Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review FIFA 22: Lebih realistik, lebih seronok, lebih padu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2021
in Artikel, Berita, Origin, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review FIFA 22: Lebih realistik, lebih seronok, lebih padu!
Share on FacebookShare on Twitter

FIFA 22 bakal keluar pada 1 Oktober 2021, dan merupakan game pertama dalam francais yang dilancarkan untuk konsol next-gen iaitu Xbox Series X|S dan PlayStation 5. Faham-faham lah kenapa ramai yang teruja. Menurut EA SPORTS, FIFA 22 akan memberi pengalaman serba baru kepada francais dengan pelbagai penambahan menarik termasuk teknologi Hypermotion, tetapi adakah ia betul-betul bagus seperti yang disangkakan? Tanggungjawab saya hari ini adalah untuk menerangkan apa yang bagus, apa yang kurang, dan berikut adalah review saya untuk FIFA 22 di PS5!

*Memandangkan setiap game FIFA mempunyai mekanik dan gameplay asas yang sama, saya tidak akan menerangkan daripada segi itu. Review FIFA 22 ini hanya akan menumpukan kepada ciri-ciri baru yang ditambahkan serta perubahan visual.*

Gameplay yang lebih “realistik”

Tidak seperti entri sebelumnya, FIFA 22 menawarkan teknologi baru untuk konsol next-gen, yang dinamakan sebagai Hypermotion. EA menjanjikan bahawa teknologi ini membolehkan animasi yang jauh lebih baik dan lebih realistik pada pergerakan pemain dengan menggunakan pembelajaran mesin AI canggih. Malangnya, Hypermotion hanya terdapat pada konsol Xbox Series dan PS5. Sesiapa yang membeli versi PC, atau PS4, anda tidak akan merasa pembaharuan ini.

Perkara pertama saya perhati adalah ia terasa lebih “berat” ketika mengawal pemain. Itu bukan lah perkara yang buruk. Maksud sebenar saya adalah ia lebih realistik. Seolah-olah kita dapatkan merasakan pergerakan pemain dan berat badan apabila membawa bola. Sebagai contoh, apabila dua pemain saling bertembung, pemain yang kita kawal lebih sukar untuk bergerak untuk mensimulasikan “apabila kita hilang keseimbangan”. Apabila pemain lebih sukar untuk dikawal, bola tiba-tiba akan menjadi lebih “ringan” di mana kita kemungkinan besar akan tersasar apabila menyepak atau menghantar bola. Semua penambahan ini hanyalah untuk menjadikan FIFA 22 lebih realistik supaya kita yang bermain di rumah dapat mengalami suasana sebenar apabila bermain di atas padang.

Teknologi Hypermotion juga sepatutnya membuatkan AI lebih pintar ketika menyerang dan bertahan. Namun, untuk merasakan ciri “Tactical AI”, saya mendapati ia hanya tersedia untuk “difficulty level tahap Legendary”. Jika anda bermain pada difficulty yang lebih rendah, jangan harap lah untuk melihat perbezaan yang ketara. Satu perkara lagi yang saya perlu pesan adalah walaupun AI makin pintar, itu tidak bermaksud ia 100% efektif, terutama ketika bertahan. Kalau awak jumpa pihak lawan yang hebat, memang mudah bagi mereka untuk melepasi pertahanan kita dan menjaringkan gol.

Bukan semuanya teruk, kerana ada satu penambaikan AI yang saya suka iaitu penjaga gol kini lebih pandai untuk menghadapi pelbagai situasi. Sekiranya anda selalu bolos gol semasa situasi 1v1 di game FIFA lama, sekarang penjaga gol kita lebih cekap dan boleh menghalang gol pada situasi-situasi tertentu.

Ciri-ciri dan mode permainan: Apa yang baru?

Career Mode

Career Mode dibahagikan kepada dengan dua mod, di mana kita boleh menjadi Manager (pengurus) atau Player (pemain). Apabila menjadi pengurus, anda akan menguruskan kelab dan perkara-perkara penting yang berkait dengan perkembangannya manakala mod pemain mengisahkan perjalanan kita untuk menjadi superstar dalam dunia bola sepak seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

Salah satu perubahan terbesar dalam mod Manager ialah sekarang kita boleh mencipta kelab sendiri dengan pelbagai tetapan customization seperti membuat jersi pasukan, logo unik, dan stadium serta memilih pemain mana yang bakal bermain. Sebelum memulakan perjalanan, kita boleh memilih untuk memasuki liga besar serta merta atau mula bergerak dari liga bawahan lalu membuat nama sehingga dapat bersaing di liga tertinggi. Selain ciri ini, kebanyakannya adalah sama seperti entri sebelum.

Untuk mod Player, EA melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan seperti sistem “Match Objectives”. Pemain akan diminta untuk menyelesaikan misi tertentu mengikut kedudukan mereka. Sebagai contoh, dalam posisi Penjaga Gol: kita akan mendapat misi untuk menghalang sepakan gol pihak lawan sebanyak tiga kali. Ganjarannya? XP untuk meningkatkan level. Semakin tinggi difficulty level, semakin tinggilah XP yang diperoleh. Selain itu, mod ini juga akan mendapat ciri Cinematic di Locker Room, yang akan menunjukkan sebuah cutscene di bilik persalinan. Cutscene ini akan berubah bergantung kalau kita kalah atau menang dalam perlawanan. Seterusnya adalah ciri “Relationship” anta Pemain dan Pengurus. Apabila bermain dengan cemerlang, anda akan mempunyai hubungan yang baik bersama Pengurus dan ini membolehkan kita untuk sentiasa dipilih dalam perlawanan.

Perkara terakhir yang saya ingin jelaskan adalah “Skill, Archetype, dan Perk.” Skill and Archetype boleh disamakan seperti Skill Tree, di mana setiap Skill Point yang kita labur dapat meningkatkan statistik seperti Shooting atau Dribbling. Archetype pula adalah nod terakhir dalam Skill Tree yang meningkatkan statistik secara drastik, tetapi memerlukan banyak Skill Point. Perk membolehkan pemain ciptaan kita memperoleh pelbagai skil unik. Satu contoh yang saya boleh beri adalah Chance Creation. Jika Perk ini dipakai, maka pemain lain dalam pasukan kita akan mendapat peningkatan statistik tambahan untuk Passing dan Crossing.

FIFA Pro Clubs

FIFA Pro Clubs adalah mod online yang membolehkan kita mencipta pemain virtual baru dan bermain bersama rakan-rakan lain di atas padang dalam perlawanan 11v11 bagi mendapatkan pelbagai ganjaran. Apa yang baru dalam Pro Clubs adalah kita sekarang boleh menambah pemain wanita dalam pasukan. Pemain wanita boleh menyertai satu pasukan dengan pemain lelaki dan tidak terhad kepada jantina. Maksudnya, ada lebih banyak variasi kepada sukan bola sepak dalam FIFA untuk mewakili kaum wanita dalam permainan mereka.

VOLTA Football

Korang boleh anggap VOLTA sebagai spiritual successor kepada FIFA Street. Seperti namanya, kita tidak akan bermain di stadium yang besar, dan lebih kepada sukan futsal yang penuh dengan helah dan aksi mengelecek licik dalam perlawanan 3v3, 4v4, atau 5v5. Asalnya diperkenalkan pada FIFA 20, VOLTA telah menerima beberapa penambahan baru seperti VOLTA Arcade, yang merupakan serangkai mini-game. Anda boleh bermain dengan rakan atau orang rawak dalam 8 mini-game (EA Sports mengesahkan bahawa lebih banyak akan ditambahkan) yang terdiri daripada:

  • Dodgeball
  • Foot Tennis
  • Disco Lava
  • Quick Strike
  • Wall Ball Elimination
  • Team Keepaway
  • Target Gallery
  • Cover Scramble

Satu lagi tambahan baru untuk Volta adalah Signature Ability. Ini merupakan power up dan berkait rapat dengan cara anda bermain. Apabila meter Signature Ability penuh, anda boleh mengaktifkannya serta merta. Terdapat tiga Signature Ability berbeza iaitu: Power Strike, Pure Pace dan Aggressive Tackle.

FIFA Ultimate Team

Mod terakhir saya nak jelaskan adalah FUT. Mod paling berkontroversi dalam FIFA tetapi kita akan bincangkan tentang hal ini pada kemudian hari. Ada beberapa perubahan yang diterapkan dalam FUT kali ini iaitu mod Division Rivals (mod kompetitif) telah dirombak sepenuhnya. EA memperkenalkan sistem UI baru yang menunjukkan posisi kita dalam liga dengan lebih jelas dan apa yang perlu dilakukan oleh pemain untuk memanjat tangga liga kompetitif.

Bagi mereka yang kaki tegar FIFA, Elite Division diperkenalkan oleh EA untuk memberi cabaran baru dan dilabel sebagai tahap tertinggi dalam FUT. Namun, ia pasti akan sukar dicapai kerana terdiri daripada “pemain terbaik” dari seluruh dunia. Untuk mereka yang berjaya memasuki Elite Division, EA akan memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha anda.

Aspek visual dan prestasi

Konsol next-gen terkenal kerana memberi peningkatan grafik dan visual yang hebat pada generasi game baru tetapi entah kenapa, saya rasa kualiti grafik FIFA 22 di PS5 lebih kurang sama seperti di PS4. Harap maklum lah, FIFA adalah game berunsur “fast-paced” dan kebanyakannya masa kita tidak akan fokus pada model 3D watak atau persekitaran sekeliling. Peningkatan grafik menjadi ketara hanya untuk cutscene yang menunjukkan “zoom-in” kepada watak dan suasana keseluruhan stadium.

Semuanya cantik, semua “sharp” tetapi jika saya bandingkan FIFA 22 dengan game eksklusif lain di konsol next-gen, tahap kualiti grafiknya memang berbeza. Bukan saya kutuk FIFA 22, cuma saya harapkan grafiknya lebih lawa memandangkan ini game pertama dalam francais untuk PS5 dan Xbox Series. Selain dari itu, aspek prestasi memang patut dipuji. Load time semua pantas (umpama takde screen loading), dan saya pun tidak jumpa apa-apa bug yang ketara semasa bermain.

Pendapat

Saya sebenarnya agak berpuas hati dengan FIFA 22 kerana menerapkan pelbagai upgrade dari segi gameplay dan mekanik. Teknologi Hypermotion ternyata membuatkan game ini menjadi lebih baik, lebih realistik, dan saya menikmati setiap saat yang saya bermain. Seterusnya, beberapa penambahbaikan untuk mod sedia yang dahulu dianggap “repetitif” membuat saya ingin mencuba semula seperti mod VOLTA Football yang kini mempunyai mini-game dan mod Career yang membolehkan kita mencipta kelab sendiri.

Apa yang kurang? Mungkin kualiti grafik memandangkan FIFA 22 direka khusus untuk konsol next-gen. Kalau kita bermain di PS4 atau Xbox One, memang kualiti visual hampir sama. Seperti saya kata di atas, ini bukanlah masalah yang besar kerana majoriti masa pun pemain tidak akan memberi perhatian kepada butiran-butiran kecil memandangkan kita semua sibuk menjaringkan gol. Jika anda tidak kisah dan memang suka sukan bola sepak, saya sarankan korang supaya dapatkan FIFA 22 apabila ia keluar secara rasmi. Dari banyak-banyak entri dalam francais, FIFA 22 terbukti adalah salah satu game paling padu!

Itu sahaja untuk review saya bagi FIFA 22 yang bakal tiba di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini. Jika anda berminat untuk melihat segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

FIFA 22

8 Score

Jika anda peminat lama FIFA dan suka gameplay bola sepak yang lebih realistik, saya sarankan korang supaya dapatkan FIFA 22 apabila ia keluar secara rasmi.

PROS

  • Gameplay yang lebih syiok kerana teknologi Hypermotion
  • Banyak penambahbaikan dari segi gameplay dan mekanik
  • Mod Career yang lebih seronol

CONS

  • Kualiti grafik tidak seperti yang disangkakan
  • Teknologi Hypermotion hanya tersedia di konsol next-gen

Review Breakdown

  • Dari banyak-banyak entri dalam francais, FIFA 22 terbukti adalah salah satu game paling padu! 0
Tags: bola sepakea sportsFIFA 22reviewulasan
Previous Post

Touken Ranbu Warriors versi Inggeris akan dilancarkan pada tahun depan!

Next Post

Digimon Adventure: Evolusi baru Omegamon Alter-S menyelamatkan dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Digimon Adventure: Evolusi baru Omegamon Alter-S menyelamatkan dunia!

Digimon Adventure: Evolusi baru Omegamon Alter-S menyelamatkan dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd