Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Dead Island 2 – Selamatkan diri daripada pertarungan berdarah tanpa henti!

safwan by safwan
April 18, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Dead Island 2 – Selamatkan diri daripada pertarungan berdarah tanpa henti!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas satu game zombie keluar, ini ada satu game zombie baru di keluarkan iaitu Dead Island 2. Ia akan dilancarkan pada 21 April 2023 ini di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Kalau anda nak tahu, game ini merupakan sekual kepada game pertamanya yang perah diancarkan pada tahun 2011. Dalam game ini, mereka akan menampilkan jalan cerita selepas 10 tahun apa yang berlaku di dalam Dead Island pertama.

Tetapi adakah ianya berbaloi untuk mendapatkan game ini buat masa sekarang? Tanpa membuang masa lagi, jom kita teruskan dengan review Dead Island 2.

Plot

Dead Island 2

Pada awalnya, mereka yang selamat daripada jangkitan virus ini ingin keluar daripada tempat tersebut (LA/Los Angeles). Namun, anda sebagai slayer akan pergi membuat misi tersebut sehingga dapat keluar dari sana. 

Semasa dalam mencari survivor lain di tempat kejadian, anda akan digigit oleh zombie dan bertukar menjadi zombie pada waktu malam tersebut. Saya ingatkan dia akan mati atau bertukar menjadi zombie, tetapi tidak. Esoknya dia bangun dan menjadi manusia kembali. 

Rupa-rupanya, dia immune pada virus tersebut. Jadi, dia ingin menggunakan kelebihan “immune” sebagai tiket untuk melepaskan diri daripada LA. Tetapi, dia perlu melepasi beberapa ujian untuk mengesahkan yang dia sebenarnya immune pada virus tersebut. 

Dead Island 2

Sebelum mengetahui perkara tersebut, dia telah menjumpai seorang doktor (Dr. Reed) yang mempunyai kenalan dengan pihak berkuasa sehingga sampai ke Halperin Hotel. Ia merupakan satu tempat pemindahan sementara buat orang-orang yang terselamat.

Dalam masa yang sama, dia juga ingin mencari adik lelakinya. Namun, ia langsung tidak menceritakan sebarang backstory tentang adiknya itu walaupun saya telah hampir menghabiskan story mission. 

Gameplay

Sebelum anda masuk ke dalam game, anda akan diberikan pilihan untuk memilih slayer (watak) untuk anda bermain nanti. Jadi, di dalam game ini nanti, anda akan bermain sebagai seorang slayer yang immune pada virus zombie. Setiap watak hanya memberikan statistik yang berbeza sahaja dan tidak menampilkan storyline yang berbeza. 

Walau bagaimanapun, mereka menampikan dialog yang sangat berbeza bagi setiap watak. Jadi, ada watak yang sopan dan juga kurang ajar.

Pada mulanya, saya ingat slayer ini akan mati atau bertukar menjadi zombie selepas digigit pada adegan awal. Tetapi dia kembali hidup pada keesokkan harinya untuk meneruskan misinya mencari Emma. 

Dead Island 2

Emma merupakan seorang artis terkenal dalam dunia Dead Island 2 sehingga PA beliau beritahu yang dunia akan perlukannya nanti. 

Selepas dapat berjumpa dengan Emma di rumahnya dan selesaikan beberapa misi, terdapat beberapa orang yang akan datang masuk ke rumah Emma termasuk Sam dan juga Carlos. Rumah tersebut akan berfungsi sebagai Safe House.

Sam akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan Workbench dan Carlos adalah sebagai trader yang membekalkan pelbagai senjata atau item lain kepada anda. Dalam game ini, terdapat pelbagai perkara yang perlu anda tahu semasa bermain game ini nanti. Berikut adalah perkara-perkaranya:

Slayer (anda)
Dead Island 2

Anda sebagai Slayer akan naik level dan membuka pelbagai skill yang boleh digunakan sepajang perjalanan menentang zombie. Skill ini terdiri daripada Ability, Survivor, Slayer dan juga Numen. Setiap daripada mereka akan memberikan gerakan atau effect yang unik. 

Namun, terdapat beberapa card skill yang sangat istimewa iaitu Autophage di mana ia akan terdiri daripada 3 tier. Semakin banyak card skill autophage yang digunakan, semakin tinggi peluang anda untuk menjadi zombie.

Walaupun ia mempunyai kelebihan, ia juga akan mengurangkan beberapa attribute anda sebagai seorang manusia. 

Senjata
Dead Island 2

Di dalam game ini, terdapat pelbagai senjata hebat yang boleh anda gunakan. Pada awalnya, anda akan diperkenalkan dengan senjata melee terlebih dahulu. Dan untuk mendapatkan senjata jarak jauh seperti rifle ataupun shotgun, anda perlu menjalankan misi bersama Sam. 

Bercakap tentang senjata, anda juga boleh mengubah suai dan meningkatkan level-nya setaraf dengan level watak. Untuk mengubah suai senjata, anda boleh menambah mod dan juga perk untuk memberikan effect yang berbeza pada setiap senjata.

Senjata yang anda jumpai juga mempunya beberapa tier. Setakat ini, saya baru menjumpai common(gray), uncommon(green) dan juga rare(blue). 

Zompedia

Sepanjang perjalanan membuat misi, anda akan menemui pelbagai jenis zombie. Secara asasnya, anda hanya menemui Shamblers, Walker dan Runner pada awalnya. Tetapi apabila anda telah melakukan progress dengan sangat banyak, anda akan menemui pelbagai jenis Runner dan Walker seperti Burning, Shocking, Spiky dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, anda juga akan menjumpai zombie yang lebih kuat iaitu Crushers, Bursters dan macam-macam lagi.

Mechanic lain
Dead Island 2

Setelah melakukan banyak progress, mereka akan memberikan anda lebih banyak mechanic baru yang boleh digunakan seperti Fury Mode, Fast Travel dan banyak lagi. 

Dead Island 2

Untuk Fury Mode, character anda akan menjadi sangat OP buat sementara waktu. Sebelum memasuki Fury Mode, anda akan melihat satu bar bulat berada di atas kiri skrin di mana terdapat gambar tengkorak.

Untuk mengisi bar tersebut dengan sangat cepat, anda boleh minum Energy Drink atau Block dan lakukan Counter-attack kepada zombie tersebut. Dengan menggunakan cara ini, anda boleh menggunakan Fury Mode beberapa kali dalam satu perlawanan. 

Quest

Selain daripada Story Quest yang mempunyai sebanyak 24 misi, mereka juga akan menampilkan pelbagai Side Quest (blue), Lost and Found (Red) dan Challenges.

Untuk Side Quest, anda boleh menemuinya di pelbagai tempat dan bukan hanya di Safe House.Kadang-kadang, semasa anda berjalan di jalan raya, ada beberapa orang yang akan bercakap di interkom rumahnya. Dari situ, anda boleh melakukan Side Quest.

Untuk Lost and Found, anda boleh menerimanya secara sukarela dengan mengaktifkan misi di dinding di dalam hotel (Safe House).

Pertarungan

Bagi saya, pertempuran dalam game ini agak mudah. Anda boleh menghayunkan senjata jarak dekat anda ke muka zombie atau anda boleh menembak kepala mereka. Tetapi ia bergantung pada senjata yang anda gunakan. Senjata tertentu boleh memberi anda damage yang tinggi, dan sesetengahnya hanya membuat anda berasa separuh mati.

Dead Island 2

Selain memukul zombi dengan senjata, anda juga dilengkapi dengan curveball (item yang boleh dibaling) yang boleh memberikan damage atau bertindak sebagai umpan kepada zombie. Untuk curveball, anda tidak perlu membeli dalam kuantiti yang banyak, hanya beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakannya tanpa had. Jika telah menggunakannya sekali, ia akan mempunyai cooldown sebelum boleh digunakan semula.

Dead Island 2

Bagi saya, mekanik ini sangat berguna kerana anda tidak perlu mencari trader untuk mengisi semula barang yang anda inginkan. Pertempuran yang dipaparkan dalam game ini benar-benar menarik perhatian saya. Ia sangat menyeronokkan bukan sahaja untuk memukul tetapi terdapat gerakan slow motion apabila anda boleh melakukan pukulan akhir pada zombie.

Sepanjang saya bermain, saya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali motion sickness yang sangat teruk. Walaupun telah mematikan motion blur atau cuba bermain dengan tetapan grafik terendah, saya tetap akan pening kepala dan keluar masuk tandas beberapa kali. 

Grafik & SFX

Saya rasa bahagian ini tidak mempunyai sebarang masalah. Saya bermain dengan tetapan grafik ultra, game ini masih berfungsi dengan sangat baik. Saya boleh katakan yang game ini telah dioptimalkan sebaiknya. Cuma apabila pada situasi yang sangat riuh dan penuh dengan zombie, saya perasan ada sedikit stuttering. Tetapi ia langsung tidak memberikan sebarang pengalaman buruk semasa saya bermain.

Babak yang saya suka dalam game ini adalah semasa membuat pukulan terakhir kepada zombie. Game ini menampilkan slow motion yang sangat cantik dan sangat terperinci pada setiap muka zombie tersebut. Dengan percikan darahnya, kepala terputus, malah kesan pada badan zombie pun kelihatan sangat terperinci. 

Walaupun game ini membawa genre horror, saya rasa ia menampilan suasana yang sangat ngeri daripada seram. Mereka juga menampilkan beberapa jumpscare yang agak biasa dan boleh diagak. Walaupun ia boleh diagak, saya tetap rasa terkejut kerana tidak terbiasa melihat cerita horror atau yang penuh dengan jumpscare. 

Untuk SFX dan music, saya rasa semuanya dibuat dengan sangat kemas dan langsung tidak rasa pelik atau kedengaran rosak. Daripada bunyi zombie sehingga ke senjata, saya rasa semuanya kemas. 

Kesimpulan

Dead Island 2

Secara keseluruhan, game ini adalah diantara yang terbaik saya pernah cuba. Sebenarnya, saya kurang berminat untuk bermain game zombie, tetapi apabila dapat bermain Dead Island 2, saya sangat seronok bermainnya lagi-lagi dapat memukul zombie dengan pukulan terakhir yang ditampilkan secara slow motion. 

Walaupun saya tidak pernah bermain Dead Island sebelum ini, saya langsung tidak rasa kosong dan sentiasa tahu apa yang perlu dibuat. Saya rasa ia boleh menjadi sebuah game yang seronok untuk sesiapa yang teringin mencuba game zombie. 

Mechanic dan feature yang ditampilkan di dalam game ini cukup untuk memberikan anda pengalaman yang sangat seronok. Tambah pula dengan pelbagai pilihan senjata yang disediakan, saya rasa ia sudah cukup memadai untuk menjadikan game ini diantara yang terbaik. 

Dead Island 2 akan dilancarkan pada 21 April 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem dan teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Dead Island 2

7 Score

Review Breakdown

  • Tambah pula dengan pelbagai pilihan senjata yang disediakan, saya rasa ia sudah cukup memadai untuk menjadikan game ini diantara yang terbaik.  0
Tags: Dead IslandDead Island 2
ShareTweetSend
Previous Post

10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

Next Post

Coffee Talk Episode 2 dan Redfall akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada April ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Coffee Talk Episode 2 dan Redfall akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada April ini!

Coffee Talk Episode 2 dan Redfall akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd