Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Jurassic World Evolution 2 – Game Simulator Dinosaur yang hebat tetapi perlukan banyak masa

Maira by Maira
December 21, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, PC, Review, Simulator
0 0
0
[Review] Jurassic World Evolution 2 – Game Simulator Dinosaur yang hebat tetapi perlukan banyak masa
Share on FacebookShare on Twitter

Jurassic World Evolution 2 merupakan game ansuran daripada Jurassic World Evolution, yang juga sebuah game simulator taman berdasarkan buku Jurassic Park oleh Michael Crichton. Ia agak ketinggalan dalam menunjukkan gameplay yang menarik untuk genrenya dan mungkin tidak sehebat yang anda jangkakan daripada game sim dinosaur yang sepatutnya memberikan lebih keseronokkan kepada pemain. Nak tahu kenapa? Jom baca review jujur saya mengenai Jurassic World Evolution 2 ini!

Jurassic World Evolution 2

Gameplay

Jurassic World Evolution 2 mempunyai gameplay yang agak kukuh. Seperti permainan simulasi yang lain, anda akan menguruskan pelbagai sumber seperti kebajikan dinosaur, pekerja dan sudah semestinya duit. Duit merupakan sumber paling penting dan anda perlu membayar pekerja anda. Malah mereka juga tiada jika mereka sedang bercuti.

Satu sahaja yang saya kecewa, ia tidak mempunyai “tab” untuk menunjukkan kesemua penjana. Jadi anda terpaksa mencari satu-satu penjana secara manual untuk mengisinya semula. Ini berlaku untuk kesemua sumber yang perlu ditambah atau diisi semula, pos renjer. Semuanya perlu diperiksa satu persatu. Ini boleh membuatkan anda mudah bosan kerana pengulangan yang banyak.

Ini termasuk juga untuk setiap kenderaan yang anda miliki. Anda perlu klik setiap kereta untuk meronda dan bukannya tempat di mana kereta itu berada.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Fasiliti

Salah satu ciri besar Jurassic World Evolution ialah dinosaur boleh melepaskan diri mereka dari kandang jika keperluan mereka tidak dipenuhi. Terdapat beberapa perkara mengancam nyawa sama seperti dalam filem. Ia adalah ciri yang hebat, kerana ia salah satu cara hukuman yang diberikan kepada pemain yang tidak menguruskan dinosaur dengan baik. Jurassic World Evolution 2 terus maju dengan sistem cuaca yang akan memusnahkan kandang anda secara rawak dengan mematikan kuasa, mengganggu dinosaur anda dan meningkatkan kemungkinan untuk dinosaur anda melepaskan diri.

Ia merupakan game yang mudah dan senang untuk anda mainkan tetapi akan ada masalah yang datang ke arah anda bila-bila masa sahaja. Ini membuatkan anda menjadi lebih berhati-hati semasa bermain. Menjaga dinosaur merupakan tugas yang sangat sukar dan boleh buatkan anda berputus asa. Tetapi saya sangat suka apabila dinosaur melepaskan diri. Ini kerana anda bukan sahaja menangkap semula mereka, anda boleh menjemput tetamu anda ke tempat perlindungan, mewujudkan perasaan di mana anda sebenarnya bertanggunjawab dan bukanlah petugas yang membaiki penjana sahaja.

Mode tersedia

Permainan ini mempunyai empat mod utama seperti:

  • Campaign: Kisah original game. Ia bertempat selepas Jurassic World: Fallen Kingdom.
  • Chaos Theory: Mod di mana anda ulang semula kisah daripada pelbagai filem.
  • Challenge Mode: Mod yang lebih susah dengan pengubahsuai yang membantu anda untuk membuka lebih banyak ganjaran seperti skin.
  • Sandbox Mode: Mod untuk anda bersuka ria membina taman idaman anda.

Disebabkan saya jenis suka main game sim, tetapi mod sandbox dalam game inilah yang anda perlu main terakhir sekali. Ini kerana Jurassic World Evolution mempunyai sistem meta-progression, di mana upgrade yang dibuka dalam satu mod akan tersedia di mod lain. Ini termasuk dengan bangunan baru dan dinosaur.

Sebaik sahaja anda menyelesaikan mod lain, anda akan sedar bahawa ia dilaksanakan dengan baik mungkin. Campaign memberikan anda dinosaur baru yang hebat dan memberikan anda akses awal kepada ekspedisi untuk mendapatkan lebih banyak dinosaur. Tetapi masalahnya anda terpaksa berususah payah grind ceritanya untuk anda relax di mod sandbox sambil membina taman dinosaur idaman.

Tambahan lagi, mungkin ramai pemain yang ingin mendapat dinosaur yang lebih hebat tetapi terperangkap mendengar watak bercakap dalam cerita. Ia juga memainkan peranan dalan kesukaran game itu sendiri memandangkan sebarang upgrade sangatlah mahal. Segala-galanya dalam Jurassic World Evolution 2 hanya menggambarkan ciri-ciri yang sepatutnya normal, terima kasih kepada fakta bahawa save anda hanya lebih daripada sekadar kemajuan permainan.

Dinosaur yang pelbagai

Selepas anda betul-betul mamahami game ini, dinosaur dalam Jurassic World Evolution 2 sebenarnya agak hebat. Mereka kelihatan bagus dalam game, mempunyai pelbagai animasi menarik apabila anda melihat apa yang mereka lakukan. Terdapat banyak yang anda boleh lakukan contohnya jika anda mengekstrak DNA mereka daripada fosil, anda akan mendapat pelbagai variasi genetik unik seperti bencikan jeep atau mudah sakit.

Mereka juga mempunyai banyak keperluan, daripada persekitaran yang sesuai sehingglah senarai dinosaur yang anda boleh simpan. Ia adalah sistem yang baik dan pembangun nampaknya ingin anda memberikan tumpuan kepada dinosaur dengan mengimbas mereka untuk menyemak statusnya. Bukan setakat itu sahaja, senarai haiwan yang pupus juga boleh ditemui dalam permainan dan dari situlah anda mendapat game simulator dinosaur yang hebat.

Jurassic World Evolution 2

Selain dari itu, benda yang saya ingin rungutkan dari IP Jurassic World ini ialah design dinosaur yang sangat buruk. Sesetengah dinosaur seperti Carnotaurus hanyalah T-rex tetapi bertanduk. Dinosaur lain seperti Allosaurus nampak agak bagus. Senang cerita, ia membuatkan saya berbelah bahagi jika design mereka ini bagus atau tidak. Tetapi ia boleh diterima kerana IP Jurassic World sentiasa berpegang pada reka bentuk dinosaurnya dan bukan hayalan hebat kita mengenai dinosaur moden.

Kesimpulan

Sebagai sebuah game sim, anda mungkin sukar untuk mengesyorkan Jurassic Workd Evolution 2 kepada orang lain. Ia merupakan permainan yang memerlukan usaha dan boleh menjadi bosan. Mungkin game sim bertemakan dinosaur akan lebih banyak pada masa hadapan, jadi anda mungkin mahu menunggu game yang lebih baik.

Jurassic World Evolution 2

Walaupun begitu, jika anda menyukai francais Jurassic World, ia juga mungkin sukar. Tetapi jika anda betul-betul sukakan dunia blockbuster dinosaur itu, maka mainlah game ini. Terdapat banyak dinosaur menarik untuk dilihat dan dijaga. Tetapi jika anda jenis yang hanya mahu membuat taman dinosaur yang penuh dengan T-rex. ia mungkin mengambil masa dan boleh menjadi punca kekecewaan.

Untuk membaca segala review dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Jurassic World Evolution 2

6 Score

PROS

  • Perincian yang hebat pada model dinosaur
  • Mekanik gameplay dan perincian yang realistik

CONS

  • Mengambil masa yang lama untuk membuka dinosaur yang lebih hebat
  • Tidak begitu bebas untuk membina taman dinosaur impian

Review Breakdown

  • Permainan yang baik untuk bina taman dinosaur impian tetapi akan memerlukan banyak masa untuk grind dan boleh membuatkan anda cepat putus asa. 0
Tags: Jurassic World Evolution 2review
Previous Post

PS4 & PS5 adalah konsol paling digunakan untuk menonton ‘pornografi’ menurut kajian

Next Post

Duduk bersama Pikachu dan Charizard dengan kerusi gaming Secretlab Pokémon!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Duduk bersama Pikachu dan Charizard dengan kerusi gaming Secretlab Pokémon!

Duduk bersama Pikachu dan Charizard dengan kerusi gaming Secretlab Pokémon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd