Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Gran Turismo 7 – Pengalaman realistik seolah memandu di litar sebenar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, PS4, PS5, Review, Sukan/lumba
0 0
0
Review Gran Turismo 7 – Pengalaman realistik seolah memandu di litar sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun mendiamkan diri, akhirnya Gran Turismo 7 bakal tiba di platform PlayStation dalam beberapa hari! Pasti ramai yang tidak sabar untuk test memandang entri terakhir membuat debut hampir 10 tahun lepas. Dilabel sebagai “pakej simulasi kereta paling lengkap” siap dengan sejumlah ciri-ciri baru yang boleh dinikmati oleh peminat lama dan pendatang baru, saya telah mencuba game ini selama beberapa hari dan inilah ulasan saya tentang Gran Turismo 7!

Imej baru dengan kepulangan World Map

Gran Turismo 7 tidak menampilkan konsep open-world atau free roam seperti Forza. Sebaliknya, mereka lebih suka menggunakan World Map – sebuah menu ala-ala “hub” yang menempatkan pelbagai ciri unik – yang boleh bertukar waktu dari siang ke malam. Semua menu boleh diakses dengan mudah dari satu tempat ke satu tempat. Loading pun cepat dan tidak mengambil masa.

Kebanyakan menu sudah saya buka, tetapi pada awal permainan, peta ini mungkin akan kelihatan agak kosong. Lebih banyak akan dibuka secara perlahan-lahan semasa kita menyelesaikan misi di GT Cafe yang akan saya terangkan kemudian.

Content single-player yang sangat banyak

GT Cafe adalah tempat di mana pemain akan berkenalan dengan dunia Gran Turismo dan kereta automotif. Apa yang saya suka tentang GT Cafe adalah suasana yang ia tawarkan. Jika tidak melakukan apa-apa misi, korang boleh berehat di dalam “kafe” dan ya- pengalamannya memang sebiji seperti kafe. Di sini, kita mendengar cerita dan sejarah tentang model kereta yang berjaya korang dapatkan bersama lagu di latar belakang. Mood memang feeling habis.

Gran Turismo 7 mempunyai lebih daripada 400 kereta buat masa sekarang. Ini merupakan jumlah terbesar dalam sejarah siri Gran Turismo sejak ia diperkenalkan 20 tahun lepas. Untuk memperoleh kereta, kita boleh membeli sama ada dari 3 jenis dealer berbeza. Berikut adalah penjelasan daripada setiap dealer ini:

Brand Central: Korang boleh membeli kereta terbaru (bermula tahun 2001) di sini. Kadang-kadang, pemain akan mendapat jemputan untuk mendapatkan kereta edisi khas di sini.

Used Car Dealer: Korang boleh membeli kereta terpakai pada harga yang lebih murah. Terdapat maklumat seperti jumlah jarak perjalanan untuk memeriksa keadaan bagi kereta yang dikehendaki beli. Stok kereta juga akan berubah setiap hari, jadi pastikan korang mempunyai wang yang mencukupi apabila terjumpa kereta idaman.

Legendary Car Dealer: Korang juga boleh membeli pelbagai kereta unik yang belum dikeluarkan atau kereta edisi terhad. Harga tidak perlu kata, memang sangat mahal dan hampir mustahil untuk membeli pada awal permainan.

Terdapat “Collector Level” yang menunjukkan jumlah kereta yang kita miliki. Sesetengah acara kejohanan memerlukan kereta tertentu, jadi lebih banyak kereta yang kita miliki adalah lebih bagus.

Berpuluh-puluh litar dengan cuaca real-time

Kita boleh berlumba di 34 lokasi berbeza di seluruh dunia dengan jumlah total 90 litar. Ciri ini dipanggil World Circuits di mana korang boleh mengakses pelbagai litar berdasarkan litar sebenar berdasarkan lokasi dunia sebenar dan juga litar ciptaan original oleh developer.

Majoriti litar membenarkan kita untuk menggunakan mana-mana kereta. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kejohanan yang akan mengehadkan kita untuk menggunakan kereta tertentu. Sebagai contoh, korang perlu menggunakan kereta Jepun dengan maksimum PP (Performance Point) sehingga 600 sahaja. Satu lagi contoh adalah kita perlu menggunakan kereta dari kategori “Racing Car”.

Satu penambahan menarik adalah cuaca dan masa kini berjalan secara real-time. Kadangkala jika anda berlumba, cuaca akan berubah dari cerah ke hujan, atau dari petang ke malam.

Gameplay dibuat untuk pemain veteran dan juga beginner

Seperti yang saya beritahu pada awal review ini, gameplay yang ditawarkan oleh Gran Turismo 7 agak fleksibel untuk pemain veteran dan pendatang baru. Ini membenarkan majoriti gamer newbie macam saya untuk sama-sama seronok bermain.

Saya berani kata bahawa Gran Turismo 7 boleh dimainkan oleh semua orang. Sebab utama adalah kerana saya sendiri bukan peminat game lumba tetapi masih boleh menikmati game ini. Polyphony Digital menyediakan pelbagai pilihan untuk beginner supaya mereka boleh berasa selesa semasa bermain.

Apabila baru memulakan permainan, kita akan diberi pilihan level melalui “Assist Preset Selection” yang merangkumi:

  • Beginner: akan memberikan driving line assistance dalam bentuk Driving Markers & Line serta menyediakan auto-drive untuk Brake & Steering.
  • Intermediate: akan memberikan driving line assistance dalam bentuk Driving Markers & Line serta menyediakan auto-drive untuk Brake
  • Expert: hanya menyediakan driving line assistance dalam bentuk Driving Markers tanpa auto-drive.

Saya sendiri tidak pandai bermain game lumba, tetapi masih boleh bermain secara kompetitif di level Intermediate. Nampaknya Sony dan Polyphony Digital sangat memahami bahawa ada ramai pemain yang ingin mencuba Gran Turismo walaupun tidak begitu faham tentang kereta.

“Scapes” adalah tempat terbaik untuk bergambar

Scapes boleh dikatakan satu ciri berguna untuk kita mengambil gambar kereta kegemaran berlatarkan pelbagai pemandangan menarik dari seluruh dunia. Terdapat beribu-ribu lokasi yang saya lawat. Malah, Malaysia turut disertakan dengan beberapa mercu tanda ikonik seperti KLCC, Dataran Merdeka, dan lain-lain.

Bukan sekadar meletak kereta pada latar belakang yang sedia ada, kita akan diberikan pelbagai alatan editing yang cukup lengkap ala-ala profesional. Prosesnya pun menyeronokkan terutama selepas melihat kereta idaman saya sedang parking dengan bergaya di Dataran Merdeka.

Tuning dan sistem customization yang lengkap

Tuning memang khas untuk warga pro dan orang yang mempunyai tahap pemahaman tinggi tentang kereta. Semua bahagian perlu diambil kira seperti tayar, sistem Brake, Suspension, Transmision, Intake/ Exhaust dan banyak lagi. Selepas membuat perubahan yang patut, ujilah prestasi kereta menggunakan “Performance Point”.

Untuk customization, terdapat ciri bernama GT Auto, di mana kita pelbagai pilihan disediakan untuk mengubah suai penampilan kereta. Seperti biasa, bahagian Livery Editor wujud supaya korang boleh mereka bentuk kereta mengikut kehendak dengan pelbagai teks dan logo.

Satu lagi perkara yang saya suka tentang GT Auto ialah ia memerlukan pemain untuk rajin melakukan penyelenggaraan bagi kereta mereka. Sebagai contoh, apabila kereta kotor, ia mesti dibersihkan. Kereta juga perlu menukar minyak dan melakukan servis dengan kerap untuk memastikan ia berfungsi pada prestasi maksimum. Jangan risau, ada “indication” bila perlu tukar minyak dan servis enjin.

DualSense sudah cukup untuk memberi pengalaman immersive

Di DualSense, Haptic Feedback dan Adaptive Trigger benar-benar memainkan peranan besar dalam menyediakan pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan.

Bagi Adaptive Trigger – semasa memandu kereta yang ringan, menekan R2 untuk gas lebih senang berbanding pakai kereta yang berat. Begitu juga ketika brek. Sekuat mana anda menekan R2/L2 akan menentukan kelajuan kita memecut atau membrek.

Bagi Haptic Feedback – apabila memusing stereng, kita boleh merasa getaran datang dari roda kereta. Menukar gear pun memberi pengalaman yang sama.

Untuk teknologi audio, Gran Turismo 7 memiliki 3D Audio Spatial di mana setiap bunyi yang masuk ke telinga boleh kita dengar dengan terperinci. Malah, terdapat perbezaan bunyi apabila memasuki jalan yang luas ke jalan yang sempit. Butiran bunyi lain yang juga saya perasan adalah cuaca hujan, jadi kita boleh mendengar titisan hujan yang jatuh ke atas bumbung kereta.

Tetapi saya perlu tekankan bahawa bunyi ini hanya boleh didengari apabila menggunakan headset. Jika korang menggunakan soundbar atau hanya speaker TV, ciri ini tidak begitu menyerlah.

Kualiti dan prestasi grafik yang cemerlang

Dalam setting visual, kita boleh memfokuskan pada Frame Rate atau Ray Tracing. Apabila menggunakan mode Frame Rate, korang akan mendapat kadar bingkai 60 FPS untuk semua aktiviti; contohnya apabila mengubah suai kereta, atau melihat ulang tayang perlumbaan, semuanya akan dijalankan pada kadar bingkai tertinggi yang mungkin.

Mode Ray Tracing akan menggunakan Ray Tracing pada setiap objek dalam game ini, terutamanya untuk kereta dan pantulan cahaya yang lebih baik. Mode ini bagus apabila “prestasi yang pantas benar-benar tidak diperlukan”, seperti mengambil gambar dalam Photo Mode. Jadi, anda tidak perlu menggunakan mode ini semasa berlumba.

Pada pendapat peribadi saya, tidak ada perbezaan yang signifikan antara Mode Frame Rate dan Mode Ray Tracing. Ray Tracing sudah tentu mempunyai grafik yang lebih baik, tetapi saya perlu melihat dengan teliti untuk melihat perbezaannya. Secara mata kasar, perbezaannya pun tidak begitu ketara.

Pendapat

Gran Turismo 7 ialah entri paling “perfect” dalam francais. Walaupun jangkaan orang ramai sangat tinggi, mereka berjaya menepati harapan peminat. Bermula daripada content single-player yang banyak untuk dinikmati, gameplay yang mudah untuk para beginner hingga ke butiran lain seperti grafik dan kualiti audio yang cukup baik. Semuanya turut disokong oleh teknologi PlayStation 5 yang memaksimumkan segala potensi game ini. Malah, mereka juga telah menambah baik AI yang dianggap kurang kompetitif supaya menjadi lebih mencabar.

Sekali lagi saya katakan, Gran Turismo 7 adalah pakej lengkap untuk korang yang baru berjinak-jinak dalam dunia game lumba. Tidak kira peminat atau tidak, korang pasti akan dapat enjoy game ini.

Jika korang berminat untuk cuba, prapesan Gran Turismo 7 di PS Store sekarang atau lawat pengedar sah di Malaysia. Game ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 4 Mac 2022.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Gran Turismo 7

9 Score

Review Breakdown

  • Gran Turismo 7 ialah entri paling "perfect" dalam francais. Walaupun jangkaan orang ramai sangat tinggi, mereka berjaya menepati harapan peminat. Bermula daripada content single-player yang banyak untuk dinikmati, gameplay yang mudah untuk para beginner hingga ke butiran lain seperti grafik dan kualiti audio yang cukup baik. 0
Tags: Gran Turismo 7Lumbareview
Previous Post

20 watak dengan “Bounty” paling tinggi dalam siri One Piece

Next Post

Impulse Gaming mengumumkan 3.3 SALE! Harga murah untuk masa terhad

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Impulse Gaming mengumumkan 3.3 SALE! Harga murah untuk masa terhad

Impulse Gaming mengumumkan 3.3 SALE! Harga murah untuk masa terhad

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd