Macam-macam kontroversi dan hype yang terjadi pada Cyberpunk 2077 di bulan Disember 2020, bagi kami, kami mungkin akan undur sikit kebelakang, menjadi diantara yang memberi review jujur antara kelebihan dan kekurangan permainan ini. Lagi pun ramai yang dah tahu, serta kami telah kongsikan pelbagai isu mengenai permainan dari CD Projekt Red ini. Tetapi, bukan semuanya tidak seindah kata, banyak yang menarik dalam permainan ini terutama dalam genre mengikuti revolusi terkini.
Ketika kami bermain “Cyberpunk 2077,” sambungan dari apa yang pernah kami kongsikan pada review akses awal sebelum ini, seolah-olah kami adalah penjelajah yang menemui artifak baru. Bermain di PC, permainan ini dijalankan tanpa bug teruk seperti yang menyerang versi PlayStation 4 dan Xbox One. Jadi apa yang kami alami dalam review kali ini tidak seteruk yang dijangkakan ramai peminat, fungsinya cukup baik untuk menawarkan pengalaman yang memikat.
Kami telah memainkan watak V sebagai pratagonis utama permainan. V boleh dijadikan sama ada sebagai hero lelaki atau wanita sambil menyesuaikan segala-galanya dari gaya rambut hingga saiz bahagian peribadi mereka. Salah satu elemen penciptaan watak yang lebih terkenal adalah jalan kehidupan, yang merupakan latar belakang umum V. Ini mempengaruhi permulaan permainan dan pilihan dialog yang tersedia.
Tiga jalan pilihan dan kesemuanya kami cuba!
Tiga pilihan di antara Street Kid, Nomad ataupun Corporate. Sekiranya pemain memilih Street Kid, mereka akan mengetahui selok-belok kumpulan/gang dan kawasan Night City. Sekiranya mereka memilih kehidupan Nomad, mereka akan tahu lebih banyak mengenai kenderaan dan politik klan gearhead yang berbeza yang tinggal di pinggir kawasan metro raksasa. Jalan kehidupan Corporate akan membuka jalan baru bagi V untuk berurusan dengan syarikat yang menguasai kehidupan Night City.
Apa pun jalannya, para pemain akan bertemu dengan Jackie Welles, yang menjadi sahabat baik dan ibarat abang V ketika mereka menaiki barisan tentera upahan. Beberapa misi pertama memperkenalkan pemain untuk permainan yang mengingatkan pada reboot “Deus Ex” tetapi pada skala dunia terbuka. Pemain menghadapi masalah dan mempunyai pelbagai cara untuk menyelesaikan misi.
Pemain bukan sahaja akan memutuskan bagaimana memulakannya, tetapi juga akan mempengaruhi hubungan anda dengan beberapa watak utama yang lain, dan juga cara anda menangani sesuatu di kemudian hari. Banyak misi sampingan juga akan memberikan pilihan dialog untuk kelahiran tertentu, seperti pengembara. Akan ada beberapa pilihan yang menyediakan sasaran misi “Run Road”, bersedia membantu sasaran misi menghubungi keluarga Wanderer. Walaupun tidak menentukan arah akhir, ia masih memberikan tahap kebebasan tertentu untuk pemain memilih jalan untuk memulakan.
Beberapa misi sampingan mempunyai beberapa akhir berdasarkan tindakan pemain, dan beberapa daripadanya mempunyai kesan di dunia. Yang lain mempunyai utas yang membawa kepada pengembaraan yang lebih menarik. Kualiti pencarian lebih baik daripada rata-rata, tetapi “Cyberpunk 2077” bersinar terang ketika para pengembang berpegang pada genre yang dinamakan permainan ini. Misi terbaik melibatkan V. menyiasat laporan orang hilang atau melihat pembunuhan. Karya detektif sesuai dengan getaran filem noir yang memberi inspirasi kepada dunia pada umumnya.
Seperti yang dinyatakan, Cipta watak anda sendiri~ Walaupun FPP
Kami telah mengongsikannya sebelum ini pada review akses awal dimana dalam cipta watak sendiri kami dapat memilih “pekerjaan” kita seperti penggodam, engineer, atau pembunuh dari menambah “skill point“. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan atribut seperti badan, refleks, kemampuan teknikal, kecerdasan dan perwatakan.
Bermain Cyberpunk 2077 sebenarnya adalah sebuah permainan RPG yang bagus, ianya kerana pemandangan, watak dan persekitaran yang indah memang menyejukkan mata di sekeliling permainan ini. Mungkin ada kelebihan sedikit lah dengan FPS, kerana ia mempunyai pengalaman yang lebih mendalam, lebih banyak terlibat dalam dialog dengan watak yang berbeza, lebih dapat meneroka pemandangan sekitar dari perspektif pertama.
Kawasan Nights City yang berbeza mempunyai budaya dan bahasa yang tersendiri, bangunan di sini juga mempunyai ciri yang berbeza seperti kawasan dan bangunan di Jepun, kanzi dan NPV juga akan bertutur dalam bahasa jepun.
Silver Hand adalah salah satu watak yang paling penting didalam permainan ini kerana dia lah penyanyi, pengganas juga legenda di Night City. Pada dua misi pertama, V masih tidak menyukai Silver Hand dan secara tiba-tiba setelah 2 misi selesai mereka menjadi rakan sepasukan. Kami terasa seperti kehilangan beberapa plot utama mengenai perkara ini. Kisah antara setiap watak tidak cukup, kami raasa dengan mempunyai lebih interaktif antara NPV dan mempunyai dialog yang lebih menarik akan meningkatkan jalan cerita.
Dunia Terbuka Night City?
Dunia permainan ini memang menunjukkan dunia Cyberpunk atau futuristik seperti yang dapat dilihat di Tang Ren Street, Pub juga Menara-menara. Braindance, salah satu elemen khas yang ada, tetapi kami hanya menggunakannya beberapa kali dalam permainan. Walaupun permainan boleh membeli video untuk braindance tetapi tidak mempunyai ciri ini. Rasa seperti pencipta tidak mempunyai masa untuk membuat ciri ini lalu biarkan sahaja.
Walaupun disebut dunia terbuka, tetapi merasa seperti tidak cukup jika dibandingkan dengan permainan yang diluncurkan pada tahun 2013 iaitu GTA V. Sekiranya ingin menjelajah Night City, anda akan rasa sendiri banyak perkara yang hilang. Seperti sistem kereta api dan ia menjadi teleporter, walaupun tidak ada ciri ini tetapi modul masih ada di sana.
Sekiranya pintu pangsapuri disekat, pemain boleh menuju ke balkoni dan melompat ke tingkap berdekatan. Mungkin itu agak mudah sedikit, cuma perlu dua kali kerja lah. Sekiranya pemain mendapati diri mereka tidak bersenjata, mereka masih dapat menjalankan pencarian menggunakan quickhacks dan stealth. CD Projekt Red melakukan tugas yang hebat dalam merancang misi yang fleksibel dan sesuai dengan gaya permainan yang berbeza walaupun masih nampak kekurangannya.
Perlu diingat bahawa, laluan tersebut sangat bergantung pada bagaimana pemain membina versi V mereka. Melabur dalam atribut dan faedah yang berbeza akan membuka pilihan dan jalan dialog. Menempatkan poin dalam atribut Body dapat membuat protagonis mengintimidasi dan membiarkan pemain merobek pintu dari engsel mereka, yang memungkinkan mereka mengakses jalan pintas. Tumpuan kecerdasan membolehkan V mengesankan netrunners dan membolehkannya menggodam komputer untuk mendapatkan maklumat pencarian yang tidak tersedia bagi kebanyakan orang.
Cyberbug 2077? Eh!
Jujur, jika bermain di PC dengan spesifikasi yang okay, semuanya sempurna walaupun masih ada sedikit bug yang lawak seperti orang tengah minum air, orangnya hilang, yang nampak gelas beterbangang je. Walaubagaimanapun, bermain di konsol adalah pengalaman hitam untuk Cyberpunk 2077. Lagging sedikit di PC tiada masalah, lain cerita di konsol. Watak pun kejap blink di sini kejap disana, NPC amik keluar barang tetapi ianya kosong. Ada juga bila bercakap dengan watak lain tiba-tiba ada panggilan masuk lepas tu dialog bertindih-tindih. T-Pose? Heish, adalah juga masanya tengok diri sendiri tapi rambut hilang~
Walaupun bug ini tidak akan mempengaruhi pencarian misi utama tetapi merasa sangat terganggu dan menjadikan pengalaman permainan kami menjadi tidak bagus dan menjengkelkan. Misi sampingan turut menerima bug yang serupa dan perlu memulakan semula permainan. Walaubagaimana pun, dengan HotFixed Cyberpunk 2077, reka bentuk skrip dan perubahan permainan terus berubah ketika perkembangan permainan, dan harapan besar agar DLC dan ciri baru perlu dikeluarkan pada masa yang tepat dan memperbaiki semua bug dan kerosakan permainan untuk semua platform. Munkin, ianya akan berjaya seperti The Witcher 3.
Kejujuran kami untuk sistem permainan ~
Pada segi sistem UI permainan kami rasa tidak sempurna, secara keseluruhan nada perminan terasa gelap untuk inventori. Semasa memeriksa dan ingin memecahkan barang tersebut, secara tidak sengaja akan membuang barang yang penting dan ada mayat akan menghalang anda untuk mengambil barang tersebut. Sekiranya mempunyai item pilihan secara automatik seperti permainan RPG lain, itu akan menjadikannya mudah.
Dari segi sistem navigasi juga tidak sempurna. Map yang kecil untuk pemain bermata empat seperti kami memang tidak selesa, dan ianya tidak dapat diubah saiz. Juga, jika memandu laju, anda akan terasa nak membelok pun tak sempat disebabkan navigasi peta yang ditunjukkan! Bila kami berjalan pun, navigasi tersebut tidak akan membawa anda kepada jalan pintas. Hingga kemudian~ anda boleh tekan M untuk peta besar dipaparkan~ Yang tak faham, kenapa tidak letakkannya pada awal-awal pelancaran hari tu!
Sistem pertarungan pula, walaupun dalam situasi FPS, permainan ini adalah permainan RPG.. Menembak tidaklah sehebat dalam Call of Duty, kami turut meresakan menggunakan senjata melee lebih kuat dari senjata pistol, atau SMG itu semua. Mantis Knife dan Heavy Sniper yag kami banyak guna dalam Cyberpunk 2077 ini, kerana yang menariknya Heavy Sniper ini, ianya dapat menembusi dinding dan 1 tembakan boleh mendatangkan maut!
Melawan AI kadang-kadang terasa mereka ini “bebal”. Tengah bertarung, tiba-tiba kerap menyorok belakang dinding dari ditembak, walaupun dah baling grenade, mereka masih berdiri di situ! Kemudian, ada yang tembak tak henti-henti (banyak sangat pelurunya~). Sekiranya anda berlari cukup pantas, anda boleh berlari ke belakang musuh dan musuh akan menembak di kawasan yang sama tanpa mengetahui anda sudah berada di belakangnya, kemudian inilah masanya untuk menggunakan senjata melee. Memang seronok tengok musuh kena terajang!
Maka kesimpulanya~
Pemain yang mengharapkan permainan ini dapat mengubah generasi permainan anda, mungkin anda akan kecewa, permainan ini tidak mempunyai fitur baru untuk permainan RPG / FPS dan masih mempunyai banyak bug serta tidak segah yang peminat impikan sebelu keluarnya permainan ini.
CD Projekt Red perlu mengambil tindakan secepat mungkin kerana perkara baru yang buruk sedang terjadi seperti kes saman dan pengurusan mereka. Bug tidak akan diperbaiki secara keseluruhan dalam satu atau dua patches terdekat. Nasib baik bingkai permainan masih lengkap dan tidak perlu membuat semula permainan! Jadi, untuk CD Projekt Red, kami benar-benar harap ianya dapat menjadi hebat seperi The Witcher 4, selesaikan semua masalah teknikal dan bug secepat mungkin. Jika semuanya telah sempurna, mungkin kami akan buka PC dan konsol kami semula untuk memainkan Cyberpunk 2077 dengan selesa.
Jadi untuk sekarang, “Cyberpunk 2077” masih merupakan pengalaman hebat jika dimainkan di PC dengan spesifikasi yang tinggi. Pengaturannya yang menggugah dan reka bentuk misi yang sangat baik menjadikan kisah permainan ini lebih baik daripada pengembaraan dunia terbuka biasa.

@gamersantaimy
The Review
Cyberpunk 2077
Cyberpunk 2077 tidak lah seperti yang diharapkan, tetapi perjalanan cerita masih menarik. Bug yang terjadi sememangnya spoil kan hari kami
PROS
- Jalan cerita masih bagus
- Pembinaan watak yang menarik
- Pandangan dunia adalah menarik
CONS
- Terlalu banyak bug
- Sistem Permainan perlu diperbaiki
- Kandungan dunia terbuka tidak mencukupi
Discussion about this post