Selepas filem terakhir Rocky, ia diteruskan dengan Creed (2015) yang mengisahkan tentang Adonis Creed (Michael B. Jordan), anak lelaki kepada musuh abadi Rocky, Apollo Creed. Menceritakan tentang kisah hidupnya, Adonis harus mengukir nama untuk dirinya sendiri di dunia tinju. Dalam kedua-dua dua filem sebelum (Creed II keluar pada 2018), Adonis sentiasa menjadi ‘underdog’, tetapi bagaimana harus dia menghadapi cabaran baru sebagai juara dalam ansuran terkini, Creed III?
Adakah filem ini bagus atau tidak? Inilah review saya untuk Creed III.
Sinopsis

Adonis Creed, juara tinju heavyweight, bersara pada kemuncak kerjaya untuk bersama keluarganya. Di sini, dia membuat keputusan untuk kerja di sebalik tabir seperti bahagian perhubungan awam, pemasaran dan juga trainer yang sukses untuk gim-nya. Pada masa yang sama, kita dapat tahu dia sudag berkahwin dengan Bianca (Tessa Thompson), seorang pemuzik berbakat yang beralih kerja ke produser selepas isu pendengarannya menjadi semakin teruk.
Bersama, mereka melahirkan seorang anak perempuan bernama Amara (Mila Davis Kent). Walaupun pekak, Amara adalah gadis yang cukup bijak dan terbukti mengikut sifat ayahnya sebagai ‘fighter’. Walaupun kehidupan mereka nampak gembira setakat ini, sesuatu kedatangan tidak dijangka akan mengubah hidupnya.

Kehidupan Adonis mula terbalik dengan ketibaan sahabat semasa kecilnya, Damian Anderson (Jonathan Majors), yang baru saja keluar dari penjara selepas hampir dua dekad dalam tahanan. Damian bukan sekadar kawan, tetapi lebih mirip kepada abang kerana kedua-dua pernah tinggal di rumah anak yatim bersama-sama semasa kanak-kanak.
Sebagai bekas peninju amatur, Damian ingin menyambung semula kerjayanya dalam tinju lalu bertanya jika Adonis sanggup memberinya peluang untuk melawan juara bertahan. Secara beransur-ansur, kami dapat tahu bahawa Damian menghabiskan separuh hidupnya di penjara kerana insiden yang tidak diduga manakala Adonis berjaya melarikan diri dan memperoleh kejayaan di dunia tinju.

Jadi kedua -dua insan itu mempunyai sejarah dan vendetta masing-masing yang sukar untuk dimaafkan. Ketibaan Damian melambangkan ‘zaman kanak -kanak Adonis yang gelap dan penuh derita.’ Oleh kerana persahabatan dan rasa serba salah, Adonis membantu Damian dalam perlawanan juara.
Namun, tidak semuanya berjalan lancar. Kerana itu, Adonis terpaksa kembali daripada persaraan untuk membukti siapa juara sebenar antara dia dan Damian.
Bukan sekadar kisah aksi, juga banyak drama

Dalam Creed III, Michael B. Jordan membuat debut sulungnya sebagai pengarah filem dan ternyata dia adalah seorang pengarah yang sangat bagus kerana dapat mempamerkan persembahan cemerlang daripada semua pelakon termasuk dirinya sambil turut menyusun adegan pertarungan yang hebat.
Saya sedar bahawa sesetengah orang mempunyai ragu-ragu tentang kebolehannya sebagai pengarah, tetapi nasib baiklah, Michael B. Jordan membuktikan dia dapat melakukan kerja yang bagus dalam Creed III.

Michael B. Jordan menunjukkan kreativiti serba baharu dengan melangkaui norma sebuah filem tinju tipikal dengan mengubah lakon layar menjadi drama naratif intense yang memfokuskan pada perangan emosi watak. Ini lebih seronok untuk ditonton kerana jalan cerita berjalan pada pacing yang konsisten dan stabil supaya watak dan plot dapat dikembangkan dengan lancar. Ini memberikan ruang yang mencukupi kepada penonton untuk memahami apa yang belajar dan mengetahui konflik watak.
Cuma, pencipta siri Sylvester Stallone, boleh dikatakan perubahan paling ketara dalam Creed III. Stallone masih terlibat dalam filem ini sebagai produser, tetapi kini dia telah menyerahkan segala tugas kepada Jordan.

Walaupun siri filem Creed cukup popular, tidak boleh dinafikan bahawa kehadiran Rocky Balboa (Sylvester Stallone) berfungsi sebagai penghubung penting antara spin-off dan francais original “Rocky”. Dengan mengalih watak Rocky keluar, Creed III memberi peluang untuk Adonis keluar daripada bayang-bayang bekas protagonis tersebut bagi mengukir laluannya sendiri.
Lakonan hebat daripada dua pesaing

Michael B. Jordan memberikan banyak karisma dan personaliti kepada watak Adonis Creed. Pertama, dia melakukan tugas yang baik untuk menampilkan wataknya, sama ada ketika bertarung di dalam gelanggang; atau apabila berinteraksi dengan keluarganya. Saya paling kagum apabila dia berbual dengan anak perempuannya, Amara menggunakan Bahasa Isyarat. Bukan mudah nak belajar, dan adegan ini menunjukkan kesungguhannya sebagai pelakon.

Sama juga untuk pelakon lain, khususnya Tessa Thompson , yang saya gembira tidak diberi peranan sokongan yang membosankan. Sebagai isteri Adonis, watak Bianca mempunyai momen-momen tersendiri untuk menyerlah, dengan menjaga suaminya sambil menguruskan masalah peribadi berkaitan minatnya pada muzik. Pada masa yang sama, ‘chemistry’ antara Jordan dan Thompson pun nampak sangat natural sebagai pasangan suami isteri, jadi saya tidak ada aduan tentang lakonannya.

Selepas itu, kita ada Jonathan Majors, yang cemerlang dalam peranannya sebagai Damian Anderson. Dia cukup cemerlang hingga saya berani kata watak Damian adalah salah satu antagonis terbaik dalam siri “Rocky/Creed”.
Juga tidak dapat dinafikan, dia adalah seorang pelakon yang berkaliber, dan berlakon wataknya dengan sempurna. Daripada seorang bekas pesalah yang ingin memulakan hidup baharu hingga menjadi penjahat dengan agenda tersembunyi, Damian adalah seorang yang manipulatif, ganas dan suka bermain kotor.Pada masa yang sama, dia hanya ‘manusia biasa’ dan saya tidak dapat menahan rasa simpati selepas belajar lebih lanjut tentang latar belakangnya. Itulah betapa hebatnya lakonan Jonathan Majors.
Visual

Kramer Morgenthau, yang sebelum ini bekerja di “Creed II,” kembali untuk ansuran ketiga dan merakam filem itu dengan banyak sudut dramatik, melebihkan estetika gelap di visual untuk menekankan adegan pertarungan, dan mempamerkan warna terang pada watak-watak yang ingin dia fokuskan.
Dia juga membuat penambahbaikan yang tidak dijangka dengan menggunakan teknik slow-motion semasa pertarungan. Ini membolehkan penonton mengambil bahagian dalam pertarungan seolah-olah kita pun ada di dalam gelanggang.

Sebagai contoh; apabila mengelak pukulan musuh, adegan akan tiba-tiba diperlahankan untuk menunjukkan Adonis sedang mengesan kelemahan di pertahanan pihak lawan. Efek seperti ini banyak digunakan dalam anime dan saya rasa ia sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam filem lawan/sukan seperti ini untuk menunjukkan apa yang watak fikirkan ketika itu.
Efek ini paling menyerlah semasa perlawanan pertama dan perlawanan Damian vs Felix, di mana mereka menggabungkan sudut kamera pantas dan rakaman slow-motion untuk menunjukkan pukulan apa yang efektif. Saya memang suka pendekatan ini, kerana tinju bukanlah tentang berlawan. Ia juga memerlukan kita untuk memikirkan strategi tentang strategi musuh dan sebagainya.

Dengan Creed menggunakan teknik kamera yang lebih strategik, ia menunjukkan sisi yang lebih taktikal kepada sukan ini – berbeza dengan kebanyakan filem Rocky.
Walaupun visual Creed III penuh dengan butiran, saya masih ada satu aduan. Memang normal untuk sebuah arena tinju dipenuhi dengan beratus-ratus orang, cuma sangat jelas penonton itu semua palsu kerana CGI. Dalam sesetengah adegan, saya agak terganggu dengan rupanya kerana terlalu ketara penggunaan CGI pada penonton hingga mengacau estetika keseluruhan filem.
Pendapat

Secara am, Creed III mengekalkan formula-formula asas di dalam filem Rocky, tetapi pelakon.pengarah Michael B. Jordan memberi ‘kelainan yang bagus’ untuk mencipta sekuel yang hebat dan lebih penting lagi, seronok untuk ditonton. Walaupun masih merupakan sekuel kepada Rocky, Creed III menunjukkan bahawa kisah Adonis mempunyai identiti tersendiri yang berasingan, dan kini bebas untuk membuat dan mengembangkan naratif sendiri.
Michael B. Jordan mengambil risiko semasa membuat keputusan ini dan ternyata, ia berjaya. Creed III memiliki persembahan yang mantap daripada pelakon, sinematografi yang hebat dan jalan cerita solid yang mengajar kita untuk “jangan pernah berputus asa, nilai persahabatan yang ada dan maafkan silap masa lalu.”

Secara keseluruhan, Creed III boleh diakui sebagai antara filem tinju terbaik sebagai medium yang menunjukkan perjuangan dalaman gelanggang, dan bukannya hanya pertarungan tinju biasa tentang balas dendam.
Saya beri rating 8/10!
Creed III kini ditayangkan di pawagam Malaysia.
Untuk membaca segala liputan kami tentang industri filem termasuk berita terkini dan review lain, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post