Seperti majoriti kanak-kanak di Malaysia, saya membesar dengan Doraemon di mana semua saudara mara akan tonton kartun ini tiap kali keluar ia di TV. Kini saya berpeluang untuk bermain watak ikonik tersebut dalam game Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom!

Bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah game kedua Doraemon Story of Seasons yang menggabungkan mekanik ikonik francais (Story of Seasons) SOS dengan watak-watak dan gaya seni daripada siri anime kanak-kanak Doraemon.
Maka hadirlah Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom! Sekali lagi kami menyertai Nobita, Doraemon dan rakan-rakan dalam pengembaraan serba baharu untuk melihat sama ada ia sama seronok seperti game pertama atau tidak.
Jalan cerita

Sebelum saya mulakan review ini, korang semua kena faham bahawa seluruh geng Doraemon dinamakan berdasarkan versi bahasa Inggeris iaitu Nobita – Noby, Shizuka – Sue, Giant – Big G, Suneo – Sneech. Ini mungkin bukan masalah besar di negara Barat, tetapi saya sendiri rasa sangat pelik memandangkan kita dibesarkan dengan versi nama Jepun. Giant jadi Big G? Aduh, pelik betul namanya.
Jadi berikut adalah ringkasan jalan cerita:
Noby dan rakan-rakannya baru sahaja mula cuti musim panas, tetapi semua mempunyai dilema masing-masing disebabkan oleh ibubapa. Selepas Noby melihat tahi bintang di langit, dia tertanya-tanya sama ada terdapat planet yang jauh di alam semesta.
Ditemani oleh Doraemon, Suneo, Giant, dan Shizuka, mereka memutuskan untuk meninggalkan ibu bapa dan melancarkan roket ke angkasa menggunakan poket ajaib Doraemon demi mencari planet lain.

Apabila kapal angkasa terhempas, mereka bertemu Lumis, seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah ladang yang di ambang tutup. Kerana tidak dapat pulang ke rumah memandangkan kapal rosak, Lumis menjemput mereka untuk tinggal bersamanya di ladang.
Selagi mereka boleh membantu dengan kerja ladang, mereka boleh tinggal selagi perlu. Dengan rasa bersyukur, Doraemon, Nobita, dan rakan-rakan bersetuju.
Tidak lama selepas itu, Doraemon kembali ke lokasi kapal terhempas tetapi malangnya, ia dicuri. Dua askar mengaku telah mengambil kapal atas permintaan Ratu. Doraemon dan rakan-rakan kemudian melawat istana untuk mendapatkannya semula, tetapi rupanya si Ratu adalah ibu kepada Lumis.

Ibu Lumis masih ragu-ragu dengan geng Doraemon, dan enggan memulangkan kapal mereka, sebaliknya mengancam untuk menghumban semua ke dalam remaja. Lumis meminta kumpulan itu diberi peluang bagi membuktikan nilai mereka, jadi Queen bersetuju untuk membebaskan mereka.
Akibatnya, ia terpulang kepada Nobita dan Doraemon untuk memperbaiki ladang dan menghebatkan sekeliling bandar untuk meyakinkan Queen supaya menerima mereka dan memberi semula kapal itu semula supaya semua orang boleh pulang ke rumah.
Sesi menjaga ladang
Bahagian ini memang 100% milik game Story of Seasons, kecuali wataknya berasal daripada francais Doraemon.

Kita menghabiskan majoriti masa di ladang dan sebahagian lagi untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. Di sini, saya akan menjelaskan dahulu tentang hal pertanian.
Seperti pendahulunya, tumpuan utama (di bahagian awal) Story of Seasons ialah pertanian, dan game ini melakukannya dalam konteks yang cukup menarik dan dan mudah untuk faham. Pemain diberikan pelbagai alat, seperti cangkul untuk membajak tanah, tukul untuk menghancurkan batu, kapak untuk memotong kayu, dan tong air untuk mengekalkan tanaman.
Terpulang kepada kita untuk memilih tanaman dan memastikan ia dijaga dengan betul supaya ia dapat membesar sepanjang musim demi menjana wang pendapatan (itupun demi menambah baik ladang).

Selain tumbuhan, kita juga boleh menternak alpaca (comel ya ampun binatang ini) dan binatang standard lain seperti ayam, lembu, biri-biri dan kuda. Untuk memastikan ternakan gembira dan sihat, mereka memerlukan makanan harian yang boleh ditanam atau dibeli. Setiap binatang ini juga perlu dibawa keluar pada hari yang cerah untuk kekal produktif.
Malangnya, di sini masalah mula timbul.

Salah satu aspek paling penting semasa memelihara haiwan ternakan ialah kita perlu membenarkannya keluar, dan juga perlu memasukkannya semula ke dalam kandang secara manual. Ternakan tidak merayau terlalu jauh, jadi ia mudah untuk mengumpulkan mereka.
Tetapi dengan kawalan pelik ala zaman Game Boy, menggerakkan lembu-lembu ke dalam kandang menjadi proses yang sukar dan lembap. Masalah ini benar-benar menjadi dilema apabila saya semakin jauh dalam jalan cerita dan sekarang menjadi aktiviti menjengkelkan yang menganggu tugas harian saya.

Selain itu, proses mengutip tanaman juga menyusahkan. Alangkah baiknya jika terdapat cara lebih cepat untuk mengambil tanaman dan barang-barang lain kerana melakukannya satu demi satu amat memakan masa, terutamanya apabila berurusan dengan banyak tanaman sekaligus.
Ciri multiplayer memang cemerlang

Mode multiplayer terutamanya local co-op adalah tambahan paling saya suka di mana pemain ke-2 boleh mengawal Doraemon manakala kita mengawal Nobita dengan menyambungkan dua controller.
Jika pasangan sibuk, kita boleh membenarkan salah seorang rakan Nobita untuk menemani kita semasa melakukan aktiviti harian. Kerana AI berfungsi dengan bijak, saya memaksa ia teman setiap hari kerana sistem yang menjimatkan masa.
Untuk meningkatkan output, “teman” dapat melakukan apa yang kami lakukan serta mengikuti kami. Jika kita menyiram tanaman, mereka akan melakukan perkara yang sama; jika kita memancing, mereka turut menyertai memancing ikan; dan jika kita melombong, mereka akan bantu cangkul.

Ini menjadikan kerja lebih berkesan, namun korang harus tahu bahawa Nobita dan Doraemon berkongsi stamina bar yang sama. Oleh itu, walaupun kita boleh melakukan kerja dengan lebih cepat dengan pemain ke-2, anda perlu mengambil kira stamina mereka jika tidak mahu pengsan keletihan.
Selain bercucuk tanam, ada banyak lagi aktiviti lain
Sememangnya, Nobita adalah seorang budak muda yang aktif dan gemar melakukan pelbagai jenis aktiviti.

Selain bertanam, dia boleh melombong untuk menemui bijih tembaga, besi, perak dan banyak lagi mineral lain. Walaupun memakan banyak stamina, hasil daripada sumber-sumber berharga ini amat berbaloi dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai cara berbeza, termasuk menambah baik alatan, membuat barangan baharu untuk rumah dan menambah baik ladang.

Seterusnya ialah memancing dan menangkap serangga. Kita boleh keluar dan menangkap sebarang serangga atau ikan menggunakan jaring atau pancing. Aktiviti menangkap serangga agak rumit kerana kebanyakan akan melarikan diri jika kita menghampirinya terlalu cepat, manakala memancing lebih kepada ujian kesabaran dan timing.

Selalunya, serangga diberikan sebagai hadiah atau boleh dijual, tetapi lebah madu amat penting untuk memperoleh bekalan (mereka membuat madu untuk ladang kami). Bagi ikan, selain menjadi hidangan yang boleh disediakan untuk meningkatkan stamina, ikan juga boleh dihadiahkan kepada NPC. Saya selalunya memancing kerana ia tidak mengurangkan stamina saya.

Di samping itu, anda boleh memperoleh gajet Doraemon untuk membantu dalam kehidupan seharian. Dengan bantuan gajet Doraemon, Nobita boleh pergi ke mana-mana sahaja menggunakan Anywhere Door, Rain Cloud boleh menyiram tanaman untuk kita, dan sejenis seruling ajaib akan membolehkan Noby berenang di bawah air, lantas meluaskan lagi lokasi yang boleh diterokai.
Pemain yang suka pengalaman lebih “tradisional” boleh bermain game ini tanpa menggunakan gajet. Ia bukan komponen penting dalam game; hanya bonus untuk membantu pemain.
Memupuk hubungan membuka jalan cerita

Doraemon Story of Seasons tidak mempunyai komponen bercinta dalam sistem interaksi (ini kan anime kanak-kanak) dan sebaliknya memfokuskan pada persahabatan dengan penduduk-penduduk kerajaan.
Ia juga mudah untuk berkawan dengan mereka di mana kita hanya perlu bercakap dengan NPC setiap hari dan sekali-sekala memberi hadiah. Berkawan dengan penduduk kerajaan akan membuka jalan cerita baharu yang mengajar kita lebih lanjut tentang kehidupan mereka dan memajukan plot individu masing-masing. Ini membantu untuk meneruskan plot sambil menawarkan ganjaran lebih besar.

Mengambil bahagian dalam tugasan harian (yang berubah-ubah setiap hari), adalah satu lagi kaedah penting untuk mempercepatkan proses berkawan. Ini juga memberi ganjaran wang, dan bergantung pada item yang diperlukan, sangat berbaloi untuk dilakukan untuk mendapatkan wang tambahan.

Anda boleh mengelak bercakap dengan NPC jika ingin menumpukan perhatian semata-mata pada proses pertanian, tetapi di sana, kita tidak dapat menikmati daya tarikan sebenar game ini. Bukan itu sahaja, pemain juga akan mempunyai terlalu banyak masa lapang dan tidak tahu untuk berbuat apa.
Visual ala anime original, sedap mata memandang

Visual seni untuk sekuel nampak cantik dan menawan, serupa dengan game pertama Doraemon Story of Seasons. Segalanya kelihatan lebih indah daripada anime memandangkan pemandangan dan watam direka berdasarkan suasana buku cerita watercolour.
Muziknya juga menenangkan dan santai, untuk mewujudkan suasana seronok semasa meneroka dan menjalankan urusan harian.

Tetapi tidak semuanya baik, terutamanya berkaitan dengan peta dalam permainan. Saya mengambil masa yang lama untuk faham me mana arah laluan dalam peta akan pergi dalam peta kerana game menggunakan perspektif tetap dan beberapa laluan yang ditunjukkan tidak sama seperti yang dilukis pada peta. Jadi ini agak memeningkan.
Pendapat

Secara keseluruhan, kekuatan sebenar game ini adalah pada jalan cerita memandangkan kebanyakan ciri seperti perlombongan, pertanian dan menjaga haiwan masih sama seperti game Story of Seasons sebelum. Walaupun begitu, Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom masih terasa “fresh”, maka membuatkannya sesuai untuk mana-mana beginner mahupun peminat lama.
Objektif utama tetap sama, iaitu untuk memperbaiki bandar dan menjalin hubungan dengan penduduk, tetapi tambahan plot sampingan yang melibatkan setiap ahli komuniti membuatkan saya berasa lebih tertarik dengan game ini. Setiap plot mengisahkan hal realistik dan direka dalam cara yang menjadikan tugas harian kita kepada objektif yang berbaloi dan bukannya misi sia-sia.

Peminat Doraemon pasti akan menyukai game ini dan bagi mereka yang mencari pengalaman Story of Seasons baru, korang pasti akan tertarik dengan perubahan yang ditawarkan game ini.
Buat mereka yang berminat, Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom boleh didapati sekarang di Nintendo Switch, PS5 dan PC.
@gamersantaimy
The Review
Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom
PROS
- Cerita dan plot setiap watak amat menyeronokkan untuk dialami
- Mekanik baharu menjadikan game lebih mudah
- Visual tenang dan sesuai dengan game SOS
CONS
- Pertanian dan menjaga haiwan boleh menjadi menjengkelkan
- Peta terlalu mengelirukan
Discussion about this post