Diablo Immortal telah diumumkan sejak 2018 dan awalnya adalah game eksklusif hanya untuk mobile. Walaupun ada banyak mobile RPG untuk cuba, Immortal adalah game Diablo pertama yang direka khusus untuk peranti mobile. Oleh itu, ia membawa satu keunikan dan keterujaan yang berbeza.
Selepas dua ujian Technical Alpha’s dan satu ujian beta, kami akhirnya makin rapat dengan tarikh pelancaran Diablo Immortal yang jatuh pada tarikh 22 Jun 2022 di Malaysia. Untuk pasaran global, game ini akan dilancarkan bermula 2 Jun, jadi saya rasa ini adalah masa yang baik untuk menceritakan semula tentang apa yang istimewa sangat tentang Diablo Immortal.
Tanpa melengahkan masa, inilah preview saya.
Visual dan UI

Seperti majoriti game Diablo, Immortal adalah ” top-down hack-and-slash MMO di mana kita bertarung dengan segerombolan iblis menggunakan kuasa-kuasa unik dan magic. Apa yang membezakan Immortal adalah ia direka sepenuhnya untuk telefon pintar, dan memiliki komponen multiplayer yang lebih luas, lantas menyifatkan sebagai MMORPG berbanding game PvE tipikal.

Semasa baru sahaja diumumkan, mesti ramai peminat tertanya bagaimana Diablo Immortal akan memuatkan semua skil, HP dan maklumat lain pada skrin yang lebih kecil. Nasib baiklah itu tidak menjadi masalah kerana Blizzard telah menemui cara untuk mempamerkan semua maklumat yang diperlukan di atas skrin dengan kemas. Bagi sesiapa yang biasa memainkan game MMO lain di telefon pintar, UI-nya tidaklah terlalu berbeza dan korang patut boleh membiasakan diri di mana butang skil dan auto attack berada di sebelah kanan skrin.
Apa ada dalam PvE?

Buat peminat Diablo atau kaki tegar MMO, gameplay Immortal mudah untuk faham dan lebih kurang sama seperti game yang korang biasa bermain. Sambil meneroka seluruh “Sanctuary”, kita akan mara melalui pelbagai dungeon untuk memperoleh loot sambil majukan jalan cerita utama. Dari pengalaman saya, kebanyakan dungeon boleh diselesaikan dalam masa 10-15 minit sama ada sendiri di level yang disyorkan. Jika bersama dungeon, masa itu akan dikurangkan kepada separuh.
Selain daripada dungeon tradisional, Immortal turut menampilkan Rift, sejenis mekanik yang akan muncul semasa endgame. Rift membolehkan pemain pergi ke kawasan baru untuk menentang sejumlah raksasa sukar. Kawasan yang kita pergi akan dijana secara rawak, dan syarat untuk menang adalah untuk membunuh semua musuh sebelum tempoh masa tamat. Sekiranya berjaya, kita akan diberi ganjaran yang boleh membantu menguatkan watak.

Rifts hadir dalam dalam dua bentuk: Challenge Rift dan Elder Rift. Challenge Rift memiliki pilihan kesukaran yang lebih tinggi dan papan pendahulu untuk membandingkan prestasi kita dengan pemain, manakala Elder Rift boleh diubah suai untuk meningkatkan variasi dan ganjaran yang anda perolehi selepas menyelesaikannya.
Seterusnya adalah Helliquary, yang akan dibuka pada level 41-45. Merupakan satu lagi content PvE, mode ini adalah “8-player raid di mana pemain mencari, memerangkap dan membunuh “bos”. Pemain akan menerima trofi selepas mengalahkan makhluk ini, yang kemudian boleh disimpan dalam Helliquary untuk meningkatkan kekuatan watak secara kekal.

Immortal atau Shadow?
Walaupun PvE adalah ciri utama dalam game ini, Immortal juga menampilkan elemen PvP.

Apabila capai fasa endgame, korang perlu memilih antara Immortal atau Shadow. Setiap peranan mempunyai kandungan yang berbeza, jadi pemain puak yang korang berminat.
Untuk Immortal, koramg perlu mempertahankan Sanctuary dari segala iblis yang cuba menganggu ketenteramannya. Sebagai Immortal, matlamat anda juga adalah perlu mengekalkan kedudukan dari dipotong oleh pemain Shadow. Mereka yang menjadi pemain elit Immortal akan dipamerkan di Wall of Honor, dimana semua pemain boleh melihat anda di Westmarch (hub utama).

