Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Pokemon Legends: Arceus – Memberi nafas baru kepada francais!

Maira by Maira
February 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Pokemon Legends: Arceus – Memberi nafas baru kepada francais!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Legends: Arceus baru sahaja dilancarkan pada hujung Januari yang lalu dan selepas banyak perkara yang dibocorkan akhirnya dapat juga peminat bermainnya. Ternyata penantian selama ini sememangnya berbaloi kerana game ini telah memberikan kami pengalaman Pokemon paling hebat semenjak francais ini diterbitkan ke konsol Nintendo Switch.

Setelah ramai peminat menantikan sesuatu yang lebih menarik pada francais ini, Pokemon Legends yang merupakan sebuah game semi-open world ternyata memberikan pengalaman baru kepada peminat serta jumlah cabaran yang mengejutkan. Jika anda tidak percaya, mari baca review kami mengenai entri terbaru francais ini!

Pengembaraan masa di Hisui

Jika anda ingin tahu, latar belakang untuk Pokemon Legends: Arceus ini diilhamkan daripada era Meiji Jepun sekitar akhir 1800 -an dan pengembangan Jepun ke Hokkaido. Anda sebagai pelatih pokemon muda dari bandar moden Sinnoh telah diteleport ke sebuah wilayah yang dikenali sebagai Hisui. Kejadian ini berlaku akibat daripada sebuah telefon, Arceus.

Pokemon Legends: Arceus

Anda akan dijemput menyertai Galaxy Team Survey Corps yang terdiri daripada beberapa orang menarik termasuk kapten Kamado. Misi utama anda ialah menlengkapkan Pokedex dan mengetahui sebab berlakunya kejadian pelik terhadap ruang dan masa. Bukan setakat itu sahaja, anda juga perlu mencari sebab mengapa Noble Pokemon mula menggila.

Penceritaan untuk Arceus merupakan gabungan menarik yang menambah perkara baru terhadap mitologi Sinnoh serta watak-watak. Malah, anda juga dapat berjumpa dengan moyang sekumpulan Pokemon zaman moden tetapi mereka tidak mempunyai personaliti istimewa dan hanya membawa anda menuju ke matlamat seterusnya.

Walaupun begitu, watak seperti Arezu, Ingo dan Volo lebih menonjol daripada kebanyakkan watak yang ada dan saya suka bagaiman game ini melibatkan “legendary god” yang merupakan pencipta dunia tersebut. Melihat kepada ia memainkan peranan dalam mitologi serta hubungan penduduknya dengan pokemon ianya satu binaan dunia yang menarik. Terutamanya pada penghujung game di mana pokemon legenda mula memainkan peranan yang lebih besar.

Pokemon Legends: Arceus

Pokemon lebih susah untuk ditangkap tetapi menyeronokkan

Sebahagian besar masa anda dalam Pokemon Legends akan dihabiskan untuk memburu pokemon baru, menangkapnya dan menambahkannya ke dalam Pokedex. Perbezaan besar Arceus dan game sebelumnya ialah anda kini meneroka kawasan separa terbuka yang lebih besar di mana anda melontar bola pokeball dan barang lain dalam masa nyata.

Pokemon juga boleh menyerang anda dan membunuh anda. Sistem baru ini ialah gabungan pantas dodge rolling, stealth dan battle yang menjadikan proses menangkap pokemon jauh lebih bertenaga dan sengit. Sesetengah pokemon benar-benar inginkan darah anda dan akan mengejar merentasi peta walaupun anda hanya ingin tumpang lalu.

Pokemon Legends: Arceus

Pokedex anda tidak akan lengkap dengan hanya menangkap Pokemon sahaja. Ini kerana setiap pokemon mempunyai beberapa “achievement” yang perlu diselesaikan untuk melengkapkan page mereka. Sebagai contoh, anda perlu menangkap jumlah x pokemon atau melihat mereka menggunakan gerakan tertentu. Ia mungkin membosankan dan perlukan anda untuk grind tetapi ia masih seronok dilakukan. Kebanyakkan entri Pokedex boleh diselesaikan dengan pantas dan memberikan anda insentif yang baik untuk menggunakan seberapa banyak pokemon yang ada dan bukannya bergantung pada pasukan pokemon yang tetap.

Sistem pertempuran yang ditambah baik

Pertempuran dalam Arceus kekal serupa dengan entri sebelumnya tetapi dengan penambahan beberapa mekanik baru. Jika sebelum ini anda rasakan pertempuran bergerak dengan sungguh perlahan, kali ini anda hanya perlu perlu mengeluarkan pokemon anda pada musuh dan pertempuran terus bermula. Tidak perlu lagi anda menunggu watak lain bersedia semasa bertarung. Ia membuatkan anda sentiasa ingin bertempur daripada cuba mengelaknya. Anda juga kini boleh menukar nama serangan dan nickname pokemon anda daripada menu.

Pertempuran juga telah menerima perubahan menarik. Serangan “super-effective” kini memberikan damage yang lebih tinggi dan pokemon musuh tersingkir, anda tidak akan mengetahui pokemon seterusnya yang akan anda lawan.

Selain itu, jika pokemon anda pantas, ia mungkin boleh mendapat giliran kedua sebelum lawan anda. Digabungkan dengan mekanik baru, pokemon boleh menguasai serangan dan gunakannya dalam “strong style” atau “agile style”. Strong style akan membuatkan serangan itu lebih kuat tetapi giliran seterusnya akan menjadi lebih lama. Agile pula membolehkan anda menyerang dengan lebih pantas tetapi damage yang rendah.

Mekanik terbaru ini memberikan francais ini lebih cabaran daripada sebelumnya. Anda tidak boleh melepasi jalan anda melalui musuh seperti game terdahulu. Malah, musuh level rendah mampu mengalahkan Pokemon anda dengan cepat jika berjaya memberikan serangan super-effective. Ia benar-benar membuatkan anda berfikir tentang haya serangan yang anda perlu guna sebelum menyerang musuh. Sememangnya penambahbaikan yang baik untuk francais ini.

Wilayah Hisui yang terbentang luas

Walaupun dunia Hisui yang besar ini merupakan salah satu faktor utama dalam Pokemon Legends: Arceus, tetapi ianya kelihatan agak kasar. Texture yang dipakai seperti berasal daripada konsol gen terdahulu. Ia juga mempunyai rupa pop-in dengan pokemon jauh kelihatan sedikit pelik. Sudah tentu ianya sesuatu yang perlu dibaiki untuk game ini.

Arceus juga akan menjadi lebih menarik jika ia memberikan lakonan suara pada watak-watak. Melihat watak membuka mulut sahaja membuatkan scene tersebut seperti kosong. Apabila dibandingkan dengan game Nintendo lain seperti Zelda dan Metroid, rasanya Pokemon juga sudah boleh meningkatkan produksi mereka terhadap watak.

Model watak dan pokemon dalam game ini kelihatan sangat baik. Anda boleh lihat mereka ingin mencipta model yang menggunakan stylized cell-shade dan berjaya melakukannya. Pokemon juga mempunyai banyak ekspresi dan saya suka apabila boleh mengeluarkan mereka di mana-mana sahaja dalam dunia itu. Malah anda juga boleh melihat skala sebenar pokemon yang berkeliaran di wilayah Hisui.

Kesimpulan

Pokemon Legends: Arceus sememangnya memberikan francais ini benda baru yang diimpikan oleh ramai peminat. Walaupun ianya mempunyai kelemahan pada grafik dan landskapnya, tetapi pengalaman pokemon itu masih kekal menyeronokkan. Dengan mekanik baru yang diperkenalkan, ia menyampaikan cabaran yang berbeza buat pemain.

Harap-harap Pokemon Legends ini boleh menjadi sebuah siri pokemon bersama-sama entri utama francais ini. Jika kelemahan yang disebutkan tadi digilap dengan bagus, ia berpotensi untuk membawa francais ini ke tahap yang baru malah lebih tinggi. Jika anda berminat untuk melihat game pokemon yang lain, anda boleh melawat laman web rasmi Pokemon.

Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Pokémon Legends: Arceus
Publisher: The Pokémon Company
Release Date TBC
Nintendo Switch
Pelatih akan mendapat peluang untuk menjelajahi wilayah Sinnoh dengan cara baru — dengan melakukan perjalanan ke masa lalu di Pokémon Legends: Arceus. Menjelang lama sebelum acara Pokémon Diamond dan Pokémon Pearl, permainan ini akan membolehkan pemain mengembara di Sinnoh untuk menemui Pokémon liar dan menyelesaikan Pokédex pertama di rantau ini. Dan sementara Gunung Coronet menjulang di rantau ini menjelaskan bahawa anda berada di Sinnoh, Pokémon yang anda temui pada era ini mungkin berbeza dengan yang anda ingat dalam permainan lain yang terdapat di wilayah yang sama. Pokémon Legends: Arceus dirancang untuk dilancarkan di Nintendo Switch awal tahun depan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Pokemon Legends: Arceus

8 Score

PROS

  • Sistem battle yang lebih menarik
  • Menangkap Pokemon lebih mencabar

CONS

  • Grafik masih boleh lagi digilap
  • Memberikan suara kepada watak-watak

Review Breakdown

  • Pokemon Legends: Arcues antara entri terbaik dalam francais serta gameplay yang lebih menyeronokkan 0
Tags: Pokemon Legends: Arceusreview
Previous Post

[UPDATE] Jump Force tamatkan jualan digital, servis online akan tutup Ogos 2022

Next Post

Pemain Battlefield 2042 membuka petisyen untuk meminta refund!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain Battlefield 2042 membuka petisyen untuk meminta refund!

Pemain Battlefield 2042 membuka petisyen untuk meminta refund!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd