Pada tahun ini, MSI telah melancarkan beberapa barisan laptop baharu dan salah satunya adalah MSI Cyborg 15 A12V. Walaupun ianya barisan laptop baharu, ia masih menggunakan Intel i7 12th Gen dan RTX 3060. Biarpun masih menggunakan CPU yang lama, pengalaman yang saya dapati sangat berbaloi.
Kalau anda nak tahu bagaimana pengalaman saya bermain game dengan menggunakan laptop ini, teruskan membaca review MSI Cyborg 15 kami. Jom kita mulakan.
Reka Bentuk & I/O Port

Walaupun masih baru melihat kotaknya sahaja, saya rasa terpegun sekejap kerana ia telah menampilkan corak futuristik warna biru yang direka khas. Ia bukan sahaja kelihatan sangat berbeza tetapi ia juga sangat istimewa dalam bidang laptop yang berkos rendah.
Okay, mari kita tengok apa yang anda akan dapat di dalam kotak. Benda pertama yang anda akan dapat adalah sebuah laptop MSI Cyborg 15, pengecas yang berkuasa 120W, beg MSI dan manual pengguna.
Pada awalnya Cyborg 15 ini kelihatan seperti laptop biasa dengan meliputi warna hitam sepenuhnya dan logo MSI yang lebih gelap. Tetapi apabila membuka laptop ini dan pandang ke bahagian engsel, ia diperbuat dengan bahan yang istimewa di mana ia adalah lut sinar. Dan hampir keseluruhan chassis adalah bahan lut sinar kecuali chassis yang ada pada keyboard dan skrin.

Apabila anda terbalikkan laptop, anda akan melihat komponen di dalam laptop dengan jelas seperti “heatpipe”, bahagian kecil daripada salah satu kipas penyejuk dan slot M.2 SSD. Lebih-lebih lagi pada lubang pengudaraan yang memang nampak sangat gaming.
Walaupun ianya adalah laptop gaming, ia hanya didatangkan dengan 22.9mm dan 1.98kg sahaja. Ia sangat nipis dan tidak berat jika nak dibawa ke mana-mana sahaja. Tambah pula dengan pengecas kecil 120W, memang satu sistem laptop yang mudah alih.
Port I/O yang didatangkan pada laptop ini agak biasa. Pada sebelah kiri, terdapat 1x USB Type-A 3.2 dan 3.5mm audio jack. Manakala untuk di sebelah kanan pula, terdapat 1x USB Type-A 3.2, 1x USB Type-C Gen 1, 1x RJ45, 1x HDMI 2.1 dan DC-in.
Keyboard & Touchpad

Selain daripada bahan lut sinar yang mereka gunakan untuk membuat engsel dan penutup bawah komputer riba untuk menjadikannya kelihatan baik, keyboard juga didatangkan dengan bertemakan cyberpunk. Dengan WASD dan penutup “button ON” juga lut sinar bersama-sama dengan backlight biru, ia nampak sangat cantik dan saya sangat menyukainya.
Font yang digunakan juga nampak sangat sesuai dan “cool”. Dalam masa yang sama, ia kelihatan sangat serasi dengan keycap yang lut sinar tadi dan sekali gus menjadikan keseluruhan keyboard kelihatan sangat futuristik. Terdapat juga beberapa keycap lain yang direka bentuk dengan gaya lain yang membuatkan sangat istimewa.

Untuk pengalaman menaip pula, saya sangat menyukainya apabila saya sentuh keyboard buat kali pertama. Bagi saya, maklum balas yang diberikan pada keyboard ini sangat baik dan saya sangat seronok sepanjang saya menaip pada keyboard ini. Laptop ini juga didatangkan dengan numpad, jadi perkara tersebut jadi satu kelebihan untuk saya.

Touchpad yang disediakan pada laptop ini agak besar dan sangat responsif semasa saya menggunakannya. Ia juga terasa sangat licin pada permukaannya dan membuatkan ia mudah digunakan.
Paparan, Audio & Hardware

MSI Cyborg 15 yang berada di tangan kami telah dilengkapi dengan Intel Core i7-12650H bersama NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB GDDR6 dan 16GB dual-channel DDR5 RAM yang berjalan pada 4,800MHz di dalamnya. Walaupun ia bukan dilengkapi dengan hardware tertinggi, mereka berfungsi dengan sangat baik.
Memandangkan ia didatangkan dengan Intel 12 gen, ia agak ketinggalan sedikit jika anda inginkan generasi yang baru. Tetapi selepas melihat prestasi game, saya akan mengatakan yang anda tidak perlukan cpu generasi terbaru kerana ia masih memberikan pengalaman yang lancar dan sangat baik.

Semasa saya menguji laptop, penggunaan GPU sentiasa melebihi 90% yang hampir sempurna (Ia tidak sempurna sehingga ia tidak mencapai 100%), dan CPU pula tidak hampir dengan penggunaan 50%, yang bermaksud CPU ini masih lagi berkuasa.
Berpindah ke bahagian skrin pula di mana paparannya agak standard bagi saya. Ia didatangkan dengan IPS panel yang bersaiz 15.6 inci bersama FHD resolusi (1920 x 1080) dan 144Hz refresh rate. Walaupun tiada banyak perkara istimewa yang ditawarkan, saya masih rasa paparan yang disediakan cukup untuk bermain game.

Untuk speaker pula, ia didatangkan dengan 2 2W speaker di sebelah kiri dan kanan laptop. Ia mampu menghasilkan audio yang sangat bagus. Walaupun Volume-nya agak kuat, saya langsung tidak pernah mendengar distort audio sekali pun. Tidak kira mendengar muzik atau menonton filem, saya dapat pengalaman mendengar yang sangat seronok. Bass dan treble sangat cukup dan jelas.
Bateri

MSI Cyborg 15 dilengkapi dengan hanya bateri 53.5Whr sahaja. Walaupun kapasitinya agak sikit, ini tidak bermakna bahawa hayat bateri komputer riba adalah buruk, malah hayat bateri komputer riba juga sangat baik.
Saya meletakkan laptop ini pada Silent Mode, Display Power Saver dihidupkan, volume 50%, kecerahan 30% dan kecerahan penuh untuk backlight keyboard, dan melakukan beberapa kerja seperti menaip dan menonton video. Dengan tetapan dan kerja yang saya lakukan, ia mengambil masa 3 jam untuk menurunkan bateri daripada 90% kepada 7%.

Perlu diingat bahawa komputer riba masih mempunyai Super Battery Mode yang saya tidak gunakan kerana ia mematikan backlight keyboard.
Laptop ini didatangkan dengan 120W pengecas dan mengambil masa selama 1 jam 15 minit sahaja untuk mengecas daripada 5% kepada 89%. Disebabkan itu, saya tidak rasa yang laptop ini akan memberikan pengalaman yang teruk kepada anda.
Pengalaman Bermain

Semua game yang dimainkan pada resolusi 1920×1080 dengan semua tetapan grafik ditukar kepada yang tertinggi kecuali Apex Legends.
Spider-Man Marvel: Miles Morales

Tetapan Tertinggi – Tiada DLSS – Tiada Ray Trace: Purata 58FPS, 1% Rendah pada 26FPS
Tetapan Tertinggi – Tiada DLSS – Ray Trace Tinggi : Purata 36FPS, 1% Rendah pada 12FPS
Tetapan Tertinggi – DLSS Ultra Performance – Ray Trace Tinggi: Purata 71FPS, 1% Rendah pada 29FPS
Forza Horizon 5

Tetapan Tertinggi – Tiada DLSS – Tiada Ray Trace: Purata 48FPS, 1% Rendah pada 18FPS
Tetapan Tertinggi – Tiada DLSS – Ray Trace Extreme: Purata 44FPS, 1% Rendah pada 17FPS
Tetapan Tertinggi – DLSS Ultra Performance – Ray Trace Extreme: Purata 48FPS, 1% Rendah pada 18FPS
Atomic Heart

Tetapan Tertinggi – Tiada DLSS: Purata 85FPS, 1% Rendah pada 39FPS
Tetapan Tertinggi – DLSS Performance: Purata 119FPS, 1% Rendah pada 36FPS
Apex Legends

Tetapan Tertinggi: Purata 87FPS, 1% Rendah 4.7FPS
Tetapan Terendah: Purata 128FPS, 1% Rendah 87FPS
Sistem Penyejukan

Penyelesaian penyejukan yang digunakan Cyborg 15 agak mengagumkan. Lubang-lubang yang ada pada bawah laptop ternyata berfungsi dengan sangat baik dan mampu menyejukkan komponen di dalamnya. Lubang pengudaraan yang banyak bersama-sama dengan reka bentuk Share-Pipe baharu bagi heat pipe, ia berjaya menurunkan suhu yang sangat rendah sambil memastikan hardware dapat berfungsi pada tahap maksimum.
Sepanjang saya menguji laptop ini, saya tidak pernah melihat suhu GPU melebihi 70oC. Ia yang sangat mengagumkan. Bagi suhu CPU, walaupun kadangkala melebihi 80oC, ia jauh lebih baik daripada yang lain, dan keadaan ini juga jarang berlaku.
Anda tidak akan merasakan sebarang haba dari keyboard dan ia hanya satu pengalaman yang sangat baik. Walaupun dalam Silent Mode di mana kipas tidak berputar sepantas dalam Mode Cooler Boost, anda tidak akan merasa panas jika anda tidak melakukan apa-apa yang memerlukan lebih kuasa.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, MSI Cyborg 15 A12V adalah laptop yang menakjubkan dengan prestasi baik pada harga bajet. Ia mempunyai gabungan CPU, GPU dan paparan yang baik di mana MSI melakukan kerja yang baik untuk memastikan laptop ini pada kos rendah dengan tidak menggunakan Intel Core 13th Gen atau paparan 240Hz. Gabungan hardware ini direka bentuk untuk menjalankan game competitive dengan lancar pada 100FPS dengan paparan 144Hz.

Jika nak dibandingkan dengan laptop lain pada harga yang sama, saya rasa MSI Cyborg 15 adalah yang terbaik. Ia mempunyai rupa yang cantik, mempunyai prestasi yang bagus, mempunyai sistem penyejukan yang baik, mempunyai keyboard yang selesa untuk digunakan, serta nipis dan ringan untuk sebuah laptop gaming.
Jadi kepada yang tengah mencari sebuah laptop gaming diantara yang terbaik, saya memang akan mengesyorkan anda membeli MSI Cyborg 15. Untuk mendapatkan spesifikasi penuh, klik di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post