Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Ni no Kuni: Cross Worlds – Terokai Evermore dan selamatkan dunia!

Maira by Maira
May 28, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, Game Review, iOS, MMO, Mobile, PC, Review
0 0
0
[Review] Ni no Kuni:  Cross Worlds – Terokai Evermore dan selamatkan dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Tengah mencari game MMO yang baru, kami ada satu game yang mempunyai dunia ala-ala Ghibli untuk anda cuba iaitu Ni no Kuni: Cross Worlds. Kalau anda rasa teragak-agak untuk mencubanya, jangan risau, kami sudah review game ini untuk rujukan anda. Tanpa membuang, inilah review kami untuk Ni no Kuni: Cross Worlds.

Plot

Anda sebagai protagonis telah menyertai satu game beta bernama Soul Diverse yang membawa pemain ke sebuah dunia lain yang dipanggil Ni no Kuni. Malangnya selepas protagonis masuk ke dalam dunia game tersebut, game tersebut telah crash. Protagonis bangun di sebuah kerajaan yang sedang diserang oleh orang jahat yang nampaknya sedang merancang sesuatu. Ketika cuba melepaskan diri, mereka telah sampai ke sebuah kerajaan hebat: Evermore. Mengambil peluang untuk meminta pertolongan kerajaan Evermore, perjalanan hebat protagonis pun bermula.

Ni Kuni Cross worlds

Penyesuaian watak protagonis

Sebelum mulakan game, anda diberi pilihan untuk memilih watak. Terdapat lima watak yang tersedia iaitu Rogue, Witch, Engineer, Destroyer dan Swordsman. Setiap watak mempunyai gaya pertempuran berbeza dan anda bolehlah watak yang sesuai dengan cara bermain tersendiri. Selepas memilih watak, anda akan dibawa ke menu penyesuaian untuk menjadikannya watak anda sendiri. Antara bahagian yang boleh disesuaikan ialah warna mata, warna rambut, gaya rambut, pakaian, muka serta figura badan. Memandangkan ianya game MMORPG, lebih mudah untuk bezakan watak anda sendiri dengan pemain lain.

Ni Kuni Cross worlds

Quest

Seperti biasa, sudah tentu kita mempunyai main quest dan side quest untuk diselesaikan oleh pemain. Anda boleh terus mulakan quest dengan klik pada “mission” pada sebelah kiri skrin. Anda ada dua cara bermain, auto atau manual. Kalau auto, anda hanya tekan quest sahaja, watak anad akan uruskan segalanya. Anda hanya perlu menekan dialog jika ada cutscene. Tetapi bosanlah kalau begitu. Manual pula, macam biasa segala-galanya anda yang kawal.

Anda masih lagi boleh meneroka dunia Ni no Kuni, tetapi petanya sangat besar dan tempat-tempat seperti hutan kelihatan sama sahaja. Lebih baik gunakan sahaja “teleporter” kalau ingin ke mana-mana. Lagipun, kalau anda meneroka dan menjumpai sesuatu, kebanyakkannya tidak boleh dibuka kerana anda perlu penuhi syarat untuk mendapatkan item tersebut. Sabar sahajalah.

Side quest dalam game ini banyak melibatkan “Reputation System”, dan terdapat beberapa quest untuk mendapatkan “resource” atau EXP. “Reputation system” sangat terikat pada main quest, jadi kadang-kadang anda terpaksa melakukan side quest barulah boleh sambung main quest. Tetapi semasa bermain boleh dikatakan, lebih banyak side quest yang dilakukan berbanding main quest. Tetapi apakan daya, itu sahaja cara untuk maju dengan main quest.

Battle system

Watak yang saya pilih untuk bermain ialah Swordman, jadi sudah tentu watak akan menggunakan pedang untuk menyerang musuh. Terdapat satu serangan biasa berserta enam kebolehan untuk dipakai sepanjang game. Kebolehan tersebut akan dibuka mengikut kemajuan game. Tetapi anda boleh mengubah kebolehan extra yang tersedia di bawah mengikut gaya permainan sendiri. Apabila saya katakan game ini mudah untuk dimainkan, saya tidak menipu. Anda tidak perlukan kemahiran sangat untuk melawan musuh lebih-lebih lagi jika anda bermain secara auto. Big boss pula boleh dikalahkan jika anda kurangkan damage dengan roll ataupun mengelak serangan. Macam Elden Ring pula tetapi jauh lebih senang.

Ni Kuni Cross worlds

Benda penting yang anda perlu tumpukan untuk pertempuran bukanlah kebolehan tetapi level, data, elemen dan pelbagai benda yang berkaitan dengan status watak. Ini termasuk juga level senjata serta “familiar” dalam game. Kesemuanya memerlukan “resource” yang boleh didapatkan dengan pertempuran tetapi ia bukanlah begitu banyak. Apabila anda mencapai level 40, kesemua benda boleh dibuka. Tetapi agak susah untuk sampai ke tahap itu kerana setelah anda sampai level 25, anda terpaksa melakukan lima quest “swift solution” untuk naikkan level dengan lebih pantas. Quest itu juga terhad untuk lima kali sahaja setiap hari. Jadi, rajinkanlah diri untuk menyelesaikannya.

Camera View

Terdapat tiga sudut kamera yang anda boleh gunakan iaitu auto, free atau fixed. Saya cadangkan anda gunakan auto jika bermain seperti normal. Melainkan anda suka melihat kesemua musuh berdekatan, bolehlah gunakan fixed kamera.

Perbezaan antara versi PC dan mobile

Kalau nak tengok dari segi versi, tidaklah begitu berbeza. Dia cuma berbeza pada pergerakan, serangan dan sedikit bentuk UI. Tetapi main di PC sudah tentu lebih mudah kerana anda mengawal arah menggunakan mouse.

Ni Kuni Cross worlds

Kesimpulan

Dunia seperti animasi Ghibli dan muzik oleh Joe Hisaishi sudah pasti membuatkan ramai orang yang bermain game ini. Kalau anda ingin bersantai dalam dunia ini, saya memang syorkan anda cuba Ni no Kuni: Cross Worlds. Anda juga boleh bersosial dengan pemain lain juga, jadi tidaklah sunyi sangat apabila bermain. Kalau anda jenis yang inginkan cabaran lebih, ianya agak terikat pada sistem game jadi agak susah juga untuk maju kalau anda tidak memenuhi syarat tertentu. Ia mungkin mengecewakan untuk sesetengah pemain. Tetapi kalau game ini lebih bebas untuk pemain teroka, rasanya ia lebih baik. Apapun, boleh cuba dahulu untuk tahu jika ia game yang sesuai untuk anda. Untuk dapatkan liputan lain mengenai Ni no Kuni: Cross Worlds, sila klik pautan ini.

Download di sini
Ni no Kuni: Cross Worlds
Release Date TBC
Android, iOS
Ni no Kuni: Cross Worlds ialah pengembangan daripada siri Ni no Kuni original, membayangkan semual dunia fantasi yang jelas dan reka bentuk watak popular francais dalam penceritaan serba baru. Dengan grafik gaya anime dan babak animasi berkualiti tinggi yang dipaparkan dalam Unreal Engine 4. Ni no Kuni: Cross Worlds akan membawa pemain dalam pengalaman filem animasi interaktif, di mana fantasi dan realiti wujud bersebelahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

7 Score

PROS

  • Sangat mudah untuk dimainkan
  • Muzik yang baik dan reka bentuk dunia yang cantik

CONS

  • Terlampau bergantung pada resource
  • Banyak perkara terikat dengan sistem atau mengikut urutan

Review Breakdown

  • Sebuah game yang mudah untuk dimainkan oleh semua orang serta dunia ala-ala ghibli yang indah 0
Tags: Ni no Kuni: Cross Worlds
Previous Post

Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk konsol next-gen

Next Post

Review Dysterra – Tema FPS survival dah tepat, cuma tak sampai potensi penuh

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Dysterra – Tema FPS survival dah tepat, cuma tak sampai potensi penuh

Review Dysterra - Tema FPS survival dah tepat, cuma tak sampai potensi penuh

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd