian. Contoh seperti Ares, yang memberikan dorongan kepada dash ketika menggunakan “Blade Rift”, salah satu serangan dalam Hades. Efek boon ini akan meningkatkan damage serangan tersebut setiap kali kita dash. Ia sangat hebat dan sangat membantu saya semasa berlawan dengan musuh.

Selain itu, terdapat juga beberapa bilik cabaran di mana kita dapat memilih antara dua dewa. Bilik ini, bergantung kepada dewa yang kita pilih, akan menghantar raksasa untuk menyerang kita.

Boon lain yang korang boleh guna dalam Hades ialah Chaos Boons. Boon ini sangat berisiko untuk digunakan kerana kita terpaksa mengorbankan health Zagreus. Untuk pengetahuan korang, health Zagreus dalam game ini tidaklah banyak dan sebab itu kita akan mati banyak kali sehingga kita dapat menaikkan health Zagreus ke tahap yang ideal untuk melakukan larian yang terbaik. Chaos boon ini akan memberikan debuff pada mulanya tetapi jika digunakan dengan lama, ia akan berubah menjadi buff yang akan meningkatkan serangan kita lebih daripada 50%. Jadi kalau rasa ingin jadikan game ini lebih seronok, korang boleh cuba gunakan boon ini.

Korang juga boleh gunakan Daedulus Hammer. Boon ini mampu mengubah pergerakan senjata yang korang gunakan. Contohnya, Spear yang melakukan serangan lurus mampu diubah menggunakan upgrade Daedulus Hammer ini. Serangan tersebut akan menjadi serangan yang bersebaran seperti senapang. Tetapi serangan ini hanya boleh digunakan sementara.

Watak

Kalau korang masih rasa tak ingin main Hades, korang boleh tangok watak-watak yang ada dalam Hades. Game ini mempunyai seni watak yang sangat menarik dan menawan. Saya sangat menyukai seni watak yang mempotretkan dewa-dewa Olympus, di mana kita boleh pelajari keperibadian mereka hanya dari gambaran seni sahaja. Bukan setakat itu sahaja, latar suara karakter juga sangat sesuai dengan watak mereka menjadikan game ini sangat bagus. Tidak peliklah apabila ia dinobatkan “Game of the Year” pada tahun 2020.

Antara salah satu yang saya suka tentang Hades ialah plotnya yang biasa-biasa sahaja dan tidaklah kompleks seperti game yang lain. Hades bukanlah watak yang jahat, tetapi dia cuma seorang ayah yang tidak baik. Dia sangat sibuk menguruskan roh-roh orang yang mati sehingga dia tidak mempunyai masa untuk menghentikan rancangan Zagreus yang ingin keluar dari tempat itu. Kadang-kadang dia juga akan bercakap dengan Zagreus di tengah jalan dan akan memanggilnya dengan gelaran-gelaran yang tidak baik.

Kita juga dapat membina hubungan dengan watak-watak berbeza yang muncul dalam game ini. Malah mereka juga akan memberikan kita nectar yang boleh didapati di ruang dungeon dan bercakap dengan mereka. Pertama kali mereka memberikan nectar kepada kita, mereka juga akan memberikan kita keepsake yang boleh digunakan untuk mengubahsuai permulaan untuk larian kita. Keepsake dari dewa-dewa Olympus ini, selalunya menjaminkan boon baik dari mereka.

Kita dah cerita tentang kisah, cara pertarungan, boon dan juga watak yang ada dalam Hades. Persoalannya kini, adakah Hades berbeza apabila dimainkan di PS5? Jawanpannya adalah tidak. Game ini memang tidak ada beza dengan versi PC yang dikeluarkan. Kalau ada perubahannya mungkin pada dualsense yang kita gunakan untuk bermain Hades. Bila kita belai Cerberus, fungsi haptic dan adaptibe trigger yang ada pada dualsense membuatkan kita rasa seperti Cerberus berasa gembira apabila dibelai. Itu sahaja yang perbezaan yang boleh kita dapat bila bermain menggunakan dualsense.

Kesimpulan

Hades adalah antara roguelite terbaik yang saya pernah main mengalahkan Returnal. Ia juga kini menjadi game kegemaran saya. Game ini memberikan kita kebebasan untuk meneroka formula atau taktik untuk digunakan semasa melakukan larian. Sesetengah pemain mungkin akan berkata kebebasan itu membuatkan game ini mudah tetapi itulah yang membezakan Hades dengan game rougelite yang lain malah lebih seronok untuk dimainkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Hades

9 Score

PROS

  • Permainan yang lancar dan responsif
  • Seni lukisan dan animasi yang hebat
  • Kebolehan untuk memilih senjata sendiri pada awal permainan

CONS

  • Tidak ada perbezaan di versi PS5. Hades hanya permainan yang sama di semua platform.

Review Breakdown

  • Hades adalah antara roguelite terbaik yang pernah dimainkan.Game ini memberikan kita kebebasan untuk meneroka formula atau taktik untuk digunakan semasa melakukan larian. Kebebasan yang diberikan itulah yang membezakan Hades dengan game rougelite yang lain malah lebih seronok untuk dimainkan. 0
Tags: hadesKonsolps5Review Game
Previous Post

Genshin Impact akan mempunyai koleksi wangian mereka tersendiri!

Next Post

Total War: Warhammer III nampaknya ditangguhkan hingga 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Total War: Warhammer III nampaknya ditangguhkan hingga 2022!

Total War: Warhammer III nampaknya ditangguhkan hingga 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd