Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Pokemon Unite: Generasi MOBA baru untuk semua gamer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2021 - Updated on July 28, 2021
in Android, Artikel, Berita, Game Review, iOS, MOBA, Mobile, Nintendo Switch, Review
0 0
0
Review Pokemon Unite: Generasi MOBA baru untuk semua gamer!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya harus mengaku diri ini agak teruja ketika Pokemon Unite diumumkan tahun lepas. Dibangunkan oleh Timi Studios dan diterbitkan oleh The Pokémon Company dan Nintendo, ia merupakan MOBA (antara genre kesukaan saya) yang membolehkan kita berinteraksi bersama Pokemon kegemaran dalam cara yang sangat berbeza berbanding permainan lain dalam francais. Sebenarnya IP Pokemon sangat bervariasi, dan banyak kali ia terbukti mampu mengubah genre yang rumit menjadi sesuatu yang lebih mudah untuk dimainkan. Saya akan ambil Pokken Tournament sebagai contoh di mana ia berjaya diadaptasikan kepada genre fighting game. Oleh itu, adakah Pokemon Unite merupakan pengalaman MOBA yang bagus? Inilah review saya untuk Pokémon Unite!

Seperti yang saya kata di atas, pertempuran kali ini menuju ke arah yang berbeza dalam Pokémon Unite. Kita tidak akan menangkap Pokémon dan tidak harus bertarung dengan Trainer. Sebaliknya, pertempuran akan berlaku antara dua pasukan yang terdiri dari lima pemain yang harus bertarung di sebuah arena. Kita akan cerita serba sedikit tentang gameplay kemudian. Sekarang saya ingin menjelaskan tentang jalan cerita permainan dahulu.

Latar belakang

“Pokémon Unite berlaku di Aeos Islands. Seperti kebanyakan permainan Pokémon lain, kawasan ini sedang disiasat oleh seorang pakar Pokémon iaitu Professor Phorus, yang telah menemui dan sedang membuat kajian tentang Aeos Energy. Ia hanya wujud di Aeos Islands dan dapat digunakan untuk menukar Pokémon yang mengalami evolusi kepada bentuk asas mereka.

Semua Pokémon yang tinggal di Aeos Islands memiliki sejumlah kecil tenaga Aeos. Tenaga ini dapat dikumpul dengan mengalahkan Pokemon lain dalam pertempuran. Bersama dengan rakannya Erbie, Professor Phorus mengasaskan Unite Battles, yang menggunakan Aeos Energy sebagai sistem pemarkahan dalam perlawanan.”

Gameplay asas

Baiklah, kita kembali ke topik gameplay. Seperti yang saya kata di atas, Pokemon Unite adalah permainan bergenre MOBA. Anda akan memilih satu Pokemon dari senarai yang disediakan. Harap maklum, kita boleh memilih Pokemon percuma atau yang sudah dibuka oleh pemain (pemain awal juga menerima Zeraora). Jika anda belum memilih, sistem akan mengesyorkan satu Pokemon berdasarkan posisi apa yang tidak lengkap dalam pasukan. Ini terdiri dari Attacker, All-Rounder, Defender, Speedster, and Supporter. Sebagai contoh, jika pasukan anda tidak mempunyai Defender, sistem akan mengesyorkan anda untuk memilih Pokemon seperti Snorlax.

Sebaik sahaja anda masuk dalam permainan, sama seperti MOBA lain, anda akan pergi ke sebuah arena dengan beberapa laluan berbeza. Apa yang membezakan Pokemon Unite dengan MOBA lain adalah permainan ini hanya mempunyai dua laluan, lantas menjadikannya lebih mudah untuk meneroka. Di sekitar arena adalah sejumlah Pokemon liar seperti Combees dan Aipom. Dengan mengalahkan Pokemon ini, pemain akan menyerap Aeos Energy (‘point’ dalam permainan). Selepas mengumpulkan lebih banyak ‘point’, kita perlu menuju ke salah satu ‘gawang gol’ musuh di mana anda dapat menyalurkan Aeos Energy ini melalui gelung untuk mendapatkan mata bagi pasukan.

Permainan ini juga mempunyai ‘buff’. Pokemon seperti Rotom dan Zapdos akan muncul dari semasa ke semasa dan jika kita mengalahkan Pokemon ini, seluruh pasukan akan memperoleh ‘buff’ (bonus sampingan) supaya ia lebih senang untuk mendapatkan ‘point’ buat tempoh masa yang terhad. Ini sangat membantu kerana ‘kill’ bukanlah misi utama. Kita hanya akan menang jika markah kita lebih tinggi dari musuh. Pada masa yang sama, janganlah kita sibuk nak bunuh orang sahaja. Jika anda mempunyai jumlah mata yang banyak tetapi tidak membuat objektif, kemungkinan besar semua Aeos Energy boleh dicuri oleh musuh jika kita dibunuh (knockout) dalam pertempuran.

Selain daripada Aeos Energy, mengalahkan musuh dan Pokemon liar juga memberi ganjaran XP. XP ini membolehkan watak kita menjadi lebih kuat, belajar abiliti baru dan berevolusi bergantung pada Pokemon anda. Sebagai contoh, Charmander boleh berubah ke Charmeleon lalu menjadi Charizard. Pokemon seperti Pikachu tidak akan berevolusi dan akan hanya naik level dan belajar abiliti baru untuk menggantikan abiliti sebelumnya. Saya akan jelaskan lebih lagi tentang setiap Pokemon dan peranan mereka dalam panduan akan datang. Buat masa ini, saya hanya akan memberi review awal untuk Pokemon Unite.

Isu mikrotransaksi 

Walaupun perlawanannya pendek dan mudah difahami, Pokémon Unite mempunyai satu kekurangan yang membuatkan ramai pemain kecewa. Seperti kebanyakan permainan free-to-play, Pokémon Unite banyak bergantung pada mikrotransaksi. ‘Unite License’, pakaian Trainer, ‘Item’, dan skin Pokémon semuanya boleh dibeli menggunakan mata wang dalam permainan. Walaupun beberapa item dan License dapat diperoleh melalui acara istimewa atau dengan menyelesaikan objektif harian, ia adalah terhad dan memakan banyak masa.

Terdapat tiga jenis mata wang utama dalam Pokémon Unite iaitu: Aeos Coin, Aeos Ticket, dan Aeos Gem. Coin dan Ticket dengan mudah dapat diperoleh melalui acara dan misi harian, tetapi  Aeos Gem harus dibeli oleh pemain. Oleh kerana itu, mereka yang ingin membeli ‘Unite License’ tertentu terpaksa ‘grinding’ untuk Unite License atau membeli dengan duit sebenar supaya dapat menjimatkan masa.

Itu baru satu hal. Isu mikrotransaksi lebih mengecewakan jika kita sentuh tentang aspek Item. Setiap Pokémon boleh menyimpan hingga 3 item bergantung pada level pemain. Item-item ini, seperti ‘Leftovers’, memberikan sedikit peningkatan kepada statistik tertentu semasa dalam pertempuran. Walau bagaimanapun, pada Level 9 pemain dapat menggunakan Item Enhancer untuk meningkatkan level item tersebut, lantas meningkatkan keberkesanannya.

Item Enhancer boleh dibeli di kedai Pokémon Unite dengan 10 Aeos Tickets. Jumlah Item Enhancer yang diperlukan untuk meningkatkan level item akan meningkat secara beransur-ansur dengan setiap upgrade, lalu menjadikan proses menjengkelkan bagi mereka yang berusaha untuk memperoleh tiket melalui misi harian. Walau bagaimanapun, Aeos Ticket juga dapat diperoleh dengan Aeos Gem. Ini bermaksud mereka yang sanggup mengeluarkan wang dapat melengkapi Pokémon mereka dengan 3 item yang level-nya maksimum setelah mencapai tahap yang diperlukan. Sudah tentu, ini memberikan mereka kelebihan yang tidak adil dalam pertempuran, terutamanya bagi mereka yang tidak membayar duit.

Pendapat

Walaupun Pokémon Unite menawarkan cara baru bagi peminat untuk menikmati francais Pokémon bersama-sama, ramai tidak beberapa suka kerana kes mikro transaksi. Ini menjadikan permainan kurang seronok dan mengharuskan kita untuk menyelesaikan misi setiap hari untuk dapatkan Pokemon atau item yang kita mahu. Dengan menggantikan sistem untuk mendapatkan barang yang kita mahu dan sistem leveling item yang lebih baik untuk pertempuran dari cara berbayar, saya pasti Pokémon Unite akan menjadi pengalaman yang lebih menyeronokkan bagi pemain.

Itu sahaja untuk review ini bagi Pokémon Unite yang kini tersedia di Nintendo Switch. Versi mobile iOS & Android akan keluar pada 21 September 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Pokémon Unite

7 Score

PROS

  • Gameplay MOBA yang bagus
  • Senarai Pokemon yang menarik
  • Sesuai untuk semua golongan gamer

CONS

  • Terlalu pay-to-win
  • Pokemon kegemaran mungkin tidak ada untuk semua peminat

Review Breakdown

  • Dengan menggantikan sistem untuk mendapatkan barang yang kita mahu dan sistem leveling item yang lebih baik untuk pertempuran dari cara berbayar, saya pasti Pokémon Unite akan menjadi pengalaman yang lebih menyeronokkan bagi pemain. 0
Tags: Mobilenintendo switchpokemonPokémon UNITEreviewulasan
Previous Post

Amaterasu dalam perjalanan ke Monster Hunter Rise dalam kolaborasi bersama Ōkami!

Next Post

Studio tempatan Lemon Sky buka peluang kerja untuk artis game! Banyak jawatan kosong tersedia untuk anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Studio tempatan Lemon Sky buka peluang kerja untuk artis game! Banyak jawatan kosong tersedia untuk anda!

Studio tempatan Lemon Sky buka peluang kerja untuk artis game! Banyak jawatan kosong tersedia untuk anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd