Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, PC, Real time strategy, Review, Steam
0 0
0
Review Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan pada 24 Ogos 2022, kami sempat meluangkan masa lebih awal untuk mencuba DLC terbaru Total Warhammer 3 iaitu Champions of Chaos dan mode Immortal Empires.

DLC Champions of Chaos mengalu-alukan ketibaan 4 ‘Warriors of Chaos Legendary Lord’ baru di mana masing-masing sejajar dengan salah satu daripada empat Chaos Gods. Immortal Empires pula merupakan game mode yang menggabungkan semua kandungan bermula dari Total War: Warhammer hingga ke Warhammer 3 termasuk bangsa, puak, unit, dan Legendary Lord.

Untuk review ini, fungsi mekanikal dan gameplay DLC ini hampir sama dengan base game – jadi saya akan lebih memfokuskan pada kandungan baru sahaja bagi review ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan.

Champions of Chaos

Champions of Chaos terdiri daripada faction terbaru dalam Total War Warhammer 3. Secara teknikal, mereka berasal daripada puak Chaos – cuma bezanya adalah semasa kita bermain sebagai ‘Greater Daemon’, para Lord terdiri daripada orang biasa yang bertukar menjadi Daemon.

Terdapat satu Legendary Lord untuk setiap Chaos God, bermakna anda boleh memilih playstyle kegemaran. Saya terutamanya banyak meluangkan masa bermain dengan Khorne: Valkia The Bloody.

Mekanik mereka terutamanya tertumpu pada ‘Souls’ di mana menawan penempatan dan relik lain membolehkan anda memperoleh Souls tersebut. Ini adalah sebahagian daripada “technique tree”, yang merupakan “gifts/hadiah” daripada Chaos God. Setiap hadiah akan memakan sejumah Souls, dan memerlukan lebih banyak jika anda ingin upgrade tertentu.

Satu faedah yang ketara daripada sistem ini adalah “Gifted Unit”. Memandangkan kebanyakan unit kita adalah manusia yang bakal dirosakkan oleh Chaos, Gifted Unit membolehkan anda menyeru Daemon. Cuma anda perlu tahu bahawa Daemon juga boleh direkrut secara normal semakin jauh anda maju dalam game.

Walaupun saya tidak pergi begitu jauh di kempen Champions of Chaos, pengalaman saya agak positif. Warband saya dengan pantas menyerang sekumpulan Northmen, yang kemudian menyertai tentera saya. Hampir setiap unit yang anda rekrut boleh dinaik taraf kepada bentuk Chaos, yang merupakan tambahan menarik.

Pada masa yang sama, Gifted Unit hanya boleh muncul selepas setiap 3 giliran yang membuatkan sesi merekrut terasa sangat leceh. Sebagai contoh, saya mendapat Skullcannon, tetapi jika kehilangan unit ini dalam pertempuran, saya tidak mempunyai cara lain untuk menggantikannya.

Selain itu, nampaknya masih ada banyak persamaan dengan base faction anda. Watak Khorne yang saya mainkan juga mempunyai akses kepada Bloodletting, yang kalau tidak silap, adalah ciri unik untuk tentera Khorne dalam base game.

Pendapat

Champions of Chaos memang 100% tertumpu pada roleplay. Bagi faction di dalam base game, anda boleh menjadi Daemon, yang umpama seperti bos besar. Dalam Champions of Chaos keadaan sebaliknya pula berlaku. Anda lebih seperti salah seorang jeneral untuk bos besar itu.

Daripada pengalaman bermain, saya juga suka reka bentuk baru kempen di mana matlamat kita sekarang adalah untuk mengumpul souls yang memberi variasi pada misi serta cara baru untuk memikir strategi.

  • Kelebihan
    • Banyakkan lagi aksi Warhammer
    • Gifted Unit membolehkan anda mendapatkan Daemon yang lebih kuat secara lebih awal
  • Kekurangan
    • Jika tidak menyukai konsep Chaos, anda mungkin akan kecewa

Mode Immortal Empires (Beta)

Sejujurnya, saya lebih teruja untuk mode ini berbanding DLC Champions of Chaos. Secara ringkas, Immortal Empires adalah gabungan pelbagai game Total Warhammer di mana anda kini boleh bermain setiap kempen dengan mana-mana faction daripada entri sebelumnya.

Tidak banyak yang boleh saya jelaskan selain daripada itu – cuma saya sangat-sangat suka peluang untuk bermain sebagai mana-mana puak, memandangkan semuanya sangat unik. Saya mencuba Tomb Kings, dan keseluruhan kempen mereka mengisahkan tentang mengambil alih bandar untuk membina semula empayar mereka yang hilang.

Tidak seperti kempen biasa dalam game di mana setiap faction terpaksa berurusan dengan ‘rift’, Immortal Empires hanya akan memfokuskan kempen puak masing-masing. Kempen ini juga termasuk kisah Lord Legendary individu. Sebagai contoh, Lord Legendary yang saya pilih telah dibuang dari empayar, jadi keseluruhan ceritanya adalah tentang misi balas dendam terhadap Nagash dan pengikutnya.


Maka, tamatlah review pendek saya untuk Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3! Bagi mereka yang berminat, DLC di atas boleh diperoleh pada 24 Ogos 2022 melalui platform PC. Untuk segala liputan kami tentang Total War, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Champions of ChaosImmortal EmpiresTotal Warhammer 3
Previous Post

Saints Row Review – Reboot Yang Bagus Untuk Pemain Baru Cuba dan Menggila!

Next Post

Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta

Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd