Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Princess Peach: Showtime! – Masa Untuk Peach Menyerlah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2024
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Platformer, Review
0 0
0
Review Princess Peach: Showtime! – Masa Untuk Peach Menyerlah!
Share on FacebookShare on Twitter

Princess Peach: Showtime! ialah entri terbaru dalam francais Mario dan game kedua yang menampilkan Peach sebagai watak utama sejak Super Princess Peach pada tahun 2005. Seperti yang kita tahu tentang Nintendo, game ini pasti akan diberikan tahap kualiti yang sama seperti game Mario yang lain memandangkan marketing untuk game ini pun agak meluas.

Adakah Princess Peach: Showtime dapat menepati jangkaan kita? Teruskan membaca.

Jalan Cerita

Baik atau buruk, plot cerita ini sememangnya sangat mudah dan “straightforward”. Penjahat baharu bernama Grape, telah mengambil alih Sparkle Theatre untuk menyiapkan rancangan jahatnya, lalu menghalang semua orang daripada masuk atau keluar. Peach kemudian bekerjasama dengan Sparkle, penjaga kepada teater itu, untuk membebaskan para Sparkla (barisan pelakon dalam teater) lalu mengambilnya semula dari Grape dan konco-konconya.

Dan itu sahaja. Tiada plot twist, tiada kejutan besar. Kisahnya memang sangat “simple” seperti game Mario yang lain.

Gameplay

Gameplay terdiri daripada menyelesaikan sejumlah peringkat dan pertarungan bos untuk memajukan cerita. Setiap peringkat meminta Peach untuk memperoleh dan menggunakan abiliti yang berkaitan dengan tema pentas. Abiliti ini ditunjukkan melalui perubahan pakaian Peach.

Peringkat ini dibahagikan kepada 5 level, di mana setiap level mempunyai 4 peringkat lain. Pemain bebas untuk mencabar peringkat setiap peringkat dalam sebarang susunan yang mereka inginkan, sebelum beralih ke tingkat seterusnya dengan mengalahkan bos. Kami sendiri amat menyukai fleksibiliti ini kerana memberi kami kebebasan untuk memilih peringkat yang ingin kami lakukan, memandangkan ada tema pilihan.

Kebanyakan gameplay terdiri daripada aksi “side scrolling”, dengan rehat sekali-sekala untuk mempamerkan game mode berbeza. Malangnya, anda tidak boleh menukar atau memilih pakaian berbeza bagi setiap peringkat, kerana ia direka khusus untuk diselesaikan memakai pakaian bertema yang sepadan. Jika anda ingin berfesyen-fesyen semasa bermain, malangnya pemain tidak boleh menukar pakaian sesuka hati.

Peach boleh memperoleh sehingga 10 pakaian untuk majoriti game. Boleh didapati semasa pemain mencuba kesemua 30 peringkat, ini memastikan gameplay sentiasa berubah dan tidak basi (memandangkan setiap peringkat memerlukan abiliti lain.

Misi Ekstra

Terdapat 3 collectible utama dalam game ini, iaitu sparkle, coin dan ribbon. Sparkle dan coin bertaburan di setiap peringkat dan boleh menjadi amat sukar untuk diperoleh, kerana terdiri daripada pelbagai cabaran termasuk: melengkapkan bahagian tertentu di peringkat, mencari tempat tersembunyi, mengumpul serpihan sparkle dalam had masa, dan banyak lagi.

Setiap peringkat juga mempunyai “ribboner” (NPC istimewa) tersembunyi di suatu tempat sebagai objektif bonus. Membantunya akan membuka reka bentuk pakaian baharu untuk Peach atau Sparkle.

Base game boleh diselesaikan dengan mudah tanpa mengumpul semua sparkle kerana keperluan untuk membuka pertarungan bos agak rendah. Sparkle pun tidak terlalu sukar untuk dicari oleh pemain yang mata tajam, tetapi boleh terlepas dengan mudah jika anda mara terlalu pantas memandangkan kita tidak boleh patah balik selepas melepasi checkpoint.

Setiap peringkat mengambil masa kira-kira 10-15 minit secara am untuk diselesaikan, tetapi tanpa pilihan untuk melangkau dialog, ia boleh menjadi membosankan apabila kita melakukan playthrough kedua untuk mendapatkan collectible yang terlepas.

Hal Endgame

Selepas melengkapkan base game Princess Peach: Showtime!, 5 peringkat cabaran baharu akan dibuka berdasarkan 5 tema berbeza. Cabaran ini merupakan ujian besar bagi kemahiran pemain dan akan berakhir serta-merta jika dia diserang walaupun sekali. Sejujurnya, peringkat-peringkat ini agak sukar, tetapi mencapai kedudukan “gold” dalam setiap cabaran akan membuka pakaian baharu untuk Peach.

Pemain juga boleh mengulang semula pertarungan dengan setiap bos di setiap tingkat, yang memberikan sparkle baharu sebagai ganjaran selepas menyelesaikan objektif tertentu. Walaupun pertarungan bos ini tidak mengubah apa-apa dari segi mekanik atau kerumitan, objektif tambahan memberi cabaran tambahan bagi mereka yang ingin mencuba.

Akhir sekali, sebuah kedai baru akan dibuka yang menjual hiasan untuk teater. Tidak seperti kedai pakaian, kedai ini hanya mengambil sparkle sebagai bentuk pembayaran, jadi pemain yang berusaha lebih untuk mengumpul kesemuanya akan mempunyai lebih untuk diperagakan.

Grafik & Audio

Princess Peach: Showtime memberi banyak persamaan dalam gaya seni Super Mario Odyssey. Ia tepat menunjukkan pesona unik Princess Peach dan penduduk lain di Sparkle Theatre. Malah, setiap level menggandakan estetika pentas.

Prop dan adegan kebanyakannya diperbuat daripada kayu, dan hampir semua animasi watak dilakukan menghadap pemain sama seperti teater pentas sebenar. Malah boss pun ada nama dan dibuat daripada alat pentas, seperti Disco Bird, bos untuk level 1 iaitu… burung dengan bola disko sebagai badan – apa lagi yang anda jangkakan?

Malangnya, selain Peach, jangan harapkan mana-mana watak terkenal lain akan muncul. Sudah tentu, geng toad ada bersamanya pada permulaan game, tetapi sebaik sahaja anda menamatkan prolog, mereka akan hilang selama-lamanya.

Sebaliknya, mereka digantikan oleh para Theet yang berhidung besar. Mereka agak seronok untuk lepak bersama, yang merupakan perkara bagus kerana kita akan terperangkap bersama dengan mereka untuk keseluruhan game.

Sama seperti setiap game Mario yang lain, game ini menampilkan lakonan suara minimum yang nasib baiknya tidak menghilangkan majoriti keseronokan daripada pengalaman bermain.

Daripada segi muzik, runut bunyi pun sangat minimum, kerana kadangkala kami mendapati bahawa lagu yang sama akan dimainkan di level yang berlainan. Perbezaannya adalah setiap lagu akan mendapat versi yang unik bergantung pada tema pentas, jadi ia bukanlah satu isu untuk kami.

Pendapat

Sebagai game pertama yang menampilkan puteri Mushroom Kingdom sejak zaman Nintendo DS, agak menyegarkan untuk bermain sebagai Princess Peach sekali lagi. Walaupun jalan cerita yang ringkas itu tidak begitu memberi impak negatif (lagipun ini game untuk kanak-kanak), sesetengah orang mungkin kecewa dengan watak yang kurang kompleks, terutamanya antagonis.

Pada masa yang sama, setiap level pon menyeronokkan semasa playthrough pertama, tetapi para “completionist” mungkin mendapati ia terlalu memakan leceh dan memakan masa untuk mengumpulkan semua sparkle, kerana memerlukan kita untuk menamatkan keseluruhan level untuk “mendaftarkan” sparkle yang dikumpul. Syukurlah, hal ini boleh diabaikan bagi mereka yang ingin bermain secara santai.

Secara keseluruhan, Princess Peach: Showtime! ialah game yang menyeronokkan untuk peminat Mario (dan Peach) untuk semua peringkat umur, dengan kandungan yang boleh memenuhi keperluan pemain berkemahiran tinggi sambil menjaga pemain yang mungkin baru sahaja mengenali game ini.

Princess Peach: Showtime! kini boleh dimainkan di Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Princess Peach: Showtime!

7 Score

Secara keseluruhan, Princess Peach: Showtime! ialah game yang menyeronokkan untuk peminat Mario (dan Peach) untuk semua peringkat umur, dengan kandungan yang boleh memenuhi keperluan pemain berkemahiran tinggi sambil menjaga pemain yang mungkin baru sahaja mengenali game ini.

PROS

  • Banyak variasi di seluruh peringkat
  • Level tidak memakan masa yang banyak untuk diselesaikan
  • Sesuatu untuk pemain dari semua peringkat umur dan kemahiran

CONS

  • Agak membosankan untuk memainkan semula peringkat bagi 100%
  • Jalan cerita dan watak tidak kompleks dan mendalam

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: Princess Peach: Showtimereview
ShareTweetSend
Previous Post

Game Kasual Hibrid Baharu “BLEACH” Sedang Dibangunkan Oleh KLab

Next Post

Review iQOO Z9 5G – Smartphone Handal Bergaya Dalam Segmen Harga Mid-Range

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review iQOO Z9 5G – Smartphone Handal Bergaya Dalam Segmen Harga Mid-Range

Review iQOO Z9 5G - Smartphone Handal Bergaya Dalam Segmen Harga Mid-Range

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd