POCO memperkenalkan telefon gaming terbaru iaitu POCO F4 GT pada 26 April ini dan akan mula dijual pada 28 April. Jom kita lihat apa yang menanti anda dalam Poco F4 GT ini.
Reka Bentuk

POCO F4 GT didatangkan dengan dimensi 162.5mm x 76.7mm x 8.5mm dan mempunyai berat sebanyak 210g, ianya agak berat bagi saya. Telefon ini didatangkan dengan Corning Gorilla Glass Skrin Victus dan bahan yang digunakan untuk bahagian belakang telefon adalah besi di mana ianya bagus tetapi ianya akan meninggalkan kesan cap jari yang jelas.

Pada bahagian bawah, terdapat satu port type-C untuk mengecas telefon. Slot Sim card, mikrofon dan butang volume berada di sebelah kiri telefon manakala di sebelah kanan, terdapat Pop-up Trigger dan butang on/off di mana terletaknya sensor cap jari. Telefon ini turut didatangkan dengan pembesar suara Quad yang terletak di bahagian atas dan bawah telefon.

Di samping itu, POCO F4 GT adalah telefon yang sangat tebal dan berat berbanding dengan telefon lain yang berada di pasaran buat masa sekarang tetapi ia mempunyai beberapa sebab pada reka bentuk ini seperti Magnetic Pop-up Trigger dan pembesar suara Quad.
Pop-up Trigger direka bentuk dengan teknologi levitation magnetik dan boleh mengendalikan 1.5 juta kali menekan dengan mudah. Saya rasa ianya sangat bagus dan responsif dengan maklum balas yang baik dan tiada lag. Prestasi yang ditunjukkan oleh Pop-up Trigger adalah sangat stabil, responsif dan tahan lama.

Bagi saya, Ianya boleh disesuaikan dengan butang tertentu dan bukannya butang pada skrin. Selain digunakan dalam game, Pop-up Trigger boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk mengaktifkan kamera, rakaman skrin atau lampu suluh. POCO F4 GT akan didatangkan dengan 3 warna iaitu Stealth Black, Knight Silver, Cyber Yellow.
Paparan Skrin

Untuk paparan skrin POCO F4 GT, ia mempunyai 6.67″ flat AMOLED DotDisplay dengan resolusi 2400 x 1080 FHD+ untuk pengalaman gaming anda. Telefon ini menawarkan ‘touch sampling rate’ 480Hz dan ‘refresh rate’ 120Hz yang memberikan pengalaman yang lancar ketika anda bermain.

Selain itu, ia menawarkan PWM dimming yang mempunyai frekuensi tinggi untuk melindungi mata anda tanpa mengubah ketepatan warna dalam keadaan cahaya malap. Untuk mencapai kualiti visual yang hebat untuk pemain, paparan TrueColor didatangkan dengan 10-bit yang bersamaan dengan lebih daripada satu bilion warna dan mempunyai ketepatan untuk lebih ‘Vibrant’ serta lebih dekat dengan warna kehidupan yang sebenar dalam game.
Jika nak bercakap tentang prestasi semasa ‘scroll’ Facebook ataupun media sosial dan aplikasi lain, saya rasa ianya sangat lancar tanpa sebarang gangguan.
Jadi, bagi saya ianya tiada masalah untuk pengguna menggunakan telefon ini untuk membuat aktiviti selain bermain game termasuk menonton filem dan anime kerana ia mampu membawa keseronokan yang terbaik kepada pengguna.
Kamera

POCO F4 GT mempunyai 3 kamera belakang di mana terdapat kamera utama 64MP, kamera ultra-wide 8MP dan 2MP untuk kamera macro. Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan Night Mode, filter yang berbeza dan ciri -ciri lain yang membolehkan anda mengambil gambar dengan cantik. Manakala untuk kamera hadapan Poco F4 GT, hanya satu kamera iaitu 20MP sahaja.
Walaupun ianya telefon gaming, gambar yang ditangkap oleh kamera ini sangat jelas dan terperinci. Tidak kesahlah waktu pagi atau malam, hasilnya tetap hebat. Kamera ‘Bump’ sangat jelas, jadi anda perlu menggunakan dengan berhati-hati. Saya cuba untuk mengambil gambar selama 20 minit, namun bateri hanya turun sebanyak 2% dan ia sangat mengagumkan.
Tetapi saya rasa, jika anda mempunyai skill tambahan semasa mengambil gambar, dan pengetahuan yang anda ada, saya rasa gambar yang dihasilkan akan jadi lebih cantik.
Prestasi

Dilengkapi dengan platform Snapdragon 8 Gen 1. 5G, Xiaomi ia memberikan prestasi CPU 20% lebih pantas dan prestasi GPU sehingga 50% lebih baik. Snapdragon 8 Gen 1 5G menggunakan Octa-core Qualcomm Kyro CPU untuk CPU manakala untuk GPU, ianya menggunakan Qualcomm Adreno GPU.
Di samping itu, POCO F4 GT mempunyai RAM LPDDR5 yang berkelajuan sehingga 6,400Mbps dan ROM UFS 3.1 yang ditingkatkan dengan kelajuannya sehingga 25%. Dengan RAM dan storan yang diberikan adalah 12GB + 256GB, anda boleh bermain game dengan lancar dan tanpa lagging walaupun bermain dengan grafik tinggi. Bukan setakat game sahaja lancar, malah Facebook dan pelbagai aplikasi lain pun lancar.
Dengan menggunakan Geekbench untuk memeriksa benchmark, POCO F4 GT mendapat skor sebanyak 6143 dan ianya sangat bagus untuk telefon flagship. Telefon ini menggunakan Wi-Fi 6E yang mempunyai sambungan yang lancar dan tiada kelewatan semasa anda bermain game.

Ianya juga didatangkan dengan LiquidCool Technology 3.0, salah satu sistem penyejukan paling canggih dalam industri. Walaupun anda sedang bermain game berterusan, ia boleh menggunakan kuasa yang besar dan menghasilkan sejumlah besar haba. Penyelesaian penyejukan yang menampilkan 4,860mm dwi VC membolehkan kestabilan dan prestasi kemuncak.
Game Test
Saya telah memilih empat game iaitu Wild Rift, PUBG New State, Genshin Impact dan Apex Legends Mobile. Saya telah menggunakan tetapan grafik tertinggi dan dalam performance mode pada kesemua game.
Wild Rift

Game ini sangat lancar untuk dimainkan dan tidak menunjukkan sebarang lag semasa bermain walaupun dalam tetapan grafik tertinggi. FPS yang ditunjukkan kekal 60 FPS sepanjang saya bermain.
PUBG New State

Semasa bermain game ini, saya terkejut dengan prestasi yang ditunjukkan oleh telefon ini kerana dapat mengekalkan FPS 60 ke atas.
Genshin Impact

Pada awalnya, saya bermain dengan 30-40FPS dengan lancar tetapi bila terdapat situasi seperti berlawan dengan bos, raksasa yang banyak dan menggunakan ultimate serta efek kebolehan yang banyak, ianya akan menyebabkan FPS turun sedikit dan kekal 30FPS. Telefon menjadi panas ketika saya bermain.
Apex Legends Mobile

Saya rasa ianya sangat menarik kerana dapat mengekalkan 40-45FPS dalam game ini tetapi lama kelamaan, telefon akan menjadi panas walaupun hanya bermain satu game.
Saya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk setiap game. Saya rasa berpuas hati dengan Pop-up Trigger yang disediakan untuk telefon ini kerana ianya sangat sesuai dengan shooting game. Anda perlu membuka Game Booster untuk menetapkan butang yang sesuai dengan game. Jika nak dibandingkan dengan telefon ROG yang menggunakan sensor, menggunakan butang fizikal lebih senang digunakan.
Bateri yang besar serta pengecasan ultra pantas

Anda juga tidak perlu risau dengan bateri. POCO F4 GT datang dengan bateri dal-cell 4700 mAh yang besar bersama teknologi pengecasan HyperCharge 120 W yang pantas. Bateri boleh penuh dalam masa 30 minit! Jadi, anda boleh rehat dahulu dan boleh sambung bermain game selepas ianya penuh.
Saya dapat bermain game selama 2 jam berterusan dan bateri 48% turun sehingga 4%. Bagi saya, ianya agak memuaskan dan memang boleh kerja seharian walaupun intensif dan santai tidak begitu cepat untuk telefon ini kehabisan bateri.

Pengecasnya mungkin tidak sesuai sangat untuk dibawa ke mana-mana kerana ianya agak besar dan juga berat. Tetapi padanlah untuk berikan kuasa pengecasan yang pantas itu. Pihak POCO memberikan wayar yang menggunakan bentuk L. Jadi, ianya tidak akan terhalang apabila anda sedang bermain game sambil mengecas telefon.
Untuk mengekalkan hayat bateri, AdaptiveCharge meminimumkan jumlah masa yang digunakan oleh bateri pada waktu malam. Kalau anda menggunakan seperti biasa termasuk YouTube 2 jam, main game 2 jam dan buka Facebook, ianya akan bertahan selama 1 hari setengah.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya memang suka Pop-up trigger yang terdapat pada telefon gaming ini. Ia membantu anda semasa bermain game. Sekarang ini, kebanyakan syarikat telefon telah mengambil inisiatif untuk meletakkan ciri-ciri ini sebagai kelebihan yang ada pada telefon gaming.

Dengan Bateri yang besar dan stabil, anda boleh bermain game berterusan selama 6 jam atau lebih. Tambah pula dengan cip pemprosesan dan RAM yang diberi, anda boleh bermain dengan sangat lancar dan mempunyai FPS yang stabil walaupun dalam tetapan grafik tertinggi.
Senang cerita, kalau anda memang inginkan sebuah telefon untuk gaming, saya memang syorkan anda membeli POCO F4 GT ini. Bukan sahaja dapat bermain game dengan lancar, ditambah lagi dengan sokongan 5G, sudah tentu tidak ada yang menghalang anda daripada mendapatkan pengalaman gaming yang terbaik.

POCO F4 GT datang dengan tiga warna tersedia iaitu Stealth Black, Knight Silver, Cyber Yellow. Telefon gaming ini akan tersedia mulai 28 April dan mempunyai 2 varian iaitu 8GB + 128GB pada harga RM 2,299 manakala varian 12GB + 256GB, akan dijual pada harga RM 2,499. Kepada yang berminat untuk membeli, anda boleh pergi ke kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.
Tidak lupa juga, anda boleh dapatkan POCO F4 GT dengan harga early bird pada 28 April dalam masa terhad. RM 1,999 untuk varian 8GB + 128GB dan RM 2199 untuk varian 12GB + 256GB. Pautan untuk kedua-dua varian ini tersedia di bawah:
- Shopee: 8GB + 128GB | 12GB + 256GB
- Lazada: 8GB + 128GB | 12GB + 256GB
Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post