Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board – Langkah Masuk Ke Alam Permainan Papan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2024
in Artikel, Berita, Board Game, Game Review, Nintendo Switch, Review
0 0
0
Review Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board – Langkah Masuk Ke Alam Permainan Papan!
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Demon Slayer Kimetsu no Yaiba cukup dikenali di kalangan pencinta anime dan para gamer dan disebabkan popularitinya, tidak hairan lah apabila siri ini dijadikan game lawan-lawan aksi pada tahun 2021. Namun, itu bukan satu-satunya game berdasarkan siri ini kerana adaptasi permainan papan bernama Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board turut dilancarkan baru-baru ini untuk semua orang mencuba.

Inilah topik utama untuk review kali ini. Adakah Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board sama seronok seperti anime? Jom kita lihat.

Hal Umum

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board ialah permainan papan digital di mana empat pemain bersaing, secara lokal dan online. Pemain memilih daripada sejumlah watak Demon Slayer, termasuk Tanjiro Kamado, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira dan sembilan Hashira yang lain.

Gameplay terutamanya terdiri daripada permainan offline, permainan local wireless play dan mode permainan online. Dari segi kandungan, ia dibahagikan terutamanya kepada “Sweep the Board” di mana pemain bersaing untuk menjadi pasukan pembunuh iblis terkuat dan mode “latihan” yang menampilkan pelbagai mini-game.

Ayuh Sweep the Board!

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board membawa pemain ke lokasi-lokasi ikonik dari siri ini seperti Fujikasane Yama, Asakusa dan Swordsmith Village. Sama seperti permainan ala Monopoli tradisional, pemain memilih watak kegemaran mereka dan baling dadu untuk menentukan pergerakan mereka dan secara beransur-ansur mengumpul duit dan kemahiran.

Menyokong sehingga 4 pemain, game ini juga boleh dimainkan secara solo atau dengan CPU AI. Pada permulaan permainan, pemain boleh memilih jumlah pusingan, papan permainan dan watak. Untuk meneroka semua aspek permainan, disyorkan untuk meningkatkan jumlah pusingan kepada 15 atau lebih. Gameplay awal memfokuskan pada mengaktifkan event dan mengumpul duit untuk membeli item. Pusingan bergerak pantas, dengan mini-game pada penghujung setiap pusingan.

Semasa permainan berlangsung, pemain mesti membaling dadu untuk bergerak dan boleh menghadapi pelbagai bentuk mini-game pada siang hari, termasuk pertarungan free-for-all untuk 4 pemain atau pertempuran pasukan dua lawan dua.

Selain itu, pemain boleh membeli pelbagai barangan dari kedai untuk menyediakan diri bagi malam yang akan datang. Apabila beralih ke malam, ruang iblis akan muncul di papan. Apabila pemain mendarat di salah satu ruang ini, mereka mesti menentukan sama ada untuk akan melawan iblis atau sekadar memperoleh mata, dengan tujuan untuk menjadi ahli pasukan yang paling aktif berbanding pemain lain.

Damage kepada musuh dilakukan melalui QTE, yang boleh diselesaikan menggunakan controller Joy-Con. Sebaik sahaja iblis itu dikalahkan, siang kembali, membolehkan pemain maju ke arah objektif baharu. Dalam pusingan seterusnya, event rawak baharu akan berlaku, yang membolehkan pemain bergerak lebih pantas atau mengambil jalan pintas di papan.

Reka bentuk ini agak kasual tetapi membantu pemain yang ketinggalan untuk kejar semual. Di samping itu, rakan sepasukan boleh menyertai permainan, membenarkan penggunaan dadu khas mereka atau mendapatkan item rawak. Item dalam game ini agak menarik, seperti menambah bilangan balingan dadu, bertukar posisi dengan pemain lain, atau membawa semua pemain ke lokasi tertentu. Semua ini boleh diperolehi dengan mudah, menjadikan permainan huru-hara dan membuatkan pemain berasa seperti tiada apa yang selamat.

Latihan Jangan Lupa

Dalam mode Skill Training, pemain bebas memilih daripada pelbagai mini-game yang belum dibuka untuk dimainkan. Walaupun terdapat banyak mini-game, setiap satu memiliki gameplay sendiri, dan agak mudah dipelajari dan dimainkan.

Sebelum memulakan mini-game secara rasmi, pemain diberikan mode latihan sehingga mereka membiasakan diri dengan gameplay. Saya percaya mode latihan ini sangat bagus dan membantu mengelakkan pemain daripada berasa keliru apabila memasuki mini-game baharu.

Pemilihan Watak

Watak yang boleh dimainkan termasuk Tanjiro Kamado, Zenitsu Agatsuma, Giyu Tomioka dan Shinobu Kocho untuk dipilih oleh pemain. Setiap watak mempunyai “dadu” mereka sendiri, dengan kesan yang berbeza.

Setelah digunakan, ia mengambil masa 3 pusingan sebelum dadu boleh digunakan semula, jadi pengaturan masa strategik adalah penting. Selain menggunakan dadu sendiri, pemain juga boleh menggunakan dadu watak lain jika mereka adalah rakan sepasukan.

Hal-Hal Lain Yang Menarik

Keseronokan terletak pada mini-game. Pada masa yang sama, anda boleh memainkan semula mana-mana mini-game yang telah anda mainkan daripada menu utama, menambahkan replayability sambil anda membuka lebih banyak elemen dari semasa ke semasa.

Dalam permainan online, anda boleh berkomunikasi dengan pemain lain menggunakan setem, yang juga sama menyeronokkannya dengan permainan lokal. Anda boleh mengumpul lebih banyak setem semasa bermain, dan juga membuka kosmetik baharu melalui mini-game.

Anda juga boleh menggunakan mata wang dalam game untuk membeli tiket dan memilih hadiah mengikut keinginan anda.

Pendapat

Boleh dikatakan game ini menggabungkan dunia ‘Demon Slayer’ dengan permainan Monopoli dengan cukup baik, dan adegan animasi semasa pertempuran iblis setiap malam menambah keseronokan.

Variasi mini-game pun cukup luas untuk berseronok dengan rakan-rakan. Walaupun mini-game dalam game ini banyak, sesetengah daripadanya tidak mempunyai ciri khas ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba’.

Walaupun tidak mempunyai banyak kandungan untuk dibuka, gameplay cukup banyak untuk memberikan keseronokan parti kepada keluarga yang ingin bermain bersama-sama atau untuk bermain bersendirian menentang CPU AI. Oleh itu, saya percaya ini adalah game yang cukup menarik, terutamanya untuk peminat Demon Slayer.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Sweep the Board telah dikeluarkan secara rasmi untuk Nintendo Switch. Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Sweep the Board

7 Score

Walaupun tidak mempunyai banyak kandungan untuk dibuka, gameplay cukup banyak untuk memberikan keseronokan parti kepada keluarga yang ingin bermain bersama-sama atau untuk bermain bersendirian menentang CPU AI. Oleh itu, saya percaya ini adalah game yang cukup menarik, terutamanya untuk peminat Demon Slayer.

PROS

  • Menggabungkan dunia Demon Slayer dengan permainan ala Monopoli untuk pengalaman gaming yang segar
  • Kandungan permainan yang banyak dengan kawalan yang agak mudah
  • Setiap mod mempunyai ciri dan elemen yang menyeronokkan

CONS

  • Sesetengah mini-game tidak mempunyai ciri-ciri Demon Slayer
  • Kandungan yang tidak dapat dibuka terbatas di dalam game
  • Walaupun kawalannya mudah, ia boleh mengakibatkan kekurangan kedalaman kepada gameplay

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Sweep the Boardreview
ShareTweetSend
Previous Post

Samurai Warriors 4 DX Kini Tersedia Di PC Steam!

Next Post

Filem Live-Action ‘Street Fighter’ Sedang Diusahakan Oleh Capcom & Legendary Entertainment

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Filem Live-Action ‘Street Fighter’ Sedang Diusahakan Oleh Capcom & Legendary Entertainment

Filem Live-Action 'Street Fighter' Sedang Diusahakan Oleh Capcom & Legendary Entertainment

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd