Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Cowboy Bebop Live Action – mengimbau kembali kisah lampau di galaksi

Maira by Maira
November 19, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
[Review] Cowboy Bebop Live Action – mengimbau kembali kisah lampau di galaksi
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah menayangkan adaptasi live action Cowboy Bebop yang merupakan salah satu siri anime yang hebat. Siri ini telah dikembangkan oleh Andre Nemec dan pelakon John Cho, Mustafa Shakir dan Daniella Pineda sebagai tiga pemburu yang mencari sasaran merentas galaksi. Siri ini boleh dianggap sebagai satu adaptasi baru yang mengambil pendekatan berbeza dari penceritaan anime. Jadi, jangan risau kalau korang nak tengok live action ini kalau korang tak tengok animenya. Tapi kalau boleh, pergilah tengok anime tu. Memang terbaik dia punya anime.

Adaptasi anime selalunya mempunyai reputasi yang teruk kerana beberapa sebab dan Cowboy Bebop ini antara langkah baik untuk memulihkan reputasi tersebut. Dengan bajet tinggi serta sinematografik yang hebat, kita boleh nampak betapa pencipta live action ini betul-betul sayangkan siri ini dan ingin adaptasinya dengan baik. Walaupun begitu, masih ada beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki sebelum ia menjadi adaptasi yang terbaik.

Visual

Kalau ada satu perkara yang memang hebat tentang adaptasi Cowboy Bebop, ianya gaya visualnya yang hebat. Siri ini memang setia mengikut dunia asal anime Cowboy Bebop. Karakternya memang nampak seperti watak anime dan tetapannya juga sama dengan estetik sci-fi retro. Kapal angksa dalam cerita ini juga nampak sangat sama dengan yang asal. Bukan setakat itu, mereka juga menghasilkan semula intro ikonik anime.

Cerita ini menggunakan banyak still shot dengan watak yang mempunyai sedikit pergerakan untuk menimbulkan suasana tegang, malah ia termasuk penggunaan kamera bersudut untuk mencipta tangkapan yang lebih dinamik. Ini mencerminkan gaya banyak anime yang bergantung pada tangkapan dinamik yang diletakkan dengan lebih berhati-hati dengan sedikit gerakan.

Sudah tentu, apabila aksi bermula, Cowboy Bebop melakukan perkara yang sama dengan beberapa adegan aksi yang dikoreografi dengan baik dengan gabungan yang sama antara gunplay gaya barat, seni mempertahankan diri gaya timur dan space dog fight asal yang dilakukan dengan begitu baik dan juga melontarkan sedikit jenaka sepanjang cerita. Mereka juga berjaya mencipta beberapa shot yang terkenal daripada anime dengan hebat.

Akhirnya, benda yang paling terbaik dalam adaptasi ini iaitu muzik. Mereka membawa kembali Kanno Yoko untuk menghasilkan soundtrack siri itu dan ia sememangnya hebat. Muzik Jazz sangat sesuai dengan siri ini dan memberikan perasaan yang sama dalam anime, ia direka dengan sempurna untuk setiap babak, terutamanya babak pertarungan.

Plot

Ceritanya berkisarkan tentang tiga pemburu harta; Spike Spiegel, Jet Black dan Fey Valentine ketika mereka cuba memperoleh harta baru dan semasa menghadapi masa lampau mereka, terutamanya, masa lampau Spike sebagai bekas ahli Red Dragon Syndicate dan hubungan dengan bekas pasangannya Vicious dan isteri Vicious, Julia. Plot keseluruhan adaptasi ini mengikut peristiwa anime walaupun tidak teratur. Secara keseluruhan watak dan plotnya tidaklah begitu teruk dan lebih konvensional daripada anime.

Anime Cowboy Bebop pada dasarnya mengikuti krew yang hanya menjalani kehidupan sekali-sekala menemui sisa-sisa masa lampau mereka dan menunjukkan bagaimana ia mencerminkan mereka yang sekarang. Malah ia membuatkan mereka mempunyai matlamat yang lebih tipikal. Jet mempunyai seorang anak perempuan, Faye perlu mencari asal usulnya, Spike perlu menghentikan Vicious dan menyelamatkan Julia. Ini semua ada dalam versi asal tetapi di sini ia lebih diketengahkan dengan cara yang jauh lebih halus menjadikan arc setiap watak berasa lebih kurang bermakna. Terdapat juga beberapa adegan yang mempunyai jenaka yang pelik dan melibatkan jenaka seks. Dan lawak itu dibuat tidak kena dengan tempat.

