Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Lyle, Lyle, Crocodile – Buaya ganas pandai menyanyi & menari!

safwan by safwan
December 16, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
[Review] Lyle, Lyle, Crocodile – Buaya ganas pandai menyanyi & menari!
Share on FacebookShare on Twitter

Mula ditayangkan di Malaysia pada 1 Disember 2022, Lyle, Lyle, Crocodile merupakan filem muzikal yang berdasarkan novel asal yang ditulis Bernard Waber. Dalam filem ini, mereka menampilkan seekor buaya yang bernama Lyle yang boleh menyanyi tetapi tidak pandai bercakap.

Memandangkan ini adalah filem keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak, sesiapa saja boleh pergi tonton filem ini. Mari kita mulakan review Lyle, Lyle, Crocodile.

Jalan Cerita

Filem ini menceritakan seekor buaya yang pandai menyanyi tetapi tidak boleh bercakap dan keluarga Primm yang baru berpindah ke New York untuk menjalani kehidupan baru.

Pada awalnya, Lyle dijumpai dalam kedai haiwan peliharaan oleh seorang bintang Hector P. Valenti yang persembahannya kian merosot sepanjang tahun. Dengan menemui Lyle, dia beranggapan yang ini adalah satu harapan yang besar untuknya kembali ke pentas persembahan.

Hari demi hari, Lyle telah dilatih oleh Hector dari segi nyanyian sehingga ke menari. Semua itu telah dilatih. Tetapi apakan daya, Lyle langsung tidak mampu mengeluarkan suara emasnya semasa berada di atas pentas kerana takut berhadapan dengan ramai penonton. Jadi, persembahan tersebut gagal memukau orang ramai dengan nyanyian Hector seorang sahaja.

Untuk merealisasikan harapan tersebut, Hector sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadai rumahnya. Namun, rumah itu tidak digadai sepenuhnya dan terikat dengan perjanjian di mana Hector boleh kembali duduk di rumah tersebut untuk dalam jangka masa yang pendek setiap tahun.

Selepas beberapa tahun rumah itu tidak berpenghuni, keluarga Primm pun berpindah ke sana kerana ayahnya telah dipindahkan ke sebuah sekolah. Di sinilah pengembaraan Lyle bersama keluarga Primm bermula.

Watak

Dalam filem ini, nampaknya mereka tidak memberikan fokus kepada watak. Namun, setiap watak yang ditampilkan di dalam filem ini mampu memberikan impak kepada jalan cerita kerana mereka sendiri memberikan prestasi yang cukup baik bagi saya.

Keluarga Primm terdiri daripada 3 orang iaitu anak (Josh)yang dilakonkan oleh Winslow Fegley, ayah (Mr. Primm) yang dilakonkan oleh Scoot McNairy dan ibu (Mrs. Primm) yang dilakonkan oleh Constance Wu. Mereka masing-masing mempunyai masalah yang perlu dihadapi tetapi masalah utama dalam setiap watak yang dibawa adalah “takut”.

Contoh yang saya boleh berikan di sini adalah Josh. Dia merupakan seorang budak lelaki yang sangat takut apabila berada di sekolah baru dan sering dibuli secara mental. Tambah pula, dia yang baru masuk ke sekolah baru, sudah pasti dia langsung tidak mempunyai ramai kawan dan terpaksa makan bekal yang dibawa seorang diri semasa rehat.

Berpindah ke watak Lyle yang dilakonkan oleh Shawn Mendes, ia adalah seekor buaya yang boleh menyanyi tetapi tidak boleh bercakap. Tidak tahu mengapa tetapi dia selalu membalas perbualan dengan menggunakan nyanyiannya. Jadi melalui nyanyian tersebut, seekor buaya ini sebenarnya telah membantu satu keluarga Primm untuk berhadapan dengan masalah tersebut.

Untuk watak antagonis di dalam filem ini adalah Mr. Grumps hasil lakonan Brett Gelman. Dia yang tinggal di bawah rumah keluarga Primm bersama kucingnya bernama Loretta, sentiasa sibuk dengan hal keluarga orang lain. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab atas penangkapan Lyle masuk ke zoo di bandar tersebut.

Muzik

Memandangkan filem ini membawa genre muzikal, ia penuh dengan muzik di mana setiap perbualan Lyle bersama keluarga Primm adalah lagu yang sama (Take a Look at Us Now) hanya menukar liriknya sahaja. Walaupun ianya lagu yang sama, isi yang disampaikan sangat berbeza dan sangat menepati dengan situasi yang dihadapi.

Semasa Lyle dijumpai pada pengawalan filem, dia merupakan seekor buaya yang masih kecil. Sejak daripada saat tersebut, suara Shawn Mendes sangat sesuai melakonkan watak Lyle walaupun dia menggunakan suara yang kecil. Siapa yang mengenali Shawn Mendes, sudah pasti anda tahu walaupun dia menggunakan suara kecil untuk menyanyi, hasilnya sangat merdu dan sedap.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Lyle, Lyle, Crocodile adalah filem muzikal yang agak seronok untuk ditonton kerana ia dapat memberi impak yang positif walaupun hanya sedikit. Pada pendapat saya, apa yang ditunjukkan di dalam filem ini sangat sesuai untuk tontonan orang ramai termasuk yang berkeluarga. Saya rasa aspek yang ingin ditonjolkan di dalam filem ini dapat disampaikan.

Persembahan daripada Shawn Mendes juga memang sangat bagus dengan suaranya yang sangat sedap untuk menyanyikan kesemua lagu dalam filem ini. Saya mengharapkan Shawn Mendes dapat berlakon dan bernyanyi dalam filem lain pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan review lain mengenai filem, game, teknologi dan banyak lagi daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lyle Lyle Crocodile
Previous Post

Interview 4Divinity & Epicsoft Asia – Meluaskan jangkauan gaming Asia, memudahkan studio Indie!

Next Post

Bleach: TYBW tamatkan Part 1 dengan ‘double episode’, finale akan tiba 26 Dis!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bleach: TYBW tamatkan Part 1 dengan ‘double episode’, finale akan tiba 26 Dis!

Bleach: TYBW tamatkan Part 1 dengan 'double episode', finale akan tiba 26 Dis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd