Monster Hunter Rise adalah salah satu game Nintendo Switch paling popular pada tahun 2021 dan menjadi lebih popular apabila versi PC dilancarkan pada awal tahun ini. Sudah lebih setahun sejak ia dilancarkan dan rasanya majoriti telah menamatkan base game, jadi mesti ramai yang menantikan content baru dari Capcom. Kini korang tidak perlu tunggu lagi sebab expansion terbaru Sunbreak sudah tersedia di Monster Hunter Rise, yang saya akan review dalam artikel ini!
Secara ringkas, Sunbreak merupakan expansion untuk Monster Hunter Rise, sama seperti Iceborne untuk MH World yang menambah lapisan baru pada gameplay melalui misi Master Rank, siap lengkap dengan jalan cerita yang mengisahkan apa berlaku selepas penamat base game.
Sekilas pandang, expansion ini memang bagus untuk para Hunter veteran yang sudah melengkapi segalanya dalam base game. Ini memberi mereka sebab baru untuk teruskan bermain, tetapi adakah ia benar-benar bagus seperti yang disangkakan?

Selepas hampir seminggu bermain, jawapan saya adalah ya, MH Rise: Sunbreak memang bagus dan benar-benar berbaloi untuk beli (dan lebih seronok daripada base game). Nak tahu isinya? Teruskan baca review saya untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak.
Master Rank

Quest Master Rank jauh lebih sukar daripada High dan Low. Sama seperti game Monster Hunter lama, quest Master Rank boleh dimainkan bersama rakan-rakan, jadi korang tak perlu nak progress story seorang seperti dalam base game.
Monster daripada base game kini mempunyai versi Master Rank mereka, lengkap dengan cara serangan baru, yang membuatkan mereka lebih untuk dibunuh. Sebagai contoh, Tetranodon mempunyai serangan “hentak” yang boleh ditunda, jadi ia terasa seperti kita melawan bos Elden Ring kerana musuh kini akan menunggu sehingga kita terdedah sebelum melakukan serangan sebenar.

Selain itu, monster baru yang diperkenalkan dalam Master Rank seperti Three Lords (Lunagaron, Garangolm dan Malzeno) memberi pengalaman pertarungan yang gempak dengan beberapa mekanik menarik.
Satu-satunya saya kurang suka dengan monster Master Rank adalah subspesies baru. Memandangkan Sunbreak mempunyai banyak pertarungan yang hebat dan menarik, beberapa monster seperti Blood Orange Bishaten dan Aurora Somnacanth agak membosankan kerana mereka tidak mempunyai mekanik yang unik berbanding monster lain dalam senarai.

Walaupun begitu, Capcom juga telah membawa kembali banyak monster kegemaran daripada game lama seperti Gore Magala dari Monster Hunter 4, Astalos dari Monster Hunter Generations dan Espinas dari Monster Hunter Frontier.
Ciri ‘Follower Quest’

Ini adalah ciri yang saya harap Capcom dapat masukkan ke dalam game masa depan, sama ada Monster Hunter mahupun Dragon’s Dogma, tapi apa itu Follower Quest? Follower Quest adalah misi istimewa di mana korang boleh membawa beberapa NPC khusus daripada jalan cerita dan menyelesaikan objektif itu bersama-sama. Ini sangat bagus kerana game Monster Hunter mempunyai banyak watak popular selama bertahun-tahun, dan peminat pun teringin melihat watak kegemaran mereka beraksi.
NPC ini pun bukan sekadar bot yang bodoh, sebaliknya AI (NPC) dalam Follower Quest sangat bijak bagus. Tingkah laku AI ini boleh diubahsuai jika kita mahukan rakan yang lebih bersifat support atau ofensif. Bukan itu sahaja, jika AI ini mati, ia tidak menjejaskan ganjaran misi.

Korang juga boleh melakukan Support Survey di mana kita boleh membawa sehingga dua follower, dan mereka akan berinteraksi antara satu sama lain. Selepas makin jauh dalam game, korang juga boleh melakukan Follower Quest dengan NPC daripada base game.
Di samping itu, Rampage Quest dari Rise tidak wujud dalam Sunbreak. Korang masih perlu melakukannya dalam base game, tetapi misi ini tidak lagi wujud dalam bahagian Master Rank.
‘Weapon’ & penambahan mekanik

Dalam Sunbreak, Capcom telah menyediakan lebih banyak “alat” untuk pemain manfaatkan. Satu bahagian besar saya sedar ialah mereka membuang “Rampage Weapon’, yang dalam base game merupakan weapon tree terbaik bagi hampir setiap weapon type kerana mempunyai skill yang boleh diubahsuai.
Sebaliknya dalam Sunbreak, weapon MR mempunyai Rampage Skill. Daripada mempunyai hanya satu weapon tree yang mempunyai skill yang boleh diubah suai, kini kita boleh memilih daripada senarai skill yang banyak *tetapi* setiap weapon dihadkan oleh level dalam slot Rampage.

Secara asasnya, kita boleh mempunyai beberapa weapon dengan ‘stats’ (statistik) yang baik, tetapi mempunyai Rampage Skill yang sederhana kerana ia mempunyai level slot yang rendah *atau* kita mungkin mempunyai weapon dengan stat biasa tetapi mampu menjadi hebat kerana slot Rampage Skill.
Seterusnya, expansion ini juga telah meningkatkan sistem Silkbind secara dramatik berbanding base game. Setiap weapon mempunyai banyak cara serangan baru dengan pelbagai kesan yang berbeza-beza, seperti ‘counter’ dan ‘parry’. Lebih banyak weapon juga mempunyai skill ke arah mobiliti, yang bermaksud kita dapat mengelak dengan lebih baik tanpa perlu menyimpan weapon.
Satu faktor besar yang mengehadkan skill ini dalam base game ialah berapa banyak yang kita boleh ambil – setiap skill memakan ruang slot tertentu, jadi kita susah nak buat pilihan untuk mengenal pasti mana yang bagus mengikut playstyle.
Nasib baiklah itu bukan masalah lagi.

Dalam Sunbreak, Capcom telah menambah Switch Skill Scroll. Bayangkan korang mempunyai dua loadout berbeza untuk skill, jadi scroll ini membolehkan kita bertukar antara loadout itu dengan cepat semasa pertarungan. Sebagai contoh, sekarang saya mempunyai loadout di mana watak saya melakukan serangan pantas dan satu lagi loadout di mana dia lebih perlahan tetapi dapat menghasilkan damage yang lagi kuat.
Kandungan Endgame

Sebaik sahaja menewaskan bos terakhir, korang akhirnya akan menamatkan ‘cerita’ dan akan memulakan pengalaman Monster Hunter sebenar iaitu content end-game. Bagi mereka yang masih baru dalam francais Monster Hunter, content end-game ialah tempat di mana semua Hunter menghabiskan sebahagian besar masa mereka dalam game. Pemain biasa akan menghabiskan kira-kira 30-40 jam hanya untuk jalan cerita utama dan apabila selesai, tanpa sedar mereka telah bermain selama beratus-ratus, malah beribu-ribu jam.
*AMARAN! SPOILER DI BAWAH*
Jadi, apakah content end-game yang boleh dilakukan dalam Sunbreak? Pertama, terdapat lebih banyak Urgent Quest yang kita masih perlu lakukan khususnya pada MR10, MR20, MR30, MR50, MR70 dan MR100. Anda perlu mengalahkan Afflicted Arzuros, Wind Serpent Ibushi, Narwa the Allmother, Furious Rajang, Crimson Glow Valstrax dan Scorned Magnamalo dalam urutan itu.
Satu-satunya cara untuk meningkatkan MR adalah dengan pergi memburu dan menyelesaikan Urgent Quest untuk unlock level cap MR. Misi terbaik untuk grinding MR ialah ‘bertarung bos terakhir’ atau 6★ MR Quest “Unbridled Mayhem ” yang mengharuskan kita berlawan dengan Tigrex, Gore Magala, Astalos dan Magnamalo dalam Arena.
Selain daripada review Monster Hunter Rise: Sunbreak ini, saya juga menyediakan panduan untuk cara-cara naik MR dengan lebih pantas di sini.

Semasa grinding MR, beberapa ‘Afflicted Monster’ juga boleh dikalahkan. Afflicted Monster atau Anomaly Quest adalah versi monster yang lebih agresif dan lebih kuat serta boleh mengenakan Bloodblight yang mengurangkan kesan healing item. Kita tidak boleh menangkap Afflicted Monster dan perlu membunuhnya seperti Elder Dragon atau Apex Monster.
Dengan menewaskan Afflicted Monster, ia akan menjatuhkan material istimewa untuk decoration dan upgrade bagi senjata. Outfit Voucher+ juga hanya boleh didapati melalui Afflicted Monster, dan digunakan untuk Layered Armour (Master Rank). Korang akan unlock lebih banyak Anomaly Quest apabila mencapai MR yang lebih tinggi.
Pendapat

Sesiapa yang bermain Monster Hunter Rise pasti seronok dengan apa yang ditawarkan dalam Sunbreak. Perkara-perkara hebat dalam base game digandakan seperti lebih banyak skill, monster yang menawarkan pertarungan lebih seronok, end-game yang lebih lama dan juga content yang memuaskan pemain veteran.
Walaupun monster baru tak banyak, pemilihan monster yang dibawa balik ke dalam Sunbreak cukup memuaskan bagi memastikan setiap pertarungan unik dan seronok.
Satu aduan saya dengan end-game grind dalam Sunbreak adalah sama seperti base game dan mana-mana game Monster Hunter – korang hanya akan farm level sampai unlock checkpoint baru. Ini bukan masalah besar sebab game Monster Hunter lama pun buat perkara yang sama. Macam mana pun, saya harap untuk game Monster Hunter akan datang – Capcom dapat mengubah end-game mereka untuk sesuatu yang lebih inovatif seperti Monster Hunter World: Iceborne dengan penambahan Guiding Lands.
Maka, tamatlah review kami untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak. Untuk segala liputan kami termasuk panduan lengkap untuk naik MR, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post