Karakter

Cowboy Bebop yang asal sangat didorong dengan watak di dalamnya. Walaupun adaptasi ini menunjukkan beberapa watak dengan baik tetapi yang lain agak mengecewakan.

John Cho melakukan tugas yang sangat baik sebagai Spike Spiegel. Dia dengan sempurna menangkap sikap dingin Spike daripada suaranya hingga gelagatnya. Walaupun dia lebih tua daripada Spike yang sebenar, dia betul-betul mendalami karakter itu dan bila menlihatnya menghalau penjahat dengan pantas, ia seperti melihat Spike yang sebenar.

Mustafa Shakir juga melakukan tugas yang baik seperti Jet Black yang bertanggungjawab yang cuba untuk menjaga dua ahlinya yang lain dan saya sukakannya. Perubahan besar dengan Jet ialah dia mempunyai seorang anak perempuan. Arc Jet lebih tetumpu kepada keluarganya. Ini mungkin kerana studio inginkan seorang watak yang mempunyai keluarga supaya dia boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar dan ia tidak menjejaskan penulisan Jet secara keseluruhan.

Malangnya, Faye agak mengecewakan dalam siri ini. Ia bukan kerana lakonan Daniella Pineda, tetapi kerana penulisannya tidak mencerminkan Faye yang sebenar. Dalam anime, Faye lebih kepada watak yang dianggap “Female fatale” dan anggun dengansedikit kemalasan yang membuatkannya seperti watak sebenar di dunia ini. Tetapi Faye dalam siri ini seperti Aquafina. Dua seorang yang kurang ajar, seorang yang sangat suka memburu harta dan bercakap kasar. Walaupun dia mempunyai detik-detik hebat sekali-sekala, dia secara keseluruhannya seperti terlalu jauh berbeza daripada watak asal Faye. Rasanya mereka mahu menjadikannya lebih “jahat” tetapi perwatakan barunya membuatkannya lebih menjengkelkan.

Kesimpulan

Adaptasi Netflix Live-Action Cowboy Bebop bukanlah anime asal. Ia hanya tidak memberikan lebih mendalam mengenai Cowboy Bebop dan perkembangan watak serta beberapa pilihan seperti personaliti Faye dan jenaka pelik yang menjengkelkan. Perbandingan dengan anime adalah natural terutamanya bila anime ini sangat digemari ramai. Walaupun begitu, saya tetap enjoy tengok siri ini. Ini mungkin kerana penciptanya sangat mengambil berat mengenai animenya dan anda boleh nampak persembahannya dengan bajet yang tinggi, reka bentuk dan soundtrack yang hebat. Showrunner Andre Nemec merujuk rancangan itu sebagai pengembangan daripada yang asal dan itulah cara terbaik untuk melihatnya. Kalau nak dibandingkan dengan anime, korang boleh bayangkan anime itu konsert yang gah dan siri live action Cowboy Bebop seperti babak sokongan. Ia sudah semestinya menarik untuk ditonton jika anda ingin memberikan peluang untuk adaptasi live action

Untuk membaca artikel review kami yang lain, sila klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Cowboy Bebop Live Action

7 Score

PROS

  • Penghasilan semula reka bentuk dan estetik seperti yang asal
  • Pelakon yang sesuai untuk watak yang dilakonkan
  • Muzik yang sempurna

CONS

  • Jenaka yang tidak perlu dan seperti terpaksa
  • Penulisan beberapa watak yang tidak begitu bagus

Review Breakdown

  • Sebuah adaptasi yang korang boleh enjoy walaupun korang tidak tengok anime yang asal. 0
Tags: Cowboy BebopCowboy Bebop Live Actionnetflixreview
Previous Post

Tawaran masa terhad Black Friday PlayStation kembali!

Next Post

Pelancaran Forza Horizon 5 adalah yang terbaik dalam sejarah Xbox!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pelancaran Forza Horizon 5 adalah yang terbaik dalam sejarah Xbox!

Pelancaran Forza Horizon 5 adalah yang terbaik dalam sejarah Xbox!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd