Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] In Nightmare – Pengembaraan dalam mimpi ngeri

Maira by Maira
April 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PS4, PS5, Review
0 0
0
[Review] In Nightmare – Pengembaraan dalam mimpi ngeri
Share on FacebookShare on Twitter

In Nightmare merupakan sebuah game seram yang menceritakan pengembaraan Bill, di mana dia melalui semula memori lamanya yang pedih dan terpaksa mengharungi perjalanan penuh trauma untuk bangun daripada mimpi ngerinya. Datang daripada keluarga yang rosak, mempunyai penyakit mental, ia merupakan sebuah game seram yang melibatkan seorang kanak-kanak sebagai protagonis. Untuk pengetahuan anda, ia telah dilancarkan pada hujung Mac yang lalu dan eksklusif untuk konsol PlayStation sahaja.

Penceritaan In Nightmare

Untuk sebuah game seram, penceritaannya memang sesuatu yang anda tidak boleh jangka. Adegan pembukaan tidak ada langsung maklumat tentang plotnya, malah ceritanya juga hanya ditunjukkan melalui cutscene tanpa sebarang dialog. Walaupun ia tidak mempengaruhi sangat pada penceritaannya, tetapi mungkin ada pemain yang berasa bosan dengannya.

Terdapat banyak item yang perlu dikumpul untuk memahami keseluruhan cerita, malah ada “branching path” untuk dokumen berbeza seperti diari Bill, rekod kesihatan, rekod sekolah dan banyak lagi. Kadang-kadang, malas juga saya untuk main semula hanya untuk mendapatkan saki baki dokumen yang tertinggal. Oh, lagi satu. In Nightmare mempunyai banyak ending dan kalau anda ingin mendapatkan “True Ending”, anda perlu mencari semua dokumen dan rekod yang bersepah dalam game ini.

Bill and Bikti – Teman bermain bersama

Sama seperti game seram yang lain, anda boleh jalan, lari, crouch, melompat, memanjat, menolak dan kumpul barang. Tetapi ada satu mekanik menarik di sini, anda boleh mengawal dua entiti berbeza dalam satu masa. Entiti pertama ialah Bill dan kedua ialah Bikti, rama-rama kuning yang mengikuti Bill.

Pergerakan Bill menggunakan thumbstick sebelah kiri manakalau Bikti pula sebelah kanan. Kerja Bill selalunya berlari dan perkara biasa yang dilakukan oleh watak tetapi Bikti mempunyai misi yang agak berbeza. Dia boleh memeriksa tempat yang ingin dituju, mencari item tersembunyi dan jalan rahsia. Ada dua mod berbeza untuk mengawal Bikti iaitu mod Kuning dan mod Biru. Saya tidak tahu nama mod tersebut jadi saya hanya gunakan warna sebagai panduan.

  • Mod Kuning (Scouting ): Kawal Bikti untuk terbang jauh daripada Bill, membolehkan anda melihat tempat yang dituju. Anda perlu tekan R2 untuk mendapatkan Dream Essence untuk overclock mod ini. Kalau anda ternampak sesuatu yang bernyala, anda akan jumpa item tersembunyi di situ.
  • Mod Biru (Detecting ): Akan memakan Consciousness, yang membolehkan Bikti untuk dedahkan barang halimunan atau jalan rahsia. Ia seakan-akan cahaya UV, membolehkan anda nampak tapak kaki, yang selalunya membawa anda ke sesuatu tempat yang lain.

Anda juga boleh mengaktifkan kuasa sonar Bikti dengan menekan thumbstick kanan, dan akan mengesan arah musuh akan datang. Berhati-hati kalau anda ingin menggunakan Bikti kerana kamera dalam game akan sentiasa mengikutinya. Jadi, anda tidak akan nampak Bill yang ditinggalkan.

Mekaniknya tidaklah begitu teruk, malah ia membuatkan gameplay lebih baik dan game ini akan memastikan anda menggunakan pelbagai kebolehan. Disebabkan anda perlu gunakan Dream Essence dan Consciousness untuk lakukan pelbagai perkara, anda kena penuhkan kembali gauge atau simpan dalam storage untuk kegunaan masa depan. Selain itu, anda juga boleh mencari Dream Orb di seluruh peta. Ia boleh membuatkan semua musuh “stun” di kawasan itu. Sudah tentu anda mempunyai jumlah maksimum yang boleh dibawa, jadi gunakan sebaiknya.

Semasa bermain, saya rasa Dream Essence dan Consciousness agak banyak, jadi jarang jugalah untuk ia habis. Tetapi untuk Dream Orb pula, bukan setakat ia susah untuk dijumpai malah anda hanya boleh bawa 2 sahaja melainkan anda upgrade item. Barulah boleh membawanya lebih banyak. Jadi, buat pilihan yang bijak sebelum menggunakannya.

Selain daripada item rawak, anda juga akan menjumpai arca pelik, rusa dan pelbagai item lain yang boleh upgrade kuasa Bill dan Bikti. Contohnya stamina, Bikti boleh terbang dengan jauh atau Bill boleh membawa lebih item. Walaupun boleh upgrade sampai level maksimum, saya tidaklah begitu rajin untuk menaikkannya sebelum sampai ke bab terakhir game ini.

Seperti Outlast, anda juga boleh menyorok dalam kabinet atau almari, tetapi anda tidak akan mengetahui jika musuh berhampiran atau tidak. Walaupun ada meter yang menunjukkan jarak musuh dengan anda, tetapi ia tidaklah berguna sangat.

Lebih menyorok berbanding puzzle

Walaupun ia merupakan game puzzle, In Nightmare sebenarnya lebih kepada game sorok-sorok, kerana anda perlu banyak bersembunyi. Kadang-kadang rasa bosan juga sebab kena ulang benda sama. Nasib baik puzzle dalam game ini menyeronokkan. Banyak juga puzzle mencabar yang saya mainkan. Sejujurnya, kalau pembangun berikan lebih fokus pada aspek puzzle, In Nightmare mungkin lebih seronok untuk dimainkan.

UX agak mengecewakan

Untuk UI game ini, saya rasa ia boleh jadi lebih baik. Walaupun ia tidak menjejaskan gameplay, tetapi saya rasa seperti ada yang kurang padanya. Apabila anda bermain, ada tiga benda yang perlu diambil berat iaitu Stamina, Dream Essence dan Consciousness, di mana satu pun tidak ditunjukkan secara aktif dalam game. Jadi, memang susah untuk anda mengetahui tentang ketiga-tiga benda tersebut.

Kalau nak guna item, anda kena keluarkan menu item dahulu baru boleh guna. Cuma Dream orb sahaja yang boleh digunakan tanpa menu tersebut. Jadi, agak kalut juga kalau untuk gunakan item lain ketika dikejar musuh.

Lagi satu benda yang agak mengecewakan, save point game ini. Ya, memang save point itu membolehkan anda save dan load sebelum cutscene di mana anda mati sebab game tidak dapat membaca input kerana saya berdiri kurang 1mm daripadanya. Jadi, bayangkan betapa geramnya saya ketika ingin save fail. Cutscene juga tidak boleh dilangkau, bermakna jika anda mati, anda perlu tonton semula cutscene itu sekali lagi. Rasanya tidak salah kalau pembangun letakkan butang “skip” atau save point selepas cutscene.

Masalah lain yang menjengkelkan

Walaupun banyak game yang menggunakan perspektif yang sama, saya tidaklah begitu benci padanya tetapi kalau dah mengganggu penglihatan, ia sememangnya menjengkelkan. Apabila Bill bergerak terlalu rapat pada dinding, game itu membuatkan Bill hampir hilang sepenuhnya. Yang nampak hanya struktur tengkoraknya pada skrin. Oh, anda juga boleh membuka laci dalam game ini, tetapi setelah dibuka, agak mustahil mengetahui ada barang atau tidak di dalamnya.

Lebih dahsyat lagi, bila Bill pergi ke kawasan luar yang dipenuhi dengan pokok-pokok. Saya paling tidak suka bila perkara ini berlaku kerana pokok-pokok tersebut akan buatkan anda melihat tengkorak Bill sahaja sepanjang jalan. Saya juga sukar untuk mengetahui arah yang dituju.

Selain itu, “interaction point” dalam game ini terlampau kecil. Kalau anda berdiri 2mm jauh sedikit daripada titik itu, memang susahlah untuk anda buka laci, buka pintu dan macam-macam lagilah. Lagi menjengkelkan bila anda dikejar musuh tetapi butang interaksi itu tidak muncul, jadi anda akan mati berkali-kali. Memang melatih kesabaran apabila bermain.

Terakhir sekali, saya bermain In Nightmare pada konsol PS5. Saya tidak tahu jika game ini tidak optimum pada PS5 tetapi FPS selalu menurun secara tiba-tiba. Harap-harap ia boleh dikemas kini lagi supaya game lebih lancar.

Kesimpulan

Sejujurnya, In Nightmare merupakan sebuah game yang mempunyai konsep yang baik, mekanik yang menarik tetapi dipenuhi dengan pelbagai isu. Saya suka selesaikan puzzle dalam game ini walaupun ia tidak masuk akal pada mulanya, tetapi nanti pada satu masa anda macam “Oh macam itu rupanya.” Bahagian di mana pemain kawal Bill dan Bikti juga agak menarik bagi saya, banyak juga game yang menggunakan mekanik seperti ini, di mana pemain boleh kawal dua watak menggunakan thumbstick. Tetapi dalam In Nightmare, agak berbeza kerana Bikti lebih kepada peneman daripada watak.

Walaupun begitu, terdapat banyak juga masalah yang saya jumpa semasa bermain. Ia banyak mempunyai misi “stealth” yang berterusan, bird-eye view juga agak menjengkelkan. Bukan setakat itu sahaja, “interaction point” untuk item dan enviroment juga selalu kena tepat pada sasaran dan FPS juga kadang-kadang menurun walaupun bermain pada PS5. Kalau anda TERINGIN untuk bermain game ini, bolehlah main masa tengah lapang yang tiada benda penting untuk dilakukan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

In Nightmare

5 Score

PROS

  • Beberapa puzzle agak seronok untuk diselesaikan
  • Kawal 2 entiti berbeza pada waktu yang sama agak menarik

CONS

  • Gameplay yang berulang
  • FPS kadang-kadang menurun secara tiba-tiba
  • Interaction point terlalu kecil

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Game ReviewIn Nightmare
Previous Post

Naruto: Mengapa Jiraiya tidak ingin menjadi Hokage?

Next Post

Gamers Hideout meraih lebih RM500 ribu untuk projek biayasama, baru hari pertama

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gamers Hideout meraih lebih RM500 ribu untuk projek biayasama, baru hari pertama

Gamers Hideout meraih lebih RM500 ribu untuk projek biayasama, baru hari pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd