Hye korang! Kali ni kami berpeluang cuba try test sendiri laptop terbaru dari ASUS ROG Gaming yang kecil comel loteh ni! Model laptop yang dimaksudkan adalah siri ASUS ROG Strix G – G531GU. Memaparkan pemproses Intel Core 9th Core terkini dan grafik GeForce RTX, ia membawa prestasi permainan yang berkesan kepada pengguna!
Reka Bentuk & Paparan
Design bahagian atas laptop yang sangat Awesome! Papan pemuka yang tipis meliputi skrin 15.6 inci bersama logo ROG Strix di bahagian kiri yang tampak garang dan garisan garisan yang menampakkan ciri ala-ala robotik. Si kecil cili padi ini ternyata membuat mata terpukau dengan designnya!
Perhatikan logo Rog yang memukau ini;
Diilhamkan oleh kerjasama Asus dengan BMW Designworks Group, bentuk Strix G melds dan berfungsi dengan Zone Flow 3D yang menawarkan pendinginan canggih yang dapat anda lihat. Potongan offset di bawah paparan menggeser keseimbangan ke arah yang lain, mengukuhkan kelebihan, kelebihan asimetris yang menggema elemen reka bentuk yang dijelajahi semasa bengkel brainstorming projek.
Pandangan sisi Strix G apa kurangnya, memang simple dan menarik! Di bahagian kiri terdapat tiga Type-A USB 3.1 Gen 1 port tersedia untuk semua gear anda serta satu lubang Audio Jack 3.5mm.
Selalunya selebih port akan ada di bahagian sisi kanan laptop kan? Tapi kelainan untuk Strix G ni port selebihnya diletakkan dibahagian sisi belakang laptop. Nikmati pindahan pantas pada kelajuan Gen 2 melalui USB 3.1 Type-C dengan DisplayPort 1.4, atau sambungkan paparan luaran untuk multi-tasking yang unggul. Manakala juga terdapat HDMI 2.0b membolehkan anda menikmati filem dan permainan pada monitor 4K atau TV sehingga 60Hz. Gigabit Ethernet yang bersepadu mempunyai latensi jaringan yang lebih rendah untuk permainan multiplayer kompetitif, melengkapkan Wi-Fi yang terbina di dalam. Tidak lupa juga lubang Audio Jack Mic-in dan lubang power adapter pengecas laptop.
Di sebelah kanan adalah lubang ekzos tunggal bersama dengan satu lagi jalur LED RGB di bawahnya. Serta jalur di sisi atas bahagian belakang meupakan lubang ekxos pengudaraan laptop ini. Nampaknya lebih banyak ASUS menggali untuk meletakkan RGB pencahayaan pada komputer riba permainan mereka yang kelihatan estetik!

Spesifikasi
Okay kita lihat pula reka bentuk dari dalaman ROG Strix G ni pula. Walaupun kecil paparanya sebesar 15.6 inc, tetapi bukan bermakna isi dalamannya kecik juga! Berserta LED backlit FHD (1920×1080) 60Hz Anti-Silauan Panel dengan 45% NTSC untuk skrin, berat 2.395 kg dan saiz puratanya adalah 360(W) x 275(D) x 26 (H) nm.
Sistem operasi bagi laptop ini menggunakan Windows 10 Pro, Pemproses gen 9 yang terbaru dan lebih hebat dari gen 7; iaitu Intel Core i7-9750H serta menggunakan Grafik NVIDIA GeForce RTX 1660Ti 6GB GDDR6 VRAM. Memang padu beb! Sebab tu la ianya bukan sebarangan kecil!
Bagi memori pula sebesar 8 GB, 2 x SO-DIMM socket , dan boleh ditambah sehingga 32 GB 2666Mhz SDRAM , Dual-channel dan penyimpanan M.2 NVMe PCIE 3.0 512GB SSD ternyata memang mencukupi untuk pengguna terutama gamers on the go!
Selain itu sistem-sistem ini juga boleh dikawal dan sentiasa melihat konfigurasi serta prestasinya di ROG Armory Crate yang memang telah tersedia didalam Strix G ini.
Prestasi






Jadi skor untuk PC Mark 10 adalah 5150 dan ia adalah markah yang mengagumkan. Boleh dilihat disini, Penciptaan Kandungan Digital berada pada 5999 yang bermakna penyuntingan dan video rendering tidak menjadi masalah sama sekali untuk laptop ini.
Kemudian kami juga mencuba prestasi menggunakan User Benchmark
Korang boleh lihat sendiri peratusannya semua tip top! Peratusan penggunaan untuk permainan pun peghhh memang padu! Dan yang terakhir kami uji adalah 3D Benchmark;
Kan dah cakap, walaupun kecil-kecil cili padi, tapi puas hati! kor grafik 5469 dan skor CPU 5061 jujur memang lebih daripada cukup untuk menjalankan sebarang permainan grafik yang beresolusi tinggi.
Kesimpulannya…
Pada yang suka laptop yang kecil tapi padu memang korang boleh beli laptop ni. Puas hati untuk kaki game untuk lepaskan gian sebab tak dapat duduk kat rumah menghadap PC set korang! Jadi Asus ROG Strix G ini boleh didapati dengan harga RM5,499.00. Kira harga pun so-so untuk laptop gaming! Sampai kat sini saja, jangan lupa untuk terus bersama kami untuk review gajet lain yang akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post