Seperti biasa, setiap tahun pengeluar laptop mesti akan melancarkan barisan laptop baharu dan MSI langsung tidak terkecuali. Kini, yang berada pada tangan kami adalah MSI Stealth 14 Studio yang dilengkapi dengan Intel i7-13700H bersama NVIDIA GeForce RTX 4050. Nak tahu apa yang laptop ini boleh lakukan? Berikut adalah review ikhlas dari kami.
Reka Bentuk & I/O Ports

Mari kita mulakan dengan apa yang ada dalam kotak terlebih dahulu. Di dalam kotak, anda akan dapat sebuah laptop itu sendiri bersama pengecas 240W dan buku manual.
Nama laptop itu sendiri telah ditampikan pada reka bentuknya. Yang ada pada tangan kami sekarang adalah versi Star Blue yang menampikan warna seperti biru gelap sekali gus memberikan kesan “Stealth” yang lebih mendalam. Ia menampilkan logo MSI pada bahagian belakang dengan menampilkan warna kelabu.

Walaupun begitu, keyboard laptop ini didatangkan dengan warna hitam yang mempunyai RGB sebagai backlight. Bercakap tentang RGB, laptop ini menampilkan reka bentuk yang unik di mana terdapat tulisan “Stealth” pada bahagian ekzos laptop. Reka bentuk sebegini nampak lebih unik dan segar jika nak dibandingkan dengan laptop lain. RGB ini boleh ditukar menggunakan software MSI nanti.
Berat laptop ini hanya 1.7 kg sahaja dan tebalnya pula adalah 19mm sahaja, menjadikan laptop ini sangat sesuai dibawa ke mana sahaja. Memandangkan material yang gunakan pada “finishing” laptop ini adalah matte, cap jari anda sudah pasti tidak akan melekat dan sangat susah untuk menjadi cap jari magnet.

Selain itu, laptop ini juga dilengkapi dengan webcam pada bahagian atas skrin. Web cam ini hadir dengan resolusi 720p bersama 30 FPS sahaja. Kalau anda merupakan seorang yang takut tentang privasi webcam, anda tidak perlu risau kerana laptop ini datang dengan penutup webcam. Jadi, anda tidak perlu lekatkan sticker atau beli penutup webcam.
Bergerak kepada I/O Port, ia hadir dengan DC port, HDMI 2.1 port, USB 3.2 Gen2 Type-C, USB 3.2 Gen2 Type-A, Thunderbolt 4 Type-C dan 3.5mm Audio Jack.
Keyboard dan Touchpad

Laptop ini didatangkan dengan keyboard 75% dan masih mempunyai banyak ruang diantara “key to key”. Memandangkan ianya adalah 75% keyboard, anda tidak akan mempunyai numpad. Semasa saya menggunakan keyboard ini, ia terasa sangat selesa mungkin kerana tangan saya yang kecil.
Keyboard ini hadir dengan “RGB per key” dan anda boleh mengubahsuai warna lampu itu satu per satu. Dengan adanya software MSI Center, anda boleh gunakan software tersebut untuk mengubah suainya. Untuk menjadikan keyboard ini lebih berkualiti, mereka telah berkolaborasi bersama Steelseries.

Manakala touchpad pula, ia sangat responsif dan saiznya agak biasa dan tidak terlalu besar sehingga mengganggu pergerakan anda semasa menaip atau membuat kerja.
Skrin dan Audio

Stealth 14 Studio didatangkan dengan skrin beresolusi 2560 x 1600 QHD dan nisbah skrin 16:10 bersama 240Hz refresh rate. Tambah pula dengan panel IPS bersama 100% DCI-P3 Color gamut yang digunakan, pengguna dapat pengalaman visual yang sangat selesa dan menyeronokkan bersama teknologi warna sebenar untuk memberikan pengguna ketepatan warna yang terbaik. Oleh itu, laptop ini sangat sesuai digunakan bukan sahaja untuk seorang gamer, tetapi graphic designer, content creator dan ramai lagi.
Berkenaan dengan audio pula, laptop ini didatangkan dengan 4 speaker di mana 2 speaker di bahagian atas bersebelahan dengan touchpad dan 2 lagi speaker berada di bahagian tepi kiri dan kanan. Selepas saya mencuba mendengar audio yang dikeluarkan, saya rasa vokalnya cukup dan kualitinya cukup baik.
Bateri

Laptop ini dilengkapi dengan bateri 72Whr. Untuk menguji bateri laptop ini, saya meletakkannya pada idle mode tanpa menghidupkan lampu RGB, kecerahan skrin pada tahap terendah dan menggunakan mode “Super Battery” dalam MSI Center. Laptop ini dapat bertahan sehingga lebih kurang 3 jam 50 minit.
Apabila saya mencuba dalam situasi yang lain, laptop ini dapat bertahan lebih kurang 2 jam. Saya menghidupkan RGB, kecerahan skrin pada 60% dan membuat beberapa kerja. Keputusan yang diperolehi adalah sangat mengagumkan bagi saya. Ia sangat sesuai jika anda ingin membawa laptop ini keluar dan membuat kerja di kafe, perpustakaan atau mungkin semasa sedang bercuti.
Manakala masa mengecas pula hanya memerlukan lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja untuk memenuhkan bateri daripada 0% sehingga 100%.
Hardware & Prestasi

MSI Stealth 14 Studio dilengkapi dengan Intel i7-13700H dengan base clock 2.4GHz bersama NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6, 16GB DDR5-5200MHz dan 1TB NVMe PCIe Gen4 M.2 SSD. Berikut adalah benchmark dan pengalaman semasa saya bermain game.
- 3DMark – 7509
- PCMark10 – 7107
- Cinebench R23 (Multi core) – 13444
- Cinebench R23 (Single core) – 1682
Semua game yang saya mainkan menggunakan resolusi 1920 x 1080 dan tetapan grafik tertinggi.
Returnal

Tiada DLSS, Tiada RayTrace – Purata Frame Rate: 84FPS
Kualiti DLSS, Tiada RayTrace – Purata Frame Rate: 75FPS
Kualiti DLSS, RayTrace Tinggi – Purata Frame Rate: 59FPS
Atomic Heart

TIADA DLSS – Purata Frame Rate: 60FPS
Kualiti DLSS – Purata Frame Rate: 88FPS
Apex Legends

Kualiti Tertinggi – Purata Frame Rate: 107FPS
Kualiti Terendah – Purata Frame Rate: 216FPS
Sistem Penyejuk

Laptop ini menggunakan sistem penyejukan Vapor Chamber Cooler untuk CPU dan GPU untuk menguruskan aliran thermal dan memaksimumkan prestasi. Ia mempunyai 2 kipas untuk menyejukkan keseluruhan sistem. Kedua-dua kipas ini boleh berpusing sehingga 7000 RPM di mana ia akan menjadikan laptop ini lebih sejuk. Tetapi bunyi kipas yang dihasilkan adalah sangat kuat.
Semasa ujian, kebanyakan masa suhu kekal di bawah 80oC untuk kedua-dua CPU dan GPU. Tetapi kawasan papan kekunci akan menjadi panas sedikit dan masih boleh diterima. Tetapi semasa ujian bermain, suhu pada CPU telah mencecah sehingga lebih 90oC.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, MSI Stealth 14 Studio A13V adalah sebuah laptop yang cukup bagus untuk seorang gamer, content creator, graphic designer dan macam-macam lagi. Jika anda adalah seorang student dalam bidang ini, saya rasa laptop ini memang sangat sesuai untuk anda. Dengan berat laptop ini hanya 1.7 kg dan ketebalannya hanya 19mm sahaja, saya rasa ia sudah cukup untuk kategorikan laptop ini adalah ringan dan nipis. Jadi, anda boleh membawa kemana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.
Tambah pula dengan skrin QHD bersama 100% DCI-P3 color gamut, saya rasa ia mampu memberikan pengalaman bermain atau membuat kerja yang berimpak tinggi dan lebih menyeronokkan. Imej dan warna yang dihasilkan juga menjadi sangat jelas dan kelihatan seperti hidup.
Dengan gabungan CPU dan GPU yang didatangkan pada laptop ini, saya rasa anda tidak perlu ragu-ragu untuk memilih laptop ini sebagai peranti utama anda semasa bermain game. Saya yakin laptop ini boleh menjalankan pelbagai AAA game pada tetapan grafik yang tinggi tanpa sebarang masalah.

Jika anda sedang mencari sebuah laptop gaming yang ringan, nipis dan lengkap dengan prestasi yang cukup bagus, saya rasa anda patut memasukkan MSI Stealth 14 Studio A13V dalam senarai anda. Untuk spesifikasi penuh, anda boleh pergi ke laman web rasmi mereka di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, teknologi atau filem, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post