Eggy Party ialah game terbaharu oleh NetEase Games yang bergenre kompetitif multiplayer untuk mobile, di mana pemain akan berlawan antara satu sama lain dalam satu siri halangan sehinggalah seorang pemain sahaja yang kekal lalu dinobatkan sebagai pemenang.
Memandangkan Eggy Party sudah sedia boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store, mari kita lihat apa yang ditawarkan dalam game kompetitif multiplayer yang berwarna-warni ini!
Aksi kompetitif yang memaparkan telur
Dalam Eggy Party, anda bermain sebagai Eggy untuk bersaing dengan pemain lain dalam satu siri laluan berhalangan dalam dunia yang diilhamkan oleh rancangan game seperti Takeshi’s Castle dan Wipeout.
Setiap laluan berhalangan dipilih secara rawak, membuka lebih banyak kebolehmain semula kerana dalam satu perlawanan di mana anda boleh berlumba dengan pemain lain ke garisan penamat di trek pelangi, manakala pada masa lain anda akan bersaing dalam pasukan untuk penuhkan pentas dengan warna yang anda inginkan.

Ada banyak item rawak yang bertaburan di setiap peringkat, memberikan pemain peluang untuk menggunakan strategi seperti memanggil bola bowling gergasi untuk mengalahkan peserta lain atau meletakkan pad lompat untuk melompat lebih tinggi. Selain daripada pilihan pergerakan larian dan lompat biasa, anda juga boleh melepasi halangan sambil tolak peserta lain bila mereka jatuh dan kembali semula di checkpoint.
Memandangkan Eggies berbentuk bulat, anda juga boleh berguling seperti bola dan memecut untuk memintas pelumba lain. Kawalan pergerakan skrin sentuh terasa lancar dan kami tidak pernah rasa susah untuk memintas halangan walaupun semuanya dalam kekecohan.

Satu lagi keupayaan yang patut diberi perhatian yang dimiliki oleh watak anda ialah kemahiran untuk mengambil pelbagai objek termasuklah pemain lain, dan menawarkan anda peluang untuk buat beberapa gurauan lucu dan baling pemain lain daripada course.
Dengan pacing game yang pendek, game ini sangat menyeronokkan kerana saya bergelut dengan pemain lain, berebut-rebut di cerun berbentuk aneh dan menyerang pemain lain. Untuk dapatkan match juga agak mudah, jadi tidaklah membazir masa untuk sertai satu lagi perlumbaan.
Pentas yang berwarna-warni
Boleh dikatakan salah satu aspek Eggy Party yang paling menarik ialah gaya visual di mana Eggies, watak pemain berfungsi sebagai maskot game dan menjadi fokus game. Watak yang kelihatan seperti kartun ini kelihatan ringkas tetapi penuh dengan personaliti terutamanya bunyi yang terhasil apabila mereka melompat-lompat.

Sejak permulaan game, anda diberi keupayaan untuk reka Eggy anda sendiri dalam character creator. Walaupun pilihan adalah terhad, ada pilihan yang cukup untuk mencipta Eggy anda sendiri yang unik dan comel, terutamanya dengan ekspresi yang pelbagai seperti mata berbentuk hati, wajah sedih dan banyak lagi. Untuk game yang percuma untuk dimainkan, Eggy Party hadir dengan pelbagai item kosmetik yang boleh dibuka menggunakan transaksi mikro ataupun ganjaran daripada game. Ia juga hadir dengan pelbagai reka bentuk, membolehkan anda fesyenkan watak mengikut cita rasa.

Sebagai tambahan kepada barangan kosmetik, game ini juga menampilkan Eggy Enhancement, peningkatan ability yang meningkatkan lagi aspek tertentu watak anda untuk memperbaiki pergerakan mereka untuk mendapatkan kelebihan yang lebih baik dalam perlumbaan.
Selain itu, anda juga ada pelbagai pilihan Ultimate Skill untuk digunakan semasa perlumbaan untuk kacau pemain lain. Sebagai contoh, anda boleh mengubah watak anda menjadi Eggy Bomb yang meletup selepas masa yang singkat, membolehkan anda mengejar peserta lain dan meletup, kalahkan mereka.

Kesimpulan
Eggy Party sememangnya sebuah game yang seronok untuk dimainkan, dengan segala cabaran dan halangan yang unik malah boleh dimainkan berkali-kali. Dengan setiap reka bentuk Eggy pemain lain yang berlainan, ia semestinya membuatkan pentas lebih ceria dan meriah. Agak pelik juga melihat game multiplayer yang membolehkan pemain untuk meningkatkan kebolehan watak. Tetapi itu yang membuatkannya berbeza daripada game dengan genre yang sama. Apa tunggu lagi, cepat-cepat pergi ke kedai aplikasi masing-masing untuk mulakan perlumbaan Eggy ini!
Untuk membaca review game lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post