Pada tahun ini, sukan Formula One (F1) telah mengalami perubahan dramatik kepada peraturan seperti pengurusan pasukan, cara kenderaan dan perubahan besar kepada fasa perlumbaan di atas litar. Muncul pula game F1 22 oleh Codemasters dan EA Sports, yang tiba pada masa yang sangat kritikal pada bulan Jun lalu!
Untuk mencerminkan dunia sebenar, game F1 22 pun melaksanakan perubahan tersebut sambil memastikan pengalaman itu amat mengalu-alukan pemain baharu memandangkan populariti sukan itu semakin meningkat.
Memang bukan tugas yang mudah, tetapi siri ini telah mengalami beberapa ‘upgrade’ yang agak dramatik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi eloklah semua orang cuba game ini jika ada peluang. Jom kita mulakan review ini!
Gameplay – Apa yang baru?

Bagi saya, Codemasters adalah antara studio terhebat dalam game perlumbaan simulasi, dan sekali lagi mereka berjaya membuktikan kehebatan mereka di sini.
Dalam usaha untuk mencerminkan kehidupan sebenar kepada sukan, F1 22 membuat beberapa perubahan pada ‘handling’ (cara pengendalian) dan tayar, serta fizik keseluruhan. Apa yang menarik adalah pemain veteran dan pemain baharu sepenuhnya akan bermula dalam “cara yang sama” kerana strategi dan setup lama tidak akan berfungsi dalam ekosistem baharu F1 22.

Hasilnya memang mengagumkan. Seperti litar sebenar, game kini terasa lebih menyeronokkan untuk bermain berbanding sebelum ini. Mengapa saya kata begitu, Dalam game lama, kesilapan di atas litar agak mudah untuk diatasi dan pemain dengan mudah dapat mengejar semula tempat pertama. Untuk F1 22 pula, saya rasa seolah-olah setiap perkara walaupun kecil sangat penting dan mempengaruhi perlumbaan dalam cara yang besar.
Game ini juga mempunyai ciri tambahan bernama Adaptive AI. Berdasarkan pilihan pemain semasa berlumba, pihak lawan komputer (AI) akan bertindak balas dengan lebih realistik di atas litar dan cuba memintas kita dalam cara yang tidak dijangkakan.

Gameplay seperti biasa, masih mendalam untuk para pemain simulator. Jika mahu lebih senang, korang boleh on saja Drive Assist tetapi bagi mereka yang kaki tegar F1, manual lah pilihan sebenar untuk betul-betul menikmati game ini. Bukan itu sahaja, keupayaan untuk memilih sudut kenderaan dan mini-game pendek di pit stop menambah unsur realisme pada bahagian simulasi.
Dari segi gameplay, F1 tidak ada masalah besar dan sentiasa cuba memberi pengalaman tulen ala-ala dunia sebenar walaupun perubahan itu sangat kecil.
Grafik dan visual

Pertama sekali saya lihat adalah Circuit de Barcelona-Catalunya, Melbourne Grand Prix Circuit dan Yas Marina Circuit telah dikemas kini dalam F1 22 supaya sepadan dengan reka bentuk dunia sebenar. Pada masa yang sama, mereka juga berjaya menambah Miami International Autodrome ke dalam game walaupun litar itu baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.
Seperti biasa, setiap litar terasa berbeza dalam visual dan prestasinya. Ini sama untuk tahap ‘immersion’ berdasarkan butiran unik yang diletakkan pada setiap trek.

Perkara yang sama diaplikasikan kepada kereta, yang sudah tentu adalah bintang utama dalam aspek rupa dan reka bentuk bunyi. Tumpuan studio terhadap perincian kecil, terutamanya apabila melibatkan kereta, amat teliti seperti Supercar McLaren, Mercedes, Aston Martin dan lain-lain, yang boleh dipandu dalam F1 Life (akan diterangkan lebih lanjut di bawah).
Studio nampaknya juga faham bahawa pemadanan visual dengan produk daripada kehidupan sebenar adalah sangat penting dalam game sukan pada hari ini. Penambahan baharu termasuk cutscene ala-ala ‘broadcast’ untuk pit stop, pusingan lap dan juga fasa safety car. Pemain boleh memilih untuk melangkau bahagian ini atau berinteraksi secara real time, yang menugaskan pemain untuk menavigasi detik-detik penting.
F1 Life dan mode lain-lain

Dalam entri lalu, mode naratif Braking Point mencuri perhatian sebagai bahagian paling menarik dalam game kerana memberikan pandangan yang peribadi tentang kehidupan seorang pemandu yang sedang naik sambil berfungsi sebagai tutorial untuk pemain baharu.
Malangnya, mode ini tidak dimasukkan dalam F1 22. Bagi pendapat saya, tiada mode lain yang setaraf dengan Braking Point terutamanya untuk edisi game tahun ini. Sebagai gantinya, F1 Life menjadi mode utama kali ini. Ia merupakan hub untuk pemain bersosial dalam sistem lobi di mana kita dapat berinteraksi dengan rakan-rakan sambil melihat kosmetik, yang dikumpulkan melalui ganjaran trofi dan Podium Pass.

Secara peribadi, tiada apa-apa yang terlalu bombastik tentang mode ini secara keseluruhan, memandangkan banyak game multiplayer sudah menerapkan sistem ini. Jadi apa boleh kita buat? Pemain boleh memperoleh kosmetik berjenama, ada ‘in-game store’, berkomunikasi di kalangan komuniti, memperibadikan avatar sendiri. Bagi mereka yang suka ciri-ciri multiplayer seperti, ini adalah tambahan yang bagus kerana ia tidak wujud dalam entri-entri sebelum.
Kemudian kita ada MyTeam, yang mendapat lebih banyak update seperti pemain dapat memilih salah satu daripada tiga titik permulaan untuk memulakan kerjaya. Sebagai contoh, mereka yang tidak mahu bermula dari bawah ala-ala gaya underdog, boleh pilih untuk bermula sebagai Front Runner.

Satu lagi adalah Career Mode, yang dinaik taraf dengan baik dari tahun lepas. Ia masih menjangkau satu dekad dan masih membenarkan kempen co-op dengan rakan. Penambahan aktiviti penyelidikan dan pembangunan menjadikan bahagian di luar litar lebih menarik. Perasaan ala-ala RPG semasa pengurusan pasukan dan kenderaan cukup mudah untuk pemain baru dan pada masa yang sama, cukup rumit untuk peminat simulator tegar.
Sesuai dengan perkembangan barunya setiap tahun, F1 22 telah selami ke dalam dubia VR buat kali pertama. Saya tidak sempat mencuba game ini dalam VR tetapi sepatutnya ia dapat berjalan dengan baik selepas menurut video orang lain di YouTube.
Pendapat

Negatif dahulu! Menukar mode naratif yang popular untuk melaksanakan hab sosial bagi aktiviti dalam talian mungkin tidak begitu menarik bagi majoriti pemain. Apa salahnya mereka “tambah daripada membuang.” Nasib baik lah F1 22 mempunyai Career Mode dan mode MyTeam yang cemerlang dan boleh dianggap yang terbaik dalam mana-mana game sukan.
Apa yang lebih penting daripada semua itu—yang sentiasa menjadi kelebihan Codemasters—adalah prestasi di atas litar, yang mencerminkan perubahan kehidupan sebenar dengan sangat tepat. Dengan penambahbaikan yang berterusan kepada sistem gameplay bermakna tarikan yang lebih luas kepada pemain simulator dan pendatang baharu. Jika mereka mengambil iktibar dan membuat penambah baikan yang betul pada sekuel seterusnya, F1 mempunyai potensi untuk berkembang lebih jauh.

Buat masa ini, kita boleh berpuas hati dengan pencapaian F1 22 – yang bagi saya, boleh diakui sebagai salah satu game terbaik dalam francais ini.
Maka, tamat lah review saya. Buat sesiapa yang berminat, F1 22 kini tersedia pada Xbox Series X/S, Xbox One, PS5, PS4 dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post