Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Football Manager 2024 – Perasaan Menjadi Pep Guardiola Menjadi Nyata

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game Review, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS5, Review, Simulator, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Football Manager 2024 – Perasaan Menjadi Pep Guardiola Menjadi Nyata
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baru, permulaan baru, keterujaan pun semakin membuak-buak. Dengan pelancaran Football Manager 2024 (FM 24) tidak lama lagi, pasti ramai peminat bola sepak tidak sabar untuk membina pasukan impian. Di sini, Sports Interactive berharap untuk meneruskan kejayaan siri dengan memperkenalkan lebih banyak ciri baharu. Tetapi adakah upgrade terbaru akan memberi pengalaman gaming yang lebih seronok daripada entri-entri lama?

Kami diberi peluang untuk review game ini lebih awal jadi tanpa melengahkan masa, inilah review saya tentang Football Manager 2024.

Supaya tiada yang salah faham, Football Manager memiliki gameplay yang lebih kurang sama pada setiap tahun. Saya tidak akan menerangkan tentang gameplay asas, sebaliknya review ini akan lebih fokus pada ciri-ciri baharu dan sama ada ia bagus atau tidak.

Set Piece Creator

Kredit: Gamer Santai

Salah satu ciri baru yang nampak kecil tetapi sangat memberi impak ialah Set Piece Creator.

Ini merupakan sistem set piece yang dipermudahkan untuk senario bertahan dan menyerang; daripada menyusun setiap pemain atas padang untuk set piece, anda kini boleh memberi arahan kepada jurulatih, seperti untuk man-mark atau zonal, dan memilih berapa ramai pemain pertahanan untuk diletakkan pada tiang, lalu membiarkan sistem menguruskan hal seterusnya.

Kredit: Gamer Santai

Satu lagi contoh; apabila bermain dengan pasukan yang lebih kuat, kita pasti akan menerima serangan corner yang banyak. Di sini, anda boleh memilih strategi “counter attack”. Apabila serangan musuh gagal, pemain dengan Agility tinggi akan bersedia dalam posisi serangan balas untuk peluang menjaringkan gol.

Untuk contoh serangan; apabila menyerang dan mendapat corner. Anda boleh meletakkan pemain dengan Heading/Jumping Reach tertinggi ke dalam “Aerial Threats”, kemudian meletakkan pemain dengan Long Shots yang baik di luar kotak penalti untuk menerima bola dan menjaringkan gol daripada jauh.

Kredit: Gamer Santai

Pada pendapat saya, ini memberi cara fresh kepada gameplay yang memerlukan unsur taktikal lebih-lebih lagi dari segi set piece yang biasanya dipandang remeh oleh sesetengah pemain. Sama ada hanya sepakan corner atau hantaran jarak jauh, ini boleh menentukan sama ada pasukan anda menang atau kalah.

Pilihan untuk micro-manage masih ada bagi mereka yang menginginkannya, tetapi ia kurang melecehkan bagi mereka yang tidak mahu kepala serabut.

Smart Transfer

Satu perkara yang ramai pemain Football Manager merungut ialah apabila membeli atau menjual pemain yang diinginkan. Hal ini menjadi isu kerana membeli pemain kadangkala boleh menjadi sangat mahal.

Bukan itu sahaja, jika ingin menjual pemain, ia sangat sukar dan kita terpaksa tawar-menawar sehingga harga menjadi sangat-sangat murah. Nasib baik, ada beberapa ciri baharu yang menjadikan sistem transfer kurang stress dan mengecewakan. Jika dimanfaatkan dengan elok, ia menjimatkan masa dan memudahkan aspek pengurusan yang membosankan.

Agent

Kredit: Gamer Santai

Dahulu, agent hanya berguna untuk bertanyakan harga pemain. Sekarang, anda boleh “chat” atau “argue” dengan pemain yang disasarkan, contohnya untuk berunding tentang gaji atau harga jualan. Jika tidak berpuas hati dengan harga yang diberikan, anda boleh berunding semula untuk menurunkan harga.

Satu contoh ialah apabila saya ingin mendapatkan Joao Cancelo. Saya segera memilih harga yang sesuai untuk membelinya. Bagaimanapun, dia meminta gaji yang tinggi, serta kontrak jangka pendek.

Saya jenis manager yang ingin pemain dengan kontrak jangka panjang, jadi saya boleh terus “argue” dengan ejen sehingga pemain itu mahukan kontrak jangka panjang. Ini boleh gagal atau berjaya. Jika berjaya, teks akan diserlahkan dengan warna biru.

Intermediaries

Kredit: Gamer Santai

Kini. anda boleh mengupah Perantara / Intermediaries untuk menjual pemain yang ingin dibuang. Intermediaries ialah broker yang direkrut oleh Pengarah Bola Sepak (atau ahli kakitangan yang berkaitan) yang membantu mengekalkan motivas dalam pemain untuk kekal dalam kelab kita atau membantu memastikan perpindahannya.

Walau bagaimanapun, mereka mempunyai “yuran perkhidmatan” antara 3% hingga 10% bergantung pada nilai pemain. Jika anda menjual pemain itu pada harga $10 juta, Intermediaries akan mendapat komisen $1 juta jika perjanjian anda dengannya ialah 10% daripada jumlah nilai perpindahan.

Kredit: Gamer Santai

Intermediaries juga boleh bekerja untuk kelab lain, yang bermakna mereka akan datang terus mencari kita jika orang lain ingin menjual pemain. Dalam keadaan ini, anda akan menerima Scout Report yang merangkumi Agent Feedback. Laporan ini menggariskan butiran kewangan sekiranya anda meneruskan perjanjian ini.

Ini pun adalah ciri yang sangat baik, kerana sangat susah untuk menjual atau mendapatkan pemain pada harga yang betul. Saya tidak perlu bersusah payah menjual pemain yang sudah tua kerana Perantara boleh menjualnya pada harga mahal. Satu lagi kebaikan, apabila pemain bintang daripada kelab lain merajuk dan ingin berpindah, saya akan ditawarkan harga murah untuk membelinya.

Match Engine ditambah baik

Kredit: Gamer Santai

Antara perbezaan paling besar ialah kualiti Match Engine ditambah baik. Apa yang kami maksudkan dengan “baik” tidak bermakna perubahan besar-besaran sehingga grafik menjadi memukau mata. Namun, ia lebih kepada pergerakan pemain yang lebih lancar dan realistik. Lebih-lebih lagi apabila pemain memegang bola dan gerakan dari kaki ke kaki.

Kredit: Gamer Santai

Animasi pemain lebih lancar dan lebih bervariasi, terutamanya berkaitan aspek menggelecek. Pemain seperti Mbappe, Rashford dan Neymar kini mengeleccek dalam cara unik masing-masing, dapat melepasi dua atau tiga pihak lawan sebelum menjaringkan gol. Ini jelas membezakan darjat mereka daripada pemain-pemain lain.

Secara tidak langsung, perlawanan pun mempunyai flow yang lebih realistik dan lebih smooth daripada entri-entri sebelum.

Save File

Kredit: Gamer Santai

Sports Interactive sendiri mengaku bahawa sebab mengapa orang ramai tidak ingin membeli game terbaru Football Mananger setiap tahun adalah kerana mereka terlalu sayang akan save file lama dan tidak mahu ulang semula progress.

Salah satu sorotan utama Football Manager 2024 ialah ia boleh membawa progress dari Football Manager 2023. Saya mempunyai beberapa save file dalam FM23 dan berjaya load game tersebut dalam FM24 tanpa sebarang masalah (walaupun FM23 saya menggunakan beberapa custom dabatase, ia masih berfungsi). Malangnya, save file pada FM21 atau FM22 tidak akan berfungsi.

Liga Jepun Rasmi

Kredit: Gamer Santai

Salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Football Manager ialah kehadiran lesen rasmi J.League yang akhirnya tiba di FM24. Lesen ini bermakna pemain boleh melihat database rasmi J.League – siap dengan logo rasmi, kit rasmi dan gambar pemain. Keseluruhan, terdapat 60 kelab yang boleh dimainkan. Ini adalah penambahbaikan yang dinanti-nantikan oleh pemain selepas lebih 20 tahun game ini dalam pasaran.

Kredit: Gamer Santai

Ini adalah tambahan yang amat dialu-alukan, kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lebih ramai pemain berbakat dari Jepun yang bermain di peringkat tertinggi Eropah seperti Daichi Kamada, Kaoru Mitoma, Wataru Endo, dan banyak lagi. Jadi pemain boleh mencari bakat di Jepun dengan lebih mudah atau pun bermain dalam liga tersebut.

Pendapat

Kredit: Gamer Santai

Secara keseluruhan, semua ciri-ciri di atas kelihatan kecil tetapi sebenarnya membuatkan game ini lebih seronok untuk dimainkan dan memberi impak besar pada gameplay. Paling saya suka sekali adalah Set Piece Creator dan Smart Transfer yang membuatkan saya ingin beralih daripada Football Manager 2023 kepada Football Manager 2024, kerana tambahannya benar-benar memberi impak dan menjadikan game lagi menarik.

Kredit: Gamer Santai

Walaupun begitu, Football Manager 2024 tidak membawa perubahan yang sangat besar. Hampir 90% kandungan di dalam game masih sama seperti siri sebelum. Ada juga ciri yang tidak sempurna seperti Intermediaries yang kadangkala menjengkelkan kerana tidak memberikan harga terbaik mengikut market value. Beberapa pasukan dalam J.League pun tidak mempunyai lesen sepenuhnya. Jadi masih ada kekurangan.

Tetapi sekiranya anda mencari game pengurusan bola sepak yang menarik, saya rasa Football Manager 2024 cukup bagus – sesuai untuk mereka yang ingin merealisasi impian sebagai Manager Kelab terhandal di dunia.


Football Manager 2024 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android pada 6 November. Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Football Manager 2024

7 Score

Secara keseluruhan, semua ciri-ciri di atas kelihatan kecil tetapi sebenarnya membuatkan game ini lebih seronok untuk dimainkan dan memberi impak besar pada gameplay.

PROS

  • Match Engine yang ditambah baik menjadikan perlawanan lebih menyeronokkan untuk ditonton
  • Smart Transfer sangat membantu dalam menjual atau membeli pemain
  • Set Piece Creator menjadikan gameplay lebih strategik dan menarik
  • Boleh meneruskan save file FM23

CONS

  • Tidak semua kelab dalam liga Jepun mempunyai lesen
  • Intermediaries kadangkala menawarkan harga yang terlalu murah berbanding market value

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Football Manager 2024review
ShareTweetSend
Previous Post

Pokemon Scarlet & Violet: DLC Kedua “The Indigo Disk” Akan Lancar Pada 14 Disember!

Next Post

‘Event Apex Legends x Post Malone’ Bermula Sekarang – Termasuk mode Three Strikes & Skin Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
‘Event Apex Legends x Post Malone’ Bermula Sekarang – Termasuk mode Three Strikes & Skin Khas!

'Event Apex Legends x Post Malone' Bermula Sekarang - Termasuk mode Three Strikes & Skin Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd