Semua orang di dunia JRPG pasti kenal Cloud Strife – boleh diakui sebagai antara hero paling popular di dunia gaming. Tetapi adakah anda semua tahu Final Fantasy 7 mempunyai seorang lagi protagonis popular iaitu Zack Fair? Lelaki inilah yang membentukkan peristiwa FF7 dan kali pertama kita dapat mengawal Zack adalah dalam Crisis Core: FF7 yang merupakan game prekuel semasa era PSP pada tahun 2007. Terbukti sangat popular, Square Enix membuat keputusan untuk remaster game ini dalam bentuk Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion – tajuk review kita untuk hari ini.
Kami sudah mencuba game itu dan nampaknya Zack mempunyai peranan yang lebih menonjol, tetapi adakah Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion berjaya menghadirkan pengalaman gaming yang sama menarik pada era moden?
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah review saya untuk Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion.
Jalan Cerita

Secara ringkas, Crisis Core merupakan punca naratif kepada siri Final Fantasy VII. Kali ini, plotnya tertumpu pada Zack Fair yang cuba menjadi Soldier 1st Class supaya dapat bersama mentor dan rakannya Angeal Hewley.
Pasangan itu ditugaskan dengan misi yang meletakkan mereka jauh di dalam markas musuh Wutai. Mereka dihantar untuk mencari seorang Soldier 1st Class yang hilang bernama Genesis Rhapsody dan secara kebetulan, askar itu berkawan baik dengan Angeal dan Sephiroth. Seperti mana-mana cerita drama, keadaan mula menjadi huru-hara dan Angeal didapati hilang.

Banyak watak popular akan bertemu Zack yang berhasrat untuk membawa Angeal kembali dan menghentikan Genesis. Antaranya adalah orang Turk, Sephiroth, Hojo, Cloud Strife, Yuffie dan Aerith – yang semuanya penting dan memainkan peranan penting masing-masing.
Disebabkan ini adalah prekuel, pemain baru juga akan tahu bahawa hubungan rumit antara Genesis, Angeal dan Sephiroth ialah poin utama yang menggerakkan naratif dalam Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion. Apa sebenarnya yang berlaku? Saya tidak akan spoiler. Namun, dengan yakin saya boleh kata naratif adalah salah satu kelebihan Crisis Core.

Game ini dibahagikan kepada 10 bab, dengan total tempoh bermain sekitar 10-15 jam. Walaupun anda tidak perlu bermain FFVII atau Remake untuk memahami Crisis Core, saya sangat mengesyorkannya. Jalan cerita dalam game ini jelas direka berdasarkan game sebelum, jadi lebih baik untuk anda tahu apa yang berlaku di dalam FF7 demi memahami seluruh plotnya. Jika tidak, peristiwa dan teaser tertentu dalam game tidak akan memberi kesan yang sepatunya jika anda tidak tahu apa yang berlaku dalam FF7.
Sistem pertempuran moden

Crisis Core: FF7 Reunion ialah RPG aksi third-person, tidak seperti Final Fantasy VII yang sistemnya berunsur turn-based. Ini bermakna pertarungan lebih “chaotic” tetapi mengekalkan unsur taktikal.
Dalam game, anda mempunyai pilihan “attack, “block” dan “dodge” standard serta shortcut untuk menggunakan magic atau abiliti lain. Bersama pergerakan dan pemandangan 360 darjah penuh, ini bermakna kita boleh mengelak daripada terkena serangan musuh berbanding menunggu musuh menyerang kita. Memandangkan pilihan di tangan pemain, anda akan berasa lebih terlibat dengan sistem pertempuran berbanding turn-based tradisional.

Apa yang unik tentang pertempuran Crisis Core: FF7 Reunion adalah sistem DMW (Digital Mind Wave), yang boleh disamakan dengan mesin slot. Slot ini akan bergerak semasa anda berada dalam pertempuran dan bergantung pada apa yang dipilih, ia akan menimbulkan pelbagai kesan. Sebagai contoh, kadangkala anda akan mendapat “unlimited MP” bua masa. Pada masa lain, anda boleh melakukan serangan kuat bernama Limit Break atau Summon.
Magic aka Materia dan abiliti dilakukan menggunakan butang shortcut tetapi kita hanya boleh menggunakan 4 sahaja pada satu masa. Ini meyakinkan pemain untuk bereksperimen kerana memasuki pertarungan tanpa Materia yang kuat atau tanpa setup yang berkesan boleh mengakibatkan dengan kekalahan.

Memandangkan Crisis Core: FF7 Reunion hanya membenarkan kita mengawal Zack sahaja, anda tidak mempunyai parti yang dinamik untuk guna. Pendek kata, pemain perlu mengimbangi Zack untuk menjadi “hebat di semua aspek”, sama ada magic, item atau abiliti untuk memaksimumkan kehebatannya di dalam pertarungan.
Ternyata, banyak perubahan dibuat untuk membuat pertempuran terasa lebih mirip dengan Final Fantasy 7: Remake lantas membuatkannya sesuai untuk era moden daripada segi gameplay. Cuma satu keluhan saya adalah bahagian pertarungan boleh menjadi agak membosankan/repetitif di hujung permainan kerana variasa musuh yang sedikit.
Visual & lakonan suara

Selain sistem pertempuran, satu lagi perubahan besar pada Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion adalah visual. Di sini, Square Enix mengambil inisiatif untuk mengubah suai visual, menambah banyak kesan baharu dan menyerlahkan tekstur dalam game untuk menjadikannya judul lebih menarik kepada pemain moden.
Semua aset dalam Reunion dibina semula dan tak perlu saya kata yang visualnya memang mengagumkan dan menonjol. Model watak terutamanya kelihatan lebih sangat mirip dengan visual FF7 Remake, dan itu sebahagiannya kerana efek pencahayaan dan tekstur baharu yang ditambahkan pada game. Zack dan Cloud kini kelihatan “lebih cantik” dan terperinci sehingga peluh-peluh kecil pun kita nampak. Di situ, Square Enix tidak menghampakan.

Malangnya, ada beberapa perubahan yang kurang digemari dan ini melibatkan lakonan. Banyak pelakon suara dipilih semula dan walaupun ramai yang bagus, malangnya saya tidak boleh memuji pelakon suara Zack versi bahasa Inggeris. Bagi pendapat saya, suaranya sangat tidak dan sebenarnya merosakkan beberapa adegan ikonik di dalam game sebelum.
Bayangkanlah, kita perlu menghabiskan berpuluh-puluh jam dengan Zack yang suaranya seperti budak-budak hingusan. Jadi solusi saya adalah untuk memilih pilihan suara bahasa Jepun yang dilakonkan oleh legenda muzik GACKT.
Pendapat

Diberi peluang untuk mencuba salah satu pengalaman Final Fantasy paling digemari dengan grafik yang dikemas kini dan perubahan pada sistem pertempuran adalah satu pengalaman yang menggembirakan. Game ini 100% “sempurna” tetapi isinya di dalam, lebih baik daripada yang saya jangkakan.
Seperti saya kata tadi, gameplay Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion sepatutnya ada banyak kekangan memandangkan ia dibuat untuk PSP tetapi versi moden tidak rasa dilimitasikan sama sekali; sebaliknya menyampaikan pengalaman gaming menyeronokkan.

Selain daripada lakonan suara Zack yang menjengkelkan, Square Enix membuat pilihan yang tepat untuk menyediakan game ini kepada lebih ramai pemain. Sama ada anda baru ingin mencubanya buat pada kali pertama atau pernah memainkan versi original, ini masa yang hebat untuk menjelajah sejarah penuh Final Fantasy 7 bersama prekuel ini.
Buat sesiapa yang berminat, Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Untuk segala liputan kami tentang game ini termasuk temu ramah bersama Tetsuya Nomura, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion
Mendapat peluang untuk memainkan salah satu pengalaman Final Fantasy paling digemari dengan grafik yang dikemas kini, perubahan pada sistem pertempuran adalah satu pengalaman yang menggembirakan. Tidak 100% sempurna tetapi majoriti isi di dalam, lebih baik daripada yang saya jangkakan.
PROS
- Sistem pertempuran yang seronok dan mudah untuk faham
- Meluaskan plot penting untuk Final Fantasy 7
- Peningkatan grafik yang hebat
CONS
- Lakonan suara yang kurang mantap untuk watak utama
- Gameplay akan mula nampak repetitif di hujung game
Discussion about this post