Masih mencari sebuah phone flagship baharu yang ada kamera cantik, bateri tahan lama dan sesuai untuk kegunaan harian? Phone yang kami cadangkan adalah HONOR Magic 5 Pro. Nak tahu kenapa kami cadangkan phone ini, teruskan membaca review ini.
Reka Bentuk

HONOR Magic 5 Pro yang ada pada tangan saya ini didatangkan dengan warna Meadow Green. Rekaannya sangat simple dengan menampilkan warna Meadow Green dan matte finish ini sangat istimewa kerana ia mempunyai gold glitter dan dapat memancarkan sinaran gold tersebut yang mampu menaikkan kecantikan phone ini.
Saya boleh katakan yang bahagian belakang phone ini sangat bagus, kerana ia tidak diperbuat daripada plastik dan Ia adalah sebuah phone flagship yang sangat cantik. Anda tidak perlu risau tentang kesan cap jari pada phone ini memandangkan HONOR Magic 5 Pro telah menggunakan matte finish.

Pada bahagian belakang, mereka hanya menampilkan setup Star Wheel Triple Camera. Biasanya kamera hadapan akan diletakkan di tengah, tetapi HONOR menggunakan pendekatan lain dengan mengenakan kamera tersebut pada sebelah kiri atas. Dan saya tidak ketinggalan untuk mengatakan yang ianya adalah pelik. Tetapi apabila setelah menggunakannya dalam jangka masa yang panjang, saya tidak rasa kekok untuk melihatnya setiap hari.
Memandangkan HONOR Magic 5 Pro bersaiz 162.9 x 76.7 mm dan beratnya pula hanya 219 g, saya rasa ia agak besar jika nak dibandingkan phone lama saya. Tetapi saya sangat puas menggunakan phone ini untuk menonton filem, siri atau YouTube dengan skrinnya yang besar.
Skrin

Skrin yang didatangkan untuk HONOR Magic 5 Pro adalah bersaiz 6.81 inci bersama resolusi 2848×1312 di mana ia dilengkapi dengan teknologi Quad-Curved Floating Screen. Skrin yang digunakan adalah jenis LTPO yang mampu memberikan adaptive dynamic refresh rate sehingga 120Hz.
Dengan saiz skrin yang besar bersama refresh rate yang tinggi, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati semasa menggunakannya. Tambah pula dengan peak brightness adalah 1800 nits, ia sangat sesuai digunakan walaupun di bawah cahaya matahari. Ia juga mampu mengeluarkan warna sehingga 1.07 Bilion.
Memandangkan sebuah smartphone adalah satu perkara penting dalam dunia sekarang, HONOR Magic 5 Pro menampilkan ciri-ciri High-Frequency PWM Dimming yang mampu menyokong sehingga 2160Hz, ia mampu memberikan keselesaan kepada mata kita sepanjang menggunakan phone ini.

PWM Dimming ini pula dilengkapi dengan Dynamic Dimming dan Circadian Night Display supaya mata akan terjaga dan tidak terasa penat sepanjang menggunakan phone ini. HONOR Magic 5 Pro adalah smartphone pertama yang dapat sijil daripada TÜV Rheinland Circadian Friendly Certification.
Secara keseluruhan, skrin yang dilengkapi dalam HONOR Magic 5 Pro adalah sangat cantik dan memberi kepuasan yang berlainan. Warna yang ditampilkan juga nampak sangat natural.
Kamera

Honor Magic 5 Pro dilengkapi dengan Triple Camera Star Wheel setup. Pertama adalah 50MP Wide Main Camera, 50MP Ultra-Wide Camera (makro 2.5cm & FOV Ultra Lebar 122o) dan 50MP Periscope Telephoto Camera (zoom optikal 3.5x & zoom digital 100x).

Apa yang lebih menarik mengenai kamera telefon ini ialah AI Motion Sensing Capture yang mampu merakam aksi pantas dengan sangat baik sekali gus memecahkan rekod dunia. Gambar yang dihasilkan adalah sangat cantik.
Tak kira siang, tengah hari atau malam, gambar yang terhasil daripada kamera ini sangat cantik dan mampu menghasilkan pelbagai warna yang sangat natural. Saya cuba merakam beberapa keping gambar figura dan hasilnya sangat menawan kerana penghasilan warna yang dirakam cukup bagus.

Untuk kamera hadapan, HONOR Magic 5 Pro hadir dengan 12MP yang kelihatan agak biasa tetapi hasilnya cukup cantik. Jadi, anda boleh mengambil swafoto di mana-mana sahaja.
Selain itu, video yang boleh dihasilkan menggunakan telefon ini sangat “smooth”. Walaupun mempunyai getaran pada tangan, ia masih kelihatan sangat stabil dan sangat cantik. Tiada gegaran atau “stuttering” semasa saya cuba merakam video.

Tidak banyak fungsi lain yang disediakan tetapi anda boleh menggunakan mod Super Macro untuk menangkap gambar bunga atau figura dengan lebih terperinci. Apapun, gambar yang dihasilkan oleh HONOR Magic 5 Pro sangat mengagumkan.
Prestasi & Benchmark

HONOR Magic 5 Pro ialah phone flagship yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 dan dilengkapi dengan storan 512GB dan RAM 12GB. Saya rasa telefon ini mempunyai kelebihan yang besar jika anda berminat dengan game, fotografi, videography dan pencipta kandungan kerana anda akan mendapat storan dan RAM yang lebih besar.
Semasa melakukan ujian benchmark, HONOR Magic 5 Pro memang terasa sedikit panas tetapi masih selesa untuk digunakan. Semasa memegang telefon, anda mungkin perasan bahawa terdapat kawasan tertentu akan menjadi panas dan kawasan lain berasa normal.
Antutu Benchmark – 986100

3D Mark
- Wild Life – Maxed Out
- Wild Life Extreme – 3655
- Wild Life Extreme Stress Test
- Best loop score – 3667
- Lowest loop score – 1642
- Stability – 44.8%

Untuk prestasi bermain game, saya sangat menyukai cara HONOR berjaya mengawal “Monster” ini. Kerana, apabila saya bermain pelbagai jenis game untuk masa yang sangat lama, phone ini masih mempunyai jumlah bateri yang baik dan masih selesa untuk bermain.
Telefon ini dilengkapi dengan Game Manager yang akan mengawal prestasi. Anda mempunyai 2 mode yang boleh anda ubah antara Balance Mode dan Game Mode. Mereka juga memberikan anda game booster dan graphic booster apabila anda membuka game tertentu seperti Genshin Impact dan PUBG Mobile. Penggunaan CPU dan RAM juga terdapat di sini.

Saya bermain Genshin Impact selama 1 jam dan HONOR Magic 5 Pro masih dalam suhu yang baik. Ia hanya sedikit panas dan masih terasa sangat selesa untuk sambung bermain sehingga 2-3 jam lagi. Bateri yang dilengkapi juga sangat tahan lama walaupun telah menghabiskan masa selama 1 jam, hanya terdapat sedikit penurunan sahaja yang saya nampak.
Walaupun bermain dalam tempoh yang lama, phone ini tidak memberikan sebarang masalah dan mampu memberikan pengalaman bermain yang sangat lancar.

Saya juga mencuba untuk bermain game MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Wild Rift. Saya rasa HONOR benar-benar melakukan kerja yang hebat pada telefon ini. Saya boleh bermain kedua-dua game tanpa sebarang masalah. Memandangkan ia adalah game online, anda memerlukan sambungan internet yang lebih baik untuk mendapatkan pengalaman yang mereka tawarkan semasa menggunakan phone ini.

Untuk game FPS pula, sudah tentu saya mencuba PUBG Mobile dan COD Mobile. Memandangkan ini bukan telefon game yang dilengkapi dengan ciri tambahan seperti “trigger button” dan sebagainya. Anda masih boleh bermain game ini tanpa sebarang masalah. Dalam tempoh 30 minit, anda mungkin rasa sedikit panas pada phone tetapi masih lagi selesa untuk dimainkan.
Secara keseluruhannya, pengalaman saya semasa bermain game menggunakan phone ini, ia berasa sangat memuaskan dan saya fikir ini adalah impian untuk pemain bermain game tanpa lagging atau stuttering.
Bateri

Magic 5 Pro dilengkapi dengan 5100mAh yang merupakan kapasiti besar untuk sebuah phone. Jadi, jika anda bermain game untuk sesi 1 jam, ia masih bertahan untuk hari yang panjang. Apabila saya bermain Genshin Impact selama sejam, bateri yang digunakan hanya sekitar 10-15%.
Selain itu, apabila anda menggunakan telefon hanya untuk melihat media sosial atau menonton filem, siri, saya tidak fikir ia akan menghabiskan banyak bateri.

HONOR Magic 5 Pro menyokong pengecasan pantas sehingga 11V/6A dan hanya mengambil masa 34 minit untuk mencapai 100% daripada 65%. Jadi, anda tidak perlu mengecas semasa tidur atau membiarkannya dengan sangat lama. Memang seronok kalau nak keluar ke mana-mana dengan cuma cas phone dalam masa yang singkat.
Telefon ini dilengkapi dengan pengecas Supercharger HONOR 66W dan mampu memberi kesan kepada masa pengecasan. Jadi, anda hanya perlu mengecas telefon ini seketika tanpa menunggu masa yang sangat lama.
Kesimpulan

Pada pendapat saya, HONOR Magic 5 Pro adalah sebuah flagship yang baik bukan hanya untuk menangkap gambar atau bermain game, malah ia boleh digunakan dalam kegunaan harian seperti bekerja atau sekadar melawat media sosial dengan sangat lancar.
Memandangkan bateri yang didatangkan pun cukup besar, saya rasa yakin untuk phone ini bertahan dalam penggunaan seharian. Dan apabila anda bermain game, sudah pasti bateri banyak digunakan dan akan lebih laju turunnya. Hal ini kerana, bateri telah digunakan untuk menguasakan CPU dan RAM untuk menampilkan grafik yang cantik di dalam game.

Tambah pula dengan Snapdragon 8 Gen 2, ia mampu memberikan kepuasan kepada pengguna semasa membuat segala kerja atau bermain game. Saya rasa CPU ini agak mengagumkan kerana dapat mengawal semua teknologi termasuk sistem penyejukan dan mampu boost grafik di dalam game.
Walaupun bermain game berjam-jam, phone ini dapat mengawal suhu supaya pengguna dapat berseronok dengan sangat lama tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhan, HONOR Magic 5 Pro adalah sebuah phone flagship yang bagus kerana terdapat pelbagai ciri yang menarik. Anda boleh klik di sini untuk melihat spesifikasi penuh HONOR Magic 5 Pro.
Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post