Baru diumumkan malam tadi, Infinix telah mengumumkan smartphone gaming baharu bernama Infinix HOT 30 Free Fire Edition. Seperti yang korang tahu, Free Fire merupakan game mobile yang popular di pasaran, jadi ini merupakan kolaborasi yang agak menarik buat para peminat.
Bukan sahaja mengagumkan daripada segi teknikal, Hot 30 direka untuk ‘berfungsi sebagai teman gaming yang boleh dipercayai dengan menawarkan upgrade besar pada pemproses, paparan, teknologi pengecasan pantas dan kamera, sambil ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Itu merupakan highlight bagi Hot 30! Tetapi adakah ia bagus seperti yang diiklankan? Mari kita lihat dalam review saya untuk Infinix Hot 30 Free Fire Edition!
Reka bentuk minimalis tapi teguh

Infinix HOT 30 ini datang dalam kotak Free Fire khas yang menampilkan visual dua watak. Serta merta, sesiapa yang beli pasti akan tahu ini adalah smartphone yang direka khas untuk Free Fire kerana visualnya yang berwarna-warni dan ketara.
Apabila buka isi di dalam, saya mendapati produk sebenar mempunyai reka bentuk yang lebih minimalis dan elegan. Namun, apa yang menarik adalah reka bentuk di bahagian belakang yang menampilkan corak garisan yang seolah-olah timbul.

Bak kata Infinix, ini adalah kesan stereoskopik spatial dan dibuat menggunakan tekstur bernama Shifting Zone di mana ia menggabungkan dua tekstur berbeza kepada satu estetik. Di bahagian depan, Infinix Hot 30 menampilkan reka bentuk ‘punch-hole’ di tengah dengan saiz 6.78 inci dan butang volume dan butang kuasa (juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari) di bahagian kiri manakala bahagian kanan menghuni slot sim kad.
Pilihan sambungan pada peranti termasuk port USB-C, headphone jack 3.5mm, NFC, Bluetooth dan WiFi. Itu semua perkara biasa, tetapi saya edisi saya juga datang dengan casing Free Fire istimewa. Sepenuhnya hitam, casing ini pun sesuai dipadankan dengan semua dengan visual dan ikon ikonik daripada game Free Fire. Paling ketara sekali adalah nama ‘Alvarro, Kapella’ yang melambangkan dua watak popular di dalam game.

Paparan pantas untuk aksi pantas

Sebagai cara utama untuk pengguna berinteraksi dengan peranti mereka, paparan ternyata adalah salah satu komponen terpenting dalam mana-mana smartphone. Untuk HOT 30, Infinix telah melengkapkannya dengan paparan yang bagus untuk kelasnya. Spesifikasi asas termasuk; skrin 6.78 inci 1080p, refresh rate 90Hz dan 270Hz touch sampling rate.
Apakah kelebihannya?
Pertama sekali, semua ciri-ciri ini menjadikan skrin lebih responsif untuk memberikan pengalaman gaming dan menonton yang lebih jelas dan mengasyikkan.
Bagi mereka yang tidak faham, ‘touch sampling rate’ bermaksud seberapa cepat skrin boleh bertindak balas kepada isyarat sentuhan jari manakala ‘refresh rate’ menunjukkan berapa kali sesaat sebuah paparan dapat menunjukkan imej baharu. Jumlah yang lebih tinggi menghasilkan skrin yang lebih sensitif, semudah itu.

Sesetengah smartphone mempunyai nilah nombor yang rendah dan ini boleh menyebabkan delay dan prestasi lembap lalu memberi kesan negatif kepada pengalaman anda, terutamanya dalam game fast-paced pantas seperti FPS. Walau bagaimanapun, HOT 30 menawarkan semua ciri-ciri ini pada kadar yang lebih tinggi untuk memberi pengalaman yang pantas dan responsif.
Selain daripada gaming, smartphone ini juga bagus untuk menonton filem dan video lain-lain. Matlamat Infinix adalah untuk memberi pengalaman sinematik tidak kira apa yang kita menonton. Dengan itu, ia menyokong paparan gamut warna DCI-P3 sebanyak 96% supaya semua warna timbul dengan tepat dan terang.

Satu lagi masalah mereka mengatasi adalah apabila kita melihat skrin sukar dilihat di bawah cahaya yang terang. Sebagai respon, HOT 30 menggabungkan teknologi ‘Dark Area Display Enhancement’ untuk memerangi masalah ini yang memberi peningkatan 20% dalam kecerahan skrin dan kecerahan maksimum 600nit. Bersama teknologi DRE Infinix, skrin lebih jelas untuk dilihat – jadi tiada masalah untuk bermain game atau menonton video di luar.

Perkakasan cekap dan sistem memfokuskan pada gaming
Di dalam, Infinix Hot 30 dilengkapi dengan pemproses cip Helio G88 8-core dengan ARM Cortex-A75 2-core berkuasa yang berjalan pada frekuensi maksimum 2.0GH, 8GB RAM bersama-sama dengan 8GB memori maya, storan sebanyak 256GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD dan OS Android 13.
Sepanjang guna, pengalaman saya semuanya lancar dan cekap. Tiada sebarang lag setakat ini. Walaupun aplikasi itu berat, semuanya berjalan dan ‘load’ dengan cepat walaupun saya buka banyak aplikasi sekaligus. Malah apabila mengujinya pada alat benchmark, markahnya pun cukup komprehensif. Berikut adalah hasil ujian:

Satu tambahan canggih yang saya suka adalah XArena 3.0, sebuah ciri yang direka untuk meningkatkan pengalaman gaming keseluruhan. Demi menyediakan suasana yang dinamik, XArena 3.0 membolehkan pemain mengurus semua game dengan mudah dan memanfaatkan pengoptimuman game engine Dar-Link 3.0 (satu aplikasi di dalamnya).
Apa yang game engine ini buat? Dar-Link 3.0 memastikan suhu GPU sentiasa terkawal untuk mengelakkan daripada terlalu panas semasa sesi gaming yang berpanjangan. Selain itu, Dar-Link 3.0 bertindak sebagai ‘game booster’ dengan menilai kegunaan kuasa bagi aplikasi lalu menggunakan algoritma AI untuk pramuat sumber yang diperlukan.
Ujian gaming dan bonus hasil kolaborasi Free Fire
Walaupun boleh dianggap smartphone gaming budget, jangan pandang rendah, ia boleh menjalankan game dengan grafik paling mencabar, termasuk genre FPS dan MOBA dengan mudah. Ini agak mengejutkan memandangkan Hot 30 bukanlah smartphone berharga premium tetapi boleh berfungsi pada prestasi itu.
Di sini, saya cuba tiga game popular, semuanya dalam genre berbeza iaitu; Free Fire, League of Legends Wild Rift, dan Genshin Impact.
Free Fire
Wild Rift
Genshin Impact
Hasilnya, Free Fire dan Wild Rift boleh dimainkan pada tetapan maksimum dengan lancar. Tiada masalah lag atau delay dan semua visual sangat jelas dan terang. Satu-satunya masalah yang saya hadapi ialah Genshin Impact. Walaupun boleh dimainkan, game ini terlalu lag pada tetapan maksimum sehingga watak saya berjalan secara slow motion. Apabila mengurangkan tetapan pada Medium, barulah game ini boleh dimainkan dengan lancar.
Selain kotaknya, apa yang lagi yang istimewa tentang Infinix Hot 30 memandangkan ia berkolaborasi bersama Free Fire? Buat peminat, edisi ini disertakan dengan 46 widget dan ikon, wallpaper khas dan muzik bertemakan game tersebut. Bukan setakat di dalam game, menu korang pun sudah berupa seperti game – sesuai untuk para gamer yang ingin ‘design’ lebih bergaya.
Satu lagi perkara yang saya dapat tahu semasa bermain adalah sistem XOS HOT 30 memiliki teknologi unik dipanggil Magic Button. Secara umum, teknologi ini membolehkan butang volume digunakan sebagai butang trigger. Bagus untuk gamer FPS mobile, ia memberi anda kelebihan dalam game shooter tanpa memerlukan korang bermain aksesori tambahan.
Kamera yang cukup solid untuk content creator

Kamera bukanlah highlight utama Infinix Hot 30 tetapi itu tidak bermaksud ia harus dipandang rendah. Memiliki setup dual-camera, spesifikasinya adalah seperti berikut:
- Kamera utama: 50MP + AI Lens Quad Flash Light
- Kamera selfie: 8MP DD Dual Flash Light
Kamera utama 50MP milik HOT 30 memiliki apertur F1.6 yang luas dan menampilkan fitur AI yang meningkatkan kualiti warna dan imej dalam persekitaran yang terang. Bukan di tahap yang yang amat-amat canggih tetapi hasilnya, bagi saya, cukup memuaskan dan berkualiti untuk muat naik di sosial media.

Antara contoh gambar saya ambil:
Namun, kelebihannya adalah pada penyuntingan video. Kemunculan TikTok membuatkan ramai orang gemar membuat video menggunakan smartphone mereka. Namun, tidak semua orang mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk menghasilkan rakaman yang berkualiti tinggi.
Untuk membantu korang membuat video yang kelihatan profesional, HOT 30 menyertakan alat penyuntingan sendiri yang menyokong pelbagai templat profesional, termasuk runut bunyi, transition imej dan efek khas. Dengan alatan ini, pengguna boleh menjadi content creator amatur dan menghasilkan video yang mereka inginkan. Sesuai sangat untuk content creator!
Disebabkan ini adalah kolaborasi khas bersama Free Fire, kamera turut dilengkapi dengan potret kamera AR di mana anda boleh menjadi watak Fire Fire kegemaran Alvarro, dan Kapella.
Bateri tahan lama

Teknologi pengecasan pantas adalah trend semasa dan HOT 30 tidak mengecewakan dalam aspek ini. Bersama pengecasan pantas 33W, saya menguji produk dan mendapati ia dapat mengecas bateri kepada 55% dalam masa 30-40 minit.
Di dalam adalah bateri 5000mAh HOT 30 besar untuk memastikan kuasa tahan lama bagi pengguna. Apa yang lebih menarik adalah mode penjimatan kuasa ‘Power Marathon’. Mode ini hanya akan digunakan dalam situasi kecemasan tetapi adalah satu penambahan yang bagus. Umumnya, mode ini memastikan telefon akan berjalan sehingga lebih dua jam apabila jangka hayat bateri mencapai 5%.
Seperti saya kata, mode ini hanya akan digunakan dalam situasi kecemasan tetapi adalah fitur yang dialu-alukan.

Berkenaan kepanasan bateri, Free Fire dan Wild Rift tidak mempunyai masalah kepanasan yang ketara. Memang betul Hot 30 akan mula menjadi panas apabila bermain game tetapi bukan di tahap yang saya kata akan mengganggu pengalaman gaming. Untuk cuba mengurangkan isu ini, engine Dar-Link menggabungkan ‘Auto-adjust Cooling Assistant’, yang melaraskan suhu perkakasan menggunakan sensor.
Pendapat

Secara keseluruhan, saya anggap Infinix HOT 30 Free Fire Edition sebagai peranti yang direka untuk pengguna yang inginkan prestasi tinggi dan smartphone bergaya bagi tujuan gaming pada harga mampu milik. Lagi khusus lagi, ia direka untuk peminat Free Fire dengan menyertakan pelbagai fitur tambahan berdasarkan game itu.
Menekankan kepantasan dan keseronokan, HOT 30 memberi prestasi yang berkuasa dalam ujian saya walaupun bukan smartphone premium dengan membekalkan spesifikasi yang canggih pada harga mampu milik. Ya benar, harganya hanyalah RM599 untuk spesifikasi 8GB + 128 GB!
Dengan itu, Infinix HOT 30 Free Fire Edition telah menetapkan standard baharu untuk smartphone gaming berharga bajet dan harganya yang kompetitif pasti akan membuat ramai orang tertarik.
Harga rasmi belum diumumkan tetapi anda boleh rujuk dahulu spesifikasi rasmi di bawah:
Baca segala liputan kami tentang produk Infinix di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post