Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Crime Boss: Rockay City – Cuba untuk menjadi Raja dalam dunia penjenayah!

safwan by safwan
May 5, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Review, PS5, Review, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Crime Boss: Rockay City – Cuba untuk menjadi Raja dalam dunia penjenayah!
Share on FacebookShare on Twitter

Crime Boss: Rockay City adalah sebuah game yang menawarkan organized crime di mana ia menggabungkan first-person shooter action dan juga turf war. Ia telah pun dikeluarkan pada 28 Mac 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store secara eksklusif.

Selepas bermain beberapa jam dan mati beberapa kali, ini adalah review jujur mengenai Crime Boss: Rockay City.

Plot

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Plotnya mudah sahaja. King of Rockay City telah pun mati dan ramai Crime Leader ingin mengambil tempat tersebut termasuk Travis Baker (anda). Bermula sebagai penjual gula-gula (dadah), dia diperkenalkan dengan Nasara oleh Casey. Jadi, bermula dari sini, dia mahu menjadi King of Rockay City.

Gameplay & Mode

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Pada mulanya, saya suka game ini kerana anda boleh pergi banyak tempat dan melakukan jenayah. Tetapi selepas bermain untuk beberapa jam, saya asyik bermain dalam situasi yang sama walau apa pun misinya. Apa yang boleh saya katakan adalah gameplaynya sama dan berulang.

Sebelum pergi ke misi, anda boleh memilih watak yang berbeza atau mengupah mereka untuk dibawa ke misi. Watak tertentu mempunyai loadout berbeza dan statistik unik yang boleh membantu anda semasa melakukan misi. Tetapi berhati-hati apabila anda memilih watak kerana sesetengah daripada mereka mempunyai potongan misi yang tinggi dan statistik yang lemah.

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Bercakap tentang watak, sila berhati-hati apabila anda membawa Baker keluar ke misi. Jika dia mati, anda perlu memulakan semula kempen daripada hari pertama. Baker juga boleh dinaikkan level dan anda akan diberikan ganjaran seperti jenis atribut unik untuk ditambah pada watak.

Jadi semasa misi, anda perlu mempunyai pelan strategik untuk selesaikan misi. Daripada mengawal seorang pemain, anda juga boleh mengawal watak lain yang anda bawa. Jika anda tidak mahu bermain sebagai mereka, anda juga boleh memberi mereka arahan ke mana hendak pergi atau mengikut anda.

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Misinya mudah, cuma kumpulkan semua rampasan yang boleh anda temui dan hantar semula ke van atau bot. Selepas semua barang rampasan dikumpul, kembali ke van dan selesaikan misi.

Misi yang berbeza mempunyai hasil yang berbeza. Terdapat misi tertentu yang akan menggunakan banyak wang dan ada yang tidak. Kadang-kadang, ia tidak menguntungkan langsung pada hari tersebut. Jadi rancang strategi anda sebelum melakukan sesuatu.

Terdapat 3 mode yang tersedia untuk dimainkan iaitu Campaign Mode, Quick Play, dan juga Co-op Stories.

Campaign Mode

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Jadi, ini adalah mode utama di mana anda perlu mengawal semua turf (kawasan) di Rockay City. Tetapi sebelum anda boleh mengawal kesemuanya, anda perlu mengalahkan semua Crime Leader lain.

Mode ini menampilkan peta Rockay City untuk menandakan kawasan anda dan juga Crime Leader yang lain. Jadi pada asasnya, terdapat 5 Crime Leader di Rockay City termasuk Baker (anda), Khan, Heilo, Dollar Dragon dan Don Barbaro. Rockay City juga mempunyai seorang ketua polis bernama Sheriff. Semasa anda menyerang wilayah orang lain untuk menawan turf. Sheriff telah menjalankan misinya untuk menumpaskan Crime Leader yang berada di bandarnya.

Sumber: Crime Boss: Rockay City

Jadi, untuk menyerang wilayah orang lain, apa yang anda perlukan ialah Army. Selagi anda masih mempunyai wilayah, anda masih mempunyai jumlah askar yang tinggal. Tetapi untuk menyerang turf, anda memerlukan sekurang-kurangnya 10 askar. Tetapi anda memerlukan lebih daripada 10 orang askar untuk berjaya menawan turf tersebut. Jadi, untuk mendapatkan lebih ramai askar, anda boleh mengupah mereka dengan menggunakan “Hire Soldier”.

Selain daripada Attacking Turf, anda juga mempunyai misi lain yang perlu anda selesaikan bersama pasukan anda, iaitu “Robbery, Overcharged” dan banyak lagi. Ini adalah jenis misi biasa yang akan diperbaharui pada setiap hari.

Terdapat juga misi untuk menguatkan tentera anda dan juga membuat lebih banyak wang. Jika anda mahu melakukan ini, pergi ke tab Goals dan pilih apa sahaja misi yang anda mahu. Misi tertentu mempunyai tugas berbeza yang perlu anda selesaikan sebelum anda pergi turun ke padang.

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Team ialah watak yang anda perlu mainkan. Anda boleh memilih apa sahaja watak yang anda mahu ambil dan mainkan. Sebahagian daripada mereka mempunyai wajah dan badan yang sama cuma nama yang berbeza, loadout dan ciri unik. Jadi berhati-hati sebelum memilih. Jika anda mempunyai banyak wang, anda boleh mengupah lebih ramai orang atau anda boleh mengupah orang yang lebih mahal dengan loadout yang kuat.

Office ialah tempat duduk PA Casey anda. Dia menguruskan semua wang dan barang rampasan yang boleh dijual di pasar gelap. Anda juga boleh membuat pinjaman untuk mempunyai lebih banyak wang bagi menyelesaikan misi anda. Di pejabat, anda boleh menemui aset yang boleh anda beli untuk menjadikan pejabat anda kelihatan lebih cantik. Anda juga boleh melihat berapa banyak wang yang anda belanjakan pada hari itu dan pendapatan yang anda peroleh selepas anda menyelesaikan misi.

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Sementara anda mempunyai pasukan untuk pergi ke lapangan dan menyelesaikan misi tersebut. Entourage ialah pasukan pengurusan yang menguruskan kumpulan anda. Casey adalah seperti PA anda dan dia kebanyakannya menguruskan wang. Nasara juga PA tetapi dialah yang menguruskan dan menetapkan matlamat dan misi.

Sepanjang semua misi, anda akan meminta orang lain menyertai pasukan anda seperti Touchdown dan Glove. Setiap daripada mereka mempunyai skop kerja yang berbeza. Touchdown adalah ketua untuk mengambil turf dan Glove adalah bekas detektif yang mempunyai hubungan dan akan membersihkan segala perbuatan rompakan yang anda lakukan.

Quick Play

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Ia sama seperti dalam Campaign Mode. Apa bezanya anda tidak menjadi Crime Leader. Anda hanya melakukan apa sahaja pekerjaan yang ada pada masa itu dan anda juga diberikan pekerjaan kontrak yang mampu memberikan lebih banyak wang.

Dalam mod ini, anda akan mempunyai 3 watak yang tersedia untuk dimainkan secara percuma. Jadi anda boleh terus menjalankan misi dengan 3 watak yang boleh dimainkan. Daripada bermain solo dengan 1 atau lebih watak AI, anda boleh bermain dengan orang lain secara online.

Anda perlu pergi ke “session” dan pilih salah satu misi yang ingin anda lakukan. Anda boleh menyertai dan berseronok dengan orang lain sekurang-kurangnya.

Co-op Stories

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Mode ini mudah. Daripada anda memilih apa sahaja misi yang tersedia, anda hanya perlu menyelesaikan satu cerita untuk membuka cerita lain. Setiap seorang daripada mereka mempunyai 3 misi. Jika anda berasa terlalu bermain solo, anda boleh mengajak kawan atau sertai lobi pemain lain secara online.

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Crime Boss adalah sebuah game FPS yang memfokuskan kepada shooting gameplay. Namun, Crime Boss: Rockay City langsung tidak menyertakan “crosshair” untuk anda “aim” pada musuh. Anda hanya perlu “aim”, tembak dan berdoa harap ianya kena pada musuh. Walaupun game ini mempunyai Aim Down Sight (ADS), ia langsung tidak membantu sama sekali tetapi senjata tertentu mempunyai attachment yang berbeza dan sekurang-kurangnya membantu anda “aim” pada badan musuh.

Aduan saya yang lain adalah berkaitan dengan kawasan lapangan misi. Saya rasa kebanyakan tempat adalah sama iaitu satu bangunan kargo besar atau satu kawasan tempat letak kereta yang tidak digunakan. Di kawasan inilah anda akan turun untuk mencuri dadah, wang dan barang mewah yang lain.

Grafik & Persekitaran

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Bagi saya, grafik yang dihasilkan atau ditampilkan di dalam game ini adalah sangat cantik dan saya boleh katakan yang mereka telah mengilap sepenuhnya. Walaupun anda akan berpusing-pusing dalam kawasan yang sama, saya rasa anda tidak akan bosan dengan persekitarannya kerana terdapat pelbagai objek yang boleh anda berinteraksi bersama termasuk tangga, pintu, tingkap dan banyak lagi.

Apa yang saya perasan tentang persekitaran game adalah terdapat pelbagai objek yang diletakkan untuk anda berlindung atau bersembunyi semasa membuat misi. Saya tidak nafikan yang ianya nampak kosong, tetapi apa yang mereka lakukan adalah sangat baik.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Crime Boss: Rockay City ialah game yang membosankan untuk dimainkan kerana gameplaynya yang berulang-ulang dan anda tidak mempunyai kebebasan untuk menerokai bandar. Misi akan muncul di peta Rockay City dan anda hanya perlu memilih misi yang anda mahu. Dan misi tertentu, hanya menunjukkan kepada anda adegan cutscene dan lebih banyak “loading screen” yang membuatkan ia sangat annoying.

Bagi saya, saya akan menyukai game ini jika ia adalah open world yang memberi saya kebebasan untuk berjalan, berlari dan mengembara di seluruh Bandar Rockay. Mungkin ia akan muncul sebagai salinan kepada GTA tetapi saya fikir itu adalah cara terbaik untuk menampilkan game ini hebat daripada klik pada peta dan turun ke padang untuk menjalankan misi.

Crime Boss: Rockay City
Sumber: Crime Boss: Rockay City

Secara jujurnya, saya tidak menyukai game ini dan ia sangat membosankan. Buat masa sekarang, saya tidak akan menyarankan anda untuk membeli game ini tetapi apabila anda ingin mencubanya, sila dapatkan semasa ia dijual pada harga terendah atau mungkin bermain bersama kawan-kawan.

Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem ataupun teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crime Boss: Rockay City
ShareTweetSend
Previous Post

Biomutant Akan Hadir ke Nintendo Switch pada Jun 2023!

Next Post

Final Fantasy Pixel Remaster Review (konsol) — Versi Terbaik Untuk Pemain Baharu Francais!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Final Fantasy Pixel Remaster Review (konsol) — Versi Terbaik Untuk Pemain Baharu Francais!

Final Fantasy Pixel Remaster Review (konsol) -- Versi Terbaik Untuk Pemain Baharu Francais!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd