Tidak boleh dinafikan, ramai pengguna ingin memakai smartphone jenis premium tetapi dihalang oleh harga yang terlalu mahal. Di sini, iQOO, sub-jenama di bawah vivo, berusaha untuk memudahkan pengguna dalam semua kategori harga smartphone. Sebagai contoh, mereka bakal melancarkan iQOO Z7 edisi Supernova Orange, yang kelihatan seperti smartphone premium dengan ciri canggih tetapi berharga lebih murah.
Di sini, iQOO meminjamkan satu unit kepada saya untuk mencuba dan selepas menggunakan peranti selama seminggu lebih, banyak yang saya ingin puji. Secara am, iQOO Z7 5G cuba untuk menjadi smartphone 5G terbaik dalam segmen harganya dan menawarkan hampir semua ciri yang dicari orang, seperti pemproses kuat, paparan 120Hz, kamera OIS, pengecasan pantas dan banyak lagi.
Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan membaca ulasan saya tentang iQOO Z7 5G!
Reka bentuk

Sekilas pandang, iQOO Z7 kelihatan seperti smartphone yang bergaya dengan reka bentuk yang estetika moden. Saya diberi unit Supernova Orange tetapi iQOO Z7 juga boleh didapati dalam warna Max Blue dan Metallic Grey. Cuma Supernova Orange lebih istimewa kerana panel belakang memiliki corak garisan berkilat yang memantulkan cahaya pada sudut yang berbeza. Sejujurnya, rupanya kelihatan minimalis moden dan itulah citarasa orang pada zaman sekarang. Apapun, model Supernova Orange memang tarik perhatian dan saya menyukainya.

Satu ciri yang saya suka tentang peranti ini adalah ia jarang meninggalkan sebarang kesan cap jari (itu sendiri cukup mengagumkan kerana siapa saja yang suka smartphone yang kotor).

Berukuran 164.58 x 75.80 x 8.75 dengan berat 201.5 gram, smartphone ini boleh dikatakan sesuai untuk kegunaan harian kerana sangat ringan di dalam tangan atau di dalam poket. Anda boleh jumpa butang volume dan butang power di bahagian sisi kanan. Untuk hal biometrik, pengimbas capjari berada di dalam paparan dan menyokong pengesanan muka berasaskan AI.
Selain daripada butang yang saya sebutkan tadi, iQOO Z7 juga memiliki bicu audio 3.5mm.
Paparan

Merupakan antara sorotan terbaik untuk peranti, iQOO Z7 5G dilengkapi dengan paparan LED FHD+ 6.64″ dengan resolusi 2388×1080 bersama kadar segar semula 120 Hz dan kecerahan maksimum 1,300 nits. Bukan itu sahaja, paparan iQOO Z7 menyokong HDR10 dan mempunyai pengesahan P3 Color Gamut gred filem, untuk tontonan video 1080p pada aplikasi kegemaran seperti YouTube, Netflix dan banyak lagi.
Kembali ke topik kadar segar semula, kita akan dapat 4 pilihan iaitu 60Hz, 90Hz, 120 Hz dan Smart switch. Untuk Smart switch, paparan akan bertukar antara pilihan kadar segar semula berdasarkan aplikasi yang dipakai dan menyesuaikan diri pada kandungan video, game dan laman web, untuk menampilkan transisi dan pengalaman lebih lancar sambil menjimatkan kuasa.

Semasa membuat ulasan ini, saya tidak melihat sebarang kegagapan animasi atau semasa melayari aplikasi.Refresh rate 90 Hz sememangnya wajar,jadikan pertukaran antara app dan rich content secara visual jadi lancar. Satu lagi hal yang membantu dalam hal ini adalah Instant Touch Sampling Rate 1200 Hz yang bantu mendapatkan respons segera.
Untuk penjanaan visual, panel LED menawarkan contrast yang bagus, dan warna yang terang cerah. Visualnya turut kelihatan tepat dan tajam apabila menonton kandungan HDR10 di Netflix dan YouTube. Jika anda jenis yang kerap “on-the-go” dan sering bermain peranti di bawah matahari, anda tidak perlu risau tentang cahaya silau kerana paparan akan mempamerkan semua isi kandungan dengan jelas berkat kecerahan 1,300 nits.
Selain itu, iQOO Z7 5G memiliki pelbagai ciri untuk penjagaan mata termasuk:
- Low Blue Light
- Global Eye Protection Mode
- Stepless Dimming
- Adaptive Brightness Strategy
- Moonlight Display
- Global DC Dimming

Prestasi gaming, produktiviti, dan solusi penyejukan

Berkenaan perkakasan, iQOO Z7 5G memiliki cipset Snapdragon 782G dengan nilai 2.7Ghz, memori sehingga 12GB RAM + 8GB RAM maya, dan storan 256GB (boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad micro SD).
Secara am, cip Snapdragon 782G memberikan prestasi sepantas kilat, dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10% dan GPU sebanyak 13% berbanding cip Snapdragon 778G. Teknologi Extended RAM 3.0 pula menambahkan sehingga 8GB RAM kepada 12GB sedia ada, dan sepatutnya memberikan pengalaman yang lancar tanpa henti walaupun kita menggunakan banyak aplikasi dalam satu masa.
Anda boleh menghidupkan lebih banyak aplikasi di background tanpa perlu membuangnya. Daripada ujian, peranti ini pernah menjalan lebih kurang hampir 20+ aplikasi sekaligus. Pendek kata, iQOO Z7 5G lebih berkuasa daripada mana-mana smartphone dalam segmen harga yang sama.
Hasil benchmark pun cukup bagus di mana peranti dinilai lebih tinggi daripada peranti standard, lantas menjaminkan kerja produktiviti pengguna. Berikut adalah hasil ujian benchmark kami:
- AnTuTu Benchmark
- 637917
- Geekbench 6
- Single-Core – 1118
- Multi-Core – 2999
Bagaimana pula dengan gaming – salah satu aktiviti kegemaran untuk mana-mana pengguna? Adakah ia dapat menjalankan game berat seperti Genshin? Adakah ia mampu menyokong grafik paling tinggi? Kami menguji empat game berbeza, masing-masing genre berbeza, untuk melihat sejauh mana prestasi gaming yang dimilikinya.
Mobile Legends: Bang Bang
Mampu menjalankan game pada grafik maksimum. Saya menghidupkan semua ciri yang tersedia dan tidak menghadapi satu masalah pun semasa sesi ujian. Setiap model kelihatan cantik, efek bagi skil kelihatan lebih terang dan persekitaran kelihatan lebih jelas.
PUBG Mobile
Serta-merta, game ini menetapkan tetapan visual pada maksimum iaitu HDR. Saya cuma mengubah frame rate kepada maksimum dan menukar warna agar lebih cerah. Walaupun di peta besar seperti Erangel atau Miramar, game ini tidak mengalami sebarang lag atau pecahan visual. Aksi sentiasa rasa lancar walaupun saya sedang sengit menembak.
FIFA Mobile
Antara semua pilihan game, FIFA Mobile mungkin game yang paling “ringan”. Game ini juga mampu berjalan pada tetapan maksimum di mana kawalan bola semasa mengelecek atau memberi hantar sentiasa rasa responsif. Memandangkan itu antara paling penting dalam perlawanan bola, saya tidak ada masalah – malah mampu menjaringkan gol 4-0 melawan bot.
Genshin Impact
Inilah pencabar sebenar! Merupakan game paling grafik intensif di pasaran, semua orang pasti akan bermain Genshin Impact untuk mengenal pasti jika peranti itu mampu untuk menangani cabaran gaming sebenar. Berita baik! iQOO Z7 5G mampu menjalankan game pada tetapan Highest 60 FPS! Satu pencapaian yang bagus sedangkan game lain sudah lag hingga ke tahap tidak boleh dimainkan.
Daripada sesi ujian, saya sendiri amat kagum dengan pencapaian iQOO Z7 5G, yang membuktikan ia mempunyai prestasi yang cukup berkebolehan dalam segmen harganya. Phone ini boleh mengendalikan hampir semua tugas dengan bagus, sama ada melayari media sosial secara berjam-jam tanpa henti, menonton video atau bermain game, pengalaman keseluruhannya sangat lancar dan cekap.

Memandangkan peranti ini boleh menguruskan semua kerja berat yang kita lemparkan, kemungkinan besar ia akan cepat panas. Daripada pengalaman saya, ya betul peranti ini cepat panas dan kadangkala lebih hangat daripada biasa. Tetapi sebagai perbandingan, itu kerana saya menguji peranti ini tanpa henti dengan menjalankan pelbagai aplikasi pada tetapan maksimum.
Secara realiti, pengguna biasa tidak akan “menyeksa” peranti sebegitu dan jika digunakan seperti biasa, iQOO Z7 5G tidak akan mengalami isu kepanasan.
Menurut IQOO, mereka menggunakan teknologi Super Conductive Liquid Cooling Vapor Chamber bagi memastikan peranti kekal sejuk walaupun ketika sesi gaming yang sengit. Solusi penyejukan ini telah meningkat dua kali ganda dalam saiz berbanding generasi sebelumnya, dan bersama struktur reka bentuk yang inovatif, kapasiti penyimpanan air telah meningkat sebanyak 30%.

Bahagian terakhir dalam sub-topik ini adalah perisian. iQOO Z7 dilengkapi Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13 yang dioptimumkan dengan baik. Ini termasuk sokongan untuk ciri “Material You”, yang dapat mengubah suai animasi untuk pelbagai tugas, wallpaper, icon, dan sebagainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ia lancar dan pantas – tanpa satu frame drop dan ralat yang menjengkelkan.
Kamera

iQOO Z7 5G mempunyai setup “dual-camera” di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sokongan penstabilan imej optik (OIS), dan kanta potret 2MP. Untuk selfie, smartphone ini mempunyai kamera hadapan 16 megapiksel. Malangnya, kamera ultra lebar “tulen” tidak disertakan sekali – yang kadangkala berguna untuk menangkap gambar orang ramai atau gambar landskap.
Berikut adalah spesifikasi lengkap:
- Kamera utama: 64 MP, f/1.8, (wide), 1/1.97″, 0.7µm, PDAF, OIS
- Kamera depan: 2 MP, f/2.4, (depth)
Sejujurnya, kamera iQOO Z7 pun patut diberi pujian jika dilihat pada segmen harganya. Pada waktu siang, kamera utama dapat berprestasi dengan tepat dengan warna yang terang dan butiran yang tepat secara menyeluruh dalam gambar.
Walau bagaimanapun, ada kalanya unsur “shadow” tidak ditunjukkan dengan betul dalam mode HDR. Begitu juga dengan gambar tanpa cahaya yang terang. Night mode boleh membantu dalam hal ini, dengan mengurangkan noise di bahagian yang lebih gelap tetapi kadangkala, warnanya terlalu terang umpama hari masih siang.

Namun, mode Potrait agak bagus, tidak kira waktu siang atau malam. Kabur di latar belakang kelihatan natural dan tidak pelik tetapi mode ini kadangkala menambah banyak sangat butiran pada gambar. Mode Potrait juga menjadikan kulit lebih cerah berbanding diri sebenar. Jika anda suka perubahan warna seperti ini, mungkin anda tidak ada masalah.
Mode lain yang disokong termasuk: Micro Movie, Pro, AR Cute Shooting, Dual-View Video, Slow Motion, Time Lapse, Supermoon, Sports.
iQOO Z7 5G boleh merakam video sehingga 4K 30FPS menggunakan kamera belakang di mana imej yang dirakam sangat stabil berkat teknologi OIS di dalam. Khususnya, IQOO menggunakan teknologi Penstabilan Imej Hybrid (OIS + EIS) untuk membolehkan peranti mengakses data gyroscope dan melakukan penstabilan combo.
Bagi mereka yang suka mengemas kini tentang urusan harian di media sosial, iQOO Z7 5G adalah peneman yang bagus walaupun dianggap sebagai peranti bajet. Kualiti keseluruhan cukup baik dengan julat dinamik dan warna yang terang. Malah, ia siap boleh merakam video secara resolusi 4K. Selain prestasi gaming, anda juga tidak perlu risau tentang kamera.
Sebagai perbandingan, di bawah adalah contoh gambar yang saya ambil:
Jangka hayat bateri

iQOO Z7 Supernova Orange menampilkan battery 5000mAh dan teknologi FlashCharge 120W yang mampu mengecas peranti daripada 1% hingga 50% dalam hanya 9 minit – lantas menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang menjalani hidup yang sibuk dan memerlukan pengecasan pantas.
Dalam ujian sebenar, smartphone ini mengambil masa lebih kurang setengah untuk dicas hingga penuh. Daripada bekalan kuasa itu, iQOO Z7 dapat bertahan hampir 7 hingga 8 jam masa di mana saya bermain game, menonton video di YouTube dan melayari media sosial.

Jika betul-betul terdesak: dengan cas selama 5 minit, iQOO Z7 mampu berikan kuasa bateri tambahan sehingga 5 jam tontonan video, untuk pengguna meneruskan aktiviti mereka dalam keadaan genting di mana sahaja tanpa kerisauan.
Audio dan kelebihan gaming lain
Untuk audio, iQOO memiliki dua pembesar suara ultra-linear untuk menghasilkan bunyi stereo penuh. Bersama pengesahan Hi-Res Audio dan adaptasi bunyi pintar, ini membolehkan kedudukan bunyi yang tepat dalam game dan pengalaman menonton video lebih mengasyikkan.
Daripada segi kualiti, audio bukanlah yang terbaik tetapi cukup bagus untuk aktiviti harian. Nasib baiklah, kelantangan boleh tahan kuat, dan mampu mengisi ruang tamu jika anda malas memakai earphone.

Untuk kelebihan gaming, peranti dibekalkan dengan Mode Gaming Assistant sendiri yang terdiri daripada Monster Mode, Balanced Mode dan Battery Saver Mode. Jika Monster Mode diaktifkan, ia akan memfokuskan sumber maksimum daripada CPU+GPU untuk menjaminkan prestasi gaming lebih stabil. Seperti namanya, Balanced Mode mengekalkan keseimbangan antara jangka hayat bateri dan prestasi, manakala Battery Saver menjimatkan kuasa.
Disamping itu, ia ada 4D Game Vibration dan X-Axis Linear Motor. Mengikut apa yang berlaku di atas skrin, pengguna dapat merasa setiap getaran dan maklum balas. Sama ada menaip atau bermain game, pengalaman sentuhan ini terasa lebih tactile.
Sebagai contoh dalam PUBG Mobile, anda boleh merasa gegaran setiap tembakan semasa menjatuhkan musuh dan itu adalah tambahan yang bagus untuk membuatkan pengalaman lebih imersif.

Pendapat

Secara keseluruham, iQOO Z7 Supernova Orange berbeza daripada smartphone lain dalam segmen harga yang sama. Walaupun disasarkan untuk remaja dan belia yang mencari peranti mampu milik untuk gaming dan medsos, ia juga merupakan peranti yang ideal untuk warga lebih tua dan boleh dianggap sebagai salah satu smartphone bajet 5G dalam pasaran sekarang.
Daripada segi kelebihan, prestasinya lebih daripada cukup untuk gaming dan aktiviti tanpa henti, paparan 120Hz yang pantas, bateri tahan lama dengan pengecasan pantas 120Hz dan kamera yang cukup bagus untuk media sosial. Walaupun begitu, ia tidaklah sempurna. Kameranya bukanlah ultra-bagus untuk mereka yang benar-benar suka menangkap gambar dan peranti ini penuh dengan bloatware dan notifikasi iklan yang menjengkelkan.
Tetapi jika anda tidak kisah dengan semua itu, maka iQOO Z7 Supernova Orange pasti adalah pembelian yang hebat dalam segmen mid-range bajet. Sesuai untuk semua jenis pengguna, anda boleh yakin ia menepati jangkaan.
iQOO Z7 kini boleh didapati pada harga RM1,499 untuk varian 12GB + 256GB dan RM1,299 untuk varian 8GB + 128GB, manakala iQOO Z7x boleh didapati pada harga RM1,099 untuk varian 8GB + 256GB dan RM999 untuk varian 8GB + 128GB. Untuk pengguna boleh mendapatkan siri iQOO Z7 ini di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan kedai-kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Shopee dan Lazada.
iQOO Z7 versi Supernova Orange akan hadir pada 2 September.


Pada masa yang sama, anda boleh mencuba iQOO Z7 Supernova Orange melalui acara istimewa selama satu hari pada 2 September! Anda hanya perlu pergi ke kedai konsep vivo di Pavilion KL dan macam-macam aktiviti menanti termasuk kemunculan cosplayer hebat seperti Le Josette. Sesiapa yang membeli satu unit, layak sertai cabutan bertuah yang memberi ganjaran sehingga RM15,000.
Hadiah utama ialah iQOO Z7 tetapi ganjaran lain termasuk baucar TNG, TWS Earbud istimewa, dan produk-produk iQOO AIOT. Harap maklum, ini hanya tersedia untuk pembelian fizikal sahaja.
Berikut adalah butiran:
- iQOO Experience Day
- Tarikh: 2 September 2023 pukul 2PM
- Lokasi: Kedai Konsep vivo, Pavilion KL
Baca segala liputan kami tentang produk IQOO di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post