Siapa pernah bermain Brawlout? Pada asalnya Brawlout dilancarkan pada tahun 2017, tapi kali ini edisi Deluxe bagi permainan ini secara rasmi dilancarkan di Asia Tenggara! Yup! Ianya termasuk termasuk permainan asas bersama pelbagai DLC! Brawlout merupakan sebuah permainan dari Angry Mob Games yang menampilkan 25 watak yang boleh dimainkan dan empat daripadanya adalah “Brawlers” jemputan dari game indie yang lain!
Jadi kami pun sekali lagi mendapat peluang, tiba-tiba postoo posto sampai kat office kami minggu lalu dan nah dapat lah CD Brawlout Deluxe Edition ni! Maka, bermulalah misi kami untuk review sendiri permainan ini~ Seronok ke tak sebenarnya ni? Apa lagi jom kita mulakan!
Pengenalan~ Lebih Hardcore atau Kasual je ni?
Dari segi rupa cover CD yang kami terima, Brawlout ini sebenarnya menampilkan sebuah permainan fighting yang seronok bukan sahaja bagi peminat game hardcore, sebab ianya juga lebih seronok bagi pemain kasual terutama apabila bermain dengan keluarga!
Brawlout memberi mod yang seronok termasuk dengan mod couch dan mod permainan dalam talian, menggabungkan mekanik pejuang platform dan permainan pertempuran tradisional menjadi royale pertempuran ini sangat bergaya.
Sesiapa yang pernah bermain game Brawlers seperti ini pasti tiada masalah dengan genre yang dibawa Bralout ini. Contohnya seperti Brawlhalla dari Ubisoft dan Super Smash Bros dari Nintendo yang turut mempunyai genre yang lebih kurang sama.
Pukul~Serang~Bertahan~Mengelak dan… MENANG!
Dalam Brawlout, misi pemain adalah menewaskan musuh dan keluarkan mereka dari dalam ring peta pilihan kita! Gunalah serangan “basic attack, special attack, charge moves, jump, enter rage dan dodge” (serangan biasa, istimewa, charge, lompat, rage dan mengelak) pada pihak lawan untuk kemenangan!
Sekali kita mendapat 100% dalam meter kerosakan, serangan pada masa yang tepat akan ‘knock put’ musuh keluar dari peta! Senang cerita seramai 4 pemain yang akan bermain dalam satu ring permainan, salah satu itu adalah kita dan pemain terakhir yang masih kekal bertahan di akhir perlawanan akan menjadi pemenang!
Walaupun hampir serupa seperti permainan yang disebutkan tadi, Brawlout sebenarnya ada dua perbezaan ketara dan yang pertama ialah kami tidak dapat menghalang serangan pihak lawan. Sebaliknya mengelak dan melompat untuk menghindari serangan tersebut.
Dan perbezaan yang kedua adalah “Rage Meter” dimana ianya kan penuh selepas kita ni menerima serangan atau mendapat kesakitan~Sebaik sahaja meter tersebut penuh, barulah kami boleh menggunakan Rage Burst yang akan menolak lawan kebelakang, atau masuk Rage Mode yang meningkatkan serangan semula dan mengurangkan kerosakan yang diambil.
Secara mekanikal, sebenarnya Brawlout ni memang senang gila nak kawal! Contohnya hanya menekan petak pada joystick untuk serangan biasa, segitiga untuk charge, bulat untuk charge dan pangkah untuk lompat. Untuk kombo boleh tekan petak selama tiga kali dan tigasegi. Manakala untuk dodge/rage belah kiri boleh tekan L1,L2, kanan pula R1, R2. Selebihnya hanya menggunakan joystick untuk kawalan. Berbanding dengan fighting game di platform lain, ia agak kukuh, mudah responsif dan permainan sememangnya lancar. Penggerakan Rage dan penggunaan dodges juga menjadikannya unik.
Pilih Watak? Semuanya unik dan ada kebolehan sendiri!
Bermain Brawlout memang kami terasa sangat seronoklah dan ia juga agak mudah diakses untuk pemain baru tanpa perlu risaukan sebarang kepayahan dalaman permainan. Sekarang ni senarai yang tersedia bagi watak Brawlout adalah 25 watak seperti Paco (THE GREEN HURRICANE), Funkmaster (LORD OF THE DANCE), Mako (THE OCEANIC ENFORCER) dan banyak lagi lah!
Empat daripadanya adalah seperti disebut diawal perenggan adalah watak dari The Drifter (Hyper Light Drifter), The Prisoner (Dead Cells), Yooka-Laylee (dari Yooka-Laylee) dan Juan (Guacamelee!). Bermain sebagai watak-watak ini menyeronokkan, terutamanya jika anda memang berpengalaman bermain permainan sama genre seperti Brawlout cuma menggunakan watak yang berbeza.
Yup, watak brawlers dalam Brawlout ni semua memang unik, mungkin dalam Smash Bros kita nampak selalu watak dari permainan terkenal, dalam Brawhalla pula nampak agak chibi dan banyak kolaborasi dengan permainan atau kartun luar seperti WWE dan Steven Universe eh banyak lagi lah! Tapi Brawlout ni memang unik sangat dengan brawler mereka. Betul, dah la memang nampak funky, pulak ditambah denganbarangan dalam permainan yang kita boleh buat watak kita pakai termasuk skin dan gear. Ya semua skin adalah sangat unik, juga gear ada macam-macam barang termasuk pelampung lah, cermin mata lah, topi lah dan banyak lagi!
Nak membuka barangan ini bolehlah membuka Fluffy Pinata! Ni senang cerita pembelian dalam mainan, ada yang akan kita dapat menerusi misi yang kita selesaikan. Membuka Pinata bermula dari coin berharga 4300 dari yang kita kumpul dalam setiap perlawanan. Membuka pinata ini tak semestinya dapat satu barangan biasa, ianya adalah rawak, dari “Skin, Gear, Taunts, Avatar, Effects dan Exclusive”.
Membuka setiap watak juga memerlukan kami untuk menyelesaikan misi mengikut tahap yang tertentu. Yang ini tidak kiralah dari bermain solo, atau couch mode atau multiplayer sekalipun, dah sampai tahap maka dapatlah watak baru!
Haaa ada juga Bonus Stage tau! Macam Pinata Smasher! Comel je bila main game mini ni okay!
Bermain bersama rakan dan keluarga memang lebih seronok!
Bagi mod permainan pula, Brawlout mempunyai beberapa pilihan mod seperti yang dinyatakan diatas, Brawlout terdalam mod solo, mod Multiplayer, mod Couch co-op yang boleh dimainkan sehingga 2 ke 4 pemain termasuk kita. Jangan risau, kalau tak cukup orang, CPU ada datang menyelesaikan masalah.
Mod solo juga terdapat Trials dimana yang pada dasarnya adalah memburu bos yang memberikan faedah bonus, serta kebiasaan dalam mod Arked, Latihan dan Tutorial. Ah ye! Terdapat juga acara pertandingan yang pemain boleh sertai! Segala padanan pilihan juga boleh melalui Brawlout TV!
Buat mod multiplayer dalam talian, sudah semestinya anda memerlukan PSN untuk diaktifkan. Nak dapatkan match agak lama sedikit, mungkin kerana edisi yang kami dapat ini adalah yang terbaru. Mod Arked pula menampilkan jalan cerita yang agak sederhana serupa dengan mod arked tipikal yang terdapat dalam permainan pertempuran lain. Senang cerita, pemain perlu melangkah peringkat tangga untuk menewaskan musuh dan mencapai bahagian tertinggi. Ada 3 jenis yang boleh kita pilih sama ada Normal, Medium atau Hard dan masing-masing mempunyai musuh berbeza dengan kemahiran yang berbeza untuk diselesaikan dan akhirnya mendapatkan ganjaran.
Jadi tanpa permainan dalam talian, Brawlout dah cukup memuaskan hati biarpun tanpa talian! Betul ianya memang cukup seronok kalau bermain bersama rakan atau keluarga disebelah kita yang lepak di ruang tamu beramai-ramai.
Kesimpulannya~
Secara keseluruhan, memang Brawlout ni seronok sangat walaupun masih ada beberapa kelemahan. Mungkin dengan menambah lebih banyak kombo atau aksi dalam setiap watak menjadikannya lebih menarik. Tapi seperti yang kami nyatakan diatas tadi, permainan ini sememangnya tidak akan membosankan kita terutama apabila bermain mod Couch co-op dengan bermain bersama keluarga dan rakan disebelah kita.
Jadi pada anda yang berminat nak membeli Edisi Deluxe Brawlout dah bolehlah membelinya di PlayStation Store dengan harga sebanyak RM137.00 sahaja! Musim PKP ni, emang sesuai untuk anda bermain bersama keluarga!

@gamersantaimy
The Review
BRAWLOUT DELUXE EDITION
Permainan yang ternyata seronok bermain tidak kiralah secara solo atau co-op bersama rakan dan keluarga! Pilihan watak yang banyak cuma jika menambah lebih skil pada watak pasti akan menjadi lebih menarik!
PROS
- Senang sangat untuk dikawal
- Pelbagai variasi watak yang nampak unik
CONS
- Kekurangan skil pada watak
- Matching mod multiplayer agak lambat
Discussion about this post