Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Dragon Ball: The Breakers – Konsep dah tepat, gameplay kurang kemas

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2022
in Anime, Artikel, Asymmetrical, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Review Dragon Ball: The Breakers – Konsep dah tepat, gameplay kurang kemas
Share on FacebookShare on Twitter

Game jenis asymmetrical multiplayer adalah konsep yang bagus untuk membawa elemen seram ke dalam game di mana sejumlah watak harus bekerjasama untuk mengalahkan musuh yang menakutkan. Dengan Dragon Ball sebagai contoh yang terkenal, maka muncul lah Dragon Ball: The Breakers oleh Bandai Namco Entertainment yang cuba menggabungkan konsep ini. Memandangkan siri memiliki ramai penjahat dan hero, adakah ini cukup untuk membuat game nampak menarik?

Di sini, saya akan kongsi pendapat jujur dalam review Dragon Ball: The Breakers!

Harap maklum, saya tidak akan ceritakan tentang gameplay umum, kerana pernah membincangkan tentang hal ini di dalam preview lama. Anda boleh baca di SINI. Untuk review ini, saya hanya akan menceritakan pengalaman bermain sahaja. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan:

Jalan cerita

Game ini tidak mempunyai naratif kerana Dragon Ball: The Breakers umumnya adalah game berkonsepkan “asymmetrical” seperti Dead by Daylight. Prolog menceritakan peristiwa selepas kematian Frieza tetapi sebelum pengenalan Cell bersama dengan watak “Future Trunks”.

Bahagian prolog juga berfungsi sebagai tutorial kepada gameplay umum yang mengharuskan pemain (dikenali sebagai Survivor) melawan musuh-musuh hebat (dikenali sebagai Raider) sepanjang sejarah Dragon Ball sambil cuba melarikan diri menggunakan Time Machine.

Saya memang sayang francais DB dan memuji rekaan watak bagi kedua-dua pihak Raider dan Survivor. Ia memberi perspektif baharu kepada francais Dragon Ball. Malah, pemaju pun berkata bahawa premis game ini adalah untuk benar-benar membangkitkan rasa “kontras yang jauh berbeza daripada segi kekuatan,” dan saya percaya mereka berjaya melakukannya.

Melihat Majin Buu membantai 3-4 pemain sekaligus memberi gambaran bahawa dia adalah ancaman yang harus ditakuti. Saya sendiri pernah menghadapi situasi ini dan terfikir; “Kuat betul si Buu. Rasanya lawan 3-4 orang pun kalah juga”.

Pemain perlu memahami konsep

Walaupun prolog adalah pengenalan hebat kepada konsep game, saya dapati ia tidak membantu saya memahami mekanik.

Pada masa yang sama, terdapat manual untuk kita baca (yang menerangkan tentang gameplay umum) tetapi game menyembunyikan fitur ini sehinggalah saya merajinkan diri membaca settings. Apa yang membuatkan saya kecewa adalah game ini banyak menyembunyikan info berguna.

Sebagai contoh, halaman terakhir dalam tab “Training” menjelaskan tentang Skill. Selepas dinaikkan hingga ke level 10+, sesiapa sahaja boleh menggunakan skill tersebut. Itu penting kerana kita boleh menjimatkan sumber daripada mengagihkannya ke bahagian yang tidak digunakan.

Info ini hanya dijelaskan di manual sahaja. Jadi buat pemain yang sering melangkau tutorial dan bahagian panduan, saya sarankan supaya korang rajin membaca di dalam game ini.

Kekurangan maklumat tidak semestinya buruk; itu maksudnya pemain yang salah. Cuma, sekurang-kurangnya pemaju boleh meletakkan info untuk mengingatkan kita tentang manual. Perkara-perkara seperti ini yang menghalang potensi sebenar DB: The Breakers.

Tak banyak training boleh dilakukan

Selain prolog, terdapat practice mode untuk belajar tentang mekanik dan option untuk perlawanan latihan. Satu lagi masalah saya hadapi adalah untuk membuat perlawanan latihan, ia memerlukan orang sebenar.

Bayangkan, anda ingin berlatih, tetapi bolehkah kita mengumpulkan 8 rakan untuk berlatih sekali? Tidak ramai yang mempunyai game ini; jadi satu-satunya pilihan adalah bermain perlawanan sebenar. Bukan itu sahaja, ini bukan game free-to-play, anda perlu membelinya.

Dan akhir sekali, kita tidak boleh berlatih sebagai Raider, hanya Survivor sahaja. Bagaimanakah seorang beginner sepatutnya mempelajari mekanik-mekanik penting tentang Raider nanti?

Susah untuk pemain fahamkan gameplay

Disebabkan ini, kebanyakan pemain tidak memahami apa yang diperlukan untuk menang. Contohnya, walaupun Raider berada pada level jauh lebih rendah daripada Survivor (padahal mereka mempunyai Dragon Change lvl.3 ) – dalam mana-mana pertempuran 1v1, Raider sepatutnya akan menang.

Ramai pemain termasuk saya (maafkan kebodohan ku) terlalu tergesa-gesa ingin memukul Raider kerana tidak memahami perkara ini, lantas menyebabkan kekalahan pasukan Survivor.

Kerana itu, pemain mesti mempelajari banyak mekanik dan perkara lain jika mereka mahu berjaya. Malangnya, semua ini tersembunyi di dalam manual (melainkan jika anda dilahirkan dengan gaming sense yang bagus). Ini agak mengecewakan kerana konsep utama sudah sangat menghiburkan apabila kedua-dua pasukan sama seimbang.

Seperti saya katakan tadi, Survivor tidak perlu melarikan diri kerana mereka boleh mengalahkan Raider; apa yang anda perlu lakukan ialah bekerjasama dengan pasukan. Bagaimana? Sekurang-kurangnya empat atau lima pemain perlu menyerang secara bertubi-tubi atau menggunakan serangan khas dan harap-harap, ia dapat mengalahkan Raider.

Kebanyakan pemain tidak menyedari kepentingan kerja berpasukan. Daripada meneruskan momentum, mereka sebaliknya cuba untuk menghadapi Raider seorang diri sahaja, atau terlalu sibuk dengan aktiviti lain yang sebenarnya tidak perlu.

Aturan gacha, Grinding Battle Pass hingga ke maksimum

Senarai watak yang boleh kita Dragon Change, sebenarnya agak banyak, walaupun semasa hari pelancaran. Terdapat sekurang-kurangnya 8 transformasi iaitu Goku, Vegeta, Gohan, Piccolo, Krillin, Trunks, Tien, Yamcha dan Android 18. Memandangkan gacha banner dipanggil Spirit Siphon Vol. 1, pasti akan ada lebih banyak watak akan datang tidak lama lagi.

Character Skill yang kami gunakan semasa Dragon Change boleh diperoleh melalui Training atau Spirit Siphon. Passive Skill pula mesti diperolehi oleh RNG, yang kadangkala mempunyai peluang 1% untuk muncul dan memerlukan usaha yang banyak. Super Attack juga boleh diperoleh melalui Training, tetapi ia sangat mahal.

Kemudian kita ada Battle Pass, di mana pemain boleh harus memanjat Dragon Tier untuk dapatkan pelbagai ganjaran. Ini terdiri daripada beberapa sumber, seperti gacha untuk Spirit Siphon, dan barangan kosmetik. Pemain boleh memanjat Dragon Tier dengan menyelesaikan cabaran harian dan mingguan, atau membelanjakan wang sebenar.

Alang-alang bercakap tentang Skill, mekanik ini membolehkan pemain mengekspresi playstyle kegemaran masing-masing. Saya boleh mencipta pelbagai loadout untuk Survivor seperti stealth/ build yang agresif/ build untuk mencari sumber; dan semuanya sama penting. Ini menunjukkan bahawa game tiada META, di mana semua orang hanya menggunakan build atau loadout yang sama.

Akhir sekali saya nak puji adalah visual kosmetik yang memang cantik dan bergaya. Bukan itu sahaja, ia juga memberi throwback kepada zaman Goku kecil daripada Dragon Ball hingga ke penghujung Dragon Ball Z. Pilihan baju dan aksesori memang banyak, jadi terpulang kepada pemain jika mereka ingin jadi manusia normal, rupa Saiya, atau lain-lain.

Pendapat

Saya boleh kata, DB: The Breakers berjaya menepati tema “manusia terlalu lemah di hadapan penjahat super”. Ia memang game yang seronok, tapi pada bahagian permulaan sahaja.

Pertama sekali, tutorial tidak cukup membantu untuk beginner. Secara tidak langsung, ini juga akan mengecewakan pemain veteran yang terpaksa matching dengan beginner tersebut. Masalah seterusnya, sesi grinding yang panjang dan kadar RNG yang rendah pasti akan menghalang pemain daripada menikmati game sepenuhnya sambil memberi gambaran ia “melecehkan”.

Walau bagaimanapun, jika semua orang bermain secara bagus, barulah ia rasa menyeronokkan. Konsepnya bagus – melarikan diri daripada Frieza lebih menyeronokkan dan mendebarkan seperti yang kita lihat daripada anime. Jadi untuk mengalami kejadian ini semula sebagai seorang manusia, ia memberi pengalaman yang segar dan serba baharu.

Secara keseluruhan, meneroka dunia Dragon Ball dari perspektif watak yang lebih lemah sebenarnya agak menyeronokkan. Cuma pesanan saya adalah untuk bermain bersama kawan-kawan atau skuad yang memahami supaya anda tidak tertekan.


Itu sahaja untuk review ini! Bagi sesiapa yang berminat, Dragon Ball: The Breakers kini tersedia untuk PC, PlayStation 4, Switch dan Xbox One!

Dragon Ball: The Breakers
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Dimps
Release Date: 2022-10-13
Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Dragon Ball: The Breakers ialah game aksi asimetri, di mana pemain dibahagikan kepada dua pasukan – satu ialah Raider, musuh utama daripada siri Dragon Ball; dan pasukan Survivor, di mana tujuh pemain perlu mengelak daripada Raider yang kuat dan melarikan diri ke tempat yang selamat. Objektif Raider adalah untuk mengalahkan semua Survivor sebelum mereka berjaya melarikan diri. Pemain boleh memilih untuk bermain di kedua-dua belah pihak dan mesti menggunakan Skill dan item untuk memperoleh kemenangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallDRAGON BALL: The Breakersreview
Previous Post

Manga Black Clover rehat 2 minggu akibat Yuki Tabata sakit

Next Post

Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!

Hampir 100 Jam! Ketahui Game Single-player Yang Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihabiskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd