Generasi baharu PlayStation VR bakal hadir tidak lama lagi jadi saya agak teruja untuk melihat betapa berbeza rasanya, memandangkan sudah lama saya tidak menyentuh apa-apa peranti VR. Bakal dilancarkan pada 22 Februari, headset PlayStation VR2 kini berada di tangan kami dan selepas meluangkan hampir seminggu lebih bersama peranti ini, berikut adalah review padat saya tentang PS VR2.
Cara pembungkusan

Dari luaran, pembungkusan dan kandungan PS VR2 jauh lebih straightforward kali ini kerana jumlah barang/aksesori telah dikurangkan berbanding PS VR original, tetapi pada masa yang sama, ia lebih lengkap. Ini bagus kerana anda tidak perlu melalui proses setup yang rumit memandangkan kita dahulu perlu membeli Motion Controller dan PlayStation Camera secara berasingan, yang pada masa itu tidak disertakan dalam kotak.
Walau bagaimanapun, PS VR2 direka supaya pemain boleh memakainya dengan selesa dan mudah. Di sini, kita mendapat headset yang disertakan kabel kuasa, dua controller Sense, kabel USB-C tambahan untuk mengecas controller dan earphone audio 3D yang turut disertakan dengan beberapa earbud tambahan.

Asasnya, itu sahaja yang kita perlukan untuk mula menggunakan PS VR2, jadi korang tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli aksesori tambahan bagi melengkapkan setup.
Kotak PS VR2 juga direka untuk menyimpan headset dan controller dengan kemas selepas bermain. Ini juga memudahkan orang ramai kerana ramai pemain cenderung untuk membuang sahaja kotak produk. Untuk menjimatkan ruang dan meletakkannya di tempat selamat, korang boleh menyimpan PS VR2 di dalam kotak. Pada masa yang sama, ia jugamemastikan produk itu bersih sekiranya bilik kerap berdebu.
Reka bentuk dan ciri-ciri baharu

Tidak seperti reka bentuk PS5 yang orang ramai kekok, saya suka rupa PS VR2 sejak ia didedahkan. Bukan sahaja elegan, rekaan VR2 jauh lebih bergaya daripada VR gen-pertama yang saya anggap agak ketinggalan zaman apabila dibandingkan sebelah-menyebelah.
Jelas sekali, ia masih mengekalkan skema warna putih dan hitam dominan – sama dengan generasi konsol PlayStation semasa, dan di bahagian hadapan adalah empat kanta kamera untuk ciri ‘tracking’. Beberapa komponen penting lain termasuk butang kuasa, butang ‘function’, butang pelarasan skop dan dail bagi melaraskan kanta.

Satu perkara yang saya tidak jangkakan apabila memegang dan memakai headset ialah betapa ringannya peranti itu. Saya mula-mula firkir peranti ini berat, tetapi sebaliknya yang terjadi. Ini membuatkan PS VR2 lebih selesa untuk digunakan pada jangka masa yang panjang.
Bersama kusyen getah di sekeliling kawasan mata nipis, ia lembut dan fleksibel untuk memastikan anda tiada melihat di luar celah itu untuk menambah faktor “immersion”. Cuma saya tidak pasti jika bahan getah mudah koyak atau tidak, tetapi cubalah korang menjaganya sebaik mungkin. Jangan lasak sangat apabila pakai headset nanti.

Bagi ciri-ciri, PS VR2 lebih berkuasa dan canggih dengan menawarkan resolusi 4K dengan paparan OLED, pandangan 110 darjah, sokongan foveated rendering dan pilihan untuk kadar bingkai 90/120Hz.
Kamera tracking di dalam pun antara ciri hebat kerana ia bukan sahaja membuatkan keadaan lebih fleksibel untuk membaca persekitaran, tetapi korang juga tidak perlu menyediakan kamera PlayStation lagi. Selain itu, terdapat juga eye tracking, maklum balas haptik di headset dan audio 3D untuk pengalaman lebih mengasyikkan.

Ke bahagian controller Sense, saya minat reka bentuk dan bentuk ‘bola’ alat kawalan itu yang memastikan tangan kita selamat walaupun tidak menggunakan tali. Cara reka bentuknya hampir seperti satu controller DualSense yang dipecahkan kepada dua.
Saya guna DualSense sebagai contoh kerana ia turut membawa beberapa ciri canggihnya seperti adaptive trigger dan maklum balas haptik. Terdapat juga pengesanan dan penjejakan jari, yang berfungsi dengan baik apabila saya mencuba beberapa game.

Ia seolah-olah kita melihat tangan sendiri di dalam dunia game.
Proses setup yang mudah dan lancar

Sebaik sahaja menyambungkan PS VR2 ke PS5, kita disambut dengan menu yang mengajar kita untuk memakai headset. Ini mengambil sedikit masa dan agak janggal pada mulanya kerana saya kurang terbiasa dengan headset, jadi perlu buka tanggalkan peranti ini beberapa kali untuk melihat arahan pada skrin TV / monitor.
Satu langkah penting pasti adalah untuk mengosongkan ruang di sekeliling. Ini penting kerana walaupun anda ingin bermain secara duduk, PlayStation mengharuskan pemain untuk ada kawasan secukupnya bagi menggerakkan badan dengan selamat, terutamanya lengan.

Selain kawasan yang selamat, kita perlu melaraskan kecerahan bilik untuk memudahkan ciri ‘tracking’. Korang tidak perlu buka setiap lampu di dalam bilik – cukuplah hingga tempat bermain andad cukup terang.
Di sini, kita perlu mengimbas bilik secara manual dan perasaanya agak futuristik kerana ia seolah-olah seperti saya dalam sut berteknologi tinggi sambil melihat hologram pada semua objek di dalam bilik. Selepas bahagian itu selesai, korang anda hanya perlu menyelesaikan bahagian ‘eye tracking’ yang juga sangat responsif.

Apabila itu semua diuruskan, maka PS VR2 sedia untuk digunakan.
Korang boleh mengubah tetapan ini pada bila-bila masa jika terasa seperti ada sesuatu yang tidak betul. Dan memandangkan sudah ada kamera di dalam, anda juga boleh menggunakannya untuk melihat persekitaran dengan menekan butang function tanpa membuka headset.
Ini menjadikannya mudah untuk menjaga posisi anda – dan yang tinggal hanyalah untuk bermain game sahaja.
Sesi menguji game

Saya berpeluang mencuba beberapa game bagi tujuan playtesting termasuk Horizon: Call of the Mountain, Star Wars: Tales from the Galaxy’s Edge – Enhanced Edition, Moss dan Moss: Book II, Kayak VR: Mirage, dan Townsmen VR.
Selepas memainkan setiap satu, saya mendapati Horizon: Call of the Mountain adalah yang paling mengagumkan dan memberi pengalaman paling imersif sekali.

Sebagai pengenalan, ini adalah game eksklusif daripada PlayStation berdasarkan francais Horizon. Daripada segi grafik, saya berani jamin ini antara game VR terbaik di pasaran. Gameplay pun cukup menyeronokkan; sama ada mendaki gunung atau melawan mesin, semuanya terasa imersif.
Selain berlawan, Call of The Mountain memberikan kebebasan sepenuhnya untuk kita berinteraksi dengan objek di sekeliling. Sebagai contoh, ada kawasan kecil di mana kita boleh mengecat dinding siap dengan berus dan cat. Maklum balas haptik dan adaptive trigger dalam controller Sense memang memainkan peranan dan menggandakan pengalaman seronok itu sehingga saya boleh “lupa” tentang dunia sebenar buat seketika.
Jika berminat, korang boleh baca review penuh kami tentang Horizon Call of the Mountain di SINI!

Cuma satu perkara yang mengganggu saya semasa bermain iaitu controller Sense itu sendiri. Kita ada dua controller dengan jangka hayat bateri yang cukup besar, tetapi apabila habis, anda perlu mengecas setiap satu secara manual.
Lama-kelamaan, ini boleh jadi agak menyusahkan. Sony menyediakan stesen pengecasan berasingan yang boleh kita beli supaya dapat menyimpan controller Sense sambil memastikan ia sentiasa dicas. Cuma, harga aksesori itu tidaklah murah. Semuanya terpulang kepada pemain.
Hati-hati jika mudah mual

Saya tiada masalah tentang ‘motion sickness’ tetapi ini masih adalah isu yang penting untuk dibincangkan. Untuk bahagian ini, saya serahkan kepada seorang kawan di GamerWK yang menghadapi masalah tersebut.
Dia berkata; “ini adalah masalah yang sangat normal, terutamanya apabila bermain game yang melibatkan pergerakan watak ke tempat yang berbeza, sedangkan badan kita hanya kekal di satu tempat yang sama.” Secara tidak langsung, Ini boleh mencetuskan tindak balas dalam badan di mana anda berasa pening dan mahu muntah.

Tetapi itu pun bergantung pada game dan cara anda bermain. Contohnya, bagi game VR di mana kita hanya perlu duduk dan segala-galanya boleh dicapai – itu mungkin tiada masalah untuk ramai orang. Tetapi, apa-apa sahaja game VR yang memaksa watak kita untuk bergerak atau melihat sekeliling kawasan pasti akan mencetuskan isu mual.
Oleh itu, sesetengah game menyediakan pilihan di mana kita boleh pergi ke mana-mana lokasi serta-merta atau menggunakan thumbstick bagi menggerakkan kamera untuk meminimumkan sensasi itu. Ini adalah masalah yang besar dan amat disarankan supaya korang pertimbangkan dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli konsol VR.

Takut jika beli, ia boleh merosakkan pengalaman berbanding membuatkan kita berasa berseronok. Andai kata mual, rajin-rajinlah melatihkan diri sendiri dan melaraskan kawalan pergerakan jika anda ingin mengurangkan rasa ‘motion sickness’.
Pendapat

Secara keseluruhan, PS VR2 adalah salah satu headset VR paling bagus pernah saya gunakan dan merupakan tambahan yang serba hebat di pasaran VR gaming generasi baharu. Dengan paparan OLED beresolusi tinggi, kuasa untuk menjana visual terperinci, dan ciri maklum balas haptik dan adaptive trigger, semua aspek dibawa ke tahap lebih tinggi bagi menggandakan keasyikan.
Bukan itu sahaja, ia datang dengan pakej yang lengkap, setup lebih mudah, dan pelbagai ciri baharu yang membuat pengalaman kita sangat lancar semasa bermain. Cuma, masih ada beberapa faktor yang perlu kita pertimbangkan seperti harganya yang lebih mahal daripada PS5 dan isu ‘motion sickness’.
Tetapi jika itu bukan masalah anda, saya amat sarankan korang semua untuk mencuba PS VR2!
Bagi sesiapa yang berminat, PS VR2 akan mula dijual pada 22 Februari 2023 pada nilai harga RM 2799. Anda boleh baca segala liputan kami tentang PS VR2 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post