Selepas Blizzard mengumumkan mod terbaru berjudul Mercenaries bagi siri permainan kad popular Hearthstone, ia telah menarik banyak perhatian dalam komuniti CGG kerana dikatakan “unik dan berbeza”. Untuk memudahkan anda semua faham, mod ini bergenre roguelite/roguelike di mana kita mengawal sepenuhnya watak yang disebut sebagai Mercenary (singkatan: Merc), dalam sistem pertempuran RPG berasaskan giliran, bersama dengan kandungan PvE dan PvP. Seperti yang anda baca di atas, kami dapat mencuba mod ini untuk tujuan ulasan, dan tanpa melengahkan masa lagi – inilah review saya untuk Hearthstone Mercenaries!
Pengenalan

Secara ringkas, Valeera (salah satu watak Hearthstone) akan memberi kita tutorial tentang mekanik penting untuk mod Mercenaries, supaya pemain lebih faham akan dengan asas-asas permainan. Terdapat sedikit naratif, tetapi ia tidak mempunyai jalan cerita yang kukuh. Misi kita hanyalah untuk “mengalahkan orang jahat” Itu sahaja, mudah kan? Jika permintaan komuniti tinggi, mungkin pasukan Blizzard akan mengembangkan jalan cerita yang lebih kohesif pada masa akan datang. Buat masa ini, korang semua tidak perlu risau tentang jalan cerita ya.
Untuk info tambahan, anda boleh membaca sesi Q&A kami dengan pasukan pemaju berkenaan tentang reka bentuk dan semua perkara yang berkait.
Reka bentuk keseluruhan

Secara mata kasar, kebanyakan watak tidak kelihatan terlalu berbeza berbanding permainan asas, di mana semua mempunyai potret sendiri, warna khas di hujung kad, dan siap lengkap dengan visual tambahan untuk membuatkan reka bentuk am lebih menonjol. Tanpa bingkai potret, Mercenary (watak) kelihatan seperti kad biasa.
Apa yang membuatnya lagi berketerampilan adalah Mercenary dengan bingkai Diamond. Potret mereka jauh lebih dinamik, dengan aksi atau gerakan seolah-olah akan keluar dari bingkai masing-masing. Mereka juga mempunyai lakonan suara dalam pertempuran, yang terdiri daripada pelbagai dialog tentang situasi semasa dalam pertempuran, dan sebagainya. Apabila seru kad ini ke medan pertempuran, mereka akan datang bersama sejenis cahaya pelangi, lalu mengumumkan kehadiran setelah anda menekan butang Ready. Kalau korang nak poyo atau rasa diri istimewa, inilah kad paling sesuai.

Reka bentuk papan kini kelihatan lebih menegak dan lebih luas. Walaupun kamera akan “zoom ini” apabila fasa pertempuran dimulakan, saya rasa ada banyak lagi cara untuk para pemaju menggunakan ruang lebihan dengan lebih baik sebab nampak seperti kosong sangat. Selain itu, semua “tooltip” (alat penerangan) yang diperlukan juga tidak lengkap, di mana salah satu isu terbesar yang tertinggal adalah tag penting seperti “Horde” atau “Alliance”. Ini boleh mengakibatkan beberapa masalah bagi pemain baru yang tidak kenal atau biasa dengan francais Warcraft.
Kesan dan bunyi abiliti pun banyak di-import dari mod lain dalam Hearthstone. Dari segi visual kecuali kesan khas, mod Mercenaries sebenarnya memiliki visual yang sama cuma dilaksanakan dalam cara yang berbeza.
Selain bunga dan batu, semuanya sama di kedua-dua papan. Sangat jauh berbeza dari variasi papan yang ditawarkan dalam mod standard.

Untuk keterangan ringkas tentang apa yang terjadi semasa pertempuran, saya sediakan gambar rajah di atas sebagai panduan mudah. Seterusnya – disebabkan mod ini memiliki sistem kelemahan, anda akan mendapat kesan retak jika unit yang dipilih lebih berkesan apabila digunakan pada kad pihak lawan. Bagi skil dalam Ability Tray (petak di bahagian tengah), anda akan melihat statistik Speed dan cooldown abiliti. Ini akan dihuraikan lebih lanjut di bahagian gameplay.
Gameplay asas

Gameplay asas sangat mudah iaitu: kumpulkan pasukan Mercenary hingga maksimum 6 watak yang terdiri dari tiga jenis. Tiga jenis ini adalah Protector, Fighter, Caster AKA Merah, Hijau, Biru. Unit standard biasanya mempunyai artibut neutral (berwarna kelabu).
Sistem kelemahan lebih kurang seperti segitiga iaitu: Merah> Hijau> Biru> Merah. Watak boleh menangani “Double Damage” jika menyerang unit dengan mengikut kelebihan peranan. Pada dasarnya, papan hanya boleh memuat 6 unit sekaligus, jadi anda tidak boleh menggunakan “taktik memenuhi papan”. Mana-mana unit yang terselamat dalam pertarungan akan kembali dengan nyawa penuh untuk pertarungan seterusnya. Untuk bergerak, kita boleh memilih satu kad dan meletakkannya ke papan tetapi hati-hati! Setelah meletakkan Mercenary ketiga, selebihnya akan dimasukkan secara automatik ke bangku simpanan, jadi jangan salah tekan!

Setiap Mercenary mempunyai pelbagai skil, dengan cooldown atau Speed (betapa pantas ia boleh digunakan mengikut giliran) berbeza. Dari apa yang saya lihat, nilai Speed bermula dari 1 hingga 10+. Abiliti dengan nilai yang lagi rendah seperti 1 Speed akan bertindak terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai banyak watak dengan Speed yang sama, watak pertama dalam giliran akan bertindak terlebih dahulu. Sekiranya anda dan pihak lawan mempunyai Speed yang sama, permainan akan melontarkan duit syiling untuk menentukan siapa yang gerak dahulu. Anda boleh memilih untuk menamatkan giliran dengan lebih awal pada bila-bila masa.
Semua watak akan mendapat EXP selagi mereka berada dalam pasukan – mati atau hidup tidak kira di bangku simpanan atau tidak. Jika gagal dalam misi Bounty, permainan masih akan memberi anda ganjaran saguhati. Mercenary jenis Rare memerlukan 100 Merc Coin (mata wang dalam permainan) untuk dicipta, diikuti oleh 300 untuk Epic, dan 500 untuk Legendary.
Kedua-dua skil dan peralatan juga memerlukan Merc Coin untuk upgrade, dan secara beransur-ansur meningkat dari segi kos. Tahap maksimum untuk abiliti adalah 5, manakala peralatan dihadkan pada tahap 4. Memperolehi peralatan baru pula memerlukan pemain untuk menyelesaikan “Task” (salah satu misi), atau membuka tahap baru.
“Village” dianggap sebagai menu utama untuk operasi dan tidak terlalu rumit, di mana fasiliti kita akan paling gunakan adalah Campfire dan Travel Point. Sedikit nasihat, anda mungkin ingin menaikkan tahap Campfire secepat mungkin supaya lebih ramai “pelawat” boleh datang, yang bermaksud lebih banyak misiTask akan dibuka. Saya sediakan gambar Village untuk anda lebih faham.

Bagi misi Bounty, ia datang dalam jenis Normal atau Heroic. Sesiapa yang sukakan cabaran boleh pilih Heroic. Oleh kerana genre mod merupakan rougelite, jalan akan bercabang dan terpulang kepada kita untuk melalui mana satu, sama ada untuk bertarung atau untuk mendapatkan buff. Sekiranya menemui buff, kesannya tidak akan dinyatakan sehingga anda memilih untuk menerima buff tersebut.
Satu perkara penting untuk saya nyatakan adalah kita terpaksa bergantung pada sistem RNG kerana sifat permainan yang rawak. Dari apa yang saya tahu, barisan musuh kelihatan sama setiap kali, jadi mungkin kita boleh merancang perjalanan supaya lebih mudah untuk mendapatkan harta karun yang mengandungi pelbagai ganjaran penting.

Akhir sekali adalah PVP, di mana kita boleh melawan pemain sebenar lain dan lawan AI yang dijana oleh sistem. Ganjarannya? Kita boleh memilih untuk menebus beberapa peti harta karun setiap hari atau cuba untuk maju lebih jauh dalam permainan bagi mendapatkan ganjaran bulanan yang mengandungi barang lebih berharga.
Pendapat

Adakah saya rasa Hearthstone Mercenaries seronok? Sebenarnya ya. Selaku peminat genre roguelite/roguelike, ini adalah salah satu sebab besar mengapa saya menghabiskan masa berjam-jam menyelesaikan misi. Walaupun saya kata begitu, ia masih ada beberapa kekuranga
. Saya terpaksa mengakui bahawa disebabkan ganjaran yang anda perolehi datang dalam keadaan rawak, proses grinding memang ketara agak menyusahkan. Itu hanya untuk ganjaran. Dari segi upgrade, memang tiada masalah. Meningkatkan abiliti atau skil ke level 3 adalah matlamat asas bagi kebanyakan watak, di mana para pemaju juga telah mengatakan bahawa di situlah terletaknya “power spike” (peningkatan kuasa) terbesar.
Misi tambahan seperti Task mendorong kita untuk mencuba watak yang belum pernah digunakan, lalu membolehkan kita belajar tentang beberapa taktik sinergi baru. Saya pasti akan ada watak yang akan diberi keutamaan tinggi, yang sekali lagi terbukti menjadi tugas yang sukar apabila kita hendak mendapatkannya.

Saya agak faham jika anda menganggap “grinding” sebagai sesuatu yang leceh, tetapi game ini pun direka khusus untuk pemain-pemain tertentu yang tidak kisah tentang aspek-aspek ini dan sebenarnya menyukai perkara yang mencabar mereka dari segi itu. Secara keseluruhan, pendapat saya hanya subjektif tetapi saya menganggap mod Mercenaries sebagai tambahan yang bagus untuk Hearthstone, jadi terserah kepada anda untuk menentukan jika ia seronok atau tidak.
Itu sahaja untuk review saya bagi Hearthstone Mercenaries yang akan dilancarkan di PC dan peranti mobile bermula hari ini. Jika anda berminat, jangan lupa untuk melawat laman web rasmi mereka di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post