Dibangun dan diterbitkan oleh Square Enix, Dragon Quest Treasure adalah game action RPG dan merupakan spin-off kepada siri Dragon Quest. Game ini telah dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 9 Disember 2022, jika anda ingin tahu apa yng menarik tentang game spin-off terbaru daripada francais ini, jom teruskan membaca review daripada kami!
Story dan dunia Dragon Quest Treasures

Memandangkan game ini merupakan spin-off Dragon Quest, mesti ramai yang risau sama ada mereka perlu bermain Dragon Quest XI atau pun tidak. Namun, anda tidak perlu risau kerana game ini tidak ada kena mengena dengan prekuel-prekuel yang lain. Jadi anda boleh menikmati Dragon Quest Treasure tanpa perlu risaukan tentang kisah siri sebelum ini.
Game ini mengisahkan tentang dua beradik yatim piaitu, Erik dan Mia. Mereka telah disedut daripada dunia mereka dan kini berada di sebuah pulau terapung di dunia Draconia. Di sini, setiap pulau dipenuhi dengan harta karun yang banyak dan hampir semua penduduk pulau merupakan pemburu harta karun.
Ini membuatkan Erik dan Mia mula tertarik untuk menjadi pemburu harta karun, maka bermulalah pengembaraan epik dua beradik untuk mencari harta karun dan mengumpul tujuh Dragon Stones, harta legenda Draconia. Walaupun mereka akan berhadapan dengan bahaya, namun pengembaraan mereka sangat menyeronokkan dan tiada siapa yang betul-betul untuk membunuh, termasuk raksasa yang dua beradik ini berlawan.

Anda akan meneroka lima pulau utama yang mempunyai geografi berbeza dan membuatkan perjalanan anda menjadi lebih menarik dan menyeronokkan untuk diteroka. Sebagai permulaan, selepas tamat segmen pembukaan game ini, anda boleh pergi ke mana-mana pulau yang anda mahu dengan menaiki kereta api. Selain itu, pemain boleh menukar watak di antara Erik atau Mia pada bila-bila masa sahaja di safehouse.
Semua pulau bermula dengan raksasa yang mempunyai level yang rendah, tetapi apabila anda meneroka dengan lebih dalam, anda akan berjumpa dengan raksasa yang mempunyai level lebih tinggi daripada sebelum ini. Terpulang kepada anda jika ingin mengambil risiko meneroka kawasan berbahaya, tetapi game ini menjadikannya agak mudah untuk lari daripada musuh.
Gameplay dan raksasa

Dalam Dragon Quest Treasure, anda akan bermain sebagai Erik atau Mia dan boleh mengisi baki slot parti dengan raksasa. Iya, anda boleh rekrut raksasa untuk mengembara bersama-sama. Untuk merekrut raksasa, anda perlu kalahkan mereka dalam pertempuran dan ia akan kembali ke pangkalan. Pemain harus penuhi permintaan mereka dan kemudian akan menyertai parti. Dihujung game, jika anda telah menjadi lebih kuat, akan ada masa dimana sesetengah raksasa akan menyertai mengikut kehendak mereka.
Setiap raksasa mempunyai kelebihan penerokaan unik yang dipanggil sebagai Forte. Ia membantu anda untuk pergi ke kawasan yang susah untuk dilakukan sendiri. Contoh seperti Launch, ia membantu untuk mencapai tempat yang terlalu tinggi untuk didaki manakala Glide pula membantu anda terapung dan mencapai kawasan yang tidak boleh pergi melalui bantuan arus udara.

Mereka juga mempunyai keupayaan semula jadi untuk membantu mencari harta karun dengan lebih mudah. Sesetengah keupayaan membantu untuk mencari Armours dengan lebih mudah manakala yang lain lebih kepada mencari Statues.
Walaupun begitu, raksasa yang boleh menyertai pengembaraan anda hanya terhad kepada tiga sahaja. Tetapi anda boleh menukarnya di pangkalan. Jadi, pemain harus sentiasa merancang jenis Forte dan harta karun apa yang anda perlukan sebelum memulakan pengembaraan.
Berdasarkan pilihan saya, membawa raksasa dengan Forte Glide adalah pilihan utama kerana ia membolehkan saya mendapat pandangan daripada atas pulau. Saya juga suka dengan raksasa yang mempunyai kebolehan berbeza walaupun ia adalah spesis yang sama. Saya pernah meneroka pulau hanya dengan tiga Slime untuk menghilangkan bosan.
Mencari Harta Karun

Tujuan utama game ini adalah untuk mencari Harta Karun. Apabila anda mula mengembara dan meneroka, akan terdapat satu arahan untuk menunjukkan Harta Karun terdekat. Sebaik sahaja anda tiba , dengan mengaktifkan kebolehan Dragon Dagger raksasa, ia akan menujukkan lokasi sebenar Harta Karun tersebut.
Kebolehan tersebut mempunyai pelbagai versi bergantung kepada jenis raksasa yang dibawa dan ada kalanya penglihatan pemain menjadi monokrom. Sebaik sahaja pemain tiba di lokasi yang tepat, tanah akan mula bercahaya dan anda boleh mula menggali Harka Karun yang berada di dalam tanah.

Nampak senang kan, setiap penerokaan untuk mencari harta karun sememangnya menyeronokkan. Pemain boleh mengembara di pelbagai jenis kawan yang berbeza dan melihat betapa besarnya dunia Draconia. Anda mungkin akan lalui kawasan yang sama beberapa kali tetapi dalam Dragon Quest Treasure ini pasti akan ada perkjara baru untuk diteroka, tidak kira raksasa ataupun kawasan pulau-pulau di sini.
Bagi Harta Karun pula, akan ada pelbagai jenis ganjaran di dalamnya dan nilai ganjaran tersebut terpulang kepada anda sendiri untuk tentukan. Sesetengah pemain lebih suka untuk mencari Armour manakala yang lain akan fokus kepada Key Item. Bagi saya, benda yang paling berharga dalam game ini ialah Statues. Bukan setakat boleh memaparkannya di pangkalan, tetapi Statues ini juga memberi penghormatan kepada game sebelum ini rekaan watak utama dan juga musuh pada game Dragon Quest sebelum ini.

Tidak kira bagaimana anda melihat setiap harta karun, ia tetap akan menambah nilai pencapaian anda. Untuk setiap Harta Karun yang dibuka, pemain akan menerima banyak ganjaran untuk penerokaan mereka. Daripada meningkatkan level parti, membuka lebih banyak fasiliti di pangkalan sehingga mendapatkan banyak ciri baru yang akan membantu memudahkan pencarian Harta Karun.
Sistem pertempuran

Sistem pertempuran dalam Dragon Quest Treasure bagi saya adalah sedikit pelik. Anda hanya boleh mengawal Erik atau Mia dan mungkin menggunakan mereka sebagai Support sahaja. Walaupun dua beradik ini mempunyai Dragon Dagger untuk serangan jarak dekat, tetapi bagi saya, ia tidak memberikan impak yang besar kalau ingin dibandingkan dengan slingshot.
Dengan menggunakan slingshot, bukan sahaja boleh menyembuhkan pasukan dan menyerang musuh. Ia mempunyai beberapa jenis peluuru yang mampu untuk memberi buff kepada parti dan debuff kepada musuh. Itu sahaja yang boleh saya katakan untuk mekanik pertempuran game ini. Untuk raksasa yang ada dalam parti, mereka mempunyai set pergerakan dan kemahiran unik tersendiri tetapi dikawal oleh AI.

Dihujung-hujung game, apa yang saya perasan ialah raksasa dalam parti saya telah menjadi terlalu kuat. Jadi apabila saya berlawan dengan musuh, mereka akan menang dengan mudah. Saya hanya mampu tengok sahaja.
Pendapat saya, jika boleh kawal sendiri raksasa yang ada dalam parti pasti sudah menjadi sebagai satu tarikan untuk game ini.
Kesimpulan

Sebagai sebuah francais yang terkenal, Dragon Quest Treasure ialah game yang sesuai untuk pemain baru yang ingin bermain game Dragon Quest. Ini kerana game ini sangat mudah untuk dimainkan dan dunia Draconia kelihatan sangat menarik. Pengembaraan dan penerokaan juga memberi perasaan yang menyeronokkan walaupun sistem pertempurannya kurang memuaskan.
Kesimpulannya, saya sangat rekomen kepada mereka yang inginkan game yang casual dan mahukan keseronokan mencari harta karun dan meneroka. Yang paling penting, pemain tak perlu main game Dragon Quest yang lama untuk menikmati game ini.
Untuk baca banyak lagi review daripada kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Dragon Quest Treasure
Sebagai sebuah francais yang terkenal, Dragon Quest Treasure ialah game yang sesuai untuk pemain baru yang ingin bermain game Dragon Quest. Ini kerana game ini sangat mudah untuk dimainkan dan dunia Draconia kelihatan sangat menarik. Pengembaraan dan penerokaan juga memberi perasaan yang menyeronokkan walaupun sistem pertempurannya kurang memuaskan.
PROS
- Sesuai untuk pemain baru kepada francais.
- Penerokaan dunia Draconia yang memuaskan.
CONS
- Sistem pertempuran kurang memuaskan.
- Mencari harta karun agak repetitif.
Discussion about this post