Berbeza dengan content gaming yang korang selalu baca di Gamer Santai, kali ini saya akan menulis review tentang Prehistoric Planet – sebuah filem dokumentari yang membawa penonton ke zaman prasejarah sambil memberikan pendidikan yang lebih mendalam tentang kehidupan pada era tersebut. Dokumentari ini hanya boleh ditonton melalui Apple TV+, jadi buat sesiapa yang ada perkhidmatan tersebut dan ingin belajar tentang dinosaur, teruskan membaca review saya untuk Prehistoric Planet.
Isi kandungan penuh berkualiti
Prehistoric Planet dibahagikan kepada lima bahagian yang boleh ditonton secara rawak, kerana setiap bahagian menunjukkan ekosistem yang berbeza bermula dari alam semula jadi dan dinosaur yang menjadi tumpuan utama. Sebagai contoh, dalam episod pertama kita akan ditunjukkan kawasan pantai dan dinosaur yang mendiaminya seperti Pterosaur, Mosaurus, dan juga karnivor yang paling ikonik seperti T-Rex. Bagi saya, format episod rawak ini sesuai, kerana dokumentari yang menjelaskan kehidupan dinosaur sudah tentu lebih mudah untuk ditonton jika diasingkan berdasarkan spesies mana yang anda ingin lihat sebagai bintang utama. Ini juga menyediakan jalan cerita yang boleh diikuti berdasarkan urutan episod.

Karena merupakan dokumenter, tentunya kamu tidak akan disuguhkan dengan film ala holywood dengan karakter utama dan berbagai adegan penuh aksi di sana-sini. Jadi filmnya memang hanya memperlihatkan suasana damai dari kehidupan masa prasejarah, baik itu dari suasana alam liar hingga berbagai jenis makhluk yang sudah punah dari peradaban.
Kerana ia sebuah dokumentari, sudah tentu kita tidak akan disajikan dengan filem ala Hollywood dengan pelbagai adegan penuh aksi. Maka filem tersebut hanya memaparkan suasana kehidupan prasejarah, dari alam persekitaran yang liar hinggalah kepada pelbagai jenis makhluk yang sudah pupus dari tamadun.
Alat yang bagus untuk pendidikan

Bahagian yang paling penting dalam menonton Prehistoric Planet adalah kita akan memperoleh banyak ilmu pendidikan. Daripada membaca buku yang hanya memberikan penerangan bertulis dan beberapa gambar, rasanya lebih baik untuk menyaksikan kehidupan prasejarah dalam filem seperti ini, yang jauh lebih berkualiti. Saya juga suka bagaimana filem ini tidak cuba menarik perhatian penonton dengan memaparkan adegan kejam seperti babak memburu yang sering digunakan dalam kebanyakan dokumentari, sebaliknya menggambarkan kehidupan damai walaupun dinosaur itu adalah antara paling ganas.

Dengan naratif oleh David Attenborough, setiap episod berasa menarik dan mudah untuk diikuti, kerana suaranya yang sesuai untuk menyampaikan dokumentari dalam cara santai. Peristiwa kepupusan dinosaur sudah telah diceritakan dalam pelbagai, tetapi penting untuk kita semua tahu bahawa semua binatang ini memang wujud dan itulah yang dibuat oleh Prehistoric Planet – yang memberikan gambaran yang disertakan dengan bukti.
Sebagai contoh, terdapat banyak adegan tentang corak tingkah laku yang disokong oleh bukti kajian seperti yang diceritakan oleh pencerita. Salah satu yang paling menarik ialah bagaimana Pretosaurus jantan boleh menyamar sebagai betina untuk mengelakkan pertempuran.
Visual yang terlampau realistik
Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya adalah visual. Penggunaan CGI merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi nasib baiklah Prehistoric Planet dihasilkan dalam kualiti yang mengagumkan. Ia seolah-olah kita dibawa kembali ke zaman filem klasik Jurassic Park, tetapi kali ini setiap dinosaur dicipta dengan reka bentuk yang lebih tepat dan realistik.

Visual keseluruhan filem benar-benar cantik dan memberi pengalaman menonton yang mengasyikkan. Satu lagi perkara saya ingin sentuh ialah pihak pembuat filem juga memberi “identiti” kepada dinosaur yang menjadi bintang utama, di mana dinosaur lain yang tergolong dalam spesies sama akan mempunyai corak reka bentuk yang berbeza dan bukannya sekadar model copy paste.
Pendapat

Walaupun saya bukan peminat dokumentari, saya yakin Prehistoric Planet dapat memberikan pengalaman tontonan yang menarik buat sesiapa yang melihat. Lagi-lagi dengan topik zaman prasejarah, yang menunjukkan kini tidak dapat dilihat selain daripada media pendidikan khas seperti ini. Topik sudah menarik tetapi tanpa visual yang cantik dan menawan, dokumentari itu pun tidak boleh berjaya. Dalam aspek ini, mereka memang cemerlang.
Tetapi ia bukan tanpa kekurangan. Kadangkala saya rasa penjelasan dalam filem ini agak sukar untuk diikuti, terutamanya apabila merujuk kepada dinosaur dengan nama Latin dan seumpamanya yang menyukarkan kita untuk membezakan antara pelbagai spesies. Di samping itu, filem ini dihasilkan tanpa adegan pertempuran kejam seperti filem-filem dinosaur lain, jadi mungkin ada yang “turn-off” kerana merasakan ia membosankan tanpa aksi.
Meski tidak bisa dibilang sebagai kekurangan, tapi perlu diketahui juga kalau Prehistoric Planet hanya bisa ditonton melalui Apple TV+. Ini otomatis membuatnya sulit untuk benar-benar direkomendasikan bagi yang belum berlangganan layanannya, kecuali mungkin kalau kamu sudah sangat tergoda untuk menonton filmnya.
Satu lagi kekurangan adalah Prehistoric Planet hanya boleh ditonton melalui Apple TV+. Ini secara automatik menyukarkan keadaan kerana masih ramai di Malaysia yang belum melanggan perkhidmatan tersebut.
Maka, tamat lah review saya untuk Prehistoric Planet. Untuk membaca review kami yang lain, sila tekan di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post