Pertama kali dilihat pada bulan Ogos 2019, Nintendo telah mengumumkan model Nintendo Switch yang dikemas kini. Ramai menggelarnya sebagai Switch V2. Setahun lebih sudah berlalu, dan akhirnya saya dapat mencuba Switch V2 ini di mana kita akan kaji apakah perbezaannya dengan model pertama Switch. Setelah menggunakannya selama beberapa hari, saya mempunyai pemahaman asas yang baik tentang kedua-dua unit.
Switch “ori” mempunyai nombor model HAC-001 manakala Switch yang dikemas kini mempunyai nombor model HAC-001-(01). Selain daripada ciri ini, kalian akan mempunyai masa yang sukar untuk membezakan kedua-dua model walaupun saya letak bersebelahan. Ia bukan sahaja mempunyai penampilan yang sama, malah kedua-dua peranti juga berfungsi dalam cara yang sama. Apakah perbezaan antara Switch V2 berbanding yang lama? Inilah jawapannya!
Reka bentuk & perkakasan

Kecuali nombor model, tidak ada banyak perbezaan antara model lama dan Switch V2 dari segi reka bentuk. Namun, beberapa komponen dalaman telah ditukar dan perbezaan terbesar ialah kedudukan SoC, Nand Memory, dan pemproses yang diperbaharui.
Di sini saya nak jelaskan lagi tentang pemproses baru ini. Ia mempunyai fungsi yang sama, tetapi direka semula dalam reka bentuk yang lebih kecil untuk menghasilkan cip yang berfungsi pada kelajuan yang sama, tetapi mengurangkan kuasa yang diperlukan serta kepanasan yang dikeluarkan. Oleh itu, ia memberi jangka hayat bateri yang lebih lama! Itulah perbezaan utama yang saya boleh lihat di model Switch V2.

Selain itu, Joy-Con juga telah dikemas kini supaya antena berada di lokasi yang berbeza. Secara teori, ini akan mengurangkan masalah sambungan dan memastikan Joy-Con sentiasa lekat pada Switch. Reka bentuk Joy-Con masih kekal sama. Selain daripada perbezaan di atas, prestasi gameplay, “load time“, kelajuan mengecas, dan lain-lain semasa menggunakan Switch V2 tidak mempunyai peningkatan.
Untuk bahagian skrin, kecerahan untuk model HAC-001-(01) sedikit lebih malap daripada versi Switch HAC-001, di mana warnanya kelihatan sedikit lebih “tinted” atau “warm“. Kalau saya betul-betul kaji, tiada sebarang perbezaan selain daripada itu.
Berapa lama jangka hayat bateri untuk Switch HAC-001 (-01)?
Model Switch V2 boleh bermain hingga 50% lebih lama berbanding unit lama. Secara lebih spesifik, model V2 boleh bertahan 4.5 hingga 9 jam sebelum perlu dicaskan semula. Ini memang jauh berbeza dengan jangka hayat bateri di Switch lama yang hanya mampu bertahan 2.5 hingga 6.5 jam.
Di samping itu, Nintendo menjelaskan bahawa The Legend of Zelda: Breath of the Wild (salah satu permainan yang paling cepat menghabiskan bateri Switch) boleh bertahan sekitar lima jam di Switch V2, sedangkan Switch lama hanya tahan sekitar tiga jam.
Masih tidak berpuas hati dengan kajian ini, saya cuba Hyrule Warriors: Age of Calamity selama 40 minit dalam keadaan bateri 100%. Setelah selesai, Switch lama mempunyai bateri sebanyak 78%, manakala Switch V2 mempunyai bateri sebanyak 88%. Sejujurnya saya agak terkejut kerana perbezaannya cukup ketara walaupun dalam jangka masa yang pendek. Ini adalah peningkatan besar yang menjadikan konsol Switch lebih mudah digunakan semasa kita pergi bercuti, menunggu dalam pengangkutan awam, atau semasa berjalan jauh bersama keluarga.
Bagaimana untuk tahu sama ada kita membeli Switch baru atau lama?
Model Nintendo Switch V2 mempunyai pembungkusan yang berbeza dari yang lama. Tulisan masih sama, tetapi pembungkusannya menampilkan gambar baru di bahagian depan dan belakang. Cara paling mudah untuk kita tahu ialah Switch V2 mempunyai pembungkusan merah di kotak manakala Switch lama mempunyai pembungkusan putih. Jika anda ingin membeli dalam talian, pastikan diri membeli model HAC-001-(01) kerana gambar tidak boleh dipercayai 100%. Jangan terbeli model HAC-001 pula, kerana itu adalah versi lama.
Pendapat
Sekiranya kamu tidak memiliki konsol Nintendo, Switch V2 memang pilihan yang lebih elit. Namun, jika anda sudah memiliki konsol Switch lama tetapi ingin jangka hayat bateri yang lebih baik, anda boleh membeli bateri mudah alih berbanding membeli Switch V2. Kita pun dapat bermain dengan lebih lama secara “on-the-go” tanpa mengeluarkan duit lebih. Sudah tentu, jika anda mengalami masalah yang teruk dengan Joy-Con, itu pun boleh dibeli secara berasingan.
Model HAC-001-(01) ini sebenarnya untuk pembeli baru yang tidak memiliki Switch. Yang bagusnya, ia masih dijual pada harga yang sama seperti Switch lama walaupun model HAC-001-(01) menawarkan jangka hayat bateri yang lebih banyak. Kalau syarikat lain, mesti mereka dah kenakan harga yang tinggi. Syukurlah, Nintendo sangat berbaik hati. Pada masa yang sama, anda juga boleh mempertimbangkan Nintendo Switch Lite. Walaupun prestasinya tidak kuat seperti Switch ini, ia masih adalah pilihan yang bagus dan lebih murah untuk bajet duit.
Bagaimana mana pula kalau kita ada Switch tapi ia rosak? Selagi waranti masih hidup, anda boleh membaiki konsol ini dengan bantuan Maxsoft! Pastikan anda mempunyai resit dan nombor siri dari kedai anda beli dan hantar aduan ini ke M.M. Soft Malaysia Sdn Bhd (mereka mengendalikan semua pengedaran konsol Nintendo Switch di Malaysia). Setelah menghantar Switch untuk dibaiki, anda hanya perlu tunggu sehingga mereka memanggil awak kemudian hari.
Now, if you did buy the Asian version of the console with me or other retailers who told you that you’re eligible for a 1 Year warranty with the console, then allow me to show you the steps of getting your Switch fixed and repaired by your sole distributor for South East Asia, Maxsoft! Step One: Ensure you have the receipt and Serial Number with you from your retailer. Number can be located on the side of the box itself. This Serial Number should be written on the receipt earlier. Step Four: Send the Switch to M.M. Soft Malaysia Sdn Bhd They handle all the distribution of the Nintendo Switch consoles in the country Now that they have asked you to send the Switch, you can send it to them and they will handle the rest. You probably have to fill in a form. So remember to bring that receipt you got, the Switch, and the issues with it. Step Five: Wait until they call back
Bosan atau buntu semasa PKP? Inilah masanya untuk membeli Nintendo Switch memandangkan ada banyak promosi yang sedang berlangsung. Keliru untuk pergi ke kedai mana atau takut kena scam? Jangan risau kerana saya sediakan pautan untuk segala pengedah sah di Malaysia. Saya berharap info di atas banyak membantu kalian semua! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming. Untuk membaca segala liputan kami tentang Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post