Jika baru-baru ini kami telah mengongsikan ulasan MSI Katana GF66, sekali lagi terima kasih kepada MSI Malaysia untuk menghantar sebuah lagi unit komputer riba gaming yang berkuasa tinggi kepada kami! Komputer riba gaming yang dimaksudkan adalah MSI Pulse GL76 11UEK dengan pemproses 11th Gen Intel Core i7-11800H @ 144Hz dan grafik GeForce RTX3060. Tanpa lengahkan masa lagi, jom teruskan dengan Review MSI PULSE GL76 kami!

Tapi sebelum tu jom lihat spesifikasinya dahulu:
Reka Bentuk yang nampak robotik!

Dengan perisai logam kelabu titanium dan garis kontur, siri Pulse GL adalah untuk mereka yang menggemari estetika futuristik. Reka bentuk di sekitar papan kekunci diperkuat oleh antara muka paparan tambahan. Reka bentuk heksagon di casis bawah digambarkan dari adegan filem klasik pejuang antara bintang yang melambung tinggi di atas planet. Lengkapkan siri Pulse GL dan manfaatkan sepenuhnya- MSI

Kita teruskan dengan Review MSI PULSE GL76 ini. Pulse GL66 memberikan kesan pertama yang baik dengan penutup berwarna aluminium kelabu ala-ala robot. Saya agak suka dengan warna itu kerana ianya tidak seperti MSI sebelumnya yang berwarna Hitam. Logo perisai terukir dan sudut penutup bersudut memberikan penampilan moden dan mewah. Semuanya kelihatan robotik termasuk di sisi keyboard dengan ukiran garisan dan kawasan keyboard pula berwarna hitam. Kemudian di bawah seperti reka bentuk sarang lebah. Semuanya hebat kecuali penutupnya adalah plastik.

Dari segi berat tu mungkin terasa agak berat sedikit pada pengguna yang tidak pernah menggunakan komputer riba gaming, bagi kami yang dah biasa, bertanya boleh diterima dengan 2.6kg bersama ketebalan 24.2mm.
Paparan luas dan warna terang yang menawan

MSI Pulse GL76 baru menampilkan 17.3 inci dengan paparan IPS yang lebih besar dengan nisbah aspek 16:9, dilengkapi dengan sepasang Resolusi Full-HD (1920×1080) dan kadar penyegaran 144Hz. Untuk resolusi lebih tinggi ada QHD + 165Hz, anda harus membeli spesifikasi lain. Paparan juga memiliki bezel nipis di kedua sisi, yang membantu memberikan penglihatan yang lebih luas. Ianya juga boleh dibuka sehingga 180°.

Kadar penyegaran 144Hz yang lebih tinggi pada Pulse GL76 membawa pengalaman permainan yang lancar. Bukan hanya itu, tetapi paparannya juga menampilkan prestasi gamut warna yang cukup baik. Inilah antara contoh tangkapan skrin video 8K dari komputer riba ini:

Selain gaming, layar juga dapat memberikan pengalaman visual yang sangat baik ketika menonton filem. Oleh itu, saya tidak banyak mengeluh apabila paparan memberikan hasil yang memberangsangkan. Kemudian ada juga kamera web HD dan hasilnya cukup jelas tetapi tidak terlalu ok terutama dalam pandangan gelap.
Papan kekunci selesa dan lampu latar belakang

MSI Pulse GL76 dilengkapi dengan papan kekunci lampu latar bersaiz penuh (kekunci anti- ghost 84) dengan warna monokrom dan terang di seluruh kawasan papan kekunci. Sekiranya kita bercakap mengenai penampilannya, papan kekunci mempunyai reka bentuk yang ringkas, dibuat khas untuk gamers tertentu. Anda boleh mengkonfigurasi lampu latar keyboard di aplikasi MSI Center, walaupun pemperibadian terhad kepada satu warna atau zon pencahayaan anda masih boleh pilih gerak mana yang sesuai untuk pilihan anda.

Papan kekunci terasa licin dan lembut apabila ditekan. Cukup selesa, tetapi setiap kunci agak dekat sesama sendiri dan pad angka di sebelah kanan juga terasa sempit. Komputer riba ini cukup besar, jadi MSI mungkin patut memperbesar bahagian papan kekunci untuk menjadikannya lebih selesa. Masalah yang berlaku pada papan kekunci hanya berlaku ketika bermain permainan, kawasan papan kekunci sangat panas sehingga agak tidak selesa untuk menyentuhnya. Oleh itu, saya sarankan lebih baik jika anda menggunakan papan kekunci sambungan semasa bermain permainan.

Seterusnya, terdapat pad sentuh yang sangat penting digunakan jika anda terlupa membawa tetikus atau jenis tidak pakai tetikus. Ukurannya agak luas dan tidak mempunyai butang khusus. Di samping itu, mekanisme untuk mengklik cukup ketat dan memerlukan kekuatan tambahan. Di sisi terang, anda mendapat pengalaman meluncur dan mengesan yang bagus semasa digunakan.
Port dan Sambungan

Port
Sekiranya kita bercakap mengenai istilah “port” yang tersedia pada MSI Pulse GL76, kita boleh mengatakan bahawa komputer riba ini memberi cukup port. Pulse GL76 hadir dengan tujuh port, di mana lima daripadanya diletakkan di sebelah kanan, sementara tiga yang lain berada di sebelah kiri.
Lima port di sebelah kanan adalah:
- 1x Type-C USB3.2 Gen1
- 1x Type-A USB3.2 Gen1
- 1x RJ45 (Ethernet/LAN Cable port)
- 1x (4K @ 60Hz) HDMI
- 1x 3.5mm Headphone Jack
Selain lima port itu, komputer riba ini juga mendapat LED indikasi Status CPU. Kita ke sebelah kiri pula mempunyai port berikut:

- 1x Type-A USB 3.2 Gen1
- 1x Type-A USB 2.0
- Charging Port
Dalaman
Di bahagian dalam, MSI mempunyai dual-band Wi-Fi 6 Gig+ , Gigabit Ethernet dan Bluetooth 5.2. Ini adalah barang standard, begitu bagus untuk permainan dan penggunaan seharian lagi-lagi untuk gamers yang ingin menstrim permainan mereka.
Prestasi boleh dikatakan agak mengagumkan!

Dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-11 terbaru, peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding generasi sebelumnya. Dapatkan kekuatan yang lebih besar dengan pemproses 8-core ini yang menyokong frekuensi turbo dwi-teras sehingga 4.6GHz untuk memaksimumkan kecekapan dalam permainan, kerja pelbagai tugas dan produktiviti.
GeForce RTX 30 Series GPU memberikan prestasi terbaik untuk pemain dan pencipta. Mereka dikuasakan oleh Ampere — seni bina RTX generasi ke-2 NVIDIA — dengan RT Cores baru, Tensor Cores, dan multiprosesor streaming untuk grafik ray-tracing yang paling realistik dan ciri AI canggih.
MSI Pulse GL76 dilengkapi dengan SSD 1TB M.2 NVMe yang menghilangkan masalah kehabisan ruang kerana terlalu banyak permainan. Secara keseluruhan, Pulse GL76 mempunyai dua slot SSD M.2 (NVMe PCIe Gen3). Komputer riba ini juga dilengkapi dengan RAM Dual Channel 16GB DDR4 3200MHz (Pra-terpasang 8GB x2) yang menyelesaikan masalah biasa penggunaan memori berlebihan semasa melakukan sesi permainan berat.
Prestasi ber-gaming
Yang boleh saya katakan, komputer riba ini dapat memainkan permainan AAA yang hebat. Dalam Review MSI PULSE GL76, saya sama sekali tidak mengalami sebarang lagging atau delay dalam permainan, baik dalam grafik tertinggi atau medium. Masalah utama dalam bermain permainan ialah komputer riba akan menjadi panas di bahagian papan kekunci. Oleh itu, untuk menjadikannya seimbang dan mengalami permainan lancar yang hebat, harap aktifkan kipas anda, juga boleh menjadi automatik. Bagusnya penyejukan menjadikan permainan lebih lancar, tetapi kawasan papan kekunci akan tetap rasa panas ~ Jadi berikut adalah beberapa permainan yang saya cuba;
Watch Dogs Legion

Pengalaman bermain Watch Dogs Legion pada tetapan grafik tertinggi memang hebat – tidak ada sebarang lagging sama sekali seperti beberapa komputer riba gaming yang pernah kami cuba sebelum ini. Untuk FPS WDL berjalan dari 45-70fps. Tetapi jika on Ray-Tracing dan DLSS pada tetapan Ultra, fps akan turun hingga 15-25 fps. Kebiasaanya sekitar 40fps, sementara jika Medium, fps akan berjalan di atas 45fps-90. Anda boleh melihat sedikit perbandingannya di bawah;


Saya juga mencuba Benchmark WDL, dan keputusan untuk FPS adalah Average: 44; Maksimum 72pt dan Min 9.
Call of Duty Black Ops Cold War

Ini adalah sebuah lagi permainan yang menampilkan seni grafik tinggi yang cantik. Ianya berjalan hebat, tidak lagging sama seperti WDL. Anda benar-benar boleh bermain permainan AAA tanpa ragu-ragu dengan komputer riba ini. Berlari dari kadar Refresh rate 60-90fps pada paparan 144hz; V-sync juga dibuka bersama Tekstur pada tetapan tertinggi, Shadow Lighting juga pada tetapan High / Ultra serta Ray-Trace dan DLSS on pada tetapan tertinggi juga. Memang permainan ini macam realistik habis lah! Anda boleh lihat dibawah perbezaan Ray Tracing dibuka dan ditutup:


Apex Legends

Apex Legends pada 144Hz memang padu! Permainan tidak ada sebarang delay sama sekali terutama ini adalah permainan multiplayer, walaupun kadang kala sambungan internet saya mempunyai masalah, tetapi saya tidak mengalami kes terburuk untuk permainan battle royale ini. Lebih menarik, Fps permainan ini berjalan melebihi 100fps! Oleh itu, sangat bagus untuk bermain Apex Legends di komputer riba ini.
Cooler Boost 5

Penyelesaian termal khusus untuk CPU dan GPU dengan sehingga 6 paip haba. Dengan memperbesar diameter dalaman paip termal dan menggunakan gris haba eksklusif MSI untuk memastikan prestasi maksimum dalam permainan yang ekstrem.
Seperti yang saya katakan di atas, ia sejuk dengan cepat dan komputer riba berjalan lancar tanpa sebarang lagging, cuma masalahnya bunyi kipas yang berjalanan terlalu kuat, sehingga saya terus lupa yang saya tengah on komputer riba dan kerap bertanya kepada rakan adakah hujan di luar ~ Kami juga dapat merasakan kipas menghembus keluar haba di sisi komputer riba, jadi jika anda meletakkan tangan anda di sisi komputer riba, anda dapat merasakan tangan anda seperti dalam bilik steam.
Bateri

Prestasi bateri pula boleh dikatakan bahawa MSI Pulse GL76 telah menunjukkan prestasi yang baik, tetapi itu tidak menjadi masalah kerana hampir setiap gamers lebih suka permainan sambil mengecas komputer riba. Komputer riba gaming Pulse GL76 baru ini dilengkapi dengan bateri 53 Wh, Li-ion Polymer (11.4V) 3-sel dengan kapasiti 4700mAh. Seperti yang dikongsikan dari MSI, masa ketahanan bateri adalah sehingga 6 jam, tetapi ketika diuji, kami mendapati bahawa ia dapat memberi kita rata-rata 4-5 jam untuk bekerja, layari web dan tonton video. Masih ok, tetapi semasa bermain tanpa memasang pengecas, dari 100% -29% akan menurun dalam 30 min. Jadi sememangnya kita perlu main game sambil mengecas, tetapi kerja harian biasa anda tidak perlu risau sangat jika terlupa bawa pengecas!
Audio
Ia menggunakan Hi-res Audio dan Pengalaman mendengarkan audio seperti yang dimaksudkan dan membagikannya dengan Nahimic 3D surround & Sharing Sound melalui Bluetooth. Bunyi yang dikeluarkan sangat hebat, agak serata di sekeliling, tidak terlalu bising, tiada bunyi pecah dan bassnya cukup seimbang.
Benchmark
Kami juga telah menguji beberapa ujian benchmark termasuk 3DMark, PC Mark10 juga Cinebench untuk Review MSI PULSE GL76. Rata-rata keputusan adalah serdahana dan cukup memuaskan.
3DMark – 7403
3DMark Stress test – Not Pass

PC Mark10 – Overall score 9237
VRMark – 9760 pt

Cinebench – Multicore 10602pt; single 1477pt

MSI Apps

MSI Center – Anda boleh memuat turun, mengemas kini atau menyahpasang ciri eksklusif MSI dalam aplikasi ini. Oleh itu, anda boleh menyesuaikan semua yang anda mahukan di sini termasuk warna latar di papan kekunci anda.

MSI APP PLAYER – Mod Console. Main Permainan Mudah Alih sebagai Konsol dengan Pengawal. Mainkan Pelbagai Permainan Pada Masa Yang Sama, alami Pencahayaan Hotkey. Oleh itu, anda boleh bermain sebagai emulator permainan mudah alih secara langsung dari MSI App Player.
Dan Kesimpulannya
Beberapa sorotan terkenal seperti 16GB DDR4 Dual Channel Memory, 1TB NVMe SSD, dan kesan pencahayaan Papan Kekunci khas membolehkan Pulse GL76 memenuhi keperluan pemain dengan pelbagai cara. Jangan lupa ia mempunyai paparan besar dengan semua warna ditampilkan menjadi sangat cantik dan hebat. Lebih-lebih lagi, pengalaman keseluruhan cukup baik terutama dalam permainan yang tidak mempunyai sebarang masalah sama sekali!

Satu-satunya kebimbangan adalah kepanasan di kawasan papan kekunci dan juga kipasnya bunyi sangat kuat. Hanya itu. Tetapi secara keseluruhan, ini adalah komputer riba permainan yang hebat dan anda boleh dapatkan. MSI Pulse GL76 11UEK-037 (GeForce RTX 3060 6GB GDDR6) variasi 144Hz boleh didapati pada harga RM6,999.00 dan pembeliannya boleh ke mana-mana penjual sah MSI, atau ke MSI Online Store. Anda boleh baca variasi selebihnya di sini. Maka sampai di sini Review MSI PULSE GL76 kami kali ini. Terima kasih MSI Malaysia untuk unit ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post