Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Gudetama: An Eggcellent Adventure – Kisah telur pemalas yang mencari ibunya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2022 - Updated on December 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Review Gudetama: An Eggcellent Adventure – Kisah telur pemalas yang mencari ibunya
Share on FacebookShare on Twitter

Gudetama ialah watak kartun comel yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio pada tahun 2013 dan asalnya direka oleh pereka Sanrio Emi Nagashima. Merupakan telur yang comel tapi pemalas, Gudetama bakal mengeluarkan rancangan 10 episod bertajuk Gudetama: An Eggcellent Adventure di Netflix pada 13 Disember.

Apa yang menarik adalah siri ini akan menampilkan visual hibrid campuran animasi 3DCG dan aksi langsung. Jadi mungkin ada tertanya jika ia bagus atau tidak? Izinkan saya jawab persoalan itu untuk kamu! Kami menerima peluang awal untuk menonton Gudetama: An Eggcellent Adventure, jadi berikut adalah review saya bagi siri ini.

Kisah sangat wholesome, penuh adegan komedi

Permulaan cerita menunjukkan pertemuan antara watak utama kita, Gudetama dengan kakaknya Shakipiyo, seekor ayam kecil yang baru sahaja menetas (dan masih mempunyai kulit telur melekat padanya).

Shakipiyo bertanya kepada Gudetama “Kita adik-beradik, kan? Jom cari Mama,” tetapi malangnya ditolak oleh Gudetama yang terlalu malas untuk membuat apa-apa. Tidak ingin putus asa, Shakipiyo menegaskan mereka adalah “ayam”, di mana Gudetama menjawab mereka bukan ayam; sebaliknya hanya telur.

Konflik utama plot nampaknya ialah Gudetama akan mencapai tarikh tamat tempohnya, tetapi tiada siapa tahu apa yang akan berlaku jika dia “menjadi busuk/basi”. Kini mereka harus berlumba menentang masa untuk mencari ibu mereka.

Kisah selebihnya mengikuti pengembaraan duo ini ketika mereka meninggalkan peti sejuk untuk meneroka dunia yang luas. Namun, pengembaraan ini tidak mudah. Gudetama dan Shakipiyo hanya sebuah telur dan seekor anak ayam yang terperangkap di dunia manusia yang bahaya. Walaupun berwaspada, mereka akhirnya akan terperangkap dalam pelbagai situasi besar yang tidak disangka seperti tersesat di kedai sushi, harus menaiki kereta api dan mengelak daripada manusia yang kelaparan.

Sepanjang perjalanan, mereka bertemu dengan banyak telur berbeza dan belajar bagaimana setiap telur dimasak. Ada “telur rebus, tamago Jepun, puding, chawanmushi” – semuanya ada. Dari sini, Gudetama mula berfikir tentang jalannya sendiri dan menyedari dia mesti melakukan sesuatu atau nasib yang lebih malang akan menimpa!

Daripada apa yang saya tonton, Gudetama: An Eggcellent Adventure mempunyai plot yang mudah untuk faham dan sangat straightforward. Saya dengan mudah boleh jangka apa yang akan berlaku dalam jalan cerita tetapi itu bukan sorotan utama bagi rancangan. Yang membuatkan siri ini menarik adalah interaksi antara Gudetama dan Shakipiyo di mana cerita itu penuh dengan detik-detik comel yang pasti menambat hati orang ramai.

Pada masa yang sama, siri ini juga amat pendek dengan 10 episod di mana setiap satu berdurasi kira-kira 10 minit. Ini membuatkan siri Gutama sangat “perfect: untuk ditonton semasa berehat atau menunggu di dalam kereta api/bas.

Personaliti malas Gudetama amat terserlah, interaksi dinamik dengan Shakipiyo

Sebahagian daripada risiko projek ini ialah penggunaan CGI yang berat untuk watak utama — jadi dalam erti kata lain, persembahan pelakon mestilah hebat daripada penyampaian suara dan emosi.

Nasib baik, Shunsuke Takeuchi yang melakonkan watak Gudetama dan juga menyuarakan total 24 watak dalam siri ini, mempunyai keupayaan untuk menyerlahkan personaliti Gudetama yang terkenal kerana kemalasan, sentiasa murung dan tidak bermotivasi. Bukan dalam keadaan terlalu ‘over’, Takeuchi memainkan peranan dengan komitmen yang serius sambil mengekalkan aspek komedi.

Satu lagi sebab mengapa saya suka lakonan Gudetama saya boleh memahani keperibadiannya yang sentiasa letih dan penat. Saya sendiri tertarik dengan personalitinya kerana dia banyak mencerminkan personaliti harian kita.

Seperti saya kata tadi, ada macam-macam jenis telur dalam siri ini dan berikut adalah beberapa contoh:

  • Rock – Telur goreng yang meminati muzik rock
  • Si rebus – Telur garang yang sering sebut “You’ll get burnt!”
  • Ikura – Telur Salmon yang sering mempersoalkan keperibadian dan kewujudan diri sendiri
  • Puyuh – Telur kecil yang suaranya sangat perlahan sehingga tidak ada yang memahaminya
  • Ganguro – Telur hangus yang memakai solek
  • DJ Gudetama – Seorang penyanyi rap yang lahir daripada telur bungkusan plastik, sering menyanyikan lirik murung dengan rentak yang terlalu optimistik
  • Gyudechama – Versi Gudetama yang positif dan penuh tenaga

Macam-macam jenis personaliti yang Shunsuke Takeuchi perlu lakonkan, jadi saya sendiri amat kagum dengan persembahannya kerana setiap telur berjaya menunjukkan perwatakan unik masing-masing. Tiada yang sama dan semuanya menghiburkan untuk ditonton.

Sebaliknya, persembahan Seiran Fukushima sebagai Shakipiyo pun seronok untuk dilihat. Dia bukan sekadar sidekick yang perlu mendorong Gudetama tetapi adalah punca dan motivasi sebenar di sebalik pengembaraan mereka.

Kita pun tahu Gudetama sangat malas dan hanya mahu bersantai sahaja, jadi ia terserah kepada Shakipiyo untuk memberinya semangat. Dari satu segi, saya faham dia adalah watak yang “sentiasa cuba membetulkan keadaan”, tetapi lakonan Fukushima tidak pernah terlalu serius hingga merosakkan dinamik. Malah, dia juga memberi pelbagai jenis detik yang menyeronokkan dan lawak.

Selain itu, kita ada watak Akiyoshi Nakao yang cuba menangkap Gudetama. Saya tidak akan beri banyak komen tentang watak ini kerana peranannya hanyalah sebagai penjahat dungu yang biasa kita lihat dalam kartun atau komedi. Tetapi sekurang-kurangnya ia menghiburkan.

Visual CG realistik dan comel, amat mirip dengan sumber original

OLM merupakan studio yang menguruskan produksi animasi untuk Gudetama: An Eggcellent Adventure dengan bantuan daripada L’ESPACE FILM.

Bagi pendapat saya, Gudetama dan Shakipiyo nampak sangat realistik, tetapi masih memiliki gaya kartun yang sama seperti di dalam versi 2D. Terang-terang, OLM menghormati gaya seni original dan melakukan kerja yang bagus semasa mencampurkan kedua-dua medium seni.

Saya tahu ramai peminat ragu-ragu tentang animasi 3D, tetapi produk akhir pasti akan menghapuskan keraguan korang. Tidak ada satu adegan dalam siri di mana saya rasa Gudetama janggal, dan ini disebabkan oleh kemahiran studio yang dikreditkan dengan begitu banyak anime bagus seperti siri Pokemon, Komi-san, Odd Taxi.

Memang benar semua ini adalah animasi 2D, tetapi saya kagum mereka dapat menyampaikan kemahiran dan kualiti yang sama kepada medium 3D. Sangat jelas sekali bahawa siri ini dihasilkan oleh OLM dengan penuh kasih sayang dan fokus terperinci terhadap bahan sumber.

Pendapat

Secara keseluruhan, Gudetama: An Eggcellent Adventure ialah rancangan komedi yang menarik dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan; sangat sesuai jika korang nak menonton sesuatu yang santai. Walaupun komedi, rancangan ini masih menyentuh tema dewasa seperti topik perwatakan dan motivasi yang saya tahu orang dewasa muda boleh faham dan kait.

Bukan itu sahaja, animasi CGI 3D yang dipamerkan pun antara yang terbaik daripada perspektif 3D, tiada apa yang janggal dan semuanya lebih seronok untuk ditonton dengan persembahan pelakon yang lucu dan seakan-akan hidup. Ini merupakan highlight utama.

Pendek kata, Gudetama: An Eggcellent Adventure ialah pengembaraan comel yang semua orang patut tonton! Satu episod pun tidak mengambil banyak masa dan adalah cara bagus untuk mengisi masa kita dengan jenaka ringan walaupun jadual sangat sibuk.


Gudetama: An Eggcellent Adventure boleh ditonton di Netflix bermula 13 Disember. Untuk membaca segala liputan kami tentang siri ini termasuk interview bersama penciptanya, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Gudetama: An Eggcellent Adventure

8 Score

Secara keseluruhan, Gudetama: An Eggcellent Adventure ialah rancangan komedi yang menarik dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan; sangat sesuai jika korang nak menonton sesuatu yang santai. Walaupun komedi, rancangan ini masih menyentuh tema dewasa seperti topik perwatakan dan motivasi yang saya tahu orang dewasa muda boleh faham dan kait.

PROS

  • Lakonan suara watak yang hebat dan jalan cerita menghiburkan
  • Animasi campuran 3DCG dan aksi langsung yang cantik

CONS

  • Kisah mungkin terlalu pendek
  • Cerita mudah untuk diramal, keseronokan hanya datang dari interaksi watak

Review Breakdown

  • RATING 0
Tags: animeGudetamaGudetama: An Eggcellent Adventurenetflix
Previous Post

Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!

Next Post

[Review] Marvel’s Midnight Suns – Tampil dengan gabungan Tactical RPG & Card Game yang bernas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Marvel’s Midnight Suns – Tampil dengan gabungan Tactical RPG & Card Game yang bernas!

[Review] Marvel's Midnight Suns - Tampil dengan gabungan Tactical RPG & Card Game yang bernas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd