Dibangunkan dan diterbitkan oleh Ubisoft, Just Dance 2023 Edition adalah game ryhtm dan merupakan siri ke-14 untuk barisan tajuk utama Just Dance. Game ini tersedia untuk PS5, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch, ia juga mempunyai pelbagai ciri baru yang sesuai untuk pemain baru dan lama untuk siri ini.
Anda pasti tertanya-tanya apakah perbezaan antara 2023 Edition dan siri sebelum ini. Izinkan saya menjawab persoalan itu, jadi berikut adalah review saya untuk Just Dance 2023 Edition!
Gameplay
Sebelum saya terangkan tentang gameplay, saya akan ceritakan tentang kawalan game ini terlebih dahulu. Seperti yang kita tahu, Just Dance menggunakan motion sensor untuk menggerakkan kawalannya. Sebagai contoh, versi terawal game ini menggunakan Xbox Kinect dan PlaySation Camera untuk mengesan pergerakan anda sepanjang sesi.

Untuk versi 2023 ini, kawalan kini telah dipermudahkan hanya dengan menggunakan smartphone. Muat turun aplikasi Just Dance Controller, sync-kan bersama game dan anda boleh menari menggunakannya. Smartphone anda akan mengesan semua pergerakan yang dilakukan, jadi pastikan ianya mempunyai bateri yang cukup sebelum mula bermain.
Anda masih boleh menggunakan konsol memilih mode ketika di paparan Menu. Selain itu, jika anda tidak mahu menggunakan smartphone, anda juga boleh menggunakanNintendo Joy-con juntuk bermain game ini.

Sebelum memulakan tarian, anda perlu memilih perlu memilih lagu dahulu. Setiap lagu mempunyai kesukaran tersendiri, namun ada lagu yang mempunyai kesukaran yang telah ditetapkan manakala ada lagu yang mempunyai kesukaran dengan pelbagai pilihan untuk dipilih. Jurulatih akan muncul pada skrin sebaik sahaja pemilihan lagu dibuat dan anda hanya perlu mengikut pergerakannya untuk mendapatkan markah.
Ia adalah game menari yang menyeronokkan, cumanya dengan mempunyai fizikal besar membuatkan saya berasa penat dengan pantas. Walaupun saya menari seperti kayu, atau dalam erti kata lain, tidak pandai menari. Saya menikmati setiap sesi dengan mudah pada kesukaran tahap rendah. Apabila saya meningkatkan kesukaran, koreografi tarian menjadi semakin susah menyebabkan saya berhenti bermain buat seketika.
Saya tetap berasa gembira kerana ianya amat menyeronokkan. Disebabkan markah dikira berdasarkan pergerakan controller, saya boleh bermain sambil duduk tapi ianya tidak menjadi seronok kalau dimainkan begitu.
Menari dengan penuh gaya

Kali ini, Just Dance 2023 bertemakan galaksi untuk reka bentuknya. Ia penuh dengan bintang dan membuatkan saya rasa seperti sedang melompat dan menari di luar angkasa. Malah, game ini juga mempunyai plot tersendiri. Ia menampilkan seorang gadis daripada realiti kita dan melompat masuk ke dunia Just Dance untuk berlawan dengan pasukan penari yang lain. Siapa sangka dalam game begini pun ada plot cerita?
Berbanding dengan tema putih pada Just Dance 2022, versi 2023 mempunyai lebih banyak warna dan secara keseluruhan menjadikan game ini lebih menarik. Ia betul-betul mempunyai gaya “Kematangan” seperti yang disebut oleh pasukan pembangun ketika di belakang tabir mereka.
Menari bersama rentak irama dan lagu

Dalam game ini, anda akan diberikan tiga pilihan halaman apabila memulakannya iaitu Home, Song dan Playlist. Dalam halaman “Home”, anda dapat melihat gambaran keseluruhan senarai lagu dan cadangan playlist yang disediakan.
Halaman “Song” pula ialah tempat di mana anda boleh mencari pelbagai lagu yang disediakan dalam game ini. Walaupun akan ada lagu baru bakal dimasukkan ke dalam Just Dance 2023 ini, bilangan lagu sedia ada tidak begitu banyak jika ingin disertakan dengan langganan JustDance+.
Bercakap tentang JustDance+, saya rasa pemain perlu melanggannya untuk menikmati game ini. Hal ini kerana selain daripada mengandungi penambahan lagu, anda juga perlukannya untuk unlock pre-made playlist.

Untuk halaman “Playlist” pula, anda boleh menyemak senarai playlist dan pilih untuk menari menggunakan senarai lagu yang telah ditambah untuk menyerupai mode game yang berbeza seperti dalam siri sebelum ini. Contohnya, Calorie Burner playlist menyerupai Sweat Mode manakala Children playlist menyerupai Kid Mode. Walau bagaimanapun, ianya agak mengecewakan kerana Just Dance 2023 ini tidak boleh membuat playlist saya sendiri.

Tambahan pula, lagu-lagu yang disediakan seperti lebih memfokuskan kepada pelanggan daripada Amerika. Ini kerana lagu yang tersedia dalam game ini jarang dimainkan dalam radio di Malaysia. Namun, terdapat juga senarai lagu daripada Jepun dan Korea seperti Hatsune Miku dan BTS walaupun tidak banyak kalau ingin dibandingkan dengan lagu Inggeris.
Gayakan Dance Card sendiri

Daripada perbualan disebalik tabir, Ubisoft ada menyebut tentang penambahan lebih banyak elemen pada Dance Card supaya anda boleh customize mengikut kreativiti sendiri. Elemen yang ditambah adalah seperti Avatars, Backgrounds, Borders, Aliases, Badges, Emotes, Scoring Effects dan juga Victory Celebration.

Dance Card ini juga dilengkapi dengan levelling system yang memberi ganjaran kepada anda dengan lebih banyak aksesori untuk menghiasi kad anda. Lebih kerap anda menari, lebih cepat level anda akan naik dan boleh mencantik Dance Card. Boleh anda tunjukkannya kepada pemain lain betapa unik dan cantik kad anda itu.
Menari bersama rakan

Selain daripada offline multiplayer, Just Dance 2023 juga mempunyai ciri online multiplayer. Malangnya, saya tidak menjumpai kawan yang boleh bermain bersama saya secara online jadi saya hanya menggunakan mode offline multiplayer bersama kawan.
Selepas bermain bersamanya, apa yang saya boleh katakan ialah pengalaman multiplayer telah dibangunkan dengan bagus. Sesetengah lagu akan mempunyai ramai jurulatih apabila bermain dalam mode multiplayer dan mereka akan memberikan koreografi yang berbeza untuk setiap pemain.

Enam pemain boleh bermain game ini secara offline dan merasai keseronokan menari selagi mereka mempunyai aplikasi Just Dance Controller di dalam smartphone mereka atau Nintendo Joy-con jika anda bermain di Nintendo Switch. Malangnya, anda harus mendapatkan ruang yang besar untuk memuatkan enam orang penari.

Tidak lupa juga tentang JustDance+, jika anda ingin bermain mengikut lagu yang ada dalam langganan itu secara online. Anda kena pastikan pemain lain dalam pasukan anda juga melanggan langganan tersebut sebelum boleh mula menari.
Prestasi tarian

Berdasarkan pengalaman saya, game ini berjalan dengan lancar sepanjang sesi kerana game ini bergantung dengan kelajuan dan kestabilan internet. Ada kalanya saya perasan bahawa game ini lag seketika atau lagu tidak dipaparkan dengan betul apabila kelajuan internet menurun. Walaupun anda boleh bermain secara offline, anda perlu diingatkan untuk memuat turun keseluruhan senarai lagu sebelum bermain secara offline.
Saya juga mengalami masalah pada pengawal, ini kerana ia kadang kala tidak mahu menyambung dengan game dan secara tiba-tiba terputus. Ia betul-betul mengganggu sesi bermain. Saya ada sebutkan tentang memastikan mempunyai bateri smartphone yang cukup bukan? Ya, itu adalah berdasarkan pengalaman saya.
Selain daripada masalah sambungan, saya tidak menumui sebarang bug atau glitch sepanjang saya menari.
Pendapat
Walaupun siri Just Dance keluar setiap tahun, Just Dance 2023 Edition kali ini telah memberikan pengalaman bermain yang menakjubkan dan pasti menarik minat para peminat veteran Just Dance yang lama. Reka bentuk keseluruhan dan pendekatan yang pembangun ambil adalah sangat berbeza berbanding dengan siri sebelum ini. Lebih seronok jika anda bermain bersama rakan-rakan atau keluarga anda.

Walaupun saya mempunyai masalah dengan sambungan, ianya boleh dipertimbangkan lagi kerana saya tetap menikmati game ini kerana ianya sangat menyeronokkan. Individu yang tiada kemahiran menari yang betul juga boleh bermain game ini sebagai senaman dan dapat mengisi masa lapang.
Berikut adalah review saya untuk Just Dance 2023 Edition ini. Jika anda ingin membaca review kami yang lain, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Just Dance 2023 Edition
Just Dance 2023 kali ini telah memberikan pengalaman bermain yang menakjubkan dan pasti menarik minat para peminat veteran Just Dance yang lama. Reka bentuk keseluruhan dan pendekatan yang pembangun ambil adalah sangat berbeza berbanding dengan siri sebelum ini. Lebih seronok jika anda bermain bersama rakan-rakan atau keluarga anda.
PROS
- Kategori lagu yang terperinci.
- Senarai pre-made lagu senarai untuk semua keadaan.
- Penambahan elemen Dance Card yang lebih peribadi.
CONS
- Masalah lag dan sambungan.
- Lagu yang kurang.
- Aplikasi controller tidak setabil.
Discussion about this post