Manakala untuk Shadow pula, korang bersama pemain lain akan membantu Immortal untuk menentang musuh. Namun, jika Shadow lebih kuat dari Immortal, mereka boleh menjatuhkan pemain Immortal paling terkuat dan menjadi pemain elit dalam server tersebut.
Di samping itu, setiap minggu akan ada acara multi-stage PVP di mana 10 pemain Shadow terbaik akan menentang 8 pemain Immortal terbaik. Acara ini dipanggil Rite of Exile, di mana pemain Immortal perlu mengalahkan pemain Shadow untuk kekal dalam Wall of Honor. Jika Immortal kalah dalam acara ini, pemain Shadow yang menang akan mengambil alih takhta mereka.

Kedua adalah “Cycle of Strife”: satu dunia besar yang menghuni sejumlah server dengan lebih 100 pemain di mana mereka harus bersaing untuk mendapatkan gelaran Immortal. Ini membolehkan mereka mendapat akses kepada sebuah raid eksklusif seramai 48 orang bernama Kion’s Ordeal.
Sekali seminggu, pemain terbaik dalam setiap server akan dipilih untuk menjadi Immortal, dan 30 lagi pemain lain (digelar sebagai Shadow) perlu melawan dia secara 30v1. Immortal tersebut kemudian akan berubah menjadi bos yang besar, dan memperoleh beberapa abiliti baru untuk melawan jumlah pemain Shadow yang ramai.

Jika Immortal menang, mereka akan kekal memegang gelaran itu, tetapi jika mereka mati, 30 pemain tadi perlu bertarung antara satu sama lain untuk menentukan siapa yang akan menjadi Immortal seterusnya dalam fasa yang dipanggil The Final Battle.
Apakah ganjaran untuk Immortal? Mereka mempunyai akses kepada pakaian kosmetik wingset dan boleh melakukan beberapa aktiviti yang eksklusif seperti Kion’s Ordeal yang mengandungi pelbagai ganjaran eksklusif.
Kelas yang boleh kita cuba

Seperti semua game seumpamanya, terdapat banyak kelas untuk dipilih dalam Diablo Immortal. Setakat ini, terdapat enam kelas dalam Diablo Immortal, iaitu Barbarian, Monk, Wizard, Demon Hunter, Crusader dan Necromancer. Berikut adalah sinopsis ringkas bagi setiap kelas:
- Barbarian: Kelas pertama yang mungkin paling banyak dipilih oleh pemain. Barbarian adalah kelas berasaskan kekuatan, dan menggunakan senjata seperti pedang, kapak dan tukul untuk membunuh musuh. Serangan seperti Hammer of the Ancients dan Ancient Spear akan membantu membersihkan musuh dengan cepat.
- Monk: Menumpukan pada ketepatan dan menggunakan serangan sepantas kilat berasaskan mobiliti dan kepantasan.
- Wizard: Menggunakan sihir, dan mempunyai pelbagai abiliti misteri, termasuk serangan meteor, letupan kilat, dan kuasa untuk teleport di medan perang.
- Demon Hunter: Satu lagi kelas yang mempunyai serangan jarak jauh, dan menggunakan crossbow untuk mengalahkan musuh. Pemain boleh mempelajari pelbagai serangan berdasarkan busur, termasuk kebolehan untuk stun dan knockback musuh.
- Crusader: Kelas ini umpama tank. Crusader berpakaian perisai dan lebih kepada support dengan campuran serangan serta buff.
- Necromancer: Kelas ini boleh menyeru tentera mayat hidup untuk menyerang bagi pihak pemain.
Setiap kelas memiliki 12 kemahiran di mana pemain hanya dibenarkan menggunakan lima pada masa yang sama semasa bermain. Semuanya berbeza dan unik bagi setiap kelas. Setiap kelas juga mempunyai Ultimate Ability, yang akan menguatkan kuasa tertentu bagi watak.
Bosan dengan satu kelas? Korang boleh menukar watak sedia ada kepada kelas baru. Apabila melakukan “class changing”, pemain akan mengekalkan progress untuk level Paragon, dan menerima satu set item yang sepadan dengan kelas baru. Kita juga akan memindahkan semua item dan gem ke kelas itu.
Fungsi gear

Gear ialah asas bagi mana-mana game Diablo, dan Diablo Immortal pun tidak terkecuali. Memperoleh gear dalam Diablo Immortal akan menjadi kunci kejayaan terbesar bagi mana-mana pemain, dan korang boleh mencarinya dengan mengalahkan raksasa, membeli daripada NPC dan dengan hanya bermain melalui jalan cerita.
Tidak seperti game Diablo lama, set item dalam Immortal terdiri enam jenis sekunder (tangan, kaki, leher, pinggang dan dua cincin). Jika set itu berjaya diisi dengan tiga atau enam item sepadan, item ini memberikan bonus tambahan seperti penyembuhan ekstra dan kelajuan tambahan.
Satu perkara bagus yang korang perlu tahu adalah semua item akan tersedia dalam game, yang bermakna kita tidak perlu risau tentang mereka yang “pay-2-win”. Setiap item mempunyai statistik uniknya sendiri, tetapi ia boleh dikuatkan menggunakan gem, rune dan charm:
- Pemain boleh memasukkan Gem ke dalam gear untuk meningkatkan statistik, manakala permata yang lebih kuat— dinamakan Legendary Gem — juga akan menyediakan kuasa hebat yang memastikan watak anda terus berkembang daripada segi kuasa dan kemahiran.
- Rune wujud sebagai mata wang untuk membantu pemain mencipta Legendary Gem dan ia boleh digunakan di mana-mana “jewelcrafter” di Westmarch. Bagi pemain yang berjaya ke endgame, anda juga dapat mencari Rune dalam Elder Rift, jadi mengumpulnya tidak terlalu menyusahkan.
- Charm bertindak sebagai cara alternatif untuk pemain customize gear mereka dalam Diablo Immortal. Ia mempunyai ruang sendiri dalam slot gear, dan akan memberi dari satu hingga lima bonus yang membantu meningkatkan rank skil kita.
Mikrotransaksi tidak mempengaruhi kekuatan

Walaupun Diablo Immortal adalah percuma untuk dimainkan, sistem mikrotransaksi masih wujud dalam permainan. Tetapi menurut Blizzard, Diablo Immortal tidak akan menampilkan sebarang mekanik “pay-2-win”. Pembelian dalam in-app store hanya akan berfungsi sebagai barangan kosmetik atau perkara yang “melengkapkan gameplay”.
Dalam in-app store, korang boleh membeli Legendary Crest, Rare Crest, Reforge Stone, dan mata wang lain seperti Platinum atau Eternal Orb. Kita boleh membeli Legendary Crest dengan Eternal Orb, manakala Platinum digunakan untuk membuat Legendary Gem di jewelcrafter atau digunakan untuk membeli barang dari The Market (umpama rumah lelong).
Pendapat

Mungkin ada yang tidak percaya tetapi sejujurnya ini adalah salah satu game MMO mobile terbaik yang pernah saya cuba. Game ini cukup menyeronokkan, prestasi semua lancar dan visualnya memang hebat. Saya sendiri kagum dengan usaha Blizzard dan gembira mereka menggunakan masa yang diperlukan untuk mengeluarkan game yang memuaskan hati.
Walaupun banyak pujian, saya tidak kata game ini datang tanpa kekurangan. Masih ada banyak perkara yang mereka boleh perbaiki seperti controller support yang kurang lengkap, saiz fail yang terlalu dan content yang repetitif semasa di endgame. Semuanya mungkin boleh diperbaiki pada masa depan tetapi itu sahaja kekurangan yang saya rasa Immortal memiliki.

Memandangkan ini akan game free-2-play, saya sebenarnya takut dengan bahagian mikrotransaksi dan bagaimana ia akan mempengaruhi gameplay tetapi nampaknya perkara itu pun tidak perlu terlalu risau. Buat masa ini, semuanya nampak mudah untuk kumpul dan rasanya mampu bersaing dengan pemain yang sanggup melaburkan duit sebenar untuk maju dalam permainan.
Selain semua itu, rasanya Blizzard sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan Diablo Immortal yang mungkin akan menetapkan standard nagi semua game mobile RPG di masa depan.
Maka, tamatlah preview saya untuk Diablo Immortal. Bagi sesiapa yang berminat dengan game ini, ia akan dikeluarkan di Malaysia untuk Android, iOS dan Windows pada 22 Jun 2022. Